PINTU biliknya yang ditolak dari luar, dipandang sekilas. "Ada apa, mak?" soal Izara sambil menulis sesuatu di dalam buku log kafe. "Zara busy ke?" Puan Asneh duduk di hujung katil memandang anaknya yang sedang duduk di sudut meja kerjanya. Izara meletakkan pen di atas meja, lalu dia berpusing menghadap ibunya. "Zara tengah buat kira-kira modal dan pendapatan kafe bulan ni." "Okey juga ke pendapatan bulan ni?" "Alhamdulillah, mak. Bulan ni banyak sikit berbanding dengan yang sebelum ni. Haa, kenapa mak tanya Zara busy ke tak tadi?" Izara berdiri, lalu dia duduk di sebelah Puan Asneh. "Nak minta Zara tolong picitkan ...