Puan Khalthom merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik hasil perkahwinan Mak Lijah dan Pak Daud. Dua lagi adik-beradik di atasnya keduanya adalah lelaki. Setelah dia bernikah dengan Encik Kassim, dia mengikut suaminya berpindah. Tidak berapa jauh. Hanya berlainan daerah sahaja. Sesekali ada juga dia balik, menjenguk keluarganya jika ada masa.
Setelah dia mendirikan rumah tangga, dia tidak bekerja. Ini adalah pemintaan Encik Kassim sendiri. Bagi Encik Kassim, dia sendiri masih mampu menanggung makan minum mereka berdua.
"Abang... Cuti abang banyak lagi kan?"
Puan Khalthom memecah kesunyian malam. Waktu itu dia dan suami sudah berada di atas katil untuk beradu. Namun dek kerana mata masih lagi terasa segar, sengaja dia mengajak suaminya berbual mesra. Lampu bilik sudah dimatikan. Bilik itu hanya diterangi dengan lampu tidur yang berada di kiri dan kanan katil.
"Ermmm. Kenapa? Sayang nak abang ambil cuti ke?"
Encik Kassim waktu itu sudah pun berbaring. Dia mengiring mengadap isterinya yang ketika itu sedang duduk bersimpuh di sisinya. Dia tahu benar. Jika isterinya duduk dalam keadaan seperti itu, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Puan Khalthom. Pasti ada sesuatu yang ingin di bincangkan.
Tangannya dilabuhkan di atas peha isterinya yang sedikit terdedah. Tidak dinafikan, dalam keadaan seperti itu nafsu lelakinya mudah sahaja terusik. Dielus lembut peha yang gebu dan putih bersih itu. Matanya di tatap tepat ke arah wajah isterinya. Dari mata, turun kehidung kemudian beralih ke arah dua ulas bibir yang sedikit lembab.
Dua ulas bibir yang berwarna pink tanpa secalit lipstik itu ditenung lama. Dia sudah menelan air liur berkali-kali. Teringat dimindanya bagaimana sensualnya bibir itu setiap kali mereka bermadu asmara.
"Abang!"
Puan Khalthom menepuk lembut lengan suaminya. Tangan itu makin lama makin meliar. Dia bukan tidak mahu, malah nafsunya sentiasa bergelora setiap kali disentuh tangan sasa itu.
Tetapi malam ini, ada perkara lain yang lebih penting dari yang satu itu. Jika tidak malam ini, bila lagi dia ingin sampaikan hajat di hatinya.
Perlahan baju kelawar yang sedikit tersingkap di perbetulkan kedudukan. Dia nampak wajah suaminya berubah muram. Mungkin kerana hajat yang satu itu di tolak lembut isterinya. Walaupun tidak secara jelas, namun melihat tingkah isterinya dia tahu pasti ada sesuatu yang mengganggu.
Tangan yang sudah di alihkan isterinya tadi kerana ingin memperbetulkan kedudukan baju yang berjaya di selak hampir ke pinggang, diletakkan semula di atas peha isterinya. Namun kali ini berlainan, kerana peha yang putih gebu telah pun ditutup oleh baju kelawar yang dipakai isterinya.
Walaupun hasrat yang satu itu ditolak, namun hasrat yang lagi satu ini harus diberikan perhatian. Kerana jika tidak, pasti isterinya itu bakal merajuk. Perempuan kalau merajuk, rumah pun boleh terasa seperti neraka. Penuh dingin dan beku.
"Sorry,"
Tangan suaminya yang berada di atas pehanya di sentuh lembut. Dia tidak mahu di labelkan isteri derhaka kerana menolak kemahuan suami.
"Okey tak apa sayang. Sekejap lagi boleh continue kan,"
Encik Kassim tersenyum nakal. Itu membuat Puan Khalthom merasa pipinya membahang.
"Abang... Jom kita pergi bercuti,"
Puan Khalthom terus sahaja meluahkan hasratnya tanpa berbasi-basi lagi.
"Sayang nak honeymoon ke?"
Puan Khalthom melirik nakal. Sebut sahaja honeymoon teringat kembali bagaimana moment-moment indah mereka di awal perkahwinan dahulu. Bagaimana sentuhan hangat lelaki itu disetiap lekuk-lekuk tubuh badannya.
"Okey abang..macam ni. Tadi sayang ada terbaca satu artikel ni. Ramai yang cakap, ada pasangan yang baru berkahwin... Atau yang dah lama inginkan anak mandi kat Tasek Dayang Bunting. Tak lama lepastu mereka terus sahaja dikurniakan zuriat,"
Dia memandang wajah tampan suaminya. Tangan kirinya masih lagi menggenggam jari-jemari suaminya manakala tangan kanan sudah mendarat diwajah tampan di hadapannya. Dia mengelus lembut rambut yang hitam pekat dan lembut itu. Kemudian jari jemarinya jatuh pada alis mata yang hitam menawan. Nasib baik Encik Kassim lelaki. Jika tidak, pasti alis mata yang cantik terbentuk itu menimbulkan perasaan cemburu dikalangan para wanita.
Perlahan jari-jemari menyusuri wajah tampan yang putih bersih. Disentuh pula hidung yang cantik terletak. Orang kata, kalau nak tahu bagaimana bentuk 'senjata' lelaki, tengoklah bentuk hidungnya. Hmmm! Mungkin mitos sahaja kerana hidung Encik Kassim tidak besar dan tidak pula kecil. Tidak juga pesek atau terlalu mancung. Apa yang boleh digambarkan, hidung suaminya cantik sahaja terletak sesuai dengan bentuk mukanya. Tetapi 'senjata' lelaki itu... Hmmmm.. Sentiasa membuat dirinya dihantui rasa 'ketagihan' tiap malam.
Wajah tampan itu ditatap penuh kasih. Tidak hairanlah jika lelaki itu pernah menjadi rebutan dan tajuk perbualan hangat anak-anak dara di kejiranan rumah ibunya suatu ketika dahulu.
Walaupun kini mereka sudah lima tahun mendirikan rumahtangga namun dia tahu, lelaki dihadapanya ini tidak lari dari menjadi perhatian mata-mata nakal. Tidak kira di mana mereka berada. Itu yang dia nampak. Yang dia tidak nampak. Huh! Bagaimanalah. Dia tidak dapat membayangkan dirinya tanpa kehadiran lelaki itu.
Dia tidak tahu sejak bila jari-jemari mengelus lembut dua ulas bibir yang kemerahan menandakan lelaki ini tidak pernah merokok. Itu salah satu kriteria yang dia suka tentang lelaki ini.
"Sayang masih terasa dengan kata-kata mama?"
Sebaik sahaja Encik Kassim menghabiskan ayatnya, dia melihat perubahan mendadak pada riak wajah kekasih hatinya. Tangan yang lembut bermain di sekitar wajahnya dengan pantas ditarik. Melihat sahaja reaksi yang dipamerkan ingkas sahaja dia bangun dari pembaringan. Tubuh itu dipeluk erat. Diusap lembut belakang badan isterinya.
"Abang...tak salahkan kalau kita ikhtiar,"
Ada sendu di hujung kata-katanya. Dibahu lelaki itu, perlahan air jernih itu jatuh juga. Lama dia pendam sakit itu. Sakit di luar nampak berdarah, namun sakit di hati siapa tahu. Mana ada wanita yang mampu bertahan jika sering diherdik, dicaci dan diberi kata-kata keji semata-mata gagal memberikan zuriat untuk suami tercinta. Bukan mereka tidak usaha. Pelbagai ikhtiar sudah dilakukan. Namun masih lagi belum dikurniakan rezeki yang satu itu.
"Sssshhhh....,"
Encik Kassim sudah mati kutu. Dia benar-benar lemah mendengar tangisan itu. Puan Khalthom jarang bersedih. Seingatnya sepanjang lima tahun mereka melayari bahtera hanya sekali sahaja dia nampak wanita yang dikasihi ini menangis. Iaitu di malam pertama mereka. Bagaimana dia bersyukur kerana dialah orang pertama yang merasa nikmat malam pertama dan dihadiahkan sebuah hadiah 'kesucian' yang tiada nilainya. Dan waktu itu juga wanita itu mengalirkan air mata. Nikmat dan kesakitan yang bersatu menjadi satu membuatkan dia tidak pernah lupa memori itu.
Dia memujuk isterinya lagi. Tangisan lembut yang kedengaran benar-benar meruntuhkan tugu egonya. Dia bukan mahu menolak kemahuan isterinya. Tetapi sudah lima tahun mereka mencuba. Biarlah kini mereka berserah sahaja. Tetapi ingin melafazkan kata-kata itu, tidak tergamak rasanya.
"Okey. Bulan depan kita pergi repeat honeymoon ye. Abang tak boleh ambil cuti sekarang. Cuti kena apply sekurangnya dua minggu awal,"
Kata-kata suaminya itu benar-benar dapat memujuk jiwanya yang sedang berperang dengan emosi ketika ini. Dia sudah berfikir dan membuat keputusan. Jika kali ini segala usaha mereka untuk memiliki zuriat tidak juga berjaya, mereka berserah sahaja semuanya pada ketentuan Allah.
"Tapi.... Andai usaha kita ini tidak juga berjaya.... Sayang....,"
Dia merenggangkan tubuhnya dari pelukan suami. Kedua tangan suaminya digenggam lembut.
"Sayang... Izinkan abang kawin lagi satu,"
Habis sahaja ayat-ayat itu, berjurai jatuh seluruh manik-manik jernih hingga terkena belakang tangan suaminya.
"Apa sayang ni... Jangan cakap macam tu. Sekalipun abang mampu, abang takkan sekali-kali khianati cinta suci kita. Hanya sayang je yang layak rasa kasih, cinta dan belaian abang. Tak akan ada perempuan lain,"
Benar! Suaminya itu bukan tidak mampu jika mahukan isteri lebih dari satu. Jawatan yang disandang sekarang sebagai senior juruteknik disebuah kilang automachine dengan gaji yang diperolehi sekarang memang sangat-sangat lumayan. Malah suaminya ini bakal dinaikkan pangkat tidak lama lagi.
Berderau darahnya saat mendengar kata-kata yang keluar dari bibir isterinya sebentar tadi. Jika lelaki lain...dia tidak dapat mengagak apa reaksi mereka. Malah mungkin sudah ada yang mahu mengambil kesempatan kerana kekurangan isteri yang satu itu. Tetapi tidak bagi diri Encik Kassim. Cinta dan kasih sayangnya tidak layak dikongsi. Malah dia tahu, perbuatan itu bakal merobek setia inci hati isterinya. Dia tahu, dari segi luaran mungkin Puan Khalthom nampak kuat, tetapi dalaman..... Huh! Buktinya sehingga kini, isterinya masih terbawa-bawa kata-kata cemuhan mamanya, Mak Esah.
"Sayang percayakan abang ye. Anak itu memang pembawa rezeki. Tetapi bahagia tu juga rezeki sayang. Berapa ramai orang kat luar sana yang susah mendapat bahagia. Abang tak nak, benda yang orang nampak boleh membawa kebahagiaan itu sebenarnya adalah racun yang membunuh dalam diam. Sayang... Abang sanggup tunggu sepuluh tahun lagi jika benar inilah ujian untuk kita. Walaupun ditakdirkan kita tidak dikurniakan zuriat, abang tetap akan setia dengan sayang. Pasal anak janganlah sayang fikirkan. Orang kat luar sana tak nampak dan tak tahu apa yang telah kita usahakan. Mereka hanya tahu menghakimi sahaja,"
Dikucup perlahan ubun-ubun isterinya yang masih menunduk menahan tangis. Sesekali bahu itu terhinjut-hinjut.
"Memanglah sebuah perkahwinan itu mahukan zuriat untuk menyambung legasi keturunan. Tetapi emosi isteri juga penentu musim dalam rumahtangga sayang. Sayang jangan stress. Jangan emosi. Kalau stress macam ni, macam mana nak bunuh setan kejap lagi,"
Kata-kata akhir Encik Kassim benar-benar berjaya memujuk isterinya. Buktinya kini, wanita itu sedang berusaha memukul tubuh suaminya dengan riak wajah senyuman dan tangisan yang bersatu hingga tidak dapat dibezakan sama ada isterinya itu mahu ketawa ataupun menangis.
"Ishhh! Abang ni. Time-time ni sempat pula nak menggatal ea,"
Puan Khalthom sudah memeluk tubuh. Wajahnya sengaja dimoyokkan.
"Alololo... Tak cantiklah kalau muka macam ni. Hilang mood abang nanti,"
Dicuit-cuit lembut pipi gebu itu.
"Saya serius abang....,"
Dia sudah merengek seperti anak kecil. Mahu sahaja tangisan keluar semula melihat reaksi suaminya ketika ini.
"Ye sayang... Abang pun serius. Kita kena usahakan nak dapat anak. Usaha tanpa gagal. Betul tak? Bukan nak kena tunggu honeymoon nanti baru usaha,"
Sengaja dia mengusik isterinya lagi. Namun usikan itu ada kebenaran juga. Kena usaha dan usaha tanpa rasa mahu menyerah. Kalau tak usaha, mana nak dapatkan hasilnya.
"Ye lah. Tapi honeymoon tu pun belum pasti lagi jadi ke tak. Abang pun tak beri kata putus lagi,"
Puan Khalthom masih dalam rajuknya.
"Hurrrmmm.. macam mana abang nak fokus sayang...kalau dalam keadaan macam ni,"
Dia tidak faham maksud suaminya. Perlahan pandangan di kalihkan tepat ke anak mata suaminya. Namun anak mata itu sedang menatap sesuatu, tepat pada tubuhnya. Atau lebih tepat ke arah dadanya. Dengan pantas dia mengalihkan pandangan ke arah tatapan mata nakal suaminya.
Alamak!!! Bila masa terkeluar ni. Satu per empat daging pejal yang berada di atas dada kirinya sedang elok terdampar indah. Dia tidak tahu sejak bila ianya terselak. Mungkin kerana leher baju yang di pakainya agak lebar memudahkan ianya terlondeh ke hadapan.
Ehem! Dia berdehem. Tatapan mata nakal itu seperti tadi. Masih merenung dadanya dengan tajam. Nafas suaminya juga kedengaran hilang rentak dan irama.
"Sayang nak goda abang ke?"
Puan Khalthom membetulkan kedudukan bajunya. Namun benjolan dari kedua-duanya daging pejal tidak dapat di sorokkan lagi. Dia berdebar. Ya! Lelaki ini tidak pernah gagal membuatnya berdebar dalam situasi kalut seperti itu.
"Maa..ma..mana ada,"
Amboiii.. gagap pula tiba-tiba ye.
"Dah tu kenapa sayang tak pakai....,"
Saja dia berjeda. Dia tahu Puan Khalthom pasti tahu apa yang di maksudkan.
"Kan dah malam. Sekejap lagi nak tidur...,"
Dia memberi alasan. Sebetulnya, itu sahajalah cara untuk dia memujuk suaminya supaya mengikut segala rancangan yang sudah di atur. Dia sudah nekad untuk pergi bercuti dan mandi di Tasek Dayang Bunting seperti yang diwar-warkan oleh media. Malah ramai juga yang memberitahu, sudah berjaya hamil setelah mandi di tasek tersebut. Dia juga harus mencuba. Mungkin dengan cara ini dia berjaya hamil dan perang dingin antara dia dan mertuanya akan tamat. Itu yang paling penting.
Dia tahu, hati mertuanya juga harus di ambil kira juga. Suaminya lelaki. Dan tanggungjawab masih kekal untuk keluarganya. Dia tidak mahu kerana kekurangan dirinya membuat hubungan suami dan ibunya renggang dan tersepit. Mana yang perlu di dahulukan? Isteri atau ibu?
Pernah dulu dia terdengar perbualan antara ibu mertua dan suaminya tanpa sengaja. Waktu itu dia di dalam bilik. Baru sahaja berkira-kira mahu keluar dari biliknya dan terdengar perbualan dua beranak itu di ruang tamu. Ibu mertuanya berusaha memujuk suaminya untuk mencari isteri baru dan yang paling terkejut calon isteri sudah pun mertuanya sediakan. Hanya menunggu persetujuan suaminya sahaja. Waktu itu terasa urat sendi membeku. Aliran darah juga seperti terhenti. Nafas bagaikan tersekat. Perlahan air mata gugur. Tak sangka ibu mertua ada niat begitu.
Sentuhan lembut dibahunya membuat dia kembali ke alam realiti. Wajah dihadapanya di tatap penuh kasih. Tangan yang masih dibahu di ambil dan di bawa naik ke pipi. Dia memejam matanya. Perlahan telapak tangan itu di kucup perlahan.
"Terima kasih,"
Dua pasang mata hazel itu di tatap sekali lagi dengan penuh kasih.
"Kenapa?"
"Sebab masih lagi bertahan.... Dan sabar menunggu...,"
Perlahan tangan kanannya mengusap perut yang masih rata. Tatapan mata sayu memandang tangannya sendiri. Bilakah dia akan merasa nikmat yang satu itu. Kehadiran satu nyawa di situ. Mesti bahagia.
"Sayang... Jangan macam ni. Allah tengah uji kita. Kita kena kuat dan sabar ya,"
Dia memujuk lembut buah hatinya. Dia tahu, setiap saat, setiap masa 'nyawanya' itu terluka dengan sindirian orang sekeliling. Dagu Puan Khalthom disentuh lembut. Wajah itu di tatap. Perlahan wajahnya didekatkan dan makin lama semakin dekat. Namun belum sempat dia menjamah bibir basah itu, satu jari terlebih dahulu mendarat di atas bibirnya. Lantas menghalang segala tindakannya.
"Kita belum habis bincang lagi kan,"
Puan Khalthom berkata lembut. Namun tiada pula balasan dari suaminya. Encik Kassim senyum lalu di alihkan jari telunjuk yang masih melekat di bibirnya.
"Abang dah tak boleh fokus sayang....,"
Perlahan dan penuh romantik kata-kata itu. Dia duduk rapat di sisi isterinya. Saat itu nafasnya sudah tidak ada rentak lagi. Perlahan satu kucupan lembut singgah di ubun-ubun isterinya kemudian turun ke dahi, hidung dan terus mendarat di bibir mekar itu. Tangan yang berusaha menahan segala tindakannya dipegang kejap dan dikunci. Ciumannya makin meliar dan tangan yang terkunci akhirnya dilepaskan perlahan apabila mendengar desahan suara yang semakin hilang rentak. Rengekan halus kedengaran dan itu membuatkan nafsunya makin membara. Setiap gerakkan ditubuh putih mulus itu di balas dan dia akhirnya tersenyum bangga. Akhirnya dia berjaya juga menunduk isterinya.
Share this novel