JEDA. "Dah bisu dah? Tadi bukan main sombong, berlagak, riak, melawan mengalahkan peguam bertauliah!" perli Tengku Hariz pedas sambil menapak mendekati posisi dirian Bella. Puas hatinya melihat riak gerun wanita itu. 'Padan muka, tahu pun takut!' "Ma... maaf Tengku. Saya tak tahu." Bella masih sahaja menunduk tanpa berani mengangkat muka. Bibirnya diketap rapat, rasa mahu menangis juga ada. 'Ya Tuhan, malu sungguh!' "Tu lah, lain kali jangan riak sangat. Datang tempat orang, buat cara tetamu bukan cara samseng! Perempuan senget! Mana dokumen tu?? Bagi sini!" Tengku Hariz menadahkan tangan bersama tampang marah yang dibuat-buat, sedang matanya ligat bercurian ...