BAB 2

Romance Completed 114290

“DON’T touch her!” Megat Ariff memberi amaran keras. Dia membuka kaca mata hitamnya sambil merenung tajam ke arah Zaid.
“Kau siapa? Jangan masuk campur hal rumah tangga orang!” balas Zaid sambil cuba menarik Tihani dengan kasar. 
“Saya bukan isteri awak lagi, Zaid! Lepaskan saya! Sakitlah!” Tihani meronta-ronta menarik tangannya, namun gagal. Megat Ariff tegak berdiri di situ sambil menarik nafas dalam. Dia meletakkan kacamatanya di leher baju. Dia menghampiri Zaid dan cuba melepaskan tangan Tihani daripada genggaman tangan Zaid. Zaid mula naik angin. 
“Aku cakap jangan masuk campur!” Zaid cuba menumbuk wajah Megat Ariff. Namun, lelaki itu sempat mengelak. Megat Ariff menendang perut Zaid sehingga lelaki itu terdorong ke belakang dan terjatuh ke atas jalan raya. Wajah Zaid menyinga. Dia bangun dan sekali lagi cuba menumbuk perut Megat Ariff. Belum sempat penumbuk tersebut sampai ke perutnya, Megat Ariff sudah menghenyak kakinya ke kepala Zaid dengan kuat. Sekali lagi Zaid jatuh dengan kepala yang berpinar. 
“Lebih baik kau pergi dari sini, sebelum aku panggil polis!” Megat Ariff memberi amaran sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku seluar. 
“Perkara ni belum selesai, Hani! Abang akan dapatkan Hani semula!” jerit Zaid sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Tihani yang sudah terduduk di lantai menggigil ketakutan. Beg tangannya dipeluk erat.
Air matanya mengalir deras dikesat dengan telapak tangan.
Dengan berhati-hati, Megat Ariff menghampiri Tihani. Dia memandang lama wajah wanita itu. Dia tahu Tihani ketakutan. 
“Tihani, you okey?” Megat Ariff menyentuh hujung bahu wanita itu. Bahu Tihani sedikit terangkat, terkejut. Dia memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Nafasnya seakan-akan tersekat. 
“I hantar you balik.” Megat Ariff memegang bahu Tihani cuba membantu wanita itu bangun. Tihani mengelak dari dipegang lelaki itu. Dia menggelengkan kepalanya dengan pantas. 
“Saya tunggu bas.” Tihani bangun sendiri sambil membersihkan kainnya. Kemudian, dia ternampak bas yang ditunggu berlalu pergi seolah-olah melambai-lambai ke arahnya. Tihani memandang sayu bas tersebut. 
Terlepas! gerutu Tihani dalam hati. Megat Ariff tersenyum melihat wajah kecewa wanita itu. Dia tahu Tihani sudah terlepas bas.
“I hantar you balik. You jangan risau, I bukan orang jahat. You ada semua detail I, kan? Kalau I apa-apa kan you, you boleh buat repot polis.” Megat Ariff cuba meyakinkan Tihani. Tihani mengetap bibirnya. Hatinya berbelah bahagi. Dia tiada pilihan lain selain mengikut lelaki itu. 
“Come.” Megat Ariff melangkah ke arah keretanya sambil membukakan pintu kereta untuk Tihani. Dengan langkah yang perlahan, Tihani berjalan menuju ke arah Megat Ariff. Megat Ariff tersenyum lebar apabila Tihani masuk ke dalam perut kereta.
Di dalam kereta, Tihani mendiamkan diri. Dia cuba menyelesakan dirinya. Aircond kereta dirasakan terlalu sejuk. Sekali-sekala Megat Ariff memandang wajah Tihani. Dia tahu Tihani masih terkejut dengan kejadian tadi.
“You tak nak buat repot polis?” soal Megat Ariff cuba berbual. Dia memperlahankan volume radionya. 
“Tak nak.” Tihani menggelengkan kepalanya laju. Dia memeluk beg tangannya erat. 
“Kalau ex-husband you terus ganggu you, I think better you buat police report. Bukan apa, bimbang dia bertindak lebih agresif dari tadi,” nasihat Megat Ariff sambil menumpukan perhatiannya di atas jalan raya. Tihani masih mendiamkan diri. 

MALAM itu, Zaid yang berada di sebuah kelab malam merenung tajam gelas yang berisi minuman keras jenis Jack Daniel’s Whisky kepunyaan itu. Gelas yang ketiga diteguk dengan kasar sambil dihempaskan gelas tersebut ke atas meja. Muzik yang bergema mula mengusutkan kepala Zaid.
“Bulls**t!” maki Zaid apabila mengenangkan peristiwa yang berlaku petang tadi. Kepala yang ditendang itu mula terasa sakit. 
“Aku akan dapatkan kau semula Tihani! Dengan apa cara sekalipun!” kata Zaid sendiri. Dia menggenggam penumbuknya dengan erat. Zaid meletakkan sekeping nota seratus di atas meja. Kemudian, dia keluar dari kelab itu menuju ke kereta. Keretanya dipandu dalam keadaan separa mabuk menuju ke rumah Tihani.
Zaid di rumah sewa Tihani, dia menjerit-jerit memanggil nama Tihani sambil merepek tidak tentu hala. 
“Tihani Zahira! Aku terimanya nikahnya Tihani Zahira binti Mohd Tahir dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit, tunai! Sah!” pekik Zaid seorang diri di hadapan rumah Tihani. Tihani melihat ke arah jam. Pukul 3.00 pagi. Itulah yang berlaku setiap hari. Zaid akan datang ke rumah sewanya dan dia akan terpekik terlolong di hadapan rumah Tihani. Ada kalanya, Zaid terpaksa dihalau oleh rukun tetangga di situ. 
“Hani! Ikut abang balik, sayang! Kita dah kahwin semula. Hani! Ikut abang! Abang rindu Hani. Rindu belaian Hani. Rindu semuanya tentang, sayang!” Zaid menjerit-jerit lagi. Tihani menutup telinganya dengan bantal. Dia tidak mahu peduli akan lelaki itu lagi.

BEBERAPA hari kemudian. Megat Ariff berjalan masuk ke sebuah restoran sekitar pejabat Encik Aziz. Kebetulan dia mahu ke business suite berhampiran untuk menghadiri mesyuarat di sebuah syarikat hartanah di situ. Matanya meliar mencari tempat duduk untuk makan tengahhari di situ.
Tiba-tiba, matanya tertumpu ke arah beberapa susuk tubuh yang sedang duduk satu meja dengan masing-masing berwajah tegang. Megat Ariff berjalan perlahan ke arah mereka dan melabuhkan punggungnya di belakang meja tersebut. Dia memasang telinga mendengar setiap butir perbincangan antara seorang wanita dan dua orang lelaki itu.
“Walau apa pun, abah mahu Hani ikut cakap abah. Kahwin dengan lelaki lain, cerai. Kemudian, kamu kahwin semula dengan Zaid,” tegas Tahir kepada anak perempuannya itu. Tihani mendengus kasar. Dia memandang tajam ke arah lelaki di sebelah abahnya itu.
“Abang janji, abang takkan ulangi perbuatan abang itu lagi. Tolonglah Hani, abang merayu,” rayu Zaid dengan wajah yang sayu. Dialah yang telah bersusah payah membawa abah Tihani ke Kuala Lumpur untuk memujuk Tihani supaya mengikut cadangannya tentang ‘cina buta’ dan berkahwin semula dengannya.
“Abah, Hani tak mahu!” tegas Tihani. Tihani tahu pasti abahnya akan marah. Tetapi, dia juga bertegas tidak mahu menerima cadangan gila Zaid itu. Lelaki itu hanya mementingkan dirinya sendiri. 
“Kalau kamu masih berdegil, kamu jangan balik ke kampung! Jangan jumpa dengan abah lagi!” tegas Tahir dengan wajah yang menyinga. Dia mahu Tihani mengikut kata-katanya kerana dia sudah termakan budi terhadap Zaid. Zaid selalu memberikan Tahir duit jika Tahir berjudi. Oleh sebab itu, Tihani menjadi korban perjanjian antara dia dengan Zaid. Walaupun Tahir tahu Zaid bukanlah lelaki yang baik untuk anaknya itu.
“Abang akan carikan Hani seorang lelaki untuk dijadikan ‘cina buta’. Abang akan uruskan semua. Hani, ikut sahaja rancangan abang,” pujuk Zaid lagi apabila melihat Tihani mendiamkan diri selepas diugut Tahir itu sebentar tadi. Dia tahu Tihani tidak akan membantah kehendak Tahir. 
Megat Ariff yang berada di belakang mereka itu menggelengkan kepala, lalu bangun dan menghampiri meja mereka.
“I offer diri I untuk jadi ‘cina buta’ for your ex-wife.” Tiba-tiba Megat Ariff bersuara. Dia berdiri dengan penuh gaya di hujung meja tersebut. Kaca mata hitamnya dibuka dan diletak ke tengah kolar baju berjenama Lacoste berwarna biru pekat itu.
Tihani terkejut. Dia memandang wajah Megat Ariff dengan mata yang terkebil-kebil. Zaid pula memandang wajah Megat Ariff dengan penuh rasa cemburu dan marah. Dia teringat akan peristiwa di hentian bas beberapa hari lepas. Dia sangat cam akan lelaki itu.
“Jangan masuk campur urusan orang lain!” marah Zaid. Dia bangun daripada duduknya sambil menggenggam penumbuk. Tihani mula bimbang jika sesuatu yang buruk berlaku.
“Siapa ni, Hani?” soal Tahir sambil memandang Megat Ariff dari atas ke bawah. 
“Aaa... aaa...” Tersekat-sekat suara Tihani. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus diperkatakan tentang lelaki itu. Entah dari mana muncul, tiba-tiba mahu menjadi ‘cina buta’ buat dirinya. Tihani tiba-tiba terfikir...
“Kalau abah mahu Hani ikut cakap abah, biar Hani sendiri pilih, siapa yang Hani mahu jadikan ‘cina buta’ buat diri Hani.” Tihani bersuara tegas. Dia menarik nafas dalam.
“Kalau mahu, hari ni kita boleh selesaikan segalanya. Terus ke pejabat kadi. Nikah. Cerai dan she’s yours again.” Megat Ariff memberi cadangan sambil tersenyum sinis ke arah Zaid. Tihani menelan air liur ketika mendengar kata-kata Megat Ariff itu. 
“Tak perlu! Aku boleh cari lelaki lain untuk jadikan ‘cina buta’ buat isteri aku ni!” Zaid tidak bersetuju. Dia merasa tergugat melihat lelaki yang segak dan bergaya di hadapannya itu. Dia bimbang Tihani akan jatuh cinta pada lelaki itu.
“Bekas isteri!” celah Tihani dengan pantas. Dia merenung tajam ke arah Zaid. 
“Kalau awak tak setuju, saya pun takkan setuju dengan idea gila awak tu!” tegas Tihani dengan wajah yang ketat.
Tanpa berfikir panjang, Zaid terus bersetuju dengan kehendak Tihani. Dia yakin yang lelaki itu akan segera melepaskan Tihani sebaik sahaja mereka berkahwin. 
“Baiklah. Abang setuju. Abang nak kita selesaikan hari ini!” Zaid menerima cadangan Megat Ariff. Megat Ariff tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
“Baiklah. I akan bawa Tihani ke pejabat agama. You, bawa ayah dia.” Megat Ariff memandang Tihani agar mengikut arahannya. Tihani bangun dan membuntuti Megat Ariff.
“Shittt!” Zaid terus berjalan sambil dibontoti oleh Tahir menuju ke kereta. Dalam hati Zaid menyumpah-nyumpah Megat Ariff. Walau apa pun, dia akan pastikan Megat Ariff menceraikan Tihani selepas itu.

“AKU terima nikahnya Tihani Zahirah binti Mohd Tahir dengan mas kahwin seribu ringgit, tunai.” Dengan sekali lafaz, Tihani telah menjadi isteri kepada Megat Ariff. Megat Ariff dinikahkan sendiri oleh Tahir dan disaksikan oleh tiga orang saksi termasuklah Zaid sendiri. Hati Zaid sebal. Namun, dia terpaksa akur dengan semuanya. 
Sebaik sahaja keluar dari pejabat tersebut, Tihani termenung mengenangkan nasibnya. Lepas ni, dia akan kembali kepada kehidupannya bersama Zaid. Demi abah, Tihani akur. Pasti Kinah akan menghamburkan marahnya kepada Tihani nanti. 
Setelah sah menjadi isteri Megat Ariff, lelaki itu menarik tangan Tihani ke satu sudut. Dia menyerahkan cincin emas yang dipakai di jemarinya sebagai cincin kahwin sementara dan seribu ringgit wang tunai.
“Ambil ni sementara I beli yang lain untuk you.” Megat Ariff menarik tangan Tihani dan meletakkan cincin serta duit tersebut ke dalam genggaman Tihani. Tihani terkebil-kebil lagi.
“You ni, tak habis-habis terkebil-kebil dari tadi? Wake up, this is real, not a dream!” Megat Ariff menghadiahkan satu kucupan ke dahi Tihani. Merona merah wajah Tihani saat kucupan itu singgah ke dahinya. Sekali lagi matanya terkebil-kebil. Megat Ariff ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. 
“Hani!” Zaid menghampiri pasangan itu. Wajahnya agak tegang apabila terlihat aksi ciuman Megat Ariff itu tadi. 
“Lepas lelaki ni ceraikan Hani. Kita kahwin semula, sayang,” ujar Zaid cuba memegang tangan Tihani.
“Excuse me. Don’t touch her. She’s my wife now!” Megat Ariff memberi arahan keras sambil menggenggam tangan Tihani.
“Aku nak, kau ceraikan dia tanpa perlu sentuh tubuh dia.” Zaid juga memberi amaran kepada Megat Ariff. Megat Ariff ketawa besar. 
“Bro, kau kalau tak tahu agama, pergi belajar! Kau nak suruh aku ceraikan Tihani tanpa sentuh dia? In your dream, bro.” Megat Ariff berlalu pergi sambil menarik tangan Tihani supaya mengikutnya. 
“Sial!” jerit Zaid sambil diperhatikan oleh Tahir.
Di dalam kereta, Tihani masih membatu diam seribu bahasa. Dia seperti patung ditarik ke sana sini oleh lelaki itu. Megat Ariff memandu keretanya ke pejabat Tihani. 
“I dah tolong you keluar dari cengkaman lelaki gila talak tu. Sekarang I harap you boleh rahsiakan pernikahan kita ini. I tak mahu siapa-siapa tahu.” Megat Ariff memberi amaran kepada Tihani. Jantung Tihani bagaikan direntap kuat. Dia menoleh ke arah lelaki di tempat pemandu itu.
Rahsiakan? Kalau aku tahu kau juga mahu pergunakan aku, tak mungkin aku bersetuju untuk bernikah dengan kau!
“Kenapa tuan tolong saya?” soal Tihani seolah baru sedar daripada mimpi yang panjang. Megat Ariff tidak menoleh. Malah hanya tersenyum sinis sambil memfokuskan pemanduannya.
Sesampainya mereka di hadapan pejabat Tihani, Megat Ariff membuka kunci kereta. Dia menarik nafas dalam. Tihani pula masih kaku di situ. 
“Balik nanti tunggu I. I hantar you balik rumah,” tutur Megat Ariff sambil membuang pandangannya ke arah luar tingkap kereta. Tihani tersedar daripada lamunannya. Dia memandang Megat Ariff yang telah menjadi suaminya sebentar tadi. 
“Tuan, tak perlu ambil saya. Saya boleh balik sendiri,” balas Tihani sambil keluar dari perut kereta. Megat Ariff merentap kasar tangan Tihani.
“Argh... Sakit!” Tihani memandang Megat Ariff sambil mengerutkan dahinya. Tidak faham apa yang lelaki itu mahukan.
“Listen to me, Tihani. I’m your husband now. My words, is a command!” tegas Megat Ariff. Perlahan tangan wanita itu dilepaskan. Tihani hanya mengangguk. Tidak berani mahu melawan lelaki itu. 
Sebaik sahaja Tihani keluar dari perut kereta, Megat Ariff memecut laju keretanya meninggalkan Tihani. Tihani memegang pergelangannya yang sakit itu. 
Apa yang aku buat ni? Dengan langkah yang perlahan, Tihani masuk ke dalam pejabat semula. Dia memandang wajah Mira yang semalamnya memuji lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya sebentar tadi. Seolah-olah seperti mimpi.
Tihani berjalan menuju ke tempat duduknya. Dia termenung lagi. Dia melepaskan keluhan berat seberat masalah yang bakal dia tanggung selepas ini.
“Kau kenapa, Hani. Zaid masih menganggu kau?” soal Kinah seolah dapat menghidu riak wajah Tihani. Cepat-cepat wanita itu menggelengkan kepalanya. Dia cuba tersenyum ke arah Kinah yang sedang berdiri di sebelahnya. 
“Cincin siapa ni?” soal Kinah ketika melihat dalam gengaman Tihani ada sebentuk cincin. Baru Tihani tersedar yang dia telah menggenggam cincin yang diberikan oleh Megat Ariff itu sejak tadi.
“Aaa... aa... Cincin... Aaa...” Tihani hilang kata-kata. Dia merenung wajah Kinah. Air liur ditelan terasa berpasir. Bibirnya terasa kering. Dadanya berdebar-debar.
“Kau jangan cakap Zaid yang beri cincin ini, Hani. Kau dah terpujuk dengan kata-kata dia ke?” Kinah mula serkap jarang. Dia memandang Tihani dengan mata yang membulat. Nyonya Mansur kembali.
“Ya.” Tihani terpaksa menipu kerana janjinya kepada Megat Ariff untuk merahsiakan apa yang berlaku. Tihani menarik nafas dalam bersedia untuk mendengar bebelan dari sahabatnya itu.
“Hani, kau sudah fikir masak-masak ke? Zaid tu lelaki tak guna kau tahu? Dia cuma nak tubuh badan kau sahaja!” Kinah sudah mula membebel. Tihani hanya tunduk mendiamkan diri.
Tiba-tiba interkom di meja Tihani berbunyi. Bebelan Kinah mati serta-merta. Tihani terus menjawab.
“Kak Hani, handsome guy Mira call. Nak tanya tentang fail dia.” Suara Mira kedengaran ceria di corong telefon. Tihani mengerutkan dahinya. Handsome guy?
“Siapa Mira?” soal Tihani sambil mengerutkan dahinya. Dia menyimpan cincin di dalam genggamannya itu, ke dalam beg tangannya. 
“Mr. Megat Ariff.” Kedengaran tawa kecil dari mulut gadis itu. 
ZAP! Jantung Tihani mula berdegup kencang. Apa lagi yang lelaki ini mahukan? Oh, fail! Mungkin dia mahu tahu status failnya yang kebanyakan diuruskan oleh Tihani.
“Aaa... Okey, Mira,” balas Tihani lambat. Dia menarik nafas dalam sebelum dia bercakap dengan lelaki itu atau lebih tepat, suaminya! Panggilan disambungkan.
“Helo, Tihani. Tolong call I. I tak ada nombor telefon you.” Panggilan ditamatkan. Tihani terpinga-pinga. Belum sempat dia menutur sepatah kata, Megat Ariff sudah memutuskan panggilan telefon. 
“Haa... Kenapa?” soal Kinah yang masih setia di situ. Tihani terkebil-kebil memandang Kinah. Lantas dia menggelengkan kepala perlahan. Dia menunggu Kinah pergi dari situ, barulah dia mencari nombor telefon Megat Ariff yang berada di dalam failnya.
“Aku ni tak habis lagi membebel dengan kau tau, Hani. Tapi, aku banyak kerja yang tertangguh.” Kinah terus berlalu pergi duduk semula ke tempatnya. 
Dengan pantas Tihani mencari nombor telefon Megat Arif dan menghantar pesanan ringkas kepada lelaki itu.

TIHANI
Tuan, saya Hani. Ini nombor telefon saya.

Selang beberapa minit kemudian, Megat Arif membalas.

MEGAT ARIFF
I hantar you balik dan terus kemas barang, balik rumah I.

Tihani menelan air liur. Terkedu seketika dengan permintaan Megat Ariff itu. 

TIHANI
Kita kahwin hanya untuk sehari saja kan? Rasanya tak perlu saya pindah rumah tuan.

MEGAT ARIFF
You nak kembali pada bekas suami you tu ke?

TIHANI
Tapi, tu perjanjiannya kan?

MEGAT ARIFF
Answer my question. You nak kembali pada ex husband you ke?

TIHANI
Itu kehendak abah saya.

MEGAT ARIFF
Kehendak I sebagai suami you, I nak you pindah rumah I hari ini. Antara suami dengan abah, pada siapa you harus taat?

Tihani terkedu sekali lagi. Tihani mula merasa tersepit antara tiga lelaki. Abah, Zaid dan kini Megat Ariff.

TIHANI
Baiklah.

MEGAT ARIFF
I yakin you isteri yang taat. Jumpa balik nanti.

Tihani menyimpan semula telefon bimbitnya. Dia menarik nafas dalam. Megat Ariff mula memeningkan kepalanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience