Panahan pancaran sinar matahari yang mencuri masuk di celahan langsir yang jarang sedikit menggigit-gigit lembut kulit wajahnya. Dahi dikerutkan. Panahan sinaran itu benar-benar mengejutkan dirinya dari terus lena. Perlahan kelopak mata dibuka namun sedikit silau pula. Dia mengerdip beberapa kali kelopak matanya.
"Ya Allah. Matahari dah naik? Pukul berapa sekarang ni?"
Puan Khalthom terkejut dan bingkas bangun. Terasa lenguh urat sendinya. Dia mengeliat perlahan sebagai salah satu senaman untuk merengangkan segala urat saraf yang mungkin telah tersimpul. Huh! Lenguh. Malam tadi entah berapa kali dirinya kalah dalam 'perjuangan'. Setiap serangan begitu sesak dan senak namun penuh dengan nikmat yang tak tergambar. Dia senyum. Pehanya yang masih lenguh di ketuk perlahan. Kemudian tengkuknya pula menjadi sasaran.
Bunyi kuakan pintu bilik air menghentikan segala tindakannya. Tubuh yang masih separa bogel ditutup dengan comforter. Hanya itu sahaja yang sempat digapai ketika itu. Matanya menatap tubuh yang hanya berbalut tuala separas pinggang.
"Sayang.... Kita dah lima tahun kawin. Takkan masih malu lagi,"
Encik Kassim bersuara dan segaris senyuman menghiasi bibir merah. Puan Khalthom hanya membiarkan sahaja kata-kata suaminya berlalu bagaikan tiupan bayu. Tiada mood mahu membalas. Namun matanya masih lagi menatap tubuh sasa yang perlahan menghampirinya. Perlahan satu kucupan singgah di ubun-ubunnya. Itu sesuatu yang sangat-sangat dia suka tentang lelaki ini. Sentiasa melayan dirinya dengan penuh romantis. Terasa pipinya membahang.
"Abang... Dah nampak semua yang ada pada tubuh sayang..,"
Encik Kassim berbisik lembut dan satu kucupan curi singgah di pipi gebu isterinya. Matanya dikenyitkan.
"Apa ni. Main cium curi....,"
Akhirnya berjaya juga dia mendengar suara lunak merdu itu. Dia senyum. Pipi itu disentuh lembut.
"Nanti abang apply cuti ye..."
Saat mendengar sahaja ayat itu keluar, bertukar riak wajah Puan Khalthom. Air muka yang sedari tadi hanya murung akhirnya mampu tersenyum ceria. Bilik yang terasa suram bertukar ceria mengikut rentak mood isterinya. Huh! Wanita, emosinya benar-benar mempengaruhi 'cuaca' di dalam sesebuah rumah.
Puan Khalthom mahu bangkit dan memeluk suaminya sebagai tanda terima kasih, namun sedar akan keadaan dirinya ketika itu, dia lantas membatalkan niatnya. Seperti biasa, Encik Kassim sudah pandai membaca setiap gerak tubuh isterinya, perlahan merapatkan dirinya di sisi. Melihat tindakan suaminya, perlahan dia memeluk tubuh itu. Kulit bersentuh kulit. Terasa lain pula sentuhan itu. Seperti ada arus eletrik pula yang mengalir dalam tubuh mereka.
Encik Kassim mengusap-ngusap lembut rambut isterinya. Perlahan ubun-ubun itu dicium sekali lagi. Wangian rambut isterinya membangkitkan rasa sensual tiba-tiba.
"Tapi....,"
Dia berjeda.
Mendengar satu perkataan itu, Puan Khalthom mendongakkan wajahnya memandang tepat ke arah suaminya.
"Tapi apa?"
Cup! Satu kucupan hinggap di bibir mekar. Berkerut dahi Puan Khalthom. Dia menarik wajah muncung.
"Tapi kita bukan pergi bercuti ke Tasek Dayang Bunting...,"
Dia senyum. Sengaja mahu melihat reasksi Puan Khalthom.
"Sshhh...,"
Dia meletakkan jari telunjuknya di atas bibir mekar itu apabila melihat bibir itu seperti mahu mengatakan sesuatu.
"Bagi abang habiskan ayat abang,"
Dia melabuhkan punggung. Terasa letih pula berdiri lama di situ. Dia duduk secara berhadapan dengan isterinya. Tangan di labuhkan di atas bahu isterinya yang tidak beralas. Rambut panjang isterinya yang menutupi dada di selak ke belakang. Maka terhidang di hadapan matanya dada yang sedikit tertutup kerana Puan Khalthom memperkemaskan kedudukan comforter di tubuhnya.
Dia senyum. Suka melihat wajah malu-malu isterinya. Walaupun sudah bertahun mereka berkahwin, Puan Khalthom masih sama seperti dahulu. Seperti awal perkahwinan mereka. Malu-malu.
"Kita pergi Cameron Highlands okey. Cuaca di sanakan sejuk. Sayang pun suka bunga-bunga dan buah-buahan segarkan. Boleh hilangkan stress. Abang tau.... Beberapa hari ni, orang sekeliling banyak bagi sayang tekanan.. emosi sayang juga banyak kali terganggu.. betul tak?"
Dia menyentuh wajah dihadapanya. Di renung wajah putih bersih dengan senyuman dan memandang dengan penuh rasa kasih dan sayang. Bukan dia tidak sedar. Wajah dihadapanya ini sudah tidak ceria seperti dahulu. Tekanan dari orang sekeliling benar-benar memberi impak yang besar apatah lagi jika tekanan itu datangnya dari keluarga sendiri.
"Abang rindu nak lihat senyuman dari bibir ni. Gelak tawa sayang... Usikan nakal sayang...,"
Perlahan jari-jemari bermain mesra di atas dua ulas bibir itu. Walaupun dia tahu, wanita dihadapanya ini, masih belum membersihkan diri, namun dua ulas bibir mekar itu nampak sentiasa lembab.
"Tapi....,"
"Ssshhh...,"
Dia memintas kata-kata Puan Khalthom sebelum isterinya itu sempat mengahabiskan kata-katanya.
"Abang... Belum habis cakap lagi sayang...,"
Dia senyum lagi. Tangannya jatuh memegang kedua tangan isterinya yang sedari tadi elok menggenggam comforter yang masih melekat di tubuh itu. Walaupun pada awalnya terasa sedikit penolakan, sedikit demi sedikit kedua tangan itu akhirnya menyerah dan mengikut rentak. Namun hanya satu tangan sahaja yang berjaya diraih. Lagi satu tangan masih elok memegang kejap comforter agar tidak jatuh dari tubuhnya.
"Sayang tahu tak... Yang beri rezeki, yang turunkan rezeki..yang aturkan rezeki..semua kerja Allah... Abang tak nak sayang terlalu berharap dan percaya pada sesuatu yang di gembar-gembur orang... Hingga jatuh syirik sayang... Bila kita percaya sesuatu... Maknanya kita sudah meletakkan kepercayaan kepada sesuatu lebih tinggi dari kepercayaan kita pada Allah. Hati kita ni.. sentiasa dibolak balikkan.. jadi abang tak nak.. kita berdua terus lalai...,"
Satu persatu ayat dikeluarkan secara perlahan-lahan dan teratur agar isterinya itu memahami. Air jernih perlahan turun dari wajah isteri menyusuri lekuk-lekuk pipi gebu. Wajah itu menunduk sahaja. Perlahan jari-jemari menyapu titisan yang masih bersisa.
"Berusaha untuk mengandung boleh menyebabkan kita tertekan, betul tak?Tiada salahnya mengalami tekanan sekali-sekala dan ia tidak akan menjejaskan peluang kita. Namun, jika berterusan dan bertambah teruk, ia boleh menipiskan kemungkinan untuk kita bergelar ibu bapa."
Puan Khalthom masih menundukkan wajahnya. Dia akui ada kebenaran juga setiap butir bicara suaminya. Benar. Dia benar-benar tertekan. Persekitaran kadang-kala begitu menyesakkan.
Jari-jemari suami di elus lembut.
"Sebab tu abang nak ajak sayang pergi bercuti. Bercuti tanpa memenatkan dan yang penting tempat selesa dan sejuk. Sayang nak tahu sesuatu tak..,"
Puan Khalthom memandang wajah suaminya. Pertanyaan di balas dengan jungkitan kening.
"Ni antara fakta yang abang nak share dengan sayang... Tentang orang lelaki...,"
Encik Kassim tersenyum melihat reaksi isterinya. Ini salah satu punca kenapa semakin hari, perasaan sayang dan kasih terhadap isterinya bercambah... isterinya tidak pernah sesekali membantah setiap keputusan yang dibuatnya. Malah jika ada antara pandangan yang ditolak seperti sekarang, Puan Khalthom hanya mengikut sahaja tanpa banyak bantahan. Itu sudah cukup baginya.
"Apabila testis terlalu panas, kualiti sperma yang terhasil akan terjejas,"
Puan Khalthom memandang pelik.
"Testis??"
Encik Kassim senyum mendengar soalan isterinya.
"Ya. Testis... Ni....,"
Dia membawa tangan isterinya menyentuh alat kemaluannya yang sedari tadi sudah pun mengeras. Dia senyum.
"Abang.....,"
Puan Khalthom melirik. Nakal betul tindakan suaminya.
"Duduk untuk tempoh lama, meletakkan laptop di riba atau bekerja di persekitaran panas juga boleh mempengaruhi pengeluaran sperma tau. Jadi...sebab tu abang nak ajak sayang bercuti kat tempat-tempat sejuk macam tu,"
Encik Kassim semakin galak. Jari-jemari semakin bertindak nakal. Dia menguntum senyuman, apabila segala tindakannya tidak di halang Puan Khalthom. Hari ini Encik Kassim cuti. Jadi kesempatan yang ada digunakan sebaiknya. Walaupun perut sedari tadi terasa lapar, namun keinginan yang satu itu lebih hebat terasa.
*****
Empat bulan kemudian...
Puan Khalthom waktu itu sedang duduk santai di tepi kolam ikan sambil memberi ikan-ikan Koi peliharaan suaminya itu makan.
Ikan koi (Cyprinus Carpio) adalah jenis ikan yang banyak dipelihara dalam kolam-kolam hiasan kerana keindahan tubuhnya dan warnanya. Ikan koi mempunyai corak yang khas dan dipercaya mampu membawa nasib baik. Geraknya yang lincah dan menawan membuat ikan ini sangat baik sebagai terapi stress.
Biasanya, ikan koi tidak dipelihara di akuarium melainkan di kolam, sebab keindahan ikan ini terdapat di bahagian punggungnya. Selain itu, ukuran kolam yang lebih besar juga memungkinkan koi bergerak lebih selesa.
Dia teringat kembali kata-kata suaminya dahulu.
"Antara sifat-sifat Ikan Koi ni..ikan koi suka menggosokkan tubuhnya di pinggir dan dasar kolam. Ikan koi memerlukan oksigen dalam jumlah banyak. Ikan koi menyukai kolam berarus. Ikan koi memerlukan cahaya matahari terus untuk menjaga keindahan sisiknya. Ikan koi lebih menyukai air bersuhu hangat daripada sejuk,"
Dia senyum. Dia melihat persekitaran kolam Koi yang di reka suaminya sendiri. Untuk merealisasikan impiannya, seorang pereka laman di upah. Maka terhasillah kolam koi yang indah dilengkapi dengan gazebo. Kedudukan kolam Koi yang berada di tepi laman dan berhampiran parking membuat sesiapa sahaja yang datang berkunjung dirumahnya akan rasa tertarik serta menimbulkan perasaan yang nyaman dengan bunyi air yang keluar dari air terjun buatan.
Telefon bimbit di ambil. Satu pesanan ringkas dihantar dan berharap suaminya membacanya nanti.
Dia tidak tahu kenapa, dua tiga hari kebelakangan ini, nafsu makannya makin membuak-buak. Sebentar tadi dia baru sahaja menghantar pesanan ringkas kepada suaminya agar lelaki itu membelikannya nasi goreng kampung daging untuknya sebelum pulang ke rumah. Dia bukan tidak tahu untuk membuat menu tersebut tetapi tidak tahu kenapa sejak pulang dari percutian tempoh hari, tubuh badannya cepat terasa letih. Malah dia juga mudah sahaja tertidur tidak kira di mana asalkan tubuh badannya selesa, pasti perasaan mengantuk mudah sahaja datang menyinggah. Dia tidak tahu kenapa. Dan mungkin ini adalah normal. Mungkin dia terlalu bahagia dengan percutian yang dirancang suaminya.
Teringat kembali momen-momen indah sewaktu mereka bercuti di Cameron Highlands.
Sebenarnya masa bercuti di Cameron ni, tak tau pulak berkenaan Taman Agroteknologi Mardi. Macam ramai orang kurang cerita pasal tempat ni.
Datang Cameron Highlands, salah satu tempat yang wajib pergi mestila Cactus Point. Bagi penggemar pokok kaktus, mestilah akan datang ke sini, untuk mencari kaktus yang unik dan cantik. Walaupun kaktus ni boleh didapati di banyak tempat di Cameron Highlands ni, tak kiralah di pasar malam, di kedai-kedai terpencil, tapi, tetap juga nak pergi ke Cactus Point, sebab dekat sini ada pelbagai jenis lagi yang kita jarang nampak.
Ramai orang kata kalau nak beli strawberry, atau sayur murah, baik pergi ke pasar malam. Tapi, dah petik buah strawberry, saja juga nak tengok pasar malam yang dikatakan meriah dan wajib pergi tu. Dikatakan dulu, pasar malam ni di Brinchang, tapi dah ditukar ke Golden Hills. Kalau sebelum ni dikatakan pasar malam ni dibuka pada waktu tertentu sahaja, tapi sekarang setiap hari dibuka. Tapi dia sendiri kurang pasti.
Seronok Memetik Buah Strawberry di Abang Strawberry Taman Sedia Cameron Highlands. Abang Strawberry ni yang popular sebab Nasi lemaknya yang berwarna pink dengan sambalnya. Selain itu boleh juga merasai pengalaman memetik sendiri buah strawberi.
"Assalamualaikum...,"
Suara seseorang memberi salam mematikan lamunan bahagia Puan Khalthom.
"Waalaikumsalam,"
Puan Khalthom menjawab lalu bangkit dari duduknya. Makanan ikan Koi mahu diletakkan semula di tempatnya.
"Oh! Kat sini rupanya kau. Patutlah tadi aku ketuk-ketuk pintu tak ada siapa yang jawab,"
Terkejut Puan Khalthom apabila disergah begitu. Hampir sahaja bekas makanan ikan Koi terlepas dari tangannya.
"Mama... Abah... Bila sampai? Maaf, saya tak dengar,"
Puan Khalthom sedaya upaya menyorokkan wajah terkejutnya. Masakan tidak. Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba sahaja mertuanya terpacul di depan mata. Biasanya mertuanya itu akan beritahu jika ingin ke sini, namun hari ini berlainan pula. Tiba-tiba dadanya berdetak hebat. Sudahlah suaminya tiada.
"Mana nak dengar. Kalau dari tadi mengelamun je keje kau,"
Huh! Tidak akan pernah lagi ke, dirinya di layan baik oleh mertuanya.
"Dah lah Esah. Kalau awak datang sini nak sakitkan hati Khalthom ni, saya rasa baik kita balik je,"
Dari awal lagi sebenarnya Pak Mahmood sudah mengingatkan isterinya agar menjaga kata-kata. Dan pada awalnya isterinya nampak seperti mendengar kata. Namun apabila tiba sahaja di rumah anak menantu, lain pula jadinya. Walaupun mereka ibu dan ayah Encik Kassim, tetamu tetap tetamu. Pergi ke rumah orang perlu juga jaga adab serta tingkah laku.
"Isshhh!! Abang ni. Saya cakap je. Itu pun salah. Sakit hati saya ni bang. Lama kita kat depan pintu tu. Ni.... Kaki saya dah naik lenguh. Jari-jari saya ni naik bengkak tau sebab ketuk-ketuk pintu tu dari tadi,"
Mak Esah sengaja mencari alasan. Padahal bukan kuat mana pun ketukan jarinya di muka pintu. Malah dia dan suaminya juga baru sahaja tiba. Kurang lima minit yang lalu. Wajah Puan Khalthom di pandang tajam. Sukalah kau kan! Laki aku sebelahkan kau. Kalau bukan sebab laki aku ada kat sini, dah lama muka kau tu aku benam dalam kolam ikan Koi ni tau. Dia meluat melihat menantunya. Tidak tahu kenapa, sejak Puan Khalthom sukar hamil bukan sahaja wajah malah mendengar namanya sahaja boleh membangkitkan amarah di dalam hatinya. Geram! Mungkin kerana Puan Khalthom, kini dia menjadi bahan ejekan geng radio-radio karat di kawasan perumahanya.
"Salah kita juga. Datang tak beritahu mereka,"
Pak Mahmood sudah mengambil tempat duduk di gazebo. Gazebo yang diilhamkan dari idea Encik Kassim itu tidaklah terlalu besar namun tidak juga terlalu kecil. Sofa dan kerusi yang di susun cantik boleh memuatkan lima ke tujuh orang juga. Makanan ikan yang masih di tangan Puan Khalthom di ambil. Dia terus sahaja menabur makanan di dalam kolam sedikit. Melihat warna-warna ikan Koi yang berebut-rebut makan di dalam kolam membuat hatinya yang sedikit pedih dengan tingkah laku isterinya terhibur sedikit.
"Eh! Ma..pa.. jomlah masuk. Saya buatkan air. Panas kat luar ni,"
Puan Khalthom cuba mengubah topik hangat yang terasa panas ketika ini. Dia tidak mahu kerana dirinya ibu dan ayah mertuanya bertegang urat pula.
"Hurmm.. kamu masuklah. Ni ajak mama kamu ni sekali. Kat dalam ada aircondkan. Biar sejuk sikit hati mama kamu ni. Papa nak duduk sini sekejap ambil udara segar. Sesak pula dada ni tiba-tiba,"
Kata-kata Pak Mahmood di balas dengan jelingan oleh Mak Esah.
"Jom ma...,"
Puan Khalthom mendahului Mak Esah. Pintu utama yang di kunci di buka. Dia sudah biasa begitu. Walau hanya keluar di kawasan perumahanya, pintu utama tetap di kunci. Zaman sekarang perangai orang susah di duga. Rambut sahaja sama hitam, niat... Kita tidak tahu.
MH sedih ni... korang senyap je.. ke novel MH ni invisible... korang tak suka ea? tak apa lah... MH nak bawa hatilah sekejap... kalau korang tak suka... mungkin ni last chapter dr MH... sedih bukan kepalang ni... dari hari tu komen krik..krik je.. ke korang terasa dengan apa yang MH tanya. tak apa.. abaikan jelah soalan MH tu... lepas ni.. MH tak tanya apa-apa dah.. mungkin ruangan ni lepas ni MH kosongkan je.. bye..bye korang.. doakan MH ye.. walaupun korang dah tak suka MH...daaaa
Share this novel