Get the app for full experience
KAKI wanita itu pantas mengejar Megat Ariff dan Puteri Uzma yang sudah jauh ke depan. Langkahnya dibesarkan. “Ariff!!!” Puteri Laila menarik lengan Megat Ariff dengan kasar. Langkah lelaki itu terhenti. Puteri Uzma memandang wajah Megat Ariff yang mula menyinga itu seolah mahu menjerkah wanita yang menarik kasar lengannya. “Ariff. Cool down. Sini publik,” pujuk Puteri Uzma sambil menggosok lengan Megat Ariff dengan lembut. Kelihatan lelaki itu menarik nafas dalam cuba bertenang. “Laila, lain kali jangan pegang I. I tak suka dan tak selesa,” tutur Megat Ariff satu per satu sambil cuba menahan rasa marahnya. Wajahnya terasa berbahang. Puteri Laila hanya ...