Bab 4

Romance Series 4204

Ikha berasa amat terkilan dan kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Amzar. Amzar memutuskan pertunangan mereka dengan mudah hanya kerana masalah yang dihadapi oleh Ikha.

Begitu mudah seorang lelaki. Amzar menghantar WhatsApp kepada Ikha dengan mengatakan dia ingin memutuskan tali pertunangan mereka kerana dia mempunyai teman wanita yang lebih sempurna daripada Ikha.

Ikha menangis semahu-mahunya. Mak Izah cuba untuk memujuk Ikha supaya membuka pintu biliknya tetapi tiada sebarang tindak balas daripada Ikha.

Masih terngiang di fikiran Ikha tentang janji-janji palsu Amzar terha dapnya.

"Saya akan jaga awak hingga ke akhir hayat saya. Saya akan pastikan tiada siapa yang berani menyakiti hati awak. Dan saya berjanji tidak akan sesekali menyakiti hati awak,Sayang Ikha."- Amzar

Ikha terjaga.Dia mengurut-urut dadanya.Zufriza yang melihat keadaan Ikha terus bertanya,"Kau okey tak?Mimpi benda yang sama lagi ke?" Ikha mengangguk.Zufra memandang Ikha menerusi cermin pandang belakang.Dia tersenyum."Kau ni Ikha,perjalanan hanya mengambil masa 25 minit sahaja.Itupun kau boleh tertidur.Inilah manusia.Bosan je tidur bosan je tidur.Takda keje lain." kata Zufra kepada Ikha.

Zufriza memandang abangnya dengan pandangan marah.Zufra diselubungi rasa serba salah."Sorry,Ikha.Aku takda niat nak sakitkan hati kau.Aku bukannya macam lelaki² kat luar sana." pujuk Zufra.Ikha tersenyum.

"Okey,kita dah sampai" jerit Zufra.Zufriza mula geram dengan perangai abangnya ini."Aku pergi cop tempat dulu." Zufra lari daripada Zufriza yang sedang membuat muka seperti mahu memakannya.

Ikha berjalan kearah Zufra yang sedang 'dibelasah' manja oleh Zufriza.Ikha tersenyum melihat gelagat dua beradik ini.Dia teringat akan arwah abangnya dahulu.
Abangnya,Ahmad Zulkarnain terlibat dalam kemalangan jalan raya dahulu.Abangnya koma selama sebulan sebelum dia dijemput Ilahi.

Dalam sedang Ikha mengimbau kisah lampau itu.Tubuh Ikha dirempuh oleh seorang lelaki yang berbadan tegap seperti watak Dr.Hilman di dalam novel Dr. Alpha Male.Ikha terjatuh. Lelaki itu membantu Ikha untuk berdiri sambil meminta maaf. Ikha memandang lelaki itu dengan perasaan serba salah sama ada itu adalah silapnya atau lelaki itu.Lelaki itu memberi nombor telefon dan pergi dengan kadaan tergesa-gesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience