Pengenalan

Romance Series 2740

Kakak

'Kakak' bermaksud saudara perempuan yang lebih tua dari kita. Tidak semua orang mempunyai peluang merasai kehadiran 'kakak'. Ada juga diantara kita yang berpeluang menjadi kakak kepada adik-adiknya. Tahniah!

Tidak kiralah apa status kakak tersebut. Sama ada kakak tiri mahupun kakak kandung, kehadiran kakak kadang-kala memberi 1001 makna dalam kehidupan seseorang.

Kakak.
Kadang-kala dialah menjadi tempat adik-adik mengadu ataupun meluahkan perasaan.

Kakak
Dialah juga tempat untuk adik-adik bermanja. Gurauan kakak kadang-kala membuat adik-adik tidak kering gusi.

Kakak
Dia jugalah kadang-kala tempat untuk adik-adik bercerita. Apa sahaja cerita adik-adik, sentiasa di beri perhatian. Tidak kiralah sama ada cerita itu benar atau ditokok tambah sesuai dengan situasi untuk menjadi penambah rasa dalam cerita.

Kakak
Merupakan teman yang sangat rapat. Boleh jadi 'musuh' juga kadang-kala. Tetapi apa juga situasi, walaupun sebagai 'musuh', kakak tetap sentiasa ada untuk adik-adik.

Kakak
Merupakan orang ke-DUA terpenting selepas ibu. Adik-adik lapar, kakak masakkan. Adik-adik busuk dan kotor, kakak mandikan. Adik-adik luka, kakak ubatkan... Dan bermacam-macam lagi kakak buat semata-mata untuk adik-adik.

Diri kita dan kakak mungkin berbeza seperti matahari dan bulan. Tapi darah yang sama mengalir dalam diri kita.

Kadang-kala kakak memang suka membuat sesuatu yang mengjengkelkan, membuatnya nampak begitu menyesakkan. Tetapi ingat, saat kamu memiliki masalah dengan orang lain, Dia akan menjadi orang yang pertama membantumu menyelesaikannya.

Sungguh pun begitu. Kakak juga punyai perasaan. Jika adik memerlukan dirinya sebagai tempat bergantung selepas ibu, dia ada siapa? Kadang-kala adik-adik sukar memahami naluri kakak.

Kakak marah! Di katanya kakak tidak sayang lagi. Di tegur. Dikatanya kakak bukan malaikat. Kadang-kala kakak juga turut bersedih. Kakak juga perlukan perhatian adik-adik.

Kakak juga kadang-kala menangis kerana adik-adik. Kakak juga kadang-kala merasa lemah kerana adik-adik.

Seperti ibu, kakak juga inginkan yang terbaik untuk adik-adik.

Kepada yang masih memiliki kakak, peluklah dia. Hargailah.. Ucapkan terima kasih kepadanya kerana selain ibu, kakak juga banyak bekorban untuk adik-adik.

Terima kasih semua!

cak!!! i'm back... ada yg rindu ke tu??? lempar emoji sikit... mmmmmuuuuaaaahhhhh utk korang yg sudi tunggu karya MH... love u allsss ketat2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience