BAB 11

Romance Completed 9928

Semuanya berlangsung dalam kesederhanaan. Akhirnya Najwa sah dikahwinkan dengan Faez. Tuhan itu Maha Kaya. Sebelum majlis ijabkabulkan berlangsung di dalam bilik rawatan rapi itu, Najwa tiba-tiba terjaga dan sempat memberikan persetujuan untuk berkahwin dengan Faez. Waktu itu Faezlah satu-satunya insan yang paling bahagia di situ. Sepanjang majlis ijabkabul jugalah Najwa sedar dan mendengar sendiri Faez melafazkan akad nikah untuk menjadi suaminya yang sah.

Semasa Faez memegang tangan Najwa untuk kali pertama bagi menyarungkan cincin ke jari manis gadis itu, tangan Faez menggeletar. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Dengan penuh kasih sayang juga dia mengucup dahi Najwa. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana melancarkan majlis tersebut.

Setelah majlis selesai, Najwa terlebih dahulu meminta untuk berbicara dengan ibu, ayah dan abangnya. Semua pelawat yang lain termasuk suaminya sendiri terpaksa keluar dari bilik tersebut. Dengan segala kudrat yang ada, Najwa menggagahi diri untuk meminta ampun daripada kedua ibu bapanya serta abangnya. Dia tahu, masanya di atas dunia ini sudah tidak lama. Dia mengambil kesempatan yang Allah berikan kepadanya untuk meminta ampun dan maaf daripada ahli keluarganya sepanjang dia hidup selama ini.

**************

Sebaik sahaja terpandang ajah suaminya yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik rawatan, Najwa terus melemparkan senyuman yang semanis mungkin untuk Faez. Tangannya segera dihulur dan terus disambut mesra oleh Faez. Faez tersenyum gembira memandang wajah suci wanita yang sudah sah menjadi isterinya. Sejurus kemudian dia meraih Najwa ke dalam pelukannya. Dia memeluk erat Najwa sambil menahan sebak di dada. Dari tadi dia cuba untuk tidak mengalirkan air matanya di hadapan Najwa.

“Terima kasih sebab sudi terima Wawa,” suara Najwa begitu lemah. Namun dia cukup bahagia berada dalam pelukan lelaki yang sudah bergelar suaminya yang sah.

“Abang yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada sayang sebab bagi peluang pada abang untuk jadi suami sayang,” Najwa menutup rapat matanya dan air matanya terus sahaja mengalir. Betapa bahagia yang dia rasakan ketika itu mendengar kata-kata lembut Faez yang cukup indah didengar olehnya.

“Wawa minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang sempurna untuk abang,” Najwa menguatkan dirinya untuk meluahkan apa yang dia rasa selagi dia mampu. Peluang yang Allah berikan kepadanya akan dia gunakan sebaik yang mungkin.

“Shhhh…sayang dah begitu sempurna untuk abang. Sayang dah jadi isteri abang yang sah sudah membuatkan abang cukup bahagia. Sayang tahu kan selama ini cinta abang hanya untuk sayang,” Faez semakin mengeratkan pelukannya.

“Wawa cintakan abang spenuh hati Wawa. Tapi Wawa tak diberi peluang untuk terus menyintai abang. Wawa tahu masa Wawa susah tidak lama lagi,” Wawa seperti sudah tidak mampu untuk bernafas dengan sempurna. Faez yang mendengar luahan hati isterinya akhirnya turut sama menangis. Air matanya sudah tidak mampu ditahan lagi.

“Abang tahu sayang cintakan abang sepenuh hati sayang itu sudah cukup untuk abang,” luah Faez dalam esakan.

“Abang,”

“Ya sayang,”

“Izinkan Wawa pergi ya. Relakan pemergian Wawa. Abang janji dengan Wawa, abang akan teruskan hidup abang walaupun tanpa Wawa di sisi abang,” sekali lagi Najwa menarik nafasnya sepanjang mungkin sehingga mengeluarkan bunyi yang begitu kuat. Faez tahu, keadaan isterinya semakin tenat.

“Sayang…tolong….

“Janji dengan Wawa!” Najwa terlebih dahulu memotong kata-kata Faez. Waktu itu dia seakan-akan tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Faez kepadanya.

“Ya! Abang janji,” walaupun berat untuk menuturkannya namun Faez tahu itu adalah permintaan terakhir isterinya. Dia mahu Wawa pergi dengan hati yang tenang. Dia mulai beristighfar di dalam hatinya agar dia tabah sepanjang proses pemergian isterinya. Nafas Najwa semakin tersekat-sekat. Pelukan isterinya juga semakin longgar. Dengan segera Faez meleraikan pelukannya dan terus membaringkan Najwa semula ke katil.

“Ampunkan Wawa,” suara Najwa semakin tidak jelas kedengaran. Faez terpaksa mendekatkan telinganya ke wajah Nadia.

“Abang ampunkan sayang. Mengucap sayang, ikut abang,” Faez mengajar Najwa untuk mengucap dua kalimah Syahadah dan perlahan-lahan isterinya mengikut dia mengucap. Sebaik sahaja selesai mengucap, akhirnya Najwa pergi meninggalkanya buat selama-lamanya. Faez hanya mampu memerhati wajah bersih jasad isterinya dan buat kali terakhir dia mencium dahi Najwa. Selimut putih yang tersedia ada pada jasad isterinya ditarik sehingga menutup keseluruhan jasad Najwa. Air matanya yang mengalir disapu. Nafasnya ditarik sedalam mungkin dan dihembus perlahan.

“Allahuakbar. Ya Allah. Kau tempatkanlah isteriku di kalangan hambaMu yang solehah,”

“Selamat tinggal sayang. Abang relakan pemergianmu. Sayang akan terus berada dalam hati abang sampai bila-bila,” ucap Faez sambil memandang sekujur tubuh yang berselimutkan kain putih.
Dengan longlai Faez melangkah menuju ke pintu untuk mengkhabarkan berita yang menyedihkan itu. Dia berbisik kepada dirinya sendiri. Dia harus kuat untuk menghadapi semua itu. Dia harus redha dengan pemergian isterinya itu. Janjinya pada Najwa akan dia tepati. Menjadi suami sah kepada isterinya Najwa adalah perkara terbaik yang pernah terjadi di dalam hidupnya. Melihat sepasang mata redup bersama senyuman indah terukir di wajah isterinya membuatkan dia merasa bagai melihat pelangi, sungguh indah hingga buat dia diawang-awangan, namun Allah lagi menyayanginya, bersama doa yang tidak akan pernah putus, dia relakan isterinya pergi.
‘’Pergilah sayang, menarilah engkau bahagia bermain dengan burung-burung dan pelangi Syurga… Tunggu abang di sana ya sayang..’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience