Tiada yang lain yang ku cinta hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian
Tiada yang lain yang ku mahu hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang ku puja hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana
Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih pergi dariku
Ku nyanyikan lagu rindu buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu puisi kita
Ku ingin kau di sampingku untuk sama sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh kekasih, dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta
Ku nyanyikan lagu rindu buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu puisi kita
Ku ingin kau di sampingku untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh kekasih, dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta
Tiada yang lain yang ku cinta hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian
Tiada yang lain yang ku mahu hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang ku puja hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana..
[ Nyayian Rindu Buat Kekasih - Data ]
Kedua mata Haura ralit mengira bintang yang terdampar bertaburan di langit malam. Bagaikan menonjol butir demi butir dek malam yang terlalu gelap. Tenang, indah dan terlalu sentimental.
"Haura tengah fikir apa?" tanya Syafiq yang datang menerpa di sisi Haura. Dia melihat Haura yang jauh termenung seorang diri di atas pangkin opah. Sebentar tadi ada juga Wati yang menemani.
"Eh, Syafiq.. Tiada apalah. Saja ambil angin malam." Haura menguntum senyum dan memperkemaskan baju sejuknya.
Syafiq mendongak perlahan dan melihat kerlipan bintang yang menghiasi langit. Menghirup udara malam yang sepi di sisi Haura begitu menggetarkan jiwanya.
"Haura tak nak jumpa Muaz?" Syafiq bertanya sambil menoleh melihat Haura.
Haura tersentak mendengar nama lelaki yang meniti di bibir Syafiq. Seluruh wajah Haura terasa bahang.
"Muaz yang tak nak bahkan tak akan mungkin cari Haura, Syafiq. Jadi tidak payahlah nak sebut nama dia lagi. Kalau Haura mati sekali pun dia tidak akan kisah." Haura mencebik. Dia tahu Muaz sudah tentu sedang galak meraikan ketiadaan dirinya kini. Jadi, pergilah berbahagia semahunya dengan Rania itu!
"Jadi, Haura nak tutup hati Haura itu untuk Muaz?" teka Syafiq sedalamnya.
"Mungkin.." jawab Haura laju.
Pandangan Syafiq pada Haura tidak lepas malah lebih tajam mengatur rasa.
"Kalau hati Haura bukan untuk Muaz lagi.. Adakah Haura akan izinkan hati Haura itu dimiliki dan ditakluki oleh lelaki lain?" ekor mata Syafiq bergetar senada hatinya yang menanti harap.
Haura terpinga memandang Syafiq.
"Kalau hati ini bukan milik Muaz lagi. Haura tidak rasa hati Haura akan hidup dengan hati lelaki lain. Hati Haura mati Syafiq. Mati." ujar Haura dengan sayu. Entah kenapa saat dia kehilangan cinta dan kasih sayang Muaz dahulu, hatinya seakan menjauh tertutup di dasar. Tidak mahu terbuka buat mana-mana lelaki jua.
Pandangan Haura dibalas dengan pandangan yang bergetar dari Syafiq. Syafiq menelan pahit air liurnya. Dia mengerti jika Haura berasa sebegitu. Mungkin saja masih ada sisa dan ruang hati yang ditinggalkan buat Muaz. Mungkin saja Haura masih menanti Muaz dalam gelap kerana itu dia melafazkan bait kata sebentar tadi. Dan, mungkin saja hati Haura telah seutuhnya bertahan agar tiada sebarang noda dari cela lelaki lain selain Muaz.
Tok!
Tok!
"Kak Hauraaa.." panggil Wati di luar bilik.
"Ya, Wati? Masuklah.." jawab Haura yang sedang ligat melipat pakaian di atas katil.
Wati melangkah masuk sambil memeluk sebuah bakul rotan yang penuh berisi barang.
"Akak nak ikut Wati tidak pergi homestay opah dekat belakang ini? Esok ada tetamu nak masuk.." tanya Wati.
"Homestay? Opah ada homestay? Herm.. Boleh juga. Nak!" Haura menguntum senyum. Hampir dua minggu dia cuma berehat dan kini badannya telah pulih sepenuhnya lebih cepat dari yang Haura sangka.
"Wati tunggu kat luar eh.."
"Okay, akak pakai tudung kejap." Haura mencapai selendang hitam yang berada di birai katil.
Haura menghirup udara sedalamnya agar nikmat tuhan itu memenuhi paru-parunya. Baru hari ini dia menjejakkan kaki ke luar rumah. Jalan kampung yang kecil, ditemani angin sepoi-sepoi dan langkah kaki yang seirama dengan hatinya yang rancak menari.
Wati tergelak kecil melihat senyuman Haura.
"Seronok dapat keluar?" tanya Wati.
"Seronok sangat! Akak tidak tahu pula opah ada homestay kat sini." pandangan mata Haura bersinar.
"Wati yang uruskan rumah tinggal itu sampai jadi homestay. Yalah, daripada usang menanti roboh baiklah buat sesuatu yang berbaloi kan. Dapat juga hasilnya. Sebab itu Wati tidak keluar cari kerja kat pekan sebab ada perancangan nak naik taraf rumah opah itu.." terang Wati dengan semangat.
"Wah, bagusnya.." Haura mengangguk-angguk. Kagum juga dia pada Wati.
Langkah kaki Wati terhenti di hadapan rumah kayu yang redup dihiasi pelbagai bunga dan tanaman. Walaupun sekeliling rumah ini sudah dipagari, konsep tradisional masih dikekalkan untuk tetamu yang ingin mencari kelainan ketika bercuti.
Mulut Haura hampir ternganga luas melihat rumah inap yang indah itu. Lebih mengejutkan dirinya, rumah itu cumalah beberapa meter berhadapan pantai!
"Wati! Akak tidak pernah tahu pun kita duduk dekat dengan pantai?!" jerit Haura.
"Hihi, akak ini! Memanglah akak tidak tahu akak bukan keluar rumah pun.." Wati membuka pintu dan segala tingkap yang ada untuk mula berkemas.
"SubhanAllah, cantiknya!" Haura masih tidak percaya matanya sedang menatap laut yang terbentang luas. Bagai terapi yang menenangkan tanpa sedar Haura sudah melabuhkan punggungnya di atas anak tangga di pintu masuk. Dia mula teringat akan kehidupannya yang lalu lebih tepat lagi dia segera teringat akan Muaz.
Wati membiarkan Haura ralit sementara dia berkemas apa yang perlu. Yang pasti, homestay opah itu perlulah bersih, kemas dan wangi di saat tetamu berkunjung nanti.
Klak!
"Eh, Ziq! Betul ke abang kau okay ini?" tanya Naufal selepas memasuki rumah Muaz kerana risau akan keputusan yang mereka berdua lakukan ini.
"Ish, Abang Muaz okay je. Kau ini risau sangatlah. Rumah dia, kira rumah akulah juga kan." jeling kecil Haziq pada Naufal.
Tok!
Tok!
"Abang Muaz, surpriseee!" teriak Haziq yang berdiri sebelah Naufal. Masing-masing memegang sebuah beg pakaian di tangan.
Muaz mengerut dahi melihat dua orang lelaki itu sudah pun meluru masuk ke biliknya.
"Kau orang.. buat apa ini?" tanya Muaz yang sedang berdiri lemah.
"Disebabkan abang itu degil tak nak duduk rumah Kak Chah kan, haa jadi kita orang decide nak duduk sini je! Hei, penatlah nak ulang-alik dari pejabat ke sini tengok abang pula lepas itu balik rumah kita orang lagi. Kalau abang tidak suka, sorry to say but you have to.." Haziq tercongok membebel di muka pintu.
Buk!
Sekujur tubuh jatuh terkulai layu di atas lantai. Pandangan Muaz kabur dan beberapa minit kemudian dia tidak lagi mampu untuk mengangkat kelopak matanya. Nafasnya terasa lemah.
"Muaz!!"
"Abang!! Abang Muaz!!"
Naufal dan Haziq meluru mendapatkan Muaz yang terbaring lemah. Digoncangnya tubuh lelaki itu namun tiada sebarang respon. Kelam-kabut bagai tidak cukup tanah Naufal dan Haziq membawa Muaz ke hospital.
Di dalam bilik sejuk yang sepi, perlahan Muaz membuka kedua matanya. Kepalanya masih terasa pusing. Dia melihat Haziq yang tertidur di kerusi dan Naufal di sisi.
"Muaz!" tegur Naufal.
Suara Naufal membangkitkan Haziq dari lena.
"Abang.. Abang dah sedar? Ya Allah, syukur Alhamdulillah.." Haziq menyentuh tangan Muaz. Sejak abangnya itu pengsan beberapa jam yang lalu terasa mahu gugur jantung.
"Dekat mana ini?" tanya Muaz lemah sambil mencuba untuk bangun dari pembaringan.
"Dekat hospital. Abang baring jelah. Tadi abang pengsan. Boleh tidak abang baring rehatkan diri dan jangan buat apa-apa?!" hati Haziq sedikit geram dengan kedegilan abangnya itu. Kalau boleh mahu saja dia piat-piat telinga Muaz.
Muaz mengeleng kepala.
"Abang kena balik.. Kalau Haura balik rumah nanti cari abang macam mana? Abang nak balik. Abang kena balik! Hauraa.." fikiran Muaz mula bercelaru. Dia menarik selimut putih yang membaluti tubuhnya dan menarik laju saluran intravena drip di tangan kanannya namun sempat dihalang oleh Naufal.
"Muaz, jangan macam ini!" Naufal menahan tangan Muaz.
Buk!
Haziq menumbuk meja di kaki katil Muaz itu dengan buku limanya.
"Abang Muaz, please stop!! Kalau macam inilah perangai abang memang patutlah pun Kak Haura itu tinggalkan abang! Baru padan muka abang! Cubalah abang fikir, kalau Kak Haura nak balik dah lamalah dia balik. Tidak boleh ke buat masa sekarang abang sihatkan badan abang, waraskan fikiran abang itu dulu hah?!" sergah Haziq. Dia mengetap giginya kuat menahan rasa. Tidak bermaksud mahu berkata begitu pada Muaz.
Muaz tersentak. Air matanya menitis hiba. Ya, sejak Haura pergi dirinya seakan turut dibawa pergi juga. Hanyalah jasad yang bernyawa namun bukanlah jiwanya. Tidak lama kemudian, Muaz hanya teresak-esak memanggil Haura.
'Tsk, maafkan abang sayang.. Ergh.. Abang tidak sanggup nak hilang sayang. Macam mana sayang boleh tahan rasa sebegini perit berbulan lamanya, sedangkan abang.. Tsk, dua minggu yang sudah cukup untuk buat abang rasa terlalu mati! Ergh, Ya Allah..' hati Muaz terasa pedih bagai ditikam berkali-kali.
Naufal mengusap lembut belakang Muaz agar Muaz lebih tenang. Haziq pula bersilih ganti memandang tajam abangnya dan Naufal dengan dada yang masih berombak.
Pak!
Setelah pintu kereta ditutup rapat, Syafiq membawa dua plastik penuh berisi barang dapur ke dalam rumah. Diletakkan plastik itu di atas meja makan berdekatan opah.
"Hah, dah balik Fiq?" tegur opah yang sedang duduk mencabut kepala ikan bilis.
"Aah, opah. Ini barangnya ya. Erm, mana Wati dengan Haura? Tidak nampak pun.." Syafiq menuang air masak dari dalam peti sejuk ke dalam sebuah cawan lalu meneguknya laju kerana kehausan.
"Dia orang pergi kemas homestay. Ada orang nak masuk Wati kata. Herm, duduk kejap Syafiq opah nak tanya ini.." mata opah tajam memandang wajah Syafiq.
Syafiq menarik kerusi di hadapan opah dan melabuhkan punggung.
"Tanya apa opah?" Syafiq penasaran.
"Kamu.. Suka sangat ke dekat Haura?" mata opah menilik reaksi wajah cucunya.
Syafiq tersentak lalu tertawa kecil.
"Ish, opah cakap apa ini?"
"Macamlah opah tidak tahu. Opah lagi banyak makan garam dari kamu. Kalau tidak, kenapa kamu bawa Haura ke sini bukannya rumah ummi dan abah kamu?" opah memasang jerat.
Syafiq tersenyum kelat. Ya, dia akui itu. Ummi dan abahnya mungkin tidak akan setenang dan sefaham pemikiran opah.
"Err.. Betul opah Syafiq suka dekat Haura. Tapi, Syafiq tahu batasnya. Opah janganlah risau.." bela Syafiq.
"Kalau dah berdua, pasti akan datang yang ketiga bukan? Opah tahu kamu pandai jaga batas. Haura itu pun baik. Sebab dia masih lagi isteri orang jadi opah cuma mengingatkan. Opah tak nak kamu runtuhkan masjid orang tahu lagipun bunga bukanlah sekuntum. Opah selalu doakan kamu jumpa jodoh yang terbaik.." Opah mengukir senyum.
"Terima kasih opah. Ya, Syafiq ingat. Opah, tolong jangan beritahu ummi dan abah ya Syafiq bawa Haura datang sini. Pleaseee.." rengek Syafiq bak anak kecil sambil memegang tangan opah.
"Herm.. Yalah.. Yalah.." opah menutup matanya sekilas.
"Opah janji tauuu!!" Syafiq menepuk meja sambil berteriak.
"Oi, janji! Oi, janji! Janjilah lagi hah! Eh, eh, eh.." latah opah.
Syafiq mengekek menyakat opah. Dia segera mengangkat punggung dan berlalu pergi.
"Bye, opah! Syafiq nak pergi cari Wati dengan Haura.." selamba Syafiq melambaikan tangan kanannya pada opah.
"Ish, bertuah punya budak! Sempat lagi dia.." opah menggeleng kepala.
Syafiq tersengih melihat gelagat opah walaupun hati kecilnya terdetik sesuatu yang terus mematikan senyumnya selepas mendengar kata-kata opah tadi.
Tett..
Tett..
Baru sahaja melangkah di muka pintu, telefon Syafiq bergetar. Dia melihat paparan skrin telefonnya. Sambil menyarung selipar hitam, Syafiq mengangkat panggilan.
"Haa, Waalaikumussalam Naufal. Ada apa?" tanya Syafiq seusai duduk di atas pangkin kayu di luar rumah.
"Fiq, Muaz sakit! Dia meracau cari Haura sampai kena tahan wad semalam sebab pengsan dekat rumah. Nasib baik aku dan Haziq ada masa itu kalau tidak, tidak tahulah." jawab Naufal.
"Muaz sakit?! Teruk ke?" Syafiq tidak keruan. Sudah pasti dia merisaukan kawan baiknya.
"Tidaklah teruk cuma tidak makan tidak tidur semuanyalah tidak betul. Dah macam apa entah aku tengok. Aku kesianlah. Dia rindukan Haura. Nak jumpa Haura sangat-sangat. Kau dah pujuk Haura belum?" Naufal menitip harapan.
Syafiq mengeluh.
"Aku dah pernah cuba tapi dia tak nak dengar apa-apa fasal Muaz. Tidak apalah, nanti aku cuba lagi. Apa-apa kau update aku eh fasal Muaz!"
"Yelah!" Naufal mengakhiri perbualan.
Syafiq menelan air liur. Dia melangkah laju ke homestay opah untuk bertemu Wati dan Haura. Fikirannya ligat memikir cara untuk memujuk Haura.
Mat Rock segera menghentikan motornya sejurus matanya melihat kelibat Haura yang sedang duduk di tangga homestay.
"Eh, awak buat apa seorang-seorang kat sini?" tegur Mat Rock malu-malu sambil menyikat rambut kembangnya dengan tangan.
"Hai, Mat Rock. Haura teman Wati ini kemas homestay. Ada apa ya? Cari Wati ke?" tanya Haura. Sejak pertemuan pertama kali mereka dua minggu lepas, boleh kata hampir setiap hari dia akan bertemu Mat Rock. Lelaki itu ada sahaja di mana-mana.
"Ish, cari Wati buat apa? Baik Mat Rock cari Haura je. Erm, perlu ke nak ada apa-apa ek baru boleh jumpa Haura?" Mat Rock tersengih-sengih.
"Err.." Haura tergelak kecil.
Mat Rock lekas duduk di tangga tidak jauh dari kedudukan Haura.
"Haura, tahu tidak apa beza Haura dengan pantai itu?" Mat Rock menuding jari ke arah pantai yang membiru di hadapan mereka.
"Erm, tidak tahulah." Haura berkerut.
"Haa, pantai itu kalau berombak cuma di tepian pepasir kan. Kalau Haura pula, buat hati Mat Rock yang berombak-ombak! Cia cia ciaaa.." Mat Rock menekup mulutnya dan mengeletis macam sotong tercelup minyak.
Haura terkedu.
"Kau tidak payah nak cia cia sangatlah kat situ Mat Rock! Berombak-ombak bagai. Bapak kau nampak ini nanti kau ngorat orang lagi jangankan ombak, tsunami terus kau dapat hah baru padan muka kau Mat Rock!" bebel Wati sambil mengunci pintu homestaynya. Dia telah selesai membersihkan rumah itu bersama Haura tadi dan menyuruh Haura untuk menunggunya di luar.
"Ek eleh, kau ini Wati potonglah! Tidak boleh ke kau bagi hari aku ini jadi indah sikit?" jeling Mat Rock pada Wati.
"Elehhh muka kau itu indah tang mana? Mendung kelabu asap lagi adalah.. Jom, Kak Haura!" Wati menarik lengan Haura supaya cepat mengikutnya pulang. Mat Rock hanya mampu mencebik geram.
Baru sahaja mereka melangkah, Syafiq menunjukkan batang hidung.
"Abang Syafiq.." tegur Wati.
"Laa, nak balik dah ke? Abang Syafiq nak jumpa Haura kejap. Ada hal." Syafiq terus berdiri di sebelah Haura.
"Aah, Wati dah siap kemas dah. Oh, iya ke? Okaylah, nanti Kak Haura balik dengan Abang Syafiq ya." Wati melepaskan pegangan tangan Haura.
"Okay, Wati." jawab Haura sambil mengangguk.
"Habis, aku macam mana ek?" celah Mat Rock yang terpinga.
"Kau? Baliklah apa lagi. Tidak kan nak memasak pula kat sini?" perli Syafiq.
Mat Rock mencebik.
Wati menahan tawa. Ditolaknya tubuh Mat Rock dengan bakul yang dibawanya tadi agar segera beredar. Adegan tolak-menolak sesama mereka berlarutan beberapa minit kerana masing-masing tidak mahu kalah.
Sambil menghidupkan motornya, Mat Rock memandang Haura dan menyanyi.
"Seratus persen cintaku.. Hei hei hei hanya untukmu.." Mat Rock tersengih sambil menayang mini love pada Haura. Kemudian, dia segera beredar mengejar Wati yang masih terkedek-kedek berjalan itik.
Terasa kering darah di wajah Haura. Dia terpempan. Tidak pasti reaksi apa yang patut diberikan pada Mat Rock.
"Jangan layan sangat si Mat Rock itu Haura. Yang bukan-bukan sajalah dia itu. Tapi.. Haura tidak fikir dia serius kan.. suka dekat Haura?" tanya Syafiq.
Haura membulatkan mata.
"Siapa? Mat Rock?! Hish, Syafiq ini! Haura tengok dia suka Wati adalah. Gaduh dah macam biawak komodo tapi dok berkepit juga macam belangkas." Haura tertawa kecil.
"Kan?! Wah, Haura pun perasan eh. Ingatkan Syafiq je yang fikir macam itu."
Haura tersengih.
"Erm, ada hal apa Syafiq cari Haura tadi?" kata Haura sambil membetulkan selendang hitamnya yang dibuai angin.
"Oh! Err.. Jom, kita sembang kat sana." Syafiq menuding jari ke arah batang pokok yang telah tumbang kaku di tepian pantai.
Seusai melabuhkan punggung, di bawah teduhan redup mata Haura disajikan pukulan angin yang lembut dan deruan ombak yang segar menari. Asyik sekali.
"Haura.. Muaz, sakit.." tutur Syafiq perlahan. Nak tak nak dia terpaksa membuka mulut hal Muaz.
Hati Haura terasa gugur bila mana dia mula mahu melupakan segalanya namun dia perlu mendengar nama lelaki itu berkali-kali. Bibir dan matanya sedikit bergetar. Haura menelan air liur.
"Jadi?" tanya Haura.
Syafiq menoleh laju ke arah Haura yang berada di sebelahnya kerana cuma itu saja reaksi Haura.
"Dia sakit sebab rindukan Haura. Muaz cari Haura tahu tidak? Dan ada benda yang Haura kena tahu. Muaz, dia.." Syafiq mahu Haura tahu yang Muaz telah mengetahui hal yang sebenar. Walaupun dia mahu Haura dengar dari mulut Muaz sendiri namun keadaan kini terdesak.
"Sudahlah Syafiq! Apa lagi yang Muaz nak? Nak seksa Haura? Perlu ke dia jadi orang yang tamak hah? Dah bahagia dengan Rania, sekarang nak Haura juga? Lepas semua yang dah berlaku, bukan senang Syafiq.. bukan senang.." celah Haura namun tidak mampu dia menghabiskan ayatnya. Air mata Haura bertakung.
"Ya, Haura. Syafiq tahu bukan senang. Tapi Muaz dah tahu Haura, yang kita tidak salah. Dia tahu semuanya hanya fitnah yang dilakukan oleh Rania dan Ayu. Muaz dah menyesal sangat dan asyik salahkan diri dia sendiri. Dia tak sempat nak bagitahu Haura sebab Haura masih dekat hospital kan masa itu." Syafiq merenung lembut wajah Haura.
"Rania? Ayu? Kenapa.. Kenapa dia orang sanggup..?" Haura berkerut lalu mengeluh. Hatinya dicengkam kecewa.
"Walaupun rambut sama hitam, hati manusia ini lain-lain Haura. Muaz dah halau Rania itu pun. Jadi, kalau boleh Haura bagilah Muaz peluang kedua. Syafiq tahu dan Syafiq tidak paksa, cuma nak Haura fikir masak-masak."
Haura mendongakkan kepala ke arah langit yang membiru bagaikan sebuah lukisan. Dia menarik dan menghembus nafas yang panjang lagi menyesakkan sambil menahan air mata dari jatuh bercucuran.
"Jomlah, nanti opah tunggu.." Haura mula berdiri dan menapak perlahan seperlahan masa yang berlalu. Dia tidak ingin memanjangkan cerita berkaitan Muaz. Semakin banyak hal Muaz yang bertebaran, semakin kuat hatinya diragut rindu.
Tanpa sebarang kata, Syafiq hanya membuntuti Haura. Dia tahu sukar untuk Haura menerima. Apa lagi dia bukanlah sesiapa bagi wanita itu.
Sayang
Sayang, maafkan abang..
Abang mohon sangat, sayang baliklah.
Maafkan abang please..
Air mata Muaz mengalir perlahan di pipi. Dia mengenggam erat telefon bimbitnya selepas mesej itu dihantar dan menekap ia di dada. Hampir setiap hari dia cuba menghubungi dan menghantar mesej pada Haura namun tiada satu pun yang berbalas.
Tok!
Tok!
"Muaz.. Jom makan. Nanti boleh makan ubat.." sapa kak Chah sambil tersenyum menatang sebuah dulang berisi makanan.
Muaz memandang Kak Chah dan membetulkan duduknya.
"Muaz tak ada seleralah kak. Letak jelah atas meja.." jawab Muaz lemah. Sejak keluar dari wad seminggu yang lepas dia terus dibawa ke rumah Kak Chah agar kejadian lepas tidak berulang lagi.
Kak Chah duduk di sisi Muaz di atas katil selepas meletakkan dulang di atas meja. Dia merenung wajah pucat lesi adiknya itu. Haura bagaikan separuh nyawa Muaz. Tanpa Haura, Muaz sudah seperti mayat hidup. Hanya terperap di dalam bilik dan menangisi hal yang lalu.
Kak Chah keluar dari bilik Muaz dan mengambil telefon bimbitnya. Dia kembali semula ke bilik Muaz seraya mendail nombor seseorang sambil diperhatikan oleh Muaz.
"Assalamualaikum Haura.." Kak Chah memberi salam dan membuka pembesar suara agar Muaz juga dapat mendengar.
Bola mata Muaz membulat selepas nama Haura disebut. Dia tidak tentu arah kerana Kak Chah begitu mudah dapat menghubungi Haura walhal dirinya walau sekali belum tentu akan terhubung.
"Waalaikumussalam Kak Chah." jawab Haura di hujung telefon.
"Haura sihat? Akak saja nak tanya khabar." Kak Chah melihat reaksi Muaz yang tidak keruan untuk bercakap namun dia segera memberi isyarat supaya hanya mendiamkan diri.
"Alhamdulillah Haura sihat baik-baik saja kak. Akak jangan risau ya. Maafkan Haura.. sebab buat macam ini. Harap.. Kak Chah faham." Haura takut-takut menjawab. Dia tahu Kak Chah sudah tentu mahu bertanyakan hal dirinya dan Muaz.
"Ya, Kak Chah faham Haura.. Apa saja keputusan Haura akak hormati."
"Terima kasih kak." jawab Haura.
"Err, Kasih dan semua dekat rumah ini rindu sangat dekat Haura tahu." anak mata Kak Chah menjeling lembut Muaz di sisi. Dia mahu panjangkan lagi perbualan dengan Haura namun..
"Haura pun rindu sangat dekat Kasih. Sampaikan salam Haura ya pada dia." sengaja Haura tidak menyebut nama Muaz.
"Erm, Haura tengah buat apa itu? Dah makan?" tanya Kak Chah dengan janggal.
"Dah, Kak Chah. Haura cuma rehat-rehat sahaja."
"Err, okaylah Haura jaga diri ya. Kalau ada apa-apa Haura perlukan, beritahulah Kak Chah.." hatinya menongkat harapan agar Haura akan selalu menghubunginya kelak.
"Baik. Kak Chah pun.." Haura mengakhiri perbualan.
Muaz laju mencuit tubuh Kak Chah.
"Kenapa akak tidak bagi Muaz cakap?!" bentak Muaz.
"Muaz ingat dia nak cakap dengan Muaz ke? Kalau dia nak cakap dah lama dia angkat call Muaz kan. Kalau akak bagi Muaz bersuara tadi silap-silap lepas ini Haura akan abaikan akak pula." Kak Chah menjeling lembut. Dia cuma mampu berbuat begitu agar Muaz dapatlah melepaskan sedikit rindu yang menggunung.
Muaz mengusap ubun-ubunnya membuatkan rambutnya semakin serabai. Rindunya pada suara itu tadi sungguhlah tidak tertahan.
"Sampai bila Muaz nak macam ini? Dapat kembalikan Haura ke kalau Muaz cuma duduk dalam bilik ini je hah? Nasi dah jadi bubur pun. Nak menyesal lama-lama tiada guna. Sekarang, akak nak Muaz pilih. Sama ada usaha pulihkan balik hubungan Muaz dengan Haura atau.. just move on je please! Muaz kena teruskan hidup. Muaz ada kerja, ada keluarga, ada orang yang periuk nasinya bergantung pada Muaz. Muaz jadi manusia kenalah kuat. Semua orang ada bahagian sedih dia masing-masing Muaz, tetapi biarlah berpada dalam beremosi. Ingat, Allah itu Maha Adil dengan kita.." Kak Chah mengusap peha Muaz dan berlalu pergi. Entah didengar atau tidak semua kata-kata itu pun dia tidak pasti.
Muaz hanya kaku termenung mengenang kata-kata kakaknya sebentar tadi. Begitu menusuk hatinya saat nama Haura disebut. Dia bersyukur, alunan suara Haura tadi dapat terngiang-ngiang indah di cuping telinganya untuk santapan rindu hatinya yang bertamu.
Di mata manusia segala hal yang baik itu tidak semestinya ia baik. Dan segala hal yang tidak baik itu pula tidak semestinya ia tidak baik..
Share this novel