Auni terkocoh-kocoh masuk ke dalam pejabatnya, dia boleh terlupa ada mesyuarat pagi ni dengan Datin Zaleha.
Nasib baik datin belum sampai lagi, bisiknya sendiri. Legaaaaa.
Datin Zaleha memang selalu membuat tempahan bunga dengan kedainya, sejak mamanya masih ada lagi. Datin Zaleha seorang pemilik butik pengantin, mengambil juga tempahan untuk hantaran dan seumpamanya.
"Selamat pagi Cik Auni" Pembantu peribadinya menyapa mesra.
"Selamat pagi Zila, datin ada call tak nak datang meeting pukul berapa? Ikutkan temujanji nak datang pukul 9.00 pagi."
"Belum lagi Cik Auni, biasalah janji melayu, pukul 9.00 pagi boleh jadi pukul 10.00 pagi,” Zila berseloroh.
Balas Zila diselangi ketawa kecil.
Auni terangguk-angguk, senyum dan terus melangkah masuk ke biliknya.
Order-order dari customer dia semak untuk memastikan penghantaran dibuat mengikut waktu. Ada juga yang menempah jambangan bunga untuk suprise delivery, hiasan rumah dan pejabat serta macam-macam lagi. Kualiti kerja amat dia pentingkan.
Ditingkat bawah pekerjanya sibuk dengan tugas masing-masing. Kelihatan juga pelanggan asyik membelek-belek bunga.
Kedai dua tingkat, bahagian atas menempatkan pejabatnya, tingkat bawah tempat operasi. Melalui CCTV, dia memantau pekerja-pekerjanya melakukan kerja, jika ada kelapangan dia juga turun padang ke ruang kedai bahagian bawah.
Tok... Tok... Tok... Ketukan di pintu.
"Cik Auni...."Pembantu peribadinya berdiri di muka pintu.
"Datin dah sampai."
Auni mengangguk.
"Assalamualaikum, Auni sayang. Sorry auntie terlambat sikit, tadi la si Rafael tu minta temankan pegi klinik, tak sedap badan katanya.”
Datin Zaleha menerangkan kenapa dia lambat berjumpa dengan gadis itu pada hari ni.
"Rafael???"
Dahi Auni berkerut.
Oo... Rafael Ayden, anak auntie. Baru balik bulan lepas dari study kat London. Baru je abis study tu..."
"Oyeke tak tau pulak auntie ada anak belajar dekat oversea.."
Auni membalas, sambil tersenyum...
Datin Zaleha membalas senyuman, cantik Auni persis ibunya. Dah la cantik, rajin pula tu. Berkenan betul nak buat calon menantu, dia tersenyum-senyum sendiri, dia pun dah kenal lama dengan Puan Sarah, ibu Auni, merangkap kawan baiknya juga.
Terasa diri dipandang. Dah, apa kena ngan datin ni??? Pandang dia tersenyum-senyum. Aku pakai mekap comot ke pagi ni? Ke tersalah pakai warna gincu atau blusher terlebih pink kat pipi? Auni berdesis di dalam hati.
"Datin.." Dia memanggil mengejutkan datin dari terleka..
"Oh, sorry Auni! Berbalik kepada tujuan asal kita" Datin Zaleha senyum termalu-malu, Tu la, ralit sangat tengok anak dara orang.
"Emmm, ok, datin... Untuk bunga-bunga yang datin nak tempah, boleh datin listkan bunga apa dan berapa kuantiti yang datin nak. Ataupun nak ikut je tempahan yang datin buat sebelum ni."
"Ok, macam ni, auntie follow je ikut tempahan yang sebelum ni, tapi ada tambahan bunga ros segar warna merah dan kuning. Nanti auntie bagitau berapa jumlah yang auntie nak yer."
"Ok lah kalau macamtu auntie, senang sikit kerja saya".. Auni tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik..
*******
Jam di tangan dia pandang, dah nak masuk waktu lunch. Baik ajak Dina lunch dulu, perut pun dah berbunyi.
Wardina satu-satunya kawan baik sejak dari universiti lagi. Teman sebilik, teman sekuliah, teman menangis, teman ketawa dan semuanya teman la. Teman sewaktu susah senang pun dia juga. Sayangnya pada Dina seperti keluarga sendiri.
Telefon dicapai, hajat nak telefon Dina. Agaknya dia busy tak sekarang ni ekk? Tapi dah waktu lunch. Ah, lantaklah, janji call dulu. Nombor Dina didail. Nasib baik berangkat.
"Hello... Dina, jom lunch, aku dah lama tak jumpa kau, kau pun busy je manjang sejak dah kerja kat tempat baru ni. Sampai lupa nak contact member" Kata Auni.
"Ala, bukan lupa, kekangan masa, tapi takpe, kau punyer pasal, aku belanja lunch untuk hari ni,” Dina memujuk, tau sangat dia peel kawannya yang satu itu.
"Yeke, ni yang aku sayang kau lebih ni. Nanti kita jumpa kat tempat biasa yer, restoran nasi campur tu."
"Ok, roger - roger".. Dina membalas sambil mematikan telefon.
********
Auni meninjau-ninjau meja yang hendak diduduki. Nasib baik pelanggan tak berapa ramai. Selesa sikit nak menjamu selera. Akhirnya jumpa juga meja yang mereka akan duduki, tak jauh dari deretan lauk - pauk yang beraneka jenis. Tengok lauk pun dah kecur air liurnya.
Mana la minah ni, lambat plak. Jalan sesak kot.
"Dina kau kat mana? Aku dah sampai ni," maklum Auni, bertanyakan keberadaan sahabatnya itu.
"Weh, jap - jap, lagi 5 minit, dah nak sampai ni, kau cop meja dulu." Dina membalas.
"Yela - yela.. Dah cop pun meja. Aku tunggu kau jer ni," Auni menjawab seraya mematikan telefon.
Di depan pintu masuk restoran, kelihatan Dina terkocoh - kocoh menghala ke arah meja yang dia duduki.
"Sorry lambat, jalan sesak la pulak, pastu cari parking pun satu hal," maklum Dina termengah - mengah sejurus melabuhkan punggungnya di kerusi secara berhadapan dengan Auni.
"Eh, takpe! Jom kita ambil makanan, perut aku dah berdangdut ni." Auni dah tak sabar sambil menggosok perutnya.
Di deretan menu lauk-pauk, Auni berkira-kira memikirkan mahu memilih lauk apa untuk santapannya pada harini. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Ada pelbagai jenis kerabu. Kerabu mangga, tauge dan daun salom. Masak kari kepala ikan, kari ayam dan daging. Masak lemak kubis, Ayam masak merah dan macam- macam lagi la. Pilih saja yang mana tekak rasa selera. Sedang leka memilih, dia berhajat nak ambil lauk ayam goreng berempah, baru je nak capai bahagian tight, dah ada si polan yang ambil dulu. Gerammmm je rasa hati ni. Dia dah cop dulu, dah le bahagian tight tinggal satu jer.. Tak leh jadi ni...
"Excuse me encik, ayam tu saya dah chop dulu, so saya la yang punya." Auni dah naik geram, nasib kat restoran, ramai orang, masih boleh sabar lagi.
"Eh, jap - jap... Tengok pada ayam ni takde pulak nama orang, memandangkan takde nama orang, kira suka hati saya la nak amik pun kan," Lelaki itu membalas sambil tersengih sinis.. Ah, Ada aku kisah! Pat - pat..siku lipat... haaa sambung... Dia bersiul-siul sambil berlalu pergi menuju ke meja. Di situ kawannya sudah sedia menunggu.
Auni terpinga-pinga, boleh buat macam tak bersalah pulak dia, hati berdongkol geram, terbantut seleranya pada tengah hari ni.
Lauk lain pula terpaksa diambilnya untuk makan tengahari tu dan dia menuju ke meja dengan hati yang tersangat sebal. Dina sudah sedia menunggu di situ
"Masam mencuka je muka tu, nape ni? tadi ok je masa datang sini, tak de lauk yang kena ngan selera ker?" Dina menyoal sejurus dirinya melabuhkan punggung di kerusi.
"Beb, ada orang gila dah curi ayam aku, aku dah cop dulu, dengan selamba badak je dia ambil, padahal dah nampak dah aku tercegat kat situ dulu nak ambil ayam goreng tu,” Adu Auni.
"Orang gila mana pulak ni? Dina dah hampir nak tergelak.
"Tu..tu.. Mamat sengal yang duduk kat meja hujung belah kanan kita tu, kau nampak tak dia yang pakai t'shirt kolar biru tu." Mulut dimuncung sambil jari menunjuk ke arah mamat yang buat seleranya hilang tengahari ni.
Pandangan Dina terhala pada arah yang ditunjuk oleh Auni.. kelihatan dua lelaki sedang asyik menjamu selera.
"Dah - dah.. kita makan je la dulu, abaikan mamat sengal tu, nanti lambat kita nak masuk keje." Dina menambah sambil melayan hidangan yang dah ada di depan mata. Dia pun sudah terasa lapar.
Mungkin terasa dirinya seperti ada yang memandang, lelaki tersebut berpaling ke arah Auni, Auni membulatkan mata dan menjeling tajam, Kau tunggu hari kau, pat - pat siku lipat yer.. Siap kau, aku dah save siap-siap muka kau kat dalam kepala otak aku ni. Hati Auni berkata-kata sambil bibir tersungging senyum sinis.
Happy reading semua.... (mini love) -Es Lilin-
Share this novel