BAB 1

Romance Completed 9928

Angin menderu-deru meniup wajahnya, pancaran menari terik sudah tak lagi dipedulinya, termenung dia sendiri di tepi sawah diiringi satu keluhan yang hanya dia sendiri sahaja yang tahu apakah puncanya. Tudung yang dipakainya dibetulkan sedikit. Lama kelamaan tanpa dia sedari air matanya mulai jatuh berguguran membasahi pipinya yang mulus tanpa secalit mekap. Esok segala-galanya akan berubah. Satu lagi dugaan besar yang bakal dia tempuh dan dia berdoa kepada yang Esa agar dia dapat menempuhi dugaan itu dengan tabah.

***************

“Bukan mak cik yang nak pertuangan ni diputuskan, tapi Faez sendiri yang minta,” suara Puan Rohana waktu itu kedengaran serba salah. Sememangnya tidak terdetik sedikit pun untuk dia memutuskan pertunangan itu. Walaupun ramai yang berpendapat Najwa memang tidak layak untuk anaknya yang berkelulusan universiti luar negara tetapi dia sukakan Najwa. Najwa ada keistimewaan yang susah untuk didapati pada perempuan lain. Tambahan pula dengan raut wajah gadis itu yang begitu cantik dan ayu makin membuatkan dia begitu berkenan mahu menjadikan Najwa sebagai menantu.

“Tak apa mak cik, Wawa faham. Wawa yakin Faez mesti ada alasan dia sendiri kenapa dia buat keputusan tu, Wawa boleh terima, mak cik jangan risau,” suara Najwa bergetar. Dia seboleh mungkin mahu mengawal nada suaranya. Matanya pula silih berganti memandang ibu dan ayahnya yang sememangnya terpacar rasa kecewa di wajah mereka.

“Wawa. Mak cik betul-betul minta maaf,”

“Kami tahu, anak kami memang tak layak dengan anak kamu Ana, kami sedar anak kami hanya lepasan SPM dan dia tak ada rezeki nak lanjutkan pelajaran ke universiti. Lepas tu pulak aku ni tak mampu nak hantar anak aku sambung belajar dekat kolej-kolej swasta,” suara Hashim ayah Najwa kedengaran agak meninggi.

“Ayah, janganlah macam ni, maafkan ayah Wawa ye mak cik. Wawa harap mak cik faham,” Najwa bersuara meminta maaf bagi pihak ayahnya. Pandangan Najwa mulai jatuh pada wajah ibunya yang sudah menunduk ke lantai. Dia tahu ibunya sedang menahan sebak.

“Aku minta maaf Siah, aku memang tak nak semua ni jadi. Tapi Faez berkeras nak pertunangan ni diputuskan, aku terpaksa Siah,” mungkin waktu itu Rohana mulai menyedari kawan baiknya Samsiah sedang tertunduk dan sedang menahan kesedihan di atas apa yang berlaku.

“Kalau dah Faez yang berkeras. Kami pun tak boleh nak kata apa Ana, kami terima sajalah,” Samsiah bersuara perlahan. Ada sendu dalam kata-katanya. Najwa pula hampir menitiskan air mata mendengar lauahan hati ibunya. Ya Allah begutu berat dugaanMu ini. Hati Najwa terdetik.

Rohana terus sahaja bangun dari tempat duduknya dan terus melangkah menuju ke arah Najwa. Tangan gadis itu digenggam erat. Tiba-tiba Najwa dapat melihat dengan jelas ada air jernih mengalir dari mata wanita itu.

“Mak cik sayangkan Wawa. Mak cik dah anggap Wawa macam anak mak cik sendiri. Tapi mak cik tak ada daya nak halang benda ni Wawa. Kalau arwah ayah Faez ada lagi, mungkin semua ni takkan jadi. Wawa sendiri tahu kan, arwah suami mak cik sayang sangat dengan Wawa. Dia suka sangat bila Faez nak kami masuk meminang Wawa dulu,” Wawa masih mampu menguntumkan senyuman mendengar lauhan rasa oleh Puan Rohana. Namun air matanya turut sama mengalir. Dia tahu wanita itu begitu kecewa dengan apa yang berlaku. Tetapi apakan daya dia sendiri tidak mampu untuk mengalang semua yang terjadi.

************

Selepas peristiwa tersebut. Kisah Najwa mulai menjadi buah mulut orang-orang kampung. Semua mulai bercerita tentang peristiwa yang berlaku. Ada yang menghulurkan rasa simpati dan ada juag yang menyokong dengan tindakan yang telah diambil oleh Puan Rohana. Bagi mereka Najwa memang tidak layak jika mahu bergandingan dengan Faez yang kini telah menjadi jurutera lulusan luar negara. Siapa sangka, perancangan mereka untuk diijabkabulkan setelah Faez habis belajar hanya berkubur begutu sahaja. Malah setelah menamatkan pelajaran di Jerman Faez tidak terus pulang ke kampung. Lelaki itu telah menangguhkan kepulangannya ke kampung selama setahun. Setelah itu barulah lelaki itu memunculkan dirinya di kampung dengan membawa seorang gadis yang dikenalkan sebagai teman wanitanya.

Najwa mengeluh sendiri. Sebenarnya dia langsung tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh orang kampung mengenainya. Baginya, hanya dia dan Faez sahaja tahu apa yang berlaku, dan biar dia seorang sahaja yang menanggung segala bebanan tersebut. Cuma, bila melihat ayah dan ibunya turut terpalit dengan apa yang terjadi menyebabkan hatinya begitu sakit dan perasaan sedihnya kadang kala tidak mampu untuk terus disimpan dan ditanggung. Waktu itu air matanya pasti akan jatuh tanpa dia sedari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience