Rate

BLACK ROSE (broken inside) 2

Drama Completed 921579

Aydean merenung menu yang diberikan kepadanya. Satu persatu diteliti. Dari appetizer, main course hinggalah ke dessert satu persatu di teliti Aydean dengan wajah yang serius. 

AYDEAN
"Okay. Proceed. Cuma main course ni jangan pedas sangat. Perut I tak tahan," Aydean membuka kacamata hitamnya dan disangkutkan ke lubang leher. Mawar hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. 

"Adam mana?" soal Aydean dengan wajah yang serius. Dia kelihatan letih dan tidak cukup rehat. Bau minyak wanginya yang kuat menusuk ke dalam hidung Mawar. 

Achum!!! Mawar bersin. Tidak tahan dengan bau minyak wangi Aydean yang terlalu kuat itu.

Mandi minyak wangi ke apa dia ni??

Aydean tersedar Mawar menggosok hidungnya berkali-kali. Mungkin wanita itu sensitif dengan bau-bauan yang kuat. Apa boleh buat, dari malam tadi Aydean sibuk dan tidak sempat mandi. Dia terus ke restoran untuk berbincang mengenai menu malam nanti. 

AYDEAN
"I tanya, Adam mana?" ulang Aydean sambil mengeluh kecil. Matanya meliar mencari kelibat Adam.

MAWAR
"Saya pergi panggil Adam. Aaa.. itu saja ke Encik Aydean? Ada apa-apa penambahan menu tak?" soal Mawar sambil berdiri tegak.di hadapan Aydean. 

AYDEAN
"No. I nak fresh orange and I nak mee goreng, tapi, you guna spaghetti. Got it?" soal Aydean sambil memandang wajah Mawar yang terkebil-kebil matanya cuba menangkap kata-kata Aydean itu.

MAWAR
"Aaaa.. Encik Aydean nak add on dalam menu ke?" soal Mawar masih keliru. 

AYDEAN
"Yang fresh orange dengan mee goreng spaghetti tu, I nak sekarang. About the menu, tiada add on," Aydean cuba buat Mawar faham penerangannya sebentar tadi. 

Jangan dia bawa mee goreng dengan spaghetti sudah!

MAWAR
"Ohh.. Okay," Mawar berlalu pergi sambil otaknya ligat berfikir.

Dia nak mee ke nak spaghetti??

20 minit kemudian, Mawar membawa air minuman dan makanan Aydean. Aydean membulatkan matanya melihat makanan yang diletakkan di depannya.

AYDEAN
"Hello, girls. I dah agak dah. You ni macam mana ambil order customer kalau tak faham??" Aydean mula naik angin.

"I cakap, I nak mee goreng, tapi gantikan mee tu dengan spaghetti! Tak faham keee??" Aydean mendengus kasar. Adam di sebelah hanya mendiamkan diri. Dia tidak berani masuk campur jika Aydean mula bersuara tentang staffnya yang membuat silap. Mawar terkebil-kebil disitu.

"Siapa nak makan mee goreng dengan spaghetti bolognese ni?? You ingat I hantu ke makan banyak-banyak macam ni??" bebel Aydean. Suara Aydean mula naik satu tingkat. Mawar tersentap. Wajahnya berubah riak. 

SYAKIR
"Rileks, darling. I dengan Adam boleh makan dua-dua ni. Jangan marah-marah macam ni customer tengok," ucap Syakir dengan matanya masih tertarah ke skrin telefon bimbitnya. Adam pula memandang wajah Mawar dengan riak simpati.

AYDEAN
"l'm tired, cousin. Dari malam tadi aku tak tidur, breakfast pun tak sempat. Now bila nak makan, our krew tak faham bahasa!" Aydean memandang tajam ke arah Mawar yang masih tercegat di situ.

"Macam mana kau boleh hire krew yang tak faham apa customer nak ni? Kau tak briefing dia ke sebelum masuk sini??" suara Aydean mula keras. 

Mawar pula mula hilang sabar. Dia menarik nafas dalam. Dia memberanikan dirinya melihat ke wajah Aydean.

AYDEAN
"What are you looking at?" soal Aydean apabila Mawar merenungnya dengan tajam. 

MAWAR
"Baru menang anugerah dunia, berlagak macam dah dapat syurga! Neraka kirim salam,bro. Adab kelaut!" terus Mawar meninggal lelaki-lelaki tersebut dengan rasa geram dan sebal di dada. 

Ingat aku hadap sangat kerja dekat sini!!

Mawar melangkah masuk ke dalam dapur sambil menyumpah seranah di dalam hati.

Sementara itu, Syakir dan Adam memandang sesama sendiri. Pecah tawa mereka melihat wajah Aydean yang merah padma akibat menahan marah di sound wanita itu tadi. Pertama kali Aydean di laser seorang wanita. Syakir dan Adam masih ketawa terbahak-bahak. 

Kau laserkan aku! Aku aktor kot!

SYAKIR
"Rileks, bro. Mawar tu bahagian kitchen. Dia tak kan ambil order customer," Syakir cuba menenangkan Aydean yang kelihatan bengang itu. Aydean mendengus.

AYDEAN
"Memanglah. Tapi, bila kerja di sini kena flexible. Kena tahu semua benda. Kau jangan nak manjakan sangat krew kita. Nanti naik kepala macam tadi tu. Aku boss kot!" bebel Aydean lagi. Hatinya sebal di marahi oleh wanita itu. Akhirnya Syakir mendiamkan diri. Malas mahu berbalah dengan orang yang serba tak cukup ni. Tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup rehat. Mahu jadi perang nanti. Berdiam adalah jalan yang terbaik.

××××××××××

Malam itu.

Mawar dan yang lain-lain sibuk meletakkan makanan di dalam buffet dish set. Adam memastikan makanan semua telah dihidangkan dengan baik dan kemas. Tag makanan di letakkan di depan setiap buffet set. Manakala krew di bahagian pelayan pula memastikan semua meja sudah disetkan.

Aydean sampai lebih awal. Banner juga siap di gantung oleh Siti dan beberapa orang ajk yang lain. Aydean memantau setiap perkara. Sekali sekala matanya menjeling ke arah Mawar.

AYDEAN
"Hey, girl! Ni kotor. Lap sikit!" arah Aydean dengan suara yang kasar sambil menumpahkan kuah masak lemak ke atas penutup buffet tersebut. 

Dengan hati yang sebal, Mawar pergi ke arah yang dimaksudkan oleh Aydean itu. Dia melihat kotoran yang sengaja dibuat oleh Aydean sambil menyumpah di dalam hati.

Gila!! Poyo!! Childish!!!

Aydean menoleh ke belakang sambil tersenyum puas. Dia terus berjalan ke arah lain meninggalkan Mawar di situ.

Menjawab lagi! Jangan main-main dengan aku! I'm Aydean okay!

ADAM
"Mawar, nanti every half hour you check buffet ye. Then, mana tak cukup, you standby," pesan Adam sambil melihat sekali lagi kawasan buffet tersebut.

"Mawar, ni apa kuah bercampur dalam sambal ni??" soal Adam dengan dahi berkerut. Cepat-cepat Mawar menghampiri Adam sambil menjenguk ke dalam buffet set itu.

Ni mesti kerja mangkuk sekor ni!

Mata Mawar meliar mencari kelibat Aydean. Sebaik sahaja matanya menangkap susuk tubuh lelaki itu, dia menghampiri Aydean dengan hati yang membara. Adam terpinga-pinga melihat Mawar meluru ke arah Aydean.

MAWAR
"Apa masalah awak ni, hah??" dengan rasa geram Mawar menghamburkan marahnya. 

Melampau!!!

AYDEAN
"What??" Aydean buat muka selamba. Dia tahu dan faham apa yang Mawar maksudkan. Tetapi, sengaja dia buat-buat tak faham. Janji, sakit hatinya terbalas selepas Mawar melaserkan dia siang tadi.

MAWAR
"Awak ni buat-buat bodoh ke, memang betul-betul bodoh?? Awak campurkan sambal dengan kuah masak lemak tu kan??" pantang betul Mawar apabila penat lelahnya di sabatoj oleh orang lain. Berjam-jam dia menyediakan barang masakan dan berjam-jam juga dia berpanas di dapur untuk memasak kesemua makanan itu, senang-senang sahaja lelaki itu mensabotaj makanannya. 

AYDEAN
"Hey! Mind your words! You ni tak belajar adab? Cakap dengan boss macam ni ke???" suara Aydean mula naik bersama egonya. 

Suka hati dia cakap aku bodoh!

MAWAR
"Boss gila!!!" marah Mawar sambil terus melangkah ke dapur. Malas dia mahu melayan perangai lelaki itu. Bencinya makin meluap dirasakan. Mawar memaki-maki di dalam hati.

Patutlah dia jadi pelakon. Buat-buat bodoh pun, nampak bodoh sangat!

Aydean membesarkan matanya. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Sakit hati mendengar kata-kata Mawar itu tadi. 

Tadi dia kata aku bodoh. Sekarang dia kata aku gila! Kurang asam betul! Aku sikit punya handsome dia dilabelnya aku gila!

ADAM
"Apahal lagi ni?" Adam menahan Mawar. Mawar memandang Adam dengan tajam. Kecut perut Adam melihat wajah garang Mawar itu. Pertama kali Adam melihat Mawar sebegitu marah. Adam menelan airliur.

"Rileks, I tanya je. You marah Aydean sebab apa?" soal Adam dengan lembut.

MAWAR
"Awak tanyalah dia!" Mawar terus melangkah pergi meninggalkan Adam yang terkebil-kebil di situ.

Sebaik sahaja Mawar masuk ke ruangan dapur, mulutnya tak habis-habis membebel. Sakit hatinya masih belum surut. 

ZARA
"Kenapa ni, Mawar?" soal Zara sambil mengemas kawasan dapur yang bersepah itu. 

MAWAR
"Takde apalah, kak," balas Mawar. Malas mahu memanjangkan cerita. Dia menarik nafas dalam, cuba bertenang.

MAIRA
"Mawar, you busy tak?" soal Maira yang turut menghadiri majlis kelab peminat Aydean itu. 

MAWAR
"Sibuk sikit, Cik Maira. Kenapa?" soal Mawar sambil menoleh ke arah suara lembut itu. Wanita yang cantik di mata Mawar. Lembut, berkulit putih melepak. Macam mayat hidup pun ada. Terlebih cucuk vitamin C mungkin!

MAIRA
"I nak makan nasi goreng kampung. Tapi, I nak you masak," rengek Maira sambil tersenyum manja ke arah Mawar.

MAWAR
"Oh, boleh. Saya masak sekarang," Mawar terus mengambil bahan-bahan dan mula memasak untuk Maira. Maira tersenyum melihat kesanggupan Mawar memasak untuknya walaupun dia tahu Mawar agak sibuk ketika itu.

Zara yang berada di situ menggelengkan kepalanya kerana Mawar rajin sungguh melayan karenah teman wanita bossnya itu.

Dahlah selalu datang sini makan free!!

MERLINDA
"Maira!! Where are you,dear?" jerit Merlinda. Dia cuma menjengahkan kepalanya dari luar dapur.

MAIRA
"Hai, Merlinda! Bila you sampai? Come here dear!" Maira mengajak Merlinda masuk ke ruangan dapur. Namun, ditolak oleh wanita itu.

MERLINDA
"No, thanks. I geli nak pijak lantai dapur ni," ucap Merlinda tanpa bertapis. Mawar dan Zara berpandangan sesama sendiri. Maira hanya tersengih mendengar balasan Merlinda itu.

MAIRA
"You dah jumpa Aydean?" soal Maira mengubah topik. Dia masih setia menanti nasi gorengnya siap. Perutnya mula berbunyi tidak sabar mahu menjamah air tangan Mawar.

MERLINDA
"Dah. I tunggu you dekat sana tau, Maira. Sini bau busuklah. I tak tahan!"  balas Merlinda sambil berlalu pergi dari situ. Maira menelan airliur memandang wajah Mawar dan Zara yang kelihatan sedikit bengang dengan kata-kata Merlinda itu tadi.

MAIRA
"Sorry. She didn't mean it," tutur Maira sambil tersengih seperti kerang busuk. Mawar hanya tersenyum tawar.

Merlinda, teman wanita Aydean. Supermodel yang tak berapa popular. Tapi, berlagak diva. Kenalah dengan boyfriend gila dia tu! Baru pertama kali menang anugerah macam beruk dapat bunga! Dua-dua berlagak diva!Huh!

SYAKIR
"Maira, you tunggu apa lagi? Come," Syakir yang baru selesai menunaikan solat keluar dari pejabatnya dan masuk ke ruangan dapur mencari kelibat wanita itu.

MAIRA
"Kejap. I tunggu Mawar masak nasi goreng kampung untuk I," balas Maira dengan lembut. Dia tersengih memandang ke arah Syakir. 

SYAKIR
"Makan lagi?" Syakir tersenyum mengejek. Maira menarik wajah masam sambil menjeling manja ke arah Syakir. Syakir ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

"Whatever, Maira. As long as you're happy. Just eat. Don't think about weight," usik Syakir lagi. 

MAIRA
"Youuuu!!!" rengek Maira manja. Mawar dan Zara hanya tersenyum melihat gelagat pasangan kekasih itu.

SYAKIR
"Betullah I cakapkan. Makanlah selagi you rasa benda tu menghappykan you. I'll always support you," tambah Syakir masih lagi mode mengusik si gadis. Syakir ketawa kecil apabila melihat wajah masam mencuka Maira.

Jantung Mawar berdegup laju mendengar kata-kata Syakir itu. 

.
.
'If jamming makes you happy. Just do it! I'll always support you!'
.
.

MAIRA
"Kalau I gemuk you juga yang komplen nanti," rengek Maira dengan manja tanpa mempedulikan Mawar dan Zara di situ. 

SYAKIR
"No lah. I tunggu you dekat sana. Jangan lama sangat. Anyway, thanks Mawar, rajin layan selera Maira," ucap Syakir sambil mengenyitkan matanya kepada Mawar. Mawar terkedu seketika. Dia memandang wajah Maira yang tidak perasan perbuatan Syakir itu. 

Fuh! Nasib baik!

MAWAR
"Done," Mawar menyerahkan nasi goreng tersebut ke tangan Maira. Maira mengambilnya sambil menghidu dengan penuh selera. 

MAIRA
"Thanks, dear," Maira terus berlalu pergi dari ruangan dapur itu.

ZARA
"Rajin sangat melayan girlfriend boss tuuu.. Kalau akak, tak kuasa," tiba-tiba Zara bersuara. Mawar hanya tersenyum tawar.

MAWAR
"Rela lagi saya layan si Maira tu, dari melayan artis poyo kesayangan akak tu. Dia dengan girlfriend dia, elok saya hantuk dua-dua kepala tu. Biar hilang gila diorang!" balas Mawar melepas geram. Zara ternganga mendengar kata-kata Mawar itu. Ini pertama kali Mawar menghamburkan kata-kata sebegitu. Pecah tawanya seketika.

ZARA
"Apa yang marah sangat ni?" soal Zara ingin tahu. 

Mesti ada benda jadi tadi!

Mawar menceritakan apa yang berlaku kepada Zara tentang kes pagi tadi hinggalah kes yang berlaku sebentar tadi. Zara turut geram mendengar apa yang berlaku. Tetapi, dalam masa yang sama, Zara turut berpuas hati apabila Mawar menjawab dan tidak berdiam diri.

ZARA
"Dulu akak minat juga Dean tu. Tapi, lepas dia sound akak pasal makanan, terus putus selera akak tengok muka dia," cerita Zara pula.

MAWAR
"Akak pun pernah kena?" soal Mawar agak terkejut. Selama setahun dia bekerja di situ, tidak pernah Zara menceritakan hal tersebut kepadanya. Patutlah dia pun anti dengan Aydean. Rupanya ada peristiwa pahit dengan lelaki itu. Seperti yang dia lalui hari ini.

ZARA
"Masa tu Mawar tak kerja sini lagi. Akak pun mana tahu dia cerewet bab makan. Sangat cerewet tau. Bukan sikit-sikit punya cerewet!" bersungguh-sungguh Zara bercerita tentang pengalamannya kepada Mawar.

"Dia tak suka apa-apa makanan dia letak daun sup. Sekali tu akak terlupa. Akak garnish nasi goreng ayam dia, terletaklah sikit daun sup. Then, dia suruh waiter panggil akak. On the spot dia terus marah akak dekat situ juga! Kurang asam betul!" bebel Zara dengan muka yang menyampah. 

MAWAR
"Habis tu, akak diam je la lepas dia marah akak macam tu??" soal Mawar dengan hati yang membara. 

ZARA
"Diam je lah. Terkebil-kebil akak dekat situ, Mawar. Masa tu Encik Syakir pun ada. Tapi, dia pun diam je," kata Zara lagi sambil menghabiskan kerja-kerja mengemasnya yang masih tidak beres sejak dari tadi.

Mawar menarik nafas dalam. Selepas ini dia nekad, jika Aydean masih membuli dirinya, dia akan pertahankan diri. 

Dia ingat, dia popular, aku kisah sangat?? Kirim salam! Kau tak kenal siapa aku lagi, Dean!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience