PROLOG

Romance Completed 76701

“Auni Melissa"...

Jeritan bak halilintar telah mengganggu tidurnya. Terpisat - pisat tuan empunya diri. Masih melayan kantuknya.

"Weh Auni bangun la, matahari dah menggalah dah ni, apa punya perangai anak dara sorang ni. Tak gi kerja ke harini?"

Azri dah membebel cam mak datuk. Dia dengan perangai mak-maknya berpisah tiada.

"Apa abang ni? baru nak mimpi ngan anak raja. Auni kerja la, tapi awal lagikan, abang ni je yang kalut. Auni kan bos, sukahati la nak masuk kerja kul berapa"

Azri Iskandar bercekak pinggang. Geram plak dengan perangai manja adiknya sorang ni. Dah besar panjang pun tak berubah-ubah perangai. Ni hari - hari nak kena berkejut bangun pagi. Kalau tak dikejut, alamatnya lambat la adiknya pergi ke pejabat. Dia pun nak kena pergi cepat juga, harini ada appointment dengan klien.

Auni memuncungkan bibir tapi digagahkan juga diri bangun, tuala dicapai dan terkedek-kedek menuju ke bilik air.

"Banyaklah Auni punya bos, so kalau bos boleh sesuka hati la nak masuk keje pukul berapa. Memang takde disiplin betul. Hmmmmm." Kedengaran suara bebelan dari luar bilik air, dah malas nak melayan, Azri mengeleng-geleng kepala dan berlalu keluar dari bilik adiknya. Dia pun tergesa-gesa takut terlambat nak pergi kerja, tambah lagi nak harung kesesakan lalu - lintas lagi nanti.

Auni Melissa Binti Azlan, gadis cantik berumur 25 tahun, berwajah lembut dan berkulit kuning langsat, anak yatim piatu yang juga pemilik sebuah kedai bunga warisan dari arwah ibunya. Mempunyai seorang abang yang sangat mengambil berat. Ibu - bapa Auni dah 3 tahun meninggalkan dunia tipu-tipu ni akibat kemalangan. Abangnya Azri Iskandar, 28 tahun, masih bujang dan sekarang mengambil alih syarikat perhotelan peninggalan arwah bapa. Dialah keluarga yang ada buat Auni sekarang, dialah ibu dan dia juga bapa.

Azri sampai sekarang tidak mendirikan rumah tangga, bukan tiada rupa, berwajah kacak mewarisi wajah ayahnya, para gadis yang memandang pun boleh cair tetapi kerana mahu menggalas tanggungjawab dan amanah yang ibu- bapa dah tinggalkan, dia kena korbankan perasaan sendiri. Baginya selagi Auni tidak berkahwin, dia tidak akan berkahwin. Itu janjinya.

Sejak ibu-bapanya pergi ke alam abadi, hidupnya seperti tiada hala tuju, dan hilang tempat berpaut, tetapi apabila memikirkan tanggungjawab kepada adiknya yang seorang ini, dia perlu bangkit dan kuatkan semangat. Lebih-lebih lagi dengan tanggungjawabnya juga yang perlu dipikul terhadap syarikat peninggalan arwah papa. Dia perlu memikirkan juga pekerja - pekerja yang setia, sebab ada periuk lain yang perlu dia jaga. Dia harus bangkit. Bermula dari itu, dia perlu korbankan masa mudanya. Sekarang dah 3 tahun dia menerajui perniagaan perhotelan ini, walaupun tiada pengalaman, berkat tunjuk ajar dari pekerjanya, dia mampu.

Hai semua..Saya masih newbie. Harap ada yang sudi meluangkan masa membaca novel sulung saya, maaf jika ada kekurangan. Menulis sekadar suka-suka. Semua watak, tempat & masa adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup dan yang meninggal dunia. Jalan cerita adalah melalui imaginasi sahaja. -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience