Datin Zaleha asyik menonton drama kesukaan di televisyen. Badannya terasa penat selepas balik dari butik siang tadi. Hari ni ramai pula pelanggan yang datang. Kedengaran tapak kaki menuruni tangga, kepala di dongak ke atas. Kelihatan anaknya Rafael berlari - lari anak turun ke bawah, duduk di sebelahnya sambil mata turut sama memandang televisyen.
"Raf, apa cerita hari ni? kata nak cari kerja, dapat tak?", tanya Datin Zaleha sejurus anaknya melabuhkan punggung di sebelah.
"Belum lagi mommy, tadi Raf hantar resume je dulu kat syarikat kawan Raf, harap - harap ada rezeki la nanti," balas Rafael sambil mata tertancap di skrin tv. Memang sifatnya tak suka nak tanam anggur lama-lama. Sebulan dia dah berehat dekat rumah cukup-cukup la tu.
"Kerja je la dengan daddy Raf, bila lagi nak bantu daddy kamu dekat syarikat tu, tak kan nak harapkan Abang Zareed sorang je tolong daddy dekat ofis tu." Kedengaran suara Dato' Malek menyampuk perbualan anak - beranak tersebut yang kelihatan hanya memakai boxer dengan tuala di leher, mesti dari kolam renang. Suka betul mandi kolam malam - malam. Katanya nak hilangkan stress kerja.
"Bukan tak nak kerja dekat syarikat daddy tapi Raf nak berdikari dulu. Bagi Raf peluang cari pengalaman di tempat lain. Nanti bila dah sampai masa, Raf akan kerja juga dekat syarikat daddy." Rafael menambah.
"Nak tunggu sampai bila Raf? daddy dah semakin tua, takkan nak harapkan Abang Zareed sorang - sorang buat semua tu, uruskan semua benda, daddy pun kalau boleh tak nak dah sibuk - sibukkan diri lagi dekat syarikat kita tu, biar anak - anak daddy pulak yang uruskan." Dato' Malek masih bersuara. Susah betul nak pujuk anaknya yang sorang ni, tak macam anak sulungnya yang sangat patuh dan mendengar kata.
"Tak pe la daddy, Raf tetap dengan keputusan Raf, bukan niat Raf tak nak dengar cakap daddy, tapi satu je Raf mohon, bagi Raf peluang untuk Raf cari pengalaman baru di luar sana dulu". Rafael menyambung kata seraya mengangkat kaki menuju ke biliknya di tingkat atas. Bukan malas nak melayan, takut makin dilayan, makin daddynya mendesak untuk dia bekerja di syarikat milik daddynya itu.
"Tengok la anak teruna kesayangan awak tu, tak boleh ditegur langsung, ada je jawapan dia. Kalau tak harapkan anak - anak yang bantu bapak, nak harapkan siapa lagi. Kat pejabat tu ada je jawatan kosong kalau nak masuk, Zareed boleh uruskan, nak berdikari konon, tengok la sampai bila dia nak berdikari tu,” panjang bebelan Dato' Malek, geram dengan perangai anaknya yang sorang ni.
"Takpe la bang, abang bagi la dia peluang untuk cari kerja kat tempat lain dulu, kita biarkan dia nak cari pengalaman. Nanti bila dia dah bosan kerja dengan orang, dia kerja la dengan abang pulak." Balas Datin Zaleha memujuk, malas nak memanjangkan cerita sambil mata terus menatap kaca televisyen. Hilang fokusnya nak menonton drama Korea kegemaran. Dah le drama tu berepisod.
"Tu la awak, manjakan lagi anak tu, sebab tu jadi besar kepala tak nak dengar cakap, hmmmm budak-budak zaman sekarang, susah sangat nak mendengar kata," Getus Dato' Malek sambil melangkah naik menapak anak tangga menuju masuk ke biliknya. Berehat kat bilik lagi bagus. Yang mommynya pulak tak habis-habis dengan drama Koreanya. Gumamnya dalam hati.
*********
Di atas katil, sambil berbaring, dia meletak tangan di atas dahi, sambil mata merenung ke atas syiling. Rafael teringat peristiwa dua hari lepas di taman rekreasi. Terimbas - imbas macam drama Korea yang mommynya tengok kat tv, menari - nari di memori kepalanya ketika ini. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri.
Siapa minah tu yer? Asyik bertembung dengan dia je sejak dua menjak ni. Macam nak berjodoh pun ada. Laju tangan nenepuk mulut sendiri, aishhhh, apalah cabul mulut dia ni. Simpang malaikat 44 la kalau berjodoh dengan minah tu, dah le garang cam singa betina kehilangan anak. Tak sanggup dia nak mengadap hari - hari. Kang tak memasal dia menempah satu bilik kat Hospital Bahagia. Sebab apa, sebab kemurungan. Seram tiba - tiba apabila memikirkan kalau terjadi seperti itu. Nasib muka tu cantik, dan dia memang tak nafikan, perempuan tu memang cantik, tapi tu la, garang mengalahkan ayam betina bawa anak kecik. Pantang terserempak, habis satu kawasan rumah dikejarnya. Harap dia tak jumpa lagi dengan perempuan tu di lain kali. Mulut menguap - nguap, mata dah berair menahan kantuk. Tidur lagi bagus dari memikirkan pasal minah tu. Jangan termimpikan dia sudah.
********
Usai bersarapan bersama mommy pagi tu, Rafael cepat - cepat hendak bangun meninggalkan meja makan. Dia dah berjanji nak keluar dengan Adam. Katanya ada berita baik yang nak diberitahu. Kawannya yang sorang ni suka sangat buat suprise.
Daddy dan Abang Zareed pagi-pagi dah keluar pergi pejabat. Katanya ada mesyuarat Pengurusan dengan kakitangan harini.
Dia dan Abang Zareed hanya dua beradik. Perbezaan umur pun tak jauh beza, hanya berbeza 3 tahun. Abang Zareed dah bertunang. Tinggal dia lagi yang masih single.
"Raf nak keluar ker? Pagi lagi ni." Datin Zaleha menyoal sejurus melihat anaknya bergegas menapak ke pintu utama.
"Haah mommy, Raf dah janji nak keluar dengan Adam. Adam kata ada hal nak bagtau Raf, maybe pasal kerja yang Raf mohon haritu kot." Rafael menjawab pertanyaan mommynya, seraya mengambil kunci kereta di tempat meletak kunci.
"Emmm pergilah. Mommy pun nak pergi ke butik kejap lagi ni.” Tingkah Datin Zaleha.
*******
Sesampai sahaja di kafe yang dijanjikan, mata melilau - lilau mencari sahabatnya, terus mata tertumpu kepada orang yang dicari. Nasib baik kawannya tidak lambat, kebiasaannya dia yang selama ni akan jadi penunggu.
"Sorry beb, aku terlambat sikit, jalan sesak pulak tadi, ada kemalangan. Tu yang terlambat sikit.” Seraya duduk di kerusi depan Adam.
"Eh, takpe, aku pun baru je sampai. Order la minum ke, makan ke, kau nak makan apa? aku belanja." Adam mempelawa, sambil menayang sengihan seperti kerang busuk.
"Emmm, aku nak minum jer, tadi dah sarapan dengan mommy aku dekat rumah." Tambah Rafael.
"Apa berita baik sangat yang kau nak bagitau aku tu?" Soal Rafael, sambil melayangkan tangan memanggil pelayan. Kelihatan pelayan cafe menuju ke arah mereka, pesanan diambil dan berlalu pergi.
"Pasal kerja yang kau mohon kat syarikat tempat aku bekerja tu, kau dah berjaya diterima dalam senarai pendek. Tapi kau kena datang interview dulu sebab ada lagi dua permohonan lain yang berjaya untuk sampai ke peringkat interview tu nanti."
"Oyeke, so bila aku kena datang untuk interview?" Rafael menyoal lagi setelah mendengar info dari Adam. Rasa tak sabar dia nk pergi interview.
"Kau boleh datang esok, tapi pakai smart-smart sikit la, berseluar slack, berkemeja lengan panjang dan bertie,” maklumnya sambil mengacau-ngacau straw di dalam gelasnya. Satu sampul surat dia hulur kepada Rafael. Memang dia minta surat tu lebih awal daripada pihak HR dan memaklumkan akan hantar sendiri kepada tuan empunya diri.
Kawannya Adam bekerja sebagai pengurus di syarikat hartanah dan perumahan. Sekadar mencuba nasib, dia menghantar resume ke syarikat berkenaan, apabila dimaklumkan oleh Adam ada kekosongan di syarikat itu.
Hatinya berkobar-kobar untuk pergi interview. Harap dipermudahkan urusannya pada hari esok.
Hanya bacaan ringan dan santai. Happy reading.. (Mini Love) -Es Lilin-
Share this novel