CHAPTER 10

Romance Series 555

Hari sudah pun menginjak malam.Gabriel baring di atas sofa di ruang tamu selepas menunaikan solat isyak sebentar tadi.Dia melihat iphonenya.Tertera di skrin sebanyak 50 missed call daripada Julia.
Banyak kali Julia menelefonnya selepas kejadian malam itu.Julia juga menghantar mesej.Tetapi Gabriel mengabaikannya.Jika dilayan,dia takut dia akan memberi harapan kepada Julia.
Lamunannya terhenti apabila pintu rumahnya dibuka.Fahmi yang baru masuk itu meletakkan kasutnya di rak kasut.Dia berjalan ke arah sofa.
"Best gi dating?"soal Gabriel.Fahmi hanya tersenyum.Baginya,Fahmi dan Aina jarang mempunyai masalah.
"Of course lah"kata Fahmi.Dia melihat Gabriel yang sedang leka dengan iphonenya.
"Kau ngan Julia macam mana?"soal Fahmi.Dia tidak sempat untuk bertanya dengan Gabriel malam tadi kerana Gabriel pulang lewat.
Pagi tadi pula dia keluar awak kerana sudah berjanji dengan Aina.Dia tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan Gabriel.
"Settle dah."kata Gabriel.
"Wau,macam mana boleh settle?Setahu aku Julia bukan perempuan yang sebarangan."kata Fahmi.
"Ni Gabby lah,adalah cara dia."kata Gabriel.Dia malas mahu bercerita tentang Julia dan dirinya.Antara dia dan Julia tidak mempunyai apa apa hubungan.
"Kau buat ape je harini?"soal Fahmi.
"Aku gi gim tadi"kata Gabriel.
"Aku jumpa Alex tadi."beritahu Gabriel.
"Dia buat ape kat sini?"soal Fahmi.
"Dia kata ada hal."kata Gabriel.
"Oh."kata Fahmi.
"Dah lah,aku nak tido,ngantuk"kata Gabriel lalu bingkas bangun dari sofa.Dia terus menuju ke biliknya.

Liya sekeluarga baru sahaja selesai makan malam.Mereka semua meluangkan masa di ruang tamu sambil berbual antara satu sama lain.
"Along ada satu idea"kata Nazmi memecahkan kesunyian.Lisa yang sedang berbual dengan Ana terus berhenti.Liya dan Syahmi yang melayan Aidil pun sama berhenti.Hafiz yang duduk di sebelah Nazmi pun tersentak.
"Apa dia?"soal Syahmi.
"Kita gi holiday nak,tak?"soal Nazmi.
"Okay jugak tu,dah lama tak pergi."kata Liya.
"Kita pun dah lama tak spend time adik beradik."kata Lisa pula.
"Apa kata korang pergi adik beradik je,abang Ngah ngan Kak Long tak payah ikut?"cadang Ana.
"Are you serious?"soal Nazmi.Terkejut mendengar cadangan isterinya itu.
"Yes,boleh kan Hafiz?"soal Ana kepada Hafiz.
"Saya boleh je lagipun korang pun dah lama tak spend time sama sama kan."kata Hafiz.
"Kalau macam tu,papa ngan mama pun tak ikut lah.Kita gi adik beradik je."kata Lisa.
"Haah,okay jugak tu."kata Syahmi.
"Make sure bila kita nak pergi tu,semua free eh"kata Nazmi.Aku hanya mendengar cadangan adik beradikku yang lain.Bagus jugak apa yang dicakapkan oleh Nazmi,kami sudah lama tidak keluar bersama sama.
"Achik,ni sampai bila stay sini?"soal Ana.
"Hujung minggu ni baliklah. Minggu ni tak ada training."kata Syahmi.
"Oh."kata Ana.Banyak benda yang dibualkan sehinggakan tidak sedar masa yang telah berlalu.Jam sudah pun menginjak malam,mereka pun masuk tidur ke dalam bilik masing masing.

LONDON

Mark dan Mia sudah pun berada di dalam bilik masing masing.Benjamin dan Sarina masih lagi berada di ruang tamu meluangkan masa bersama sama.
"How about Mia?"soal Puan Sarina.Walaupun Mark dan Mia ialah anak tirinya,dia tetapi menyanyanginya sepenuh hati.
"She is fine,but sometimes I need to teach her a few things"kata Benjamin.
"It's normal,dia masih lagi belajar untuk kerja kat office"kata Sarina.Benjamin memegang tangan isterinya dengan penuh lembut.
"I know."kata Benjamin.
"Mark pun saya tengok makin terkenal.Dia tu
makin ramai peminat."kata Puan Sarina.Dia mengaku anak tirinya itu sememangnya kacak.Mark mengikut muka Benjamin manakala Mia pula mengikut muka ibunya.
"Tengoklah ayah dia siapa."kata Benjamin.Puan Sarina hanya ketawa.Dia amat gembira kerana dapat mengenali keluarga Benjamin.
Sewaktu Benjamin dan Sarina berjumpa,Benjamin dan anak anaknya masih lagi Kristian.Tetapi apabila Sarina mula dekat dengan mereka,mereka ingin mempelajari Islam dengan lebih dekat.Akhirnya,mereka masuk ke agama Islam dengan hati yang terbuka.
Tidak lama selepas itu,Benjamin melamar Sarina untuk menjadi isterinya.Disebabkan Mia dan Mark juga menyukai Sarina,akhirnya dia setuju.Mereka mempunyai nama Islam tetapi mereka lebih selesa menggunakan nama yang dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience