CHAPTER 7

Romance Series 555

Gabriel duduk di rumahnya sendirian.Dia agak bosan kerana tidak berbuat apa apa. Hari ini,latihan renangnya dibatalkan.Dia berbaring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya.
"Aku nak buat apa eh harini?"getus Gabriel di dalam hati.Dia bosan kerana tiada kawan until diajak keluar.Dia hendak mengajak Fahmi tetapi Fahmi keluar bersama teman wanitanya,Aina.
"Bosannya."kata Gabriel.Tiba tiba dia teringat akan peristiwa yang terjadi semalam.Sebenarnya dia agak kesian dengan apa yang berlaku pada Julia.Salahnya juga kerana memberi harapan.Tetapi apabila difikir semula,buat apa dia nak bercinta dengan Julia yang semua lelaki tergila gilakan dia kerana pakaiannya yang terdedah.
Akhirnya,dia membuat keputusan untuk ke gimnasium.Sekurang kurangnya dapatlah dia memanfaatkan masa yang ada.

Nurin dan Nani dalam perjalanan ke rumah Dato Faremi untuk berjumpa dengan Liya.Mereka berjanji untuk membuat tugasan bersama sama.
"Kau okay,ak?"soal Nani.
"Aku takut lah,buatnya aku kena halau ngan papa Liya macam mana"kata Nurin.Dato Faremi memang tidak suka akan Nurin.Dia juga tidak tahu akan sebabnya.Dia hanye berpendapat mungkin Dato Faremi tidak suka Liya berkawan dengan orang yang tidak setaraf dengannya.
"Tak payah risaulah,papa dia tak ada kat luar negara.Sebab tu dia ajak kau."kata Nani.Dia faham akan perasaan Nurin.
"Patutlah,lega sikit hati aku"kata Nurin.
"Kau ngan Najmi macam mana?"soal Nani.
"Kenapa ngan Najmi?"soal Nurin pula tidak memahami apa yang ditanya oleh Nani.
"Korang bukan bercinta ke?"soal Nani.
"Mana ada,kitaorang rapat jelah.Macam Liya ngan Izzudin tu."kata Nurin.Nurin teringat pula akan Najmi.Najmi ialah kawan kepada Adam.Dia adalah ahli kumpulan Zeppo Youngster Crew.Dia berkenalan dengan Najmi melalui Liya.
"Yelah tu"kata Nani.Nani tahu akan hubungan Nurin bersama Najmi.Mereka sangat rapat sehinggakan ada yang menganggap mereka pasangan kekasih.Tetapi Nurin menafikannya.Nani menganggap bahawa Najmi mempunyai perasaan kepada Nurin kerana cara layanannya terhadap Nurin tidak sama seperti Najmi melayan perempuan lain.

TURKEY

Dato Faremi baru sahaja selesai bersiar siar bersama dengan isteri tercintanya itu,Datin Hazilah.Dia duduk di meja makan sambil ditemani isterinya yang sedang mebancuh air kopi.
Selepas siap membancuh kopi,dia memberikan air kopi itu kepada suaminya lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah suaminya.
"Kenapa ni?"soal Datin Hazilah.
"Saya risau kat budak budak tu."kata Dato Faremi.Datin Hazilah menggelengkan kepalanya perlahan.Dia pun tidak faham akan perangai suaminya yang selalu sahaja risaukan anak anaknya.Dato Faremi terlebih protective.
"Tak payah risau lah,lagipun diaorang tu dah besar."kata Datin Hazilah.
"Walaupun diaorang tu dah besar,diaorang still perlukan sokongan saya jugak"kata Dato Faremi.
"Awak pasti ke,diaorang tu perlukan sokongan awak?"soal Datin Hazilah.Wajah Dato Faremi berkerut menandakan dia tidak faham apa yang dicakapkan oleh isterinya itu.
"What do you mean?"soal Dato Faremi.
"Nothing"kata Datin Hazilah.

Syahmi dan Liya masih lagi menunggu Hafiz Dan juga Lisa untuk sarapan bersama sama.Mak Nah juga turut sama berada di meja makan. Hari ini,Mak Nah hanya memasak makanan yang simple sahaja iaitu nasi lemak dan kuih donat.
Tidak lama kemudian,kelihatan dia susuk tubuh turun dari arah tangga.Siapa lagi kalau bukan,Lisa dan juga suaminya itu.Mereka menghampiri kami dan melabuhkan punggung di kerusi hadapan Liya.
"Good morning"kata Lisa.Lisa ni memang jenis seorang yang peramah dan ceria,agak sukar untuk melihat Lisa marah.Perangai Liya dan Lisa sedikit sama.
"Morning"jawab Syahmi dan Liya hampir serentak.Mak Nah hanya senyum.Setelah semua bersedia,Syahmi membaca doa makan.Kemudian Mak Nah menuang air ke dalam cawan setiap orang.
"Adik,are you okay?"soal Syahmi.Dia teringat akan peristiwa semalam.Dia takut adik kesayangannya itu marah dengannya.
"Okay"kata Liya dengan penuh senyum.Apabila Syahmi melihat senyuman Liya,dia tahulah bahawa Liya berada dalam mood yang baik.
"Bila papa kamu balik?"soal Mak Nah.
"Esok kot."kata Lisa.
"Oh,mana tahu papa kamu nak tambah cuti lagi ke?"soal Mak Nah.Yelah,Datin Hazilah dan Dato Faremi sudah lama tidak pergi bercuti bersama sama.
"Entahlah."kata Syahmi.Dia malas hendak mengambil tahu tentang papanya dan juga ibu tirinya itu.
"Liya tak ada kelas ke hari ini?"soal Hafiz memecahkan kesunyian.Dia faham akan hubungan Syahmi dan juga bapa mertuanya itu.Dia tidak mahu bercakap lebih tentangnya.
"Tak ada,tapi japlagi Nurin ngan Nani nak datang sebab nak siapkan assignment."kata Liya.Dia memang sudah berjanji dengan dua orang kawan baiknya itu.Dia memang sudah terbiasa membuat kerja bersama sama.
"Oh,baguslah tu.Asyik keluar ngan Adam je."kata Syahmi.
"Ek,achik ni kenapa,jeles ke?"soalku kepada Syahmi sambil mencuit lengannya.
"Tak ada maknanya."kata Syahmi.
"Eleh,yelah tu.Padahal tak ada orang nak dia Liya."kata Lisa menambah usikan Liya sebentar tadi.Sebenarnya,ramai je yang cuba untuk mengorat Syahmi,tetapi tidak dilayan.
"Mak Nah,tengok ni.Abang Ngah?"Syahmi cuba meminta sokongan daripada Hafiz dan juga Mak Nah.
"Mak Nah tak ada kena mengena"kata Mak Nah.Dia malas mahu mencampur tangan dalam usikan adik beradik itu.Mak Nah tahu mereka memang kuat bergurau antara satu sama lain.
"Abang Ngah pun tak tahu"kata Hafiz menyokong apa yang dicakapkan oleh Mak Nah sebentar tadi.
"Hmm"keluh Syahmi.
"Kak Ngah,kita dah menang,girl power."kata Liya sambil ketawa terbahak bahak melihat muka Syahmi.Lisa juga turut sama ketawa melihat adik bongsunya yang manja itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience