Zack memandang seorang gadis yang telah mengubah hidupnya menjadi huru-hara.Alisya adalah bekas tunang Zack.Zack memutuskan pertunangan mereka kerana dia dapati bahawa Alisya adalah seorang pisau cukur.
Selepas kejadian itu, Zack mula menjadi seoarang yang lebih berhati-hati dengan perempuan. Zack memerhatikan Alisya dari jauh. Dendamnya terhadap Alisya semakin menjadi-jadi.
Dari jauh terdengar suara seseorang memanggilnya."Zakaria Johari!!!" sayup kedengaran. "Siapa tu?!" balas Zack. "Zakaria Johari!!!" suara itu semakin dekat. "Siapa tu? Jangan main-main lah!" suara Zack lantang.
"Woi,Zack! Zakaria Johari! Kau x pergi kelas ke ha? Aku kejut kau tidur mati!" pekik Wan. Zack terjaga. Dia masih terpinga-pinga.'Mimpi rupanya' monolog Zack. "Mimpi kepala hangguk kau? Dah pukul 8 dah ni! kau tak pergi kelas ke mangkuk?!" balas Wan. " Aku dah lambat!!Apahal kau tak kejut aku?" Zack melompat dari katilnya terus ke bilik mandi.
Wan ketawa terbahak-bahak. "Gila aku macam ni kalau aku duduk dengan kau sampai ke tua. Dapat kawan bongok macam kau ni!!" jerit Wan.Kedengaran Zack sedang memberus gigi. 2 minit kemudian,Zack bersuara," Tapi kawan ni lah yang sentiasa ada dengan kau kalau kau susah ataupun senang!"
Share this novel