“Okay, sekarang baca petikan soalan karangan tu. Saya nak awak semua siapkan dalam masa seminggu sepuluh karangan. Selepas cuti hantarkan kepada saya. Saya tak nak tengok ada yang tak siapkannya,” ujar Cikgu Nur Mazira berpesan dari awal.
Memang menjadi kebiasaan sebelum cuti sekolah, guru setiap mata pelajaran akan memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah.
Cikgu Nur Mazira merupakan guru cemerlang sekolah aku. Aku cukup bangga dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru itu. Setiap didikannya mudah difahami.
“Assalamualaikum cikgu...” kedengaran suara seorang lelaki memberi salam. Dari awal aku sudah dapat mengecami suara itu. Fariz Mukhriz memaklumkan kepada Cikgu Nur Mazira supaya pelajar tingkatan enam atas ke Musalla. Penolong Kanan PPU mahu menemui pelajar tingkatan enam atas untuk menyampaikan sesuatu.
Cikgu Nur Mazira akur akhirnya, dia keluar dari bilik darjah. Semua pelajar dalam kelas aku mula memasukkan buku ke dalam beg masing-masing dan bergegas ke Musalla.
Share this novel