CHAPTER 3

Romance Series 555

Liya membuka kad yang berada di dalam jambangan bunga itu tadi.

I love you

Itulah yang ditulis di dalam kad itu.Dia mencari lelaki yang memberinya bunga tadi,tetapi tidak dijumpai.Kemudian seorang lelaki lagi datang membawa sejambak bunga.Lelaki itu menutup mukanya dengan jambangan bunga itu.
Liya mengambil bunga yang diberinya itu.Alangkah terkejutnya Liya apabila lelaki itu ialah Adam.
Dia tersenyum memandang aku.
"Eh,bila sampai ni?"soal Liya.
"Dari lelaki tadi bagi bunga kat awak lagi."kata Adam.Liya ketawa kecil.Beberapa orang yang berada di situ memandang ke arah kami berdua.Terutamanya perempuan yang berada di sekeliling kami.Masing masing memuji ketampanan Adam.
"Jom lah,Kita masuk kereta dulu"kata Adam lalu menarik lengan bajuku.Aku terus mengikut ke arah Honda civicnya.Kami berdua telah pun berada di dalam kereta.Dia terus memecut ke jalan raya.
"Kenapa tetiba datang,kata ada latihan tarian."kata Liya kepada Adam yang fokus pada pemanduan.
"Cancel,lagipun bosanlah duduk kat rumah."kata Adam.
"Oh."kata Liya.
"Lagipun,kita rindu kat someone tu."kata Adam.
"Eleh,yelah tu."kata Liya.
"Kita nak gi mana ni?"soal Adam.
"Actually,saya nak kena siapkan assignment saya ni.Saya ingat tadi nak ajak Mike ngan Zack gi cafe.Tapi tetiba je awak datang."kata Liya.
"Lah,kenapa tak cakap."kata Adam.
"Sorry"kata Liya.
"Kalau macam tu kita gi cafe biasa jelah,awak buat kat sana."cadang Adam.Liya hanya mengangguk tanda faham.

Gabriel dan dan Jellson sudah pun selesai latihan.Mereka menunggu Fahmi di bilik rehat mereka.Gabriel mengambil telefonnya yang berada di dalam begnya.Julia menelefonnya banyak kali tetapi tidak dijawab olehnya.Mesej juga banyak dihantar oleh Julia.
"Asal?"soal Jellson.
"Macam biasa lah"kata Gabriel.
"Tu lah kau,buat main lagi dengan perempuan macam tu.Perangai dia lain daripada lain."kata Jellson.Sebelum ini dia sudah menasihatkan Gabriel tentang Julia,tetapi Gabriel berkata hanya untuk bermain sahaja.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana kalau jumpa ngan dia"kata Gabriel.Fikirannya serabut memikirkan tentang masalah ini.
"Aku just boleh cakap good luck jelah Kat kau"kata Jellson sambil ketawa kecil.Gabriel menolak perlahan bahu Jellson.
"Come on lah Jellson,aku ni playboy terhebat.Aku mesti boleh handle problem ni"kata Gabriel.
"Yelah tu."kata Jellson.
"Kau ni,sepatutnya support aku."kata Gabriel sambil membuat muka merajuk.
"Kalau bab ni,aku memang tak akan sokong kau."kata Jellson.Gabriel memandang Jellson dengan pandangan yang geram.

TURKEY

Dato Faremi baru sahaja selesai menelefon Mikail untuk bertanya tentang Liya.Dia diberitahu bahawa Liya telah mengikut Adam untuk keluar dan Adam menyuruh mereka untuk pulang.
Dato Faremi melihat isterinya Datin Hazilah yang sedang makan pizza di meja makan.Dia duduk di sebelah isterinya.
"Ha abang,kenapa?"soal Datin Hazilah.
"Tak ada apalah,Mike bagitahu yang Adam keluar ngan Liya."kata Dato Faremi.
"Abang,saya rasa kan Liya mesti rasa tak selesa bila dia nak pergi mana mana."kata Datin Hazilah.
"Kenapa pula?"soal Dato Faremi sambil menyuap sekeping piza ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan.
"Dia dikelilingi oleh bodyguard."kata Datin Hazilah.
"Dia ada cakap ngan awak ke?"soal Dato Faremi.
"Tak ada lah.Awak sendiri tahu yang Liya tu susah nak bercerita ngan orang.Saya perasan je."kata Datin Hazilah.
"Hmm"kata Dato Faremi.
"Sampai bila awak nak rahsiakan dari dia,nanti dia tahu jugak."kata Datin Hazilah.
"Saya tak ready lagi and saya takut"kata Dato Faremi.Datin Hazilah faham akan perasaan suaminya itu.Dia menenangkan suaminya kerana air mata suaminya sudah mula kelihatan.

Mak Nah sedang memasak di dapur.Dia agak terleka sehinggakan tidak sedar yang ada seseorang masuk ke dalam rumahnya.Apabila lelaki itu menghampirinya Mak Nah sedikit terkejut lalu memukulnya dengan senduk yang berada di tangannya.
"Aduh,sakit Mak Nah."raung Syahmi.Mak Nah sedikit terkejut kerana itu ialah Syahmi.Dia ingatkan pencuri mana yang masuk ke dalam rumah.
"Mak Nah minta maaf, tak sangka Syahmi."kata Mak Nah sambil menyapu lembut kepala Syahmi.Dia menutup api lauk yang dimasaknya.
"Tak ada apalah Mak Nah,sikit je.Lagipun tak sakit pun,Syahmi kan kuat."kata Syahmi sambil menunjukkan ototnya.
"Ni masuk macam mana?"kata Mak Nah.
"Pintu tak kunci,masuk je lah"kata Syahmi lalu duduk di meja makan.Mak Nah terlupa dia belum menutup pintu kerana dia keluar sebentar tadi.
"Kenapa balik tak bagitahu?"soal Mak Nah.Selalunya Syahmi selalu sibuk dengan latihan bola sepaknya.Malahan,Syahmi duduk di rumah sendiri kera mahu hidup berdikari katanya.
"Minggu ni tak ada training,tu yang balik.Ingat nak buat surprise kat Liya,lama tak jumpa dia."kata Syahmi.
"Oh."pendek Mak Nah menjawab.
"Mana Liya?"soal Syahmi.
"Dia pergi kelas lah,macam biasa. Tapi tadi dia call Mak Nah yang Adam keluar ngan dia."kata Mak Nah.Baru sahaja dia mendapat panggilan telefon daripada Liya.
"Maknanya kita makan berdualah Mak Nah."kata Syahmi.
"Tak apalah,at least Mak Nah ade orang teman."kata Mak Nah.
"Yelah kan,Syahmi pun dah lama tak sweet sweet ngan Mak Nah."kata Syahmi.Mak Nah ketawa kecil melihat gelagat Syahmi itu.Syahmi ni kalau tak mengusik sehari memang tak sah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience