Mereka semua menunduk lemah menahan tangis. Apa lagi yang bisa mereka lakukan jika semuanya sudah tidak terdaya. Hanya kerana satu kemalangan ngeri, mereka harus bersedia dengan kehilangan semua itu. Tan Sri Khalid hanya tenang memujuk isterinya. Wanita itu, tidak henti-henti menangis dari tadi. Selang beberapa kerusi, ada seorang lelaki yang sedang bersandar lemah pada kerusi. Riak mulanya keruh menahan tangis agar tidak tumpah ke pipi.
"Itu saja yang saya dapat bantu, selebihnya serah pada Allah. Yang saya tahu, ada seorang dapat diselamatkan. Sekarang, ni keputusan Tan Sri sendiri. Kita dah tak ada masa," ujar Doktor Waris.
Puqn Sri Amina hanya mengelap airmata dengan hujung baju. Dia mula mengoncang tangan suaminya meminta keputusan.
"Kenapa anak kita yang kena dikorbankan! Kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku! Mereka berdua mangsa keadaan tapi kenapa hanya seorang?!" Marah Puan Sri Amina.
Tan Sri Khalid hanya menggeleng kepala. Dia meminta agar wanita itu tidak membuat bising. Perlahan saja dia bangun dan mendekati doktor muda itu.
"Doktor, selamatkan anak perempuan dia. Ini keputusan saya," putus Tan Sri Khalid.
"No! Why?! No!!!!" Jerit Puan Sri Amina.
Mereka berdua hanya merenung satu sama lain. Tan Sri Khalid membiarkan saja isterinya memukul dia berkali-kali.
"Awak tahu keputusan awak akan musnahkan hidup saya?! Awak tahu semua tu?!" Jerkah Puan Sri Amina sambil memukul suaminya.
"Khalid! Kau tak boleh buat macam ni! Itu anak kau! Takkan kau sanggup nak korbankan anak sendiri?!" Sampuk Helmi pula.
Mereka berdua tidak henti meninggikan suara.
"Habistu aku nak buat apa?! Jelaskan pada aku! Tak ada yang nak korbankan anak sendiri! Cuba kau semua tengok dia! Tengok!" Tengkingan Tan Sri Khalid mengejutkan mereka semua.
Jari telunjuk menghala ke arah lelaki yang hanya membisu dari tadi. Orang biasa dengan pakaian yang agak lusuh. Pastinya jiwanya sedang di robek pilu kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa keputusan sedangkan itu jugak anaknya.
"Anak dia pun manusia! Aku ada kau semua! Tapi dia?! Dia tak ada sesiapa, Amina, Helmi! Dia cuma ada anak dia! Kalau aku rampas satu-satunya benda yang dia ada, aku akan jadi manusia paling kejam! Aku akan salahkan diri sendiri sampai aku mati! Cuba kau semua faham! Bukan kau semua je yang sayangkan Airel! Aku pun sayang anak aku! Tapi keadaan sekarang ni, keadaan.... keadaan memaksa untuk kita berkorban! Mungkin Airel akan lebih tenang dekat sana. Tolonglah faham!" Luah Tan Sri Khalid yang akhirnya terduduk lemah.
Keputusan muktamad dipersetujui. Mereka semua hanya menunggu dengan penuh debaran. Empat jam menunggu, pintu bilik pembedahan itu terbuka untuk kali kedua. Doktor Waris melangkah keluar dengan langkah yang sangat perlahan. Dia membuka penutup muka sebelum mendekat.
"Tan Sri, I'm sorry. Saya tak dapat nak selamatkan anak Tan Sri. Maafkan saya," ujarnya.
Seiring dengan itu, tangisan dan raungan bergema segenap ruang hospital. Tan Sri Khalid menangis teresak-esak. Dia dan isterinya saling berpelukan.
Berat ujianmu- Ya Allah!
Kata mereka, pengorbanan itu telah mematahkan banyak jiwa. Ada yang terluka dan ada yang bertegas tidak adil. Majlis pengebumian dilakukan pada hari itu juga. Ramai saudara yang hadir memberi kata takziah. Puan Sri Amina masih membisu sambil menangis tanpa henti. Dia hanya senyap bila mana mereka berbicara dengannya.
Lelaki itu? Ya, dia ada bersama. Cuma tidak mendekat. Dia hanya diam dan membacakan yaasin disaat tiada sesiapa di perkuburan itu. Dari jauh, Tan Sri Khalid hanya berjalan sebelum duduk di sebelah nya. Lelaki itu terkejut sebelum membuka lebaran tikar supaya sedikit besar.
Usai bacaan yaasin, dia bersuara.
"Nama saya, Abdullah. Saya tak ada lupa jasa Tan Sri.
Terima kasih." Luahnya.
Tan Sri Khalid hanya diam dan mengangguk.
"Ke depan nanti, bila saya tiada..saya akan serahkan anak gadis saya pada Tan Sri. Saya yakin, tak ada seorang pun yang sayangkan dia macam Tan Sri sayangkan dia. Waktu tu, jaga dia sepenuh hati.. sebab..hati anak Tan Sri ada pada dia. Anak saya, anak Tan Sri," Abdullah senyum sebelum menyentuh bahunya.
Tangisan Tan Sri Khalid pecah. Sekerasnya dia menahan, akhirnya dia menangis dihadapan kuburan anaknya. Teresak-esak seperti anak kecil. Abdullah memeluknya erat.
Ternyata, kehilangan itu memang terlalu menyakitkan.
Share this novel