CHAPTER 2

Romance Series 555

Mikail dan Zaki masih lagi menunggu Liya di luar rumah.Tidak sampai beberapa minit,Liya muncul lalu terus menuju ke arah kereta.Alangkah terkejutnya Liya apabila ramai bodyguard yang mengikutinya.
"Mike,kan saya dah cakap.Hanya awak dan Zack sahaja yang boleh ikut saya ke universiti."kata Liya.
"Saya mintak maaf cik Liya, saya hanya menjalankan arahan sahaja."kata Mike.
"Sebenarnya Dato yang suruh kami bawa diaorang,jadi kami terpaksa."kata Zack pula.Aku hanya membiarkan perkara itu dan terus menuju ke kereta Mike.Dia membukakan pintu untukku dan aku masuk ke dalam kereta.
Sebaik sahaja semua bodyguardku masuk ke dalam kereta,kami mula bergerak ke UNIKL.
"Mike,can I ask you something?"soal Liya apabila suasana sepi.Mikail yang fokus memandu itu hanya mengangguk.
"Kenapa papa always tak bagi saya keluar sorang sorang,always ada bodyguard.Kalau tak ada bodyguard pun mesti saya keluar dengan orang yang dipercayai papa saya.Do you know why?"kata Liya.Kadang kadang dia juga merasa pelik kerana papanya terlalu risaukannya.Sedangkan adik beradiknya yang lain tidak dibuat sebegini.
"Saya pun tak tahu,cik Liya."kata Mikail.
"Bila papa balik eh?"soal Liya.
"Lusa katanya.Cik Liya tak ada call Dato ke?"kata Mikail.Pelik juga dia takkan anak sendiri tak tahu.
"Dia ada call semalam,tapi saya lupa nak tanya dia.Dia pun tak ada bagitahu saya,busy sangat ngan ma'am besar tu."kata Liya.
"Cik Liya,lepas balik dari kelas,ada nak gi mana mana ke?"soal Mike.
"Tak ada kot.Nanti kalau saya nak pergi mana mana,saya akan bagitahu awak,ye."kata Liya.Dia hanya mengangguk.

Adam berada di dalam rumahnya.Dia berfikir untuk menelefon Liya,tetapi dia baru teringat yang Liya mempunyai kelas pada waktu pagi ini.Dia tidak menjadi hendak menelefonnya.
Dia baring di atas sofa sambil melayari Instagram.Sebenarnya dia agak bosan duduk di rumah kerana dia baru sahaja mendapat tahu yang latihan tariannya dibatalkan.Kebetulan,dia juga tidak mempunyai sebarang photoshoot hari ini.
"Bosannya."kata Adam.
"Rindunya aku kat Liya,lama ni tak jumpa."katanya sendirian.Dengan secara tiba tiba otaknya menjadi geliga dan mendapat satu idea yang agak bernas.
Dia terus mendail seseorang lalu menceritakan tentang ideanya.

Nazmi duduk di meja makan menikmati sarapan yang dihidang oleh Ana,isterinya.Dia menunggu isterinya kerana isterinya sibuk menyiapkan anak mereka.Tidak lama kemudian,Ana dan Aidil muncul dari arah atas biliknya.Mereka berdua menuju ke meja makan.
"Hey,sayang.Dah siap dah?"soal Nazmi ke Ana.
"Dah,ni tadi anak you yang lambat bangun,sama je macam ayah dia."kata Ana.
"Hmm.Sayang,harini I balik lambat sikit sebab I ada meeting ngan client kat luar."kata Nazmi memberitahu isterinya.
"Oh okay."kata Ana.Dia mencedok nasi lemak yang dimasaknya ke dalam pinggan miliknya dan pinggan Aidil.Mereka hanya berbual perkara yang biasa sebelum Nazmi menghantar Aidil ke sekolah dan pergi ke kerja.

Gabriel dan Fahmi berada di KL Sports City.Mereka terus menuju ke tempat latihan renang mereka.Sebelum memulakan latihan,mereka melakukan regangan kerana tidak mahu terluka nanti.
Gabriel masih lagi memikirkan masalah yang dialaminya bersama dengan Julia.Dia sendiri tidak tahu sebab kenapa dia bergaduh dengan Julia.
"Gabby,jom ah"ajak Jellson apabila sudah tamat sesi memanaskan badan.
"Pergi ah dulu"kata Gabriel.
"Kau asal,gaduh ngan Julia?"kata Jellson.Jellson tahu akan hubungannya dengan Julia.Tetapi setahu Jellson,Gabriel tidak mencintai Julia,kerana Gabriel hanya mahu berfoya foya sahaja.
"Hmm,aku ingat aku nak putus ah ngan dia.Penat doh kalau hari hari macam ni."kata Gabriel.
"Asal tetiba je kau nak putus ngan dia,dah bosan ke?"soal Jellson.Dia tahu akan sifat Gabriel yang playboy itu.
"Aku tak ada rasa apa apa kat dia.Aku nak cari perempuan yang buat aku rasa berdebar.I need someone like that,not like Julia.Dia fikir pakai seksi,aku suka ah"kata Gabriel.
"Kau memang suka perempuan seksi ke,aku tengok girlfriend kau sebelum ni semuanya seksi,mengancam pulak tu."kata Jellson dan ketawa kecil.
"Kau ni kang,takkan macam tu aku nak buat jadi bini."kata Gabriel.Jellson mengiyakan kata kata Gabriel sebentar tadi.
"Habistu,macam mana kau nak putus ngan Julia?"soal Jellson.Itu adalah masalah yang masih belum boleh diselesaikan lagi.Julia bukanlah sebarang perempuan yang boleh dibuat main.Salah dia juga kerana dahulu dia melayan Julia dengan baik sehingga Julia jatuh cinta dengannya.Aduh aiiii!!!!

Liya mencari kelibat Mike dan Zack yang menunggunya seperti biasa.Tetapi tidak kelihatan di merata rata tempat.Takkan diaorang tinggalkan aku kot,getus Liya di dalam hati.Nani dan Nurin sudah pun pulang kerana telah habis awal.
Liya terus berjalan sambil mataku meliar mencari kelibat mereka.Tiba tiba seorang lelaki datang membawa sejambak bunga dan diberikan kepadaku.Tidak sempat Liya mahu bertanya,lelaki itu sudah pun pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience