Rate

BAB 1

Drama Completed 895

Perkhabaran yang baru sahaja aku dengar daripada anakku, Anas itu sangat menduga kesabaranku. Amarah mula menguasai diriku. Aku mampu bersabar dengan apa sahaja tetapi tidak sama sekali jika anak kesayanganku itu diperlakukan seperti banduan. Sedangkan aku sendiri tidak pernah memukul Anas, masakan aku membenarkan orang lain menyentuhnya.

Perkhabaran yang baru sahaja aku dengar daripada anakku, Anas itu sangat menduga kesabaranku. Amarah mula menguasai diriku. Aku mampu bersabar dengan apa sahaja tetapi tidak sama sekali jika anak kesayanganku itu diperlakukan seperti banduan. Sedangkan aku sendiri tidak pernah memukul Anas, masakan aku membenarkan orang lain menyentuhnya.

Anas pulang dari sekolah sebentar tadi dengan membawa suatu perkhabaran yang sangat mengejutkan aku. Dia memaklumkan kepada aku bahawa dia telah ditampar oleh guru disiplinnya di sekolah pagi tadi atas alasan tertidur di dalam kelas.

Hukuman yang Anas terima itu tidak langsung setimpal dengan perbuatannya. Tidak mungkin seorang murid yang tertidur di dalam kelas terpaksa menerima hukuman ditampar seperti itu. Anakku bukanlah banduan. Anakku juga ada hak untuk dilayan dengan baik.

Guru hari ini memang banyak yang sudah kurang waras sehinggakan anak kesayanganku diperlakukan sebegini rupa. Guru itu siapa, berani menampar anakku. Dia tidak mempunyai sebarang hak. Amarahku kian memuncak. Aku akan ajar guru durjana itu dengan tanganku sendiri. Itulah sumpahku!

“Siapa nama cikgu yang tampar Anas itu? Beritahu ayah. Biar ayah beri dia pengajaran sikit. Berani dia tampar anak kesayangan ayah,” tanyaku kepada Anas.

“Cikgu Salbiah , ayah. Dia cikgu disiplin sekolah. Cikgu Salbiah ni memang jahat. Dia suka marah Anas.” Anas menerangkan perihal Cikgu Salbiah kepadaku.

Aku bersumpah akan mencari nama Salbiah itu dan membalas segala perbuatannya terhadap anakku. Dia telah melampau. Dia cuma seorang guru bukannya warden penjara. Tugasnya bukanlah untuk menampar anak aku tetapi sepatutnya mengajar.

Keesokannya, aku sengaja meminta pelepasan daripada majikan di tempat kerjaku dengan alasan hendak berjumpa guru bagi membincangkan pretasi anak aku di sekolah. Tanpa membazirkan masa, aku segera bergegas ke sekolah.

Aku bagaikan dirasuk ketika itu. Tiada apa yang dapat aku fikirkan kecuali dendam aku yang kian membara terhadap seorang guru yang namanya Salbiah . Hari ini aku akan pastikan dia peroleh suatu pengajaran daripada tindakan bodohnya memukul anakku kelmarin.

Aku tiba di pintu gerbang sekolah tersebut. Dua orang pengawal keselamatan yang ditugaskan mengawal pintu masuk utama sekolah tersebut berdiri tercegat di situ menerima kehadiranku. Mereka berdua menguntum senyum meraikan kedatanganku. Namun, senyuman kedua-dua pengawal keselamatan itu sama sekali tidak dapat memadam api amarah yang ghairah membakar segenap jiwaku.

“Maafkan saya encik. Boleh saya tahu encik nak berjumpa dengan siapa?” tanya salah seorang daripada pengawal keselamatan itu yang wajahnya masih dihiasi senyuman.

“Aku nak jumpa dengan Cikgu Salbiah ,” kataku dengan riak muka bengis.

“Boleh encik tetapi saya ingin bertanya terlebih dahulu tentang tujuan encik. Atas urusan apa encik mahu berjumpa dengan Cikgu Salbiah ?” soal pengawal keselamatan itu lagi.

“Itu bukan urusan kau. Jangan masuk campur boleh tak? Lebih baik kau buka pintu pagar ni dan benarkan aku masuk. Aku tak mahu cari gaduh dengan kau.” Segala amarah yang tersimpan di dalam diriku aku keluarkan semuanya. Aku memang tidak suka dengan tindakan pengawal keselamatan itu yang seolah-olah ingin menggagalkan niatku.

“Maaf encik. Kami tidak boleh benarkan encik masuk ke kawasan sekolah jika encik tidak memberitahu kami sebab encik ingin bertemu dengan guru di dalam sekolah. Ini prosedur. Kami harap encik faham.” Pengawal keselamatan itu masih berkeras tidak membenarkan aku masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience