Kau Ibarat Sebatang Lilin 6. Semangat Dari Sahabat

Short Story Series 1112

Setelah usai guru Penolong kanan PPU berucap aku dan Ainul Syadira masuk ke kelas. Aku mengorak langkah selonglai tangkai hatiku yang masih digayuti kesedihan. Masih terngiang-ngiang kata-kata itu.

“Sudahlah Sya, aku tahu kau bersedih. Aku juga merasakan hal yang sama seperti kau,” ujar Ainul memahami hatiku.

“Aku tidak mampu menatap wajah guru kita tu, aku seakan ingin menangis. Aku rasa ketulusannya. Tapi aku cuba keraskan hati ni, sebab tak mahu menangis," ujar aku meluah rasa hati. Lalu, aku tertunduk. Aku tidak sedar, entah bila lautan kelopak mataku mengalir laju.

“Sudahlah tu, jangan menangis. Aku tahu kau sayangkan guru-guru di sekolah ini, aku tahu kau tidak mahu menghampakan hati mereka. Tangisan tidak akan mengubah apa-apa. Cukuplah ambil setiap kata-kata guru tadi sebagai cabaran untuk kita lebih bersemangat belajar. Itu yang lebih penting,” nasihat Ainul Syadira.

Semua yang dikatakan Ainul Syadira itu ada benarnya, tangisan tidak akan mengubah apa-apa. Kejayaan yang lebih bermakna.

“Ada benarnya kata-kata kau tu. Baiklah, mulai hari ini kita terus belajar dengan tekun sehingga tercapai cita-cita untuk ke menara gading. Kita ajak kawan-kawan yang lain belajar bersama, kita tak boleh berputus asa berusaha,” ujar aku bersemangat setelah mengesat air mata.

Ainul Syadira menghadiahkan aku seulas senyuman yang paling manis setelah melihat aku kembali bersemangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience