Get the app for full experience
Dua beranak itu sedang ketawa terbahak-bahak sambil menonton televisyen. Mereka berdua memang begitu semenjak dulu. Malas mahu ambik tahu soal Aisya. Cuma harini, mereka boleh ketawa dengan senang hati melihat kejatuhan gadis itu. Aisya yang sedang makan di meja makan hanya diam membisu. Perlahan saja dia menyuapkan nasi ke mulut. Itu pun makanan yang dibelikan oleh Puan Sri Amina sewaktu menghantar nya pulang tadi. "Ibu. Ibu nak tahu tak? Ada budak tu, dia perasan bagus hidup senang dengan duit orang kaya, last-last terbakar semua!" Aina mula menyindir sambil ketawa. "Lah yeke? Kesian betul dekat budak tu kan? Sudahlah makan duit ...