Ikha duduk sendirian di bangku yang berdekatan dengan cafeteria yang ada di UUM itu. Ikha atau nama penuhnya ialan Siti Ain Zulaikha seorang pelajar UUM dalam bidang Perakaunan.
Hidupnya berubah selepas perkara yang berlaku setahun yang lalu. Dia menjadi seorang wanita yang lebih pendiam dan berani. Perasaannya pada seorang lelaki cukup untuk mengganggu ego seorang lelaki maskulin.
Zufra dan Zufriza berjalan kearah Ikha yang kelihatan termenung jauh. "Woiii,Ikha! Termenung jauh nampak. Apa yang kau menungkan tu?" Zufra mengajukan soalan kepaada Ikha. " Takda apa-apa lah. Aku cuma penat sikit je. Korang ni ada apa jumpa aku? Nak belanja makan ke?" Ikha bertanya sambil tersenyum.
"Aku berkawan dengan kau ni mahu habis duit poket aku tak sampai sebulan. Dengan ada kembar yang sikit-sikit nak makan je kerjanya."balas Zufra. Zufriza tersenyum kucing. Ikha tergelak sedikit. "Alah,apa salahnya perempuan yang kuat makan ni pun bukan siapa-siapa...Adik kembar kau juga...." Zufriza menyambung, " Kau kan abang...Kau kenalah tahan dengan perangai aku....Siapa suruh kau masuk satu U dengan aku...Tak bagi aku duduk rumah sewa kawan aku tu... Nasib kau lah..." Zufra menahan rasa geram terhadap
kembar kesayangannya itu. Ikha tersenyum.
****
'Malam ni aku sorang-sorang lagi. My housemate tak balik lagi.Aku dah selalu nasihatkan dia supaya tak buat kerja-kerja tu semua...Tapi dia tetap degil...Nak juga malam-malam pergi kelab..Nasib aku tak terikut dengan perangai dia yang sosial tu.' Ikha bermonolog.
Dia termenung. Baru teringat yang assingment nya belum dilengkapkan lagi. Assingment yang disuruh oleh Dr. Zulfaqar yang garang tahap singa jantan. Sungguh kejam perumpamaannya terhadap pensyarah kesayangannya itu. Ikha tergelak kecil.Tanpa Ikha sedar,gerak gerinya diperhati oleh Zetty yang baru balik dari kelab malam.
Zetty menegur, "Kau ni dah gila ke apa gelak sorang-sorang?Bodoh ke?" Ikha tersentak.Dia membalas, "Kau tu yang gila! Masuk rumah x bagi salam tiba-tiba cakap aku bodoh,apa hal kau?!". Serius Ikha sedang meluap dengan perangai biadab Zetty.
Zetty berjalan laju kearah biliknya lalu menghempas pintu bilik. Ikha tersentak lagi. 'Memang nak MAUT budak ni' monolg Ikha.
Ikha mengangkat laptop nya lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Ikha meletakkan laptopnya perlahan-lahan,seterusnya dia ke pintu biliknya dan menghempas pintu biliknya dengan kuat sekali.
Kedengaran bunyi suara Zetty yang melatah seperti makcik di kampung. Ikha ketawa kecil...'Padan muka kau...Buat aku terkejut lagi...Rasakan...Hahaha' Ikha bermonolog.
Share this novel