MEGAT ARIFF tersenyum melihat telefon bimbitnya. Tihani Zahira, wanita yang pernah mencuri hatinya tiga tahun lepas. Namun, setelah dia mengetahui wanita itu telah berkahwin pada awal tahun yang lalu, dia frust menonggeng bak kata orang.
Dia mengenali Tihani sewaktu dia berurusan dengan firma guaman Encik Aziz. Tihani yang banyak menguruskan failnya sehinggalah kini. Megat Ariff bukanlah lelaki yang mudah meluahkan perasaannya. Dia cuma tertarik kepada Tihani secara diam dan dia tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Tihani.
Walaupun bukan dengan cara yang betul, namun Megat Ariff merasakan ini adalah peluangnya untuk memiliki wanita itu. Tetapi, segalanya harus dirahsiakan daripada pengetahuan Bondanya, Toh Puan Ulya yang mahu Megat Ariff berkahwin dengan wanita yang sama keturunan dengan mereka. Isu keturunan memang tidak akan pernah habis di dalam keluarga itu.
Selepas kematian walidnya, Megat Aman, Toh Puan Ulya tiba-tiba menjadi terlalu taksub dengan keturunan sehinggakan kakaknya, Puteri Uzma juga dijodohkan oleh Bondanya sendiri. Kini, Megat Ariff pula berkali-kali diingatkan oleh Toh Puan Ulya agar mencari wanita sama darjat dengan keluarga mereka.
I’m dead if Bonda find out about this! Megat Ariff tersenyum sendiri. Tangan Megat Ariff pantas mendail nombor telefon kakaknya, Puteri Uzma.
“Hi, sister. Busy?” soal Megat Ariff sebaik sahaja Puteri Uzma menjawab panggilan telefonnya.
“Tak adalah busy sangat. Kenapa Ariff?” soal Puteri Uzma bersahaja.
“Is Bonda with you now?” Megat Ariff menyilangkan kakinya sambil menyandar di dada kerusi. Dia bermain dengan pen yang dipegang sejak tadi.
“Bonda baru je balik. You have something important to tell me right, Ariff? Jangan buat Kak Uzma susah hati. Tell me now!” Puteri Uzma dapat merasakan sesuatu yang telah berlaku kepada adiknya itu. Megat Ariff ketawa besar mendengar kata-kata wanita itu. Puteri Uzma mempunyai naluri yang kuat berbanding Bonda mereka.
“You have good instinct, sister,” balas Megat Ariff sambil bangun daripada duduknya. Dia berjalan ke mini bar yang terdapat di dalam bilik pejabatnya. Dia mencapai gelas yang tergantung di rak kabinet tersebut dan di buka peti ais mini yang berada di dalam kabinet bawah. Air sparkling berperisa epal hijau dikeluarkan dan dituang ke dalam gelas tersebut. Diletakkan dua tiga ketul recycling ice cube stainless steel ke dalam gelas itu.
“What is it, brother? Tell me.” Puteri Uzma mula tidak sedap hati. Dia kenal benar dengan adiknya yang sorang ini. Suka buat sesuatu tanpa berfikir panjang.
“I’m a married man now!” tutur Megat Ariff sambil meneguk air di dalam gelas tersebut. Dia yakin kakaknya itu pasti sedang terkejut besar.
“You… what?” jerit Puteri Uzma. Dia sudah mahu pengsan mendengar kata-kata adiknya itu. Pecah tawa Megat Ariff tatkala kakaknya itu menjerit.
“Pleaselah, congrats me, sister.” Megat Ariff masih dengan tawanya. Dia dapat membayangkan wajah Puteri Uzma ketika ini. Pasti wanita itu terduduk sambil mengurut dada cuba menghadam kata-kata darinya itu.
“Dengan siapa? Ya Allah, Ariff. Kalau Bonda tahu macam mana?” Puteri Uzma percaya bahawa adiknya itu tidak main-main. Dia duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik pejabatnya sambil mengurut dada.
“Kalau Ariff dah ready, Ariff bawa jumpa Kak Uzma. Okeylah, sister. Got to go now. Ariff nak jumpa kontraktor nak uruskan tentang rumah di Hulu Langat tu,” balas Megat Ariff.
“And please. If you love me, don’t tell Bonda about this. Bila Ariff dah bersedia, Ariff sendiri akan beritahu Bonda,” tambah Megat Ariff lagi.
“Kak Uzma sikit lagi nak kena heart attack tau! Ya Allah Ariff!” Puteri Uzma masih lagi mahu membebel.
“Tata, sister!” terus Megat Ariff memutuskan talian telefon sambil ketawa besar. Pasti wanita itu membebel marah kerana dia memutuskan talian telefon.
Megat Ariff kembali duduk di kerusinya sambil membuat carian untuk design rumah di Hulu Langat itu. Dia menongkat dagunya. Fikirannya melayang. Wajah Tihani bermain di matanya. Dia tersenyum sendiri.
“Tihani...” Nama wanita itu bermain di bibirnya. Tersenyum lagi.
PUTERI UZMA mula tidak senang duduk. Berkali-kali dia cuba menghubungi adiknya itu, namun tidak berjawab. Geram sungguh dirasakan apabila panggilannya masuk ke dalam peti suara. Pasti Megat Ariff sudah block nombor telefonnya.
Itulah yang berlaku setiap kali Megat Ariff buat hal. Dia akan memberitahu kepada Puteri Uzma, kemudian, nombor wanita itu akan dihalang dari cuba menghubunginya semula.
“Eii, geram betul aku dengan budak ni!” bebel Puteri Uzma sendirian. Bunyi ketukan pintu biliknya tidak diendah.
“Banyak kali I ketuk pintu, you tak dengar ke sayang?” Megat Wazir mendekati isterinya yang masih sibuk mendail nombor telefon seseorang tanpa mempedulikan kehadirannya.
“Uzma, I’m here.” Megat Wazir mengangkat tangan sambil melambai di depan wajah isterinya itu.
“I nampak youlah! I geram dengan Ariff ni!” bebel Puteri Uzma sambil meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia mendengus kasar.
“Kenapa dengan Ariff?” soal Megat Wazir sambil mendekati Puteri Uzma. Dia melihat wajah wanita itu agak tegang. Dia cuba mengurut bahu isterinya itu. Puteri Uzma mengelak. Megat Wazir melepaskan keluhan berat.
“Ariff dah kahwin!” jawab Puteri Uzma sambil bangun daripada duduknya. Megat Wazir ternganga. Biar betul adik ipar aku ni!
“Bonda tahu tak?” Memang soalan wajib yang akan ditanya. Mereka semua tahu apa yang Toh Puan Ulya mahukan daripada anak-anaknya. Toh Puan Ulya sangat mementingkan darjat dan keturunan. Oleh sebab itulah, dia dan Puteri Uzma dijodohkan. Walaupun tiada rasa cinta antara mereka. Tetapi, demi keluarga, Megat Wazir dan Puteri Uzma terpaksa akur.
“You rasa, Bonda bagi ke Ariff tu kahwin kalau tiba-tiba begini? Ariff tu memang suka buat hal lah!” bebel Puteri Uzma geram. Kalau adiknya itu berada di depan mata, pasti telinga lelaki itu sudah ditarik panjang-panjang.
“I datang sini nak bincang dengan you sesuatu,” ucap Megat Wazir perlahan. Puteri Uzma menoleh ke arah wajah suaminya itu.
“Tentang apa?” soal Puteri Uzma serius. Dia berjalan sambil duduk di kerusi pejabatnya. Matanya kembali melihat ke arah skrin komputer di depannya.
“I nak kahwin lagi satu,” tutur Megat Wazir tenang. Hati Puteri Uzma tersentap. Dia menarik nafas dalam. Sunyi seketika.
“Kahwinlah,” balas Puteri Uzma tanpa nada. Dia tahu Megat Wazir sudah bosan menunggu cintanya. Sudah 2 tahun mereka berkahwin, namun hatinya masih belum terbuka untuk Megat Wazir. Dia sendiri berterus terang bahawa dia masih belum bersedia untuk mempunyai anak bersama lelaki itu.
“Kalau you dah izinkan, senanglah kerja I. Boleh I minta tips pada Ariff macam mana dia boleh kahwin senyap-senyap tanpa Bonda tahu.” Megat Wazir ketawa hambar. Puteri Uzma? Diam membisu.
“Okeylah. I keluar dulu.” Megat Ariff terus keluar dari ruangan itu. Puteri Uzma mengeluh berat. Dia memicit pangkal hidungnya sambil menyandarkan tubuhnya ke dada kerusi.
TEPAT pukul 5.00 petang, Megat Ariff menunggu Tihani di hentian bas yang dijanjikan. Beberapa minit kemudian, Tihani muncul. Lambat dia berjalan ke arah kereta Megat Ariff. Megat Ariff yang berada di dalam kereta mengetuk jari telunjuknya di stereng kereta sambil bersiul kecil.
“Lepas ni, aku akan pastikan kau berlari datang pada aku, Tihani,” gumam Megat Ariff kepada dirinya sendiri. Dia tersenyum sinis.
Tiba-tiba, lengan Tihani ditarik oleh Zaid yang juga sedang menunggunya di situ. Megat Ariff cepat-cepat keluar dari kereta.
“Don’t touch my wife!” Megat Ariff memberi amaran dengan bersahaja. Zaid memandang wajah Megat Ariff dengan tajam.
“Bila kau nak ceraikan dia??” soal Zaid dengan wajah yang bengis. Dia melepaskan lengan Tihani. Tihani kaku di situ.
“Tihani, come here!” arah Megat Ariff. Tihani melangkah dengan perlahan menuju ke arah Megat Ariff. Megat Ariff menggenggam tangan wanita itu kemas. Dia memandang Zaid.
“Apa soalan kau tadi?” Sengaja Megat Ariff menyuruh Zaid mengulangi soalannya sebentar tadi.
“Bila kau nak ceraikan Tihani?” sebut Zaid satu persatu agar soalannya jelas kedengaran dan dia tidak perlu ulang soalan yang sama. Megat Ariff tersenyum sinis.
“Lepas aku sentuh dia, bro. Tapi, kau kena tunggu sampai dia habis periodlah. Sebab Hani tengah period sekarang,” balas Megat Ariff selamba. Wajah Tihani terasa panas. Darah sudah terasa menyerbu ke mukanya. Tihani menundukkan wajahnya.
Dia ni kan! Isy!
“Kau jangan nak main-mainkan akulah!” Zaid terasa seperti diperbodoh-bodohkan. Dia marah apabila melihat Megat Ariff mula berdolak-dalik.
“Tengoklah, bro. Kalau aku rasa nak lepaskan dia, aku lepaskanlah. Tapi, aku rasa lama lagi aku nak pakai dia.” Megat Ariff menarik Tihani masuk ke dalam perut kereta. Kemudian, dia memecut keretanya meninggalkan Zaid termangu-mangu seorang diri di situ.
“Sial!” maki Zaid. Dia menggenggam penumbuknya.
“Kau tengok, aku akan dapatkan Tihani dari tangan kau semula!” jerit Zaid seorang diri. Dia terus masuk semula ke dalam perut kereta dan meninggalkan kawasan itu.
SEPANJANG berada di dalam kereta, Tihani membisu. Dia mula merasa bimbang. Kata-kata Megat Ariff kepada Zaid itu tadi terngiang-ngiang di telinganya.
Dia nak pakai aku lama? gerutu Tihani dalam hati. Dia menoleh sekilas ke wajah lelaki disebelahnya itu. Wajah Megat Ariff kelihatan ceria sejak tadi.
“Kita pergi makan, lepas tu balik,” tutur Megat Ariff dengan mata yang masih tertumpu pada jalan raya.
“Apa maksud tuan yang tuan nak pakai saya lama?” soal Tihani tanpa berkias. Dia mahu lelaki itu berterus terang dan jelaskan maksud yang sebenar dari kata-katanya sebentar tadi.
“I saja cakap begitu. Sebab I nak bodoh-bodohkan ex-husband you tu,” jawab Megat Ariff selamba. Terkedu Tihani mendengar jawapan lelaki itu. Dia terdiam.
Megat Ariff memberhentikan keretanya di sebuah restoran makanan arab The Castle.
“Kita makan di sini,” ujar Megat Ariff setelah enjin kereta dimatikan. Tihani menjengah keluar. Cepat-cepat dia membuntuti Megat Ariff apabila melihat lelaki itu sudah meninggalkannya di belakang.
Sebaik sahaja mereka duduk, seorang pelayan menyerahkan menu makanan sambil menunggu di situ.
“Give me one supermix appertizer, one cream mushroom, one kebab lamb and drinks... Emm... Hot tea. You?” Megat Ariff memandang wajah Tihani. Tihani menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu makan.
“Diet?” soal Megat Ariff. Dia memberi isyarat kepada pelayan tersebut untuk pergi.
“Saya dah kenyang,” balas Tihani sambil meletakkan menu tersebut ke tepi. Dia memandang sekeliling restoran tersebut. Lampu yang berwarna kuning menampakkan sisi mewah suasana di dalam restoran itu.
“Ingatkan diet.” Megat Ariff tersenyum sambil menyandarkan tubuhnya ke dada kerusi. Dia menyilangkan kakinya sambil menongkat dagu merenung wanita di hadapannya itu.
Tihani mula resah apabila lelaki itu merenungnya sebegitu. Dia menundukkan wajahnya memandang meja di hadapannya itu. Megat Ariff tersenyum sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain. Setelah kesemua makanan sampai, Megat Ariff menjamah makanan itu sambil diperhatikan Tihani.
Tidak lama selepas itu, Megat Ariff berhenti makan. Dia memandang Tihani yang sejak tadi asyik merenung ke sekeliling restoran itu.
“Makan.” Megat Ariff menolak kebab kambing tersebut ke arah Tihani.
“I tak sentuh bahagian tu. I tinggalkan untuk you.” Megat Ariff mengambil tisu lalu mengesat mulutnya. Kemudian dia menghirup air teh panas kepunyaannya. Tihani terkebil-kebil memandang makanan tersebut.
“Makan, Hani. I tak suka orang yang teman I makan, tak makan,” tegas Megat Ariff. Wajahnya kelihatan serius. Tihani menelan air liurnya. Dia terpaksa akur. Makanan tersebut ditelan sedikit demi sedikit. Megat Ariff tersenyum lagi.
“Saya tak boleh nak habiskan.” Tihani menolak semula pinggan tersebut kepada Megat Ariff. Megat Ariff menyambung semula makannya sehingga habis.
“You boleh drive?” soal Megat Ariff sambil memanggil pelayan untuk membuat pembayaran. Dia mengeluarkan not seratus dan diletakkan ke dalam cash holder tersebut.
“Keep the change,” ujar Megat Ariff kepada pelayan tersebut. Pelayan tersebut tersenyum lebar kepada Megat Ariff.
“Boleh,” jawab Tihani ringkas. Megat Ariff menganggukkan kepalanya.
“Ada lesen?” soal Megat Ariff lagi. Tihani mengangguk perlahan. Riak wajah lelaki itu sukar dibaca.
“Jom, balik.” Megat Ariff bangun daripada duduknya. Dia mengemaskan semula bajunya yang berkedut ketika duduk tadi. Tihani membuntuti Megat Ariff.
Share this novel