Pertunangan tanpa rela antara Auni Melissa (25 tahun) dengan Rafael Ayden (28 tahun), yang diatur oleh kedua orang tua ketika masing - masing masih kecil, tanpa mereka sedari rupa - rupanya mereka telah menjadi tunangan orang. Dalam hubungan tanpa rela membibitkan aura cinta yang mewangi antara keduanya. ******************** "Auni, aku rasa kita ikut je apa yang dah dirancangkan oleh orang tua kita. Aku kesiankan mommy aku, nak sangat tengok kita bernikah." Akhirnya Rafael menuturkan apa yang terbuku di hatinya. Dia sebenarnya sudah terlalu penat, bagaimanapun dia berkeras untuk teruskan perhubungan dengan Keisha, semakin itu juga seolah - olah tiada noktah. Mommynya tidak merestui. Lebih baik dia mengalah dan ikut sahaja apa yang dah diaturkan untuknya. Auni memandang Rafael lama. Mencari idea untuk membalas kata - kata Rafael. Dia sendiri pun tidak menyangka, Rafael akan berkata sedemikian. Jika selama ini, Rafael yang berkeras untuk membantah perancangan orang tua mereka. Air liurnya ditelan, nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. "Kalau awak tanya saya pasal perhubungan ni, saya sebenarnya akan ikut je apa yang dah diaturkan oleh orang tua kita. Saya pun dah penat nak mencari alasan untuk mengelak. Sebab saya fikir, jika saya mementingkan diri - sendiri, akan ada hati yang akan kecewa. Saya dah lama abaikan perasaan saya sendiri. Saya biarkan hati saya terluka, jangan ingat hanya awak seorang sahaja yang terluka Rafael." Auni membalas. Membuang pandang ke arah tasik. Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada gugur. Dia tidak mahu dianggap lemah di hadapan lelaki itu. Dia pun tidak pasti kenapa dia menjadi sesebak itu bila membincangkan perkara ini. Rafael terbungkam mendengar kata - kata Auni Melissa. Betul katanya, Dalam ingin menjaga hati, pasti akan ada hati lain yang terluka. Dia pasrah. *************** ......Bila terasa diri dicintai, hati akan berbunga-bunga bak bunga yang mekar di dalam taman. Harum mewangi baunya.. Es Lilin : Hai, ni karya pertama EL, Jom singgah baca karya EL. Maaf jika ada kekurangan, masih lagi bertatih untuk menulis. EL akan diperbaiki dari masa ke semasa. EL menulis hanya sekadar hobi dan mengisi masa terluang. (DILARANG PLAGIAT) Start date : 15/2/2023 End date : 3/4/2023
Update 06 December 2024
2023-08-30 1 Replies
baca prolog pn dh sedih..hurm
2023-06-14 1 Replies
tahniah...best
2023-05-27 1 Replies
done marathon. best