BAB 3

Romance Completed 29433

Khabar hiba itu hanya tersebar dengan pantas. Aisya hanya mampu terduduk lemah di atas jalan tar itu. Seorang anggota Bomba perempuan sedang menenangkan dirinya. Awal pagi, dia mendapat berita yang bangunan dia baru beli sudah hangus terbakar. Semuanya musnah sekelip mata.

Anggota Bomba sedang berusaha keras memadamkan api yang masih merebak. Hampa. Kosong. Aisya hanya diam. Matanya sikit pun tidak berkelip melihat api yang sedang marak itu. Tidak tahu hendak mempamerkan apa reaksi.

Bagaimana bisa? Kenapa? Kenapa Allah menguji dirinya lagi?

Mujur harini tiada kelas latihan taekwondo atau silat, kalau tidak pasti lagi susah kalau budak-budak terperangkap dekat sana. Aisya diam menunduk ke tanah. Dia membiarkan saja anggota Bomba itu membawanya untuk duduk di ambulans yang baru saja tiba.

Kelibat Megat masih tidak kelihatan. Lelaki itu sudah pulang ke Kuantan semalam. Jadi pastinya akan kembali besok atau lusa. Sedang dia mengelamun, tiga buah kereta berhenti serentak dihadapan mereka.

Kereta BMW hitam. Ada tiga buah dan kesemuanya dia pernah lihat. Sudah dapat dia jangka, siapa yang datang. Tan Sri Khalid bergegas keluar dari kereta bersama isterinya, Puan Sri Amina. Di kereta yang satu lagi, ada seorang lelaki.

Aiden? Ya. Anak lelaki Tan Sri Khalid. Dia masih berpakaian kemeja bersama seluar slack hitam. Nampak segak dengan lengan kemeja yang disenteng ke paras siku. Aiden sudah meluru ke arah seorang anggota polis dan mereka seakan mengenal dirinya.

"Aisya! Kamu ok? Ada cedera dekat mana-mana tak?" Soal Tan Sri Khalid dengan cemas.

"Sayang mama ok tak? Jom pergi hospital?" Puan Sri Amina sudah memeluk gadis itu.

Aisya hanya menggeleng kepala. Dia membenamkan kepala dalam pelukan wanita itu. Rasa selamat dan hangat. Puan Sri Amina hanya membiarkan. Itulah kali pertama, Aisya membalas pelukan darinya.

"Aiden dah tanya diorang. Polis tu cakap, sebab litar pintas. Tapi kalau tengok semula macam mana besarnya api ni, ni bukan litar pintas tapi khianat. Papa nak buat apa?" Ujar Aiden yang sudah mendekat.

Matanya menjeling ke arah gadis di dalam pelukan mamanya. Kenapa saja dia tidak menangis lagi? Satu-satunya harta yang dia ada sudah hangus terbakar.

"Papa dah mintak Mika siasat. Inshallah malam nanti kita akan dapat tahu. Untuk sekarang, papa nak bawak Aisya balik rumah dulu." Balas Tan Sri Khalid.

"Mama pun rasa benda yang sama. Kamu nak ikut balik sekali ke?" Tanya Puan Sri Amina.

"Aiden ada kerja sikit dekat sini. Nak tunggu dulu apa yang patut lepastu ke balai polis. Papa bawaklah dia balik rumah. Soal pakaian ke apa, nanti Aiden singgah beli."

Mereka berdua hanya mengangguk kepala. Tan Sri Khalid memberi isyarat kepada isterinya. Puan Sri Amina hanya tersenyum sebelum membawa Aisya masuk ke dalam kereta.

Pintu kereta di tutup perlahan. Aisya masih merenung ke arah yang sama. Api yang masih marak dengan ganas. Seakan kemarahan seseorang padanya. Hatinya sakit, perit.

"Sya, Sya nak balik rumah ayah. Hantarkan Sya ke sana." Aisya bersuara.

"Dalam keadaan macam ni pun, dia masih berdegil jugak? Abang, tengok ni.!" Adu Puan Sri Amina yang mahu menangis.

Tan Sri Khalid tersenyum tawar.

"Baiklah, papa hantar kamu balik rumah ayah kamu ok? Kalau ada apa-apa call papa terus." Pesan Tan Sri Khalid.

Kuat benar gadis itu. Masih boleh bertenang tanpa sebarang reaksi. Apa agaknya dalam mindanya?

Kereta BMW itu mula memecut di atas jalan raya. Aisya bersandar lemah. Kesan lecur pada tangannya disembunyikan. Itu yang dia dapat sebaik saja cuba melangkah masuk ke dalam kebakaran yang besar itu. Bukan setakat bangunan nya saja, malah satu lorong itu yang terbakar.

Musnah. Harapan nya musnah.

*****

KOPERAL Razi sudah tidak boleh duduk tenang. Sedari tadi dia direnung seakan mahu menerima hukuman berat. Memang kalau ada saja kes melibatkan keluarga Tan Sri Khalid, pastinya mereka semua tidak dapat bertenang. Pengaruh mereka terlalu kuat. Tahun lepas, ada pegawai atasan mereka dipecat serta merta gara-gara kerja yang tidak lengkap.

Pintu kaca utama ditolak kasar dari luar. Tan Sri Khalid sudah tiba bersama seorang pengawal peribadi. Lelaki koperat itu terus duduk di kerusi bersebelahan anaknya.

"Macam mana kes ni? Awak pasti tak ada campur tangan pihak lain?" Soalnya.

"Ya, Tan Sri. Yang kami tahu, kawasan situ memang terkenal dengan ahli kongsi gelap. Cuma kegiatan mereka jarang orang nampak sebab tu kami kurang rondaan dekat sana. Lagipun, saya tak sangka kejadian macam harini boleh berlaku." Jelas Koperal Razi.

"Awak nak cakap yang anak saya salah pilih tempat? Macam tu ke, Razi?" Suara Tan Sri Khalid meninggi.

"B..bukan macam tu, Tan Sri. Macam ni, saya orang baru pindah ke balai ini. Lagipun kes ni bawah bidang kuasa saya. Sarjan Iqmal yang sepatutnya uruskan kes ni tapi dia diluar kawasan." Koperal Razi masih cuba bertenang.

"Kau rasa kau layak ke cakap macam tu? Kau jelaskan benda yang orang tak nak dengar, lepastu kau cakap nak lepaskan Kes ni? Kau tahu tak ada orang hampir mati?! Kau rasa kau semua adil ke dalam bekerja?!" Marah Aiden yang sudah lama mendiamkan diri.

"Maaf, encik Aiden. Tolong perlahan suara. Ini balai polis." Tegur Koperal Razi.

"Habistu kau nak tangkap aku? Tangkaplah! Sumbat dalam lokap sekarang!!" Jerkah Aiden.

Tan Sri Khalid menarik anaknya supaya duduk kembali. Boleh tahan marah Aiden kalini.

"Aiden, kemarahan takkan selesaikan apa-apa. Kamu bertenang dulu. Macam ni, Razi. Saya mahu kes ni selesai dengan cepat. Saya mahu pelaku ditangkap. Kamu tahu apa saya boleh buat kalau anggota polis lepas tangan?" Ujar Tan Sri Khalid sambil tersenyum sinis.

Koperal Razi menelan air liur. Habislah. Matilah.

Dua beranak itu mengisi beberapa borang sebelum melangkah pergi. Koperal Razi hanya bersandar sambil mengurut dada.

"Aku rasa macam tadi aku nak mati dah!" Selorohnya.

"Itulah kau, seronok sangat jadi kuli Iqmal. Kan mendapat?" Sampuk Alia.

Yang lain hanya ketawa. Mereka hanya ketawa dan tidak henti menyindir Razi. Sedang mereka ketawa, pintu kaca itu ditolak kasar dari arah luar. Kesemuanya terdiam dengan pantas. Mulut mereka dikunci rapat.

Sarjan Iqmal berjalan masuk dengan serius. Badannya tegap sehingga seragam polis yang dipakainya menjadi sendat. Dia berjalan ke arah meja Koperal Razi. Mengambil kertas putih itu sebelum dikoyak.

"Tak perlu teruskan siasatan. Bomba cakap ada masalah elektrik je. Yang orang tua tu sibuk sangat apahal? Macamlah balai ni dia punya! Kau! Kalau kau terima lagi kes diorang, siap kau!" Ugut Sarjan Iqmal.

"B..baik.!"

Share this novel

Mermaid_
2023-10-15 16:15:24 

huwaargghhh nape.cpt sgt lock ????


NovelPlus Premium

The best ads free experience