"Apa? Kenapa pulak Aiden yang nak kena jaga dia?" Bentaknya.
Baru ja bangun pagi, terus dapat arahan. Aiden yang baru menikmati sarapan nasi lemak mamanya sudah hilang mood.
"Dia tu keluarga kita jugak. Kamu sendiri tahu kan? Apa yang susahnya tengokkan dia dari jauh?" Ujar Tan Sri Khalid.
Nasi lemak ikan bilis disumbat kasar ke mulut. Leceh betul kalini.
"Papa kan ramai orang suruhan? Suruh jelah diorang! Aiden taknak! Aiden malas! Banyak lagi kerja nak buat!" Balasnya.
Tan Sri Khalid mengeluh. Susah betul nak suruh budak kepala batu macam anaknya.
"Sayang mama kan kuat? Kenapa tak boleh tolong papa kalini? Aisya tu budak baik tau? Kalau kamu nak, mama boleh jodohkan kamu berdua." Sampuk Puan Sri Amina yang baru muncul dari dapur.
Tersedak Aiden. Kepedasan sambal ikan bilis seakan membakar kerongkong.
"Tak. Tak. Sekarang ni apa kaitan dengan kahwin pulak? I don't even like her!" Bidas Aiden, laju.
Puan Sri Amina duduk di kerusi. Dia berbalas senyuman dengan suaminya.
"Are you sure? Mama rasa siapa tah yang terpana masa nampak dia haritu? Siap jeling bagai! Kan, abang?"
"Aah! Lepastu tarik muka pulak bila Aisya balik dengan Megat!"
Mereka berdua ketawa serentak. Aiden sudah masam mencuka. Seronoklah dapat sakat dia!
"Tapi tu bukan alasan kukuh untuk cakap yang Aiden suka dia atau apa. Kenapa dalam banyak-banyak orang, Aiden yang kena jaga dia?" Aiden masih tak berpuas hati.
"Sebab papa percayakan kamu, Aiden."
Lembut sekali suaranya. Aiden terdiam. Hatinya bergetar. Seakan itulah kali pertama pujian yang dia dapat. Ya, diakui dia memang nakal dan tidak mendengar kata. Setiap arahan dari lelaki itu dibantah habis habisan. Cuma kalini, dia sedikit alpa. Mendapat kepercayaan yang sudah lama dia mahukan.
"Papa selalu anggap kamu ni, suka sangat melawan. Tapi papa sedar satu benda. Senakal-nakal kamu, kamu tak pernah lupa tanggungjawab kamu. Kamu bina syarikat kamu sendiri dengan usaha kamu sendiri. Papa bangga dengan semua tu. Untuk kalini saja, please Aiden?" Pinta Tan Sri Khalid.
"Dia kan kuat? Kenapa perlu nak jaga dia lagi?"
"Sebab dia perempuan, lemah. Kamu sendiri tahu benda tu."
Aiden terdiam. Ada benarnya jugak apa yang diperkatakan oleh orang tuanya. Dia masih merenung pinggan di atas meja. Nasi lemak yang sudah separuh dimakan. Bibirnya mula mengukir senyum bila teringatkan sesuatu.
'kenangan nasi lemak' . Betul kah?
Aiden ketawa.
*****
SEKUMPULAN pelajar perempuan yang sedang makan di kantin ketawa riuh. Seperti di kantin itu,hanya mereka saja yang ada. Siap bertepuk tampar segala. Beberapa pelajar lain juga merenung pelik ke arah mereka. Aisya hanya diam di hujung meja kanan. Tidak mahu ambil kisah soal mereka. Yang pasti, dia mahu bersedia dengan ujian sebentar lagi. Hanya satu tahun lagi, dia boleh keluar dari sekolah ini.
Siulan dari mereka semakin kuat. Seluruh isi kantin memandang ke arah yang sama. Aisya yang ingin tahu, turut mendongak.
Ah, itu dia.
Budak lelaki berpakaian seragam sekolah. Tali lehernya kemas, sama seperti rambutnya. Orang nya tinggi, berkulit putih dan paling penting.. kacak. Ya, itulah yang semua orang katakan. Pelajar baru yang gemar membuat onar disekolah. Setiap hari bersama gitarnya. Membuat bising tetapi boleh pula menjadi pelajar terbaik?
"Aiden! Wah awak buat apa sini? Takkan mama awak tak buatkan bekal harini?" Kedengaran seperti ada yang menyakat.
"Mama aku sibuk harini. Jadi aku makan sini. Tu pun, terpaksa. Kau semua tahu kan, aku mana makan nasi lemak selain daripada mama aku buat!" Ujarnya.
Nasi lemak. Aisya hanya memandang nasi lemak yang belum dia makan. Sepertinya, dia harus menyuruh makcik kantin membungkusnya sebentar tadi. Mereka yang tadi masih berbual rancak sebelum kembali senyap.
Jam dipergelangan tangan berbunyi. Aisya sudah terlambat. Dia sudah berjanji untuk membantu guru sains tepat jam tujuh pagi. Laju saja tangannya menyimpan kembali pen yang berselerak di atas meja. Beg sekolah di sangkut ke bahu. Sebaik saja dia berpusing, dia terlanggar seseorang. Air Milo panas sudah tumpah ke lantai. Baju seragam miliknya juga sudah terkena tumpahan air itu.
Ah, sudah!
"Kau apahal?" Lembut saja suara budak lelaki itu.
Aisya tidak mahu berbual dengan lelaki itu. Dia berjalan pergi sebelum lengan nya di tarik kasar.
"Kau tak reti nak mintak maaf dulu dah langgar orang? Kau nampak air aku sampai tumpah kot!" Marahnya.
Jadi orang yang dilanggar itu..Aiden. Macam mana nak jelaskan yang dia sebenarnya tidak bercakap dengan sesiapa?
Pegangan tangan mereka masih bertaut. Wajah dingin Aiden menerpa mata. Memang segak orangnya.
"Ni..duit." Aisya mengeluarkan lima ringgit dari dalam poket.
Aiden mendengus kasar. Dia rasa tercabar. Bukan duit yang dia mahukan, cuma kata maaf. Sudalah tengah lapar.
Apa yang budak pelik ni buat?!
"Aku bukan nak duit kau! Aku nak kau mintak maaf! Paham?!" Gesa Aiden.
Senyap. Pelajar perempuan itu menarik kasar tangannya kembali. Aiden terkejut. Kuat betul tarikan tu.
"Aiden! Kau jangan sibuk cakap dengan dia. Dia mana cakap dengan sesiapa!" Beritahu Muzawir yang baru tiba.
"Aah! Dia senyap. Biarkanlah dia!" Laung pelajar perempuan di meja sebelah.
Aiden ketawa.
"Jadi korang aku lepaskan budak lembab ni?" Soalnya.
Mereka yang lain diam. Seakan mulut mereka dikunci rapat sebaik saja Aisya mendongak. Raut wajah comel yang serius. Panahan matanya terlalu tajam. Bisa menggentarkan sesiapa yang memandang.
"Ok budak lembab! Kalau kau rasa kau takda kawan dan nak jadi kawan aku, aku terima saja!" Aiden mencuit pipi pelajar perempuan itu.
Sebaik saja dia mahu berpusing, Aisya bersuara.
"Kau rasa kau dah cukup hebat dengan jadi anak orang kaya? Ada rupa, ada duit dan pelajaran yang hebat? Kau rasa kau ada hak nak sesuka hati sentuh sesiapa ja yang kau nak? Mak kau tak ajar kau ke?"
Bederau darah Aiden. Dia menoleh pantas. Laju saja Aiden mencekak leher Aisya.
"Kau jangan biadap. Aku boleh terima kalau kau hina aku. Tapi jangan kau hina mama aku!" Marah Aiden.
Kawan-kawannya menarik Aiden pantas. Dia sudah mahu hilang kawalan. Baru dia hendak menyerang Aisya, sepinggan nasi lemak mendarat tepat ke mukanya.
"Ah! Pedih! Muzawir! Air! Air!" Jerit Aiden.
Muzawir terus mengambil sebotol air mineral dan membantu Aiden membasuh mukanya. Semua pelajar yang lain hanya ketawa. Aisya sudah berlalu pergi dengan tenang.
"Berani betul kau malukan aku!!" Bisik Aiden perlahan.
Dia akan membalas dendam! Tengoklah nanti.
Share this novel