Wan memandang kearah Zack.Kelihatan Zack termenung dan tersenyum sendiri.'Beranganlah tu' monolog Wan.Wan berjalan sambil berjengket kearah Zack.
Zack yang tidak menyedari kehadiran Wan itu disergah oleh Wan.Zack terperanjat lalu bersilat kearah Wan.Wan yang terkejut dengan tindakan Zack itu berlari kearah biliknya lalu mengunci pintu bilik."Tau takut.Lari lintang-pukang kau.Padan muka!!!" jerit Zack.
*****
Wan tengah menonton filem kegemarannya.Zack datang kearah Wan lalu melabuhkan duduknya di sebelah Wan.Wan memandang."Apa hal kau tiba-tiba nak join aku tengok filem ni?Bukan kau benci ke filem ni?" kata Wan.
"Aku bukan nak join kau.Aku cuma nak tanya apasal kau sergah aku siang tadi?" soal Zack.Wan mengubah kedudukannya menghadap kearah Zack."Aku tengok kau termenung.Apa yang kau menungkan tu?" soal Wan."Aku teringat budak perempuan yang aku terlanggar masa jogging tadi.Comel.Tapi sayang." Wan memandang Zack,"Kenapa?". "Dia dah berpunya.Aku nampak ada lelaki yang bawa dia pergi dekat kawan dia lagi satu." jawab Zack.
*****
Malam ni,Ikha ditemani oleh Zufriza kerana kakinya terseliuh siang tadi.Selepas ke klinik,Zufra menyuruh Zufriza supaya menemani Ikha dirumah sehingga kakinya pulih.
Zufra sudah menganggap Ikha seperti adiknya sendiri.Ini kerana mereka telah berkawan sejak kecil.Kerisauannya terhadap Ikha sama dengan kerisauannya terhadap Zufriza.
Ikha memandang nombor telefon yang diberi oleh lelaki siang tadi.Disitu tertera nombor telefon dan nama pemilik nombor itu.ZACK.Ikha mendail nombor tersebut.Kedengaran bunyi peti simpanan suara.Ikha mendail lagi nombor itu. "Hello?Siapa ni?". "Saya Ikha.Saya nak jumpa awak esok.Nanti saya share location.Okey.Bye,En.Zack." kata Ikha dengan terus.
Share this novel