Majlis sambutan hari keluarga berlangsung dengan jayanya. Semua tetamu hadir memeriahkan majlis. Tetamu seramai satu ribu orang telah membawa keluarga masing-masing seperti yang dipinta oleh pihak tuan rumah. Pelbagai acara dipertontonkan kepada mereka semua. Dari kejauhan, Tan Sri Khalid hanya tersenyum memandang ke arah tetamu-tetamu yang hadir. Dia hanya ketawa ketika di usik oleh temannya yang mengatakan dia bakal mendapat menantu pada tahun ini.
Menantu? Hm, macam harapan palsu je! Anak sendiri pun keras macam batu, mana lah ada perempuan yang nak?
"Abang dah call anak kesayangan abang tu? Dah sejam, batang hidung pun tak nampak!" Ujar Puan Sri Amina.
"Macam tak kenal budak tu, kalau tak lambat bukan anak kita namanya. Mesti dia tidur mati, ni pun dah nak dekat kemuncak. Kejap lagi dia sampailah tu." Balas Tan Sri Khalid.
Mereka berdua hanya berbalas senyum. Isterinya sudah berjalan ke arah temannya yang melambai. Tan Sri Khalid berjalan ke arah pentas. Melihat persiapan rapi yang bakal bermula sekejap lagi. Laju saja dia melangkah ke belakang pentas. Ada sekumpulan anak muda yang sedang membetulkan pakaian masing-masing.
Persatuan Seni Bela Diri Murqa. Nama unik dan tidak di ketahui umum. Kata mereka itu hanya gelanggang kecil untuk mereka bersukan dan harini mereka bakal menunjukkan kehebatan masing-masing. Tan Sri Khalid hanya tersenyum memandang mereka semua.
"Tan Sri! Boleh saya bantu apa-apa?" Soal Megat.
Laju saja dia menggeleng kepala.
"Saya saja datang tengok kamu semua. Tepat jam sepuluh nanti, boleh mulakan. Saya..nak tunggu anak saya datang dulu untuk dia tengok semua ni. Manalah tahu dia berminat, boleh kamu ajar dia!"
"Boleh saja, inshaAllah. Janji apa yang kami buat malam ni dapat wujudkan kembali semangat melayu."
Sedang mereka berbual, pandangan mata Tan Sri Khalid menatap seseorang. Seorang gadis yang sedang berjalan ke arah belakang pentas. Di pinggangnya ada sebilah keris emas dan dia memakai tanjak pendek berwarna hitam keemasan. Badannya rendah tetapi tegap. Raut wajah yang comel seakan serius.
"Aisya?" Panggilnya.
Gadis itu menoleh. Sedikit tidak terkejut atau memberikan sebarang reaksi. Hanya tenang berjalan dan berhenti dihadapan Tan Sri Khalid.
"Tan Sri kenal? Kenalkan ini..."
"Aisya Zulaikha Binti Abdullah."
Megat terkesima. Bagaimana lelaki koperat itu bisa mengenali Aisya? Malah gadis itu tersangatlah sukar di dekati. Malah, Aisya dengan penuh sopan mengucup perlahan tangan lelaki tua itu.
"Papa buat apa dekat sini?" Soal Aisya.
"Inikan majlis papa. Takkan papa tak ada? Tak sangka, kamu terlibat dengan kumpulan ni." Jawab Tan Sri Khalid, lembut.
Gadis itu melarikan anak matanya. Seperti selalu, terlalu gemar menolak emosi. Tan Sri Khalid hanya senyum. Sudah hampir satu tahun dia mencari Aisya, akhirnya dia bertemu kembali dengan anak itu. Tiada yang berubah, masih juga sama.
"Megat, ini anak angkat saya. Kami jarang jumpa sejak dia besar. Mungkin dia malu untuk jumpa saya,"
"Oh! Patutlah Tan Sri kenal dia. Tak apa, lepasni boleh call saya kalau nak tahu dia stay mana!"
"Terima kasih."
Pengacara majlis sudah mula melantukkan suara. Mereka semua sudah duduk di tempat masing-masing. Tan Sri Khalid hanya tersenyum bangga. Dia berjalan ke arah meja makan. Persembahan khas yang dia mahukan sudah bermula. Meskipun anaknya belum tiba, dia akhirnya boleh kembali gembira kerana bertemu semula dengan anak itu.
Tepukan gemurah bergema kuat. Mereka semua memuji ketangkasan gadis itu bermain keris di tangan. Raut wajahnya menjadi tatapan mata. Memang di akui mereka semua berbakat dalam silat. Sangat hebat. Sedang asyik dia menikmati persembahan, bahunya di cuit mesra.
"Kenapa abang tak cakap, anak saya ada dekat sini?" Puan Sri Amina sudah teruja sebaik saja melihat gadis yang baru saja melangkah turun dari atas pentas.
"Saya pun tak sangka dia ada. Kejap lagi kita jumpa dia ok? Saya ada tawaran untuk dia." Ujar Tan Sri Khalid.
Senyuman nya melebar. Dia cuma berharap yang kali ini, mereka tidak akan kehilangan anak itu lagi. Ya.
*****
PELUKAN erat dari wanita itu masih tidak dilepaskan. Aisya hanya mengeraskan badan sebelum pelukan mereka terlerai. Yang dia tahu, Puan Sri Amina sangat kasih akan dirinya. Sebabnya? Dia sendiri tidak mengerti. Kata arwah ayah, mereka bakal memegang amanah untuk menjaga dirinya jika ayah telah tiada. Sudah terbukti, perkara itu berlaku. Setiap bulan, pasti akan ada barangan dan duit belanja yang dia terima. Walaupun tanpa nama pengirim yang tepat, dia bisa tahu kalau itu dari mereka.
"Kenapa tak jumpa mama dulu? Janganlah lari, Sya. Mama rindu kamu." Puan Sri Amina sudah menahan sebak.
"Maaf, m..mama. Aisya takkan buat lagi. Lagipun Sya dah cakap yang Sya takkan sambung belajar. Cukuplah sampai spm je. Sya sekarang dah kerja, dengan Megat. Kami uruskan seni bela diri dekat area sini jugak. So..jangan risau. I'm fine." Jelas Aisya.
Mereka berdua tersenyum bangga. Entah kenapa, hatinya tenang setiap kali bertemu. Seakan, sudah lama mengenali dua insane ini.
"Papa ada tawaran untuk kamu." Tan Sri Khalid mendekat.
"Boleh tak, kalau kamu tinggal dengan kami? Bukan sebagai ahli keluarga atau anak kami. Sebab tu akan buatkan kamu tak selesa kan? Jadi...tinggal dengan kami, Aisya. Anggap saja ni amanah arwah ayah kamu." Pinta Tan Sri Khalid.
"Tapi Aisya dah ada rumah. Rumah arwah ayah." Balasnya.
"Rumah tu bila-bila kamu nak, kamu boleh balik. Tinggal dengan kami, selamat sikit. Ada abang Aiden kamu. Dia boleh tengokkan kamu kalau jadi apa-apa." Sampuk Puan Sri Amina.
Dahi Aisya berkerut. Aiden? Siapa?
"Kalau tanpa dia pun, Aisya boleh jaga diri."
Tan Sri Khalid ketawa besar. Dia hanya tersenyum melihat isterinya juga tergelak kecil. Memang di akui, anak itu kuat. Cuma tetap saja perempuan, masih lemah dan dia selalu risaukan perkara itu.
"Ya, kamu memang kuat. Memang mama dengan papa akui benda tu. Cuma, kalau kamu boleh fikirkan..mama harap Aisya dapat tinggal sekali dengan kami. Jangan risau, kami takkan masuk campur urusan kamu. Apa saja kamu nak buat, buat je. Cuma...mama sayang Aisya. Please stay with us." Puan Sri Amina menyentuh lembut tangan gadis itu.
Kasar. Mungkin selama ini dia bekerja keras. Kasihan anak itu, masih jugak mahu berdikari.
Belum sempat Aisya menjawab. Ada sebuah motosikal berkuasa tinggi berhenti mengejut di hadapan mereka. Kawasaki Ninja berwarna hitam keemasan. Ada seorang lelaki yang baru tiba.
"Kalau tak bagi orang terkejut tak boleh?!" Marah Puan Sri Amina sambil menampar helmet mahal itu.
Lelaki tadi hanya mengangkat tangan tanda maaf. Helmet dikepala dibuka. Untuk seketika, Aisya terpana. Itu..itu..
"Bukan sengaja datang lambat, cuma Aiden ada hal sikit tadi. Mama dengan papa buat apa dekat sini?" Soal Aiden, dingin.
Matanya menjeling ke arah gadis yang masih berpakaian seperti pahlawan srikandi.
Boleh tahan.
"Alang-alang kamu dah datang, hantarkan Aisya balik?"
"What?!"
"Eh tak perlu! Saya balik dengan Megat! Mintak diri dulu."
Aisya bersalaman sebelum melangkah pergi. Dia tidak mahu menoleh lagi. Mana mungkin dia bisa lupa? Lelaki itu. Antara orang yang dia tak pernah berharap akan berjumpa lagi. Tetapi harini, mereka bertemu kembali.
Gila. Ini gila.
Dari kejauhan, Aiden memakir motor digaraj vip. Kedua orang tuanya sudah melangkah masuk ke dalam hotel. Usai membetulkan baju, bahunya terlanggar seseorang. Seorang lelaki berjambang yang memakai pakaian sama seperti Aisya. Lelaki itu hanya meminta maaf sebelum berlari ke arah seberang jalan. Ada sebuah van besar sedang menunggu. Melihat kemesraan lelaki itu bersama Aisya, dia yakin itulah Megat yang di maksudkan sebentar tadi.
Van putih itu mula bergerak laju meninggalkan hotel. Aiden hanya mengetap gigi. Matanya masih sakit. Sakit melihat senyum gadis itu bersama Megat.
"Berani kau lari lagi kan, Aisya.? Just you wait." Ujarnya.
Share this novel