Bab 7

Romance Series 1216323

Bab 7

SYAFIQA bergegas keluar dari dewan apabila menerima mesej dari Umaira. Dari kejauhan, dia sudah terlihat Umaira duduk di sofa sambil mengusap betis di ruang lounge itu.

"Babe!" panggil Syafiqa sambil mempercepatkan lagi langkah kakinya. Umaira panggung wajah lalu menoleh.

"Apa dah jadi? Macam mana boleh kau terpelicuk ni?" soal Syafiqa lagi. Risau hatinya melihat kaki kanan Umaira yang sudah pun berbalut kemas itu.

"Malang tak berbau Fiqa," keluh Umaira selamba. Syafiqa terus melabuh punggung di sebelah Umaira.

"Ni, siapa yang balut kaki kau ni? Staff sini ke?" tanya Syafiqa.

Umaira geleng perlahan. "Bukan. Tapi, pak cik po..." Ayat tergantung apabila teringat kembali, jika pak cik poyo yang digelarnya itu adalah Syed Redza Syed Lukman. Anak kepada sahabat karib arwah ayahnya sendiri yang disebut oleh ibunya sebelum ini.

"Pak cik apa?" soal Syafiqa membuat lamunan Umaira lesap serta-merta. Matanya terkebil-kebil buat beberapa saat sebelum kembali bersuara.

"Babe, kau masih ingat tak, aku pernah cerita dekat kau pasal lelaki yang langgar kereta aku dari belakang tu?" tanyanya.

Berkerut kening Syafiqa cuba mengingati. "Ha'ah. Kenapa?"

"Ni, dia lah yang tolong balut kaki aku ni!" ujar Umaira sambil menuding ke arah kaki kanannya itu.

"Really?" soal Syafiqa dengan kening terangkat tinggi.

"Ye. Dan aku baru tahu, kalau lelaki tu anak arwah Syed Lukman. Arwah ayah dia kawan lama arwah ayah aku. Nama dia, Syed Redza Syed Lukman!

"Which is also means, event ni event ibu dia! Hari tu ibu ada cakap dekat aku, dia nak aku berkenalan dengan lelaki tu memandangkan dia tu the best financial advisor dari US. Sambil berkenalan tu, boleh lah menimba ilmu dari dia. Masalahnya, aku dah layan dia teruk tau! Siap kutuk dia lelaki tua beruban!" cerita Umaira dengan emosinya.

Mulut Syafiqa terus ternganga luas. "Oh my god! Serious lah?"

"Iyeee..." Umaira menekan ayatnya.

"Kejap-kejap. Siapa nama dia tadi? Syed Redza Syed Lukman?" soal Syafiqa ingin memastikan.

Umaira hanya mengangguk sekali. Mengiakan.

"Let's google!" Syafiqa terus menatal telefon bimbitnya.

"Buat apa?" tanya Umaira sambil mengerut kening.

"Aku nak tengok muka dia lah. Mana lah tahu, kot-kot aku kenal. Selalunya kalau VVIP ni, senang cari dekat google. Taip je nama, confirm berlambak gambar diorang," ujar Syafiqa.

Umaira hanya mampu menggeleng. Lantak lah!

Tiba-tiba sahaja, mata Syafiqa terbeliak besar. "Wow! What are coincidence! Seriously?"

"What?" Umaira jadi bingung.

Syafiqa terus menghala skrin telefon bimbitnya ke arah Umaira. "This guy ke?"

Umaira sedikit terpegun. Tidak menyangka gambar lelaki itu banyak di dalam laman sesawang google.

"Yyy...yup…” jawab Umaira hampir tidak terkata.

"Oh my gosh! Kau tahu tak, ni lah lelaki tua yang aku cakap handsome tu. Lelaki yang duduk dekat belakang kita dekat cafe hari tu. Yang aku nak tunjuk dekat kau tadi dekat dalam ball room tadi," jelas Syafiqa penuh teruja.

Umaira terkedu dengan matanya tidak berkedip langsung.

"What a small world, babe. Huh! Rupanya, anak Puan Syarifah. Wooow..." Syafiqa menggeleng sambil terus menggeser skrin telefon bimbit, melihat gambar-gambar Syed Redza yang terpapar banyak lalu membuka salah satu artikel terbaru.

"Woow..." Sekali lagi Syafiqa terpana. Dia menyentuh bibirnya dengan hujung jemari. Matanya terus menatap skrin, membaca isi artikel itu.

"Kenapa?" tanya Umaira, jadi penasaran melihat reaksi wajah Syafiqa yang penuh keterujaan itu.

"He's the owner of this hotel. Dalam article ni beritahu, dia beli hotel lima bintang ni dengan harga yang paling rendah berbanding dengan offer yang telah diberikan. Dia ni memang intelligent lah orangnya. Clever and smart. Dia boleh buat owner hotel sebelum ni bersetuju macam tu je then jual terus dekat dia," kata Syafiqa berbaur pujian.

"Oh... Patut lah dia tahu nama staff lelaki tadi..." gumam Umaira sendiri namun cukup jelas di pendengaran Syafiqa.

"Dia tak beritahu ke, dia owner hotel ni?"

Umaira menggeleng. "Tak."

"Haih... Apa lah nasib kau gaduh dengan VVIP macam dia tu. Sekarang ni, macam mana? Kau masih nak stay dekat event ni ke, atau pergi hospital?" soal Syafiqa.

"Tak. Aku nak balik je. Lagipun, tadi aku dah jumpa dengan Puan Sharifah. Nanti aku text je dia, aku ada hal emergency," putus Umaira, kerana dia tidak mahu terserempak dengan Syed Redza lagi di dalam ball room.

"Okay lah. Kau tunggu sini. Aku ambil kereta dulu. Mana kunci?" Syafiqa tadah tangan.

Umaira terus mengambil kunci dari tas tangannya lalu dihulur pada Syafiqa.

****

Syed Redza mengatur langkah menuju ke dapur dalam keadaan kondominium yang masih gelap. Tekaknya terasa kering pula tiba-tiba. Pintu peti sejuk dibuka. Sebotol air mineral disambar lalu dibuka. Turun naik halkumnya meneguk air putih sejuk itu.

"Ha! Tengah malam baru nak balik!"

Pruuussshhhh!

Tersembur air putih dari mulut apabila disergah oleh seseorang. Lantas Syed Redza menoleh memandang ke arah ruang tamu yang gelap itu. Terlihat susuk seseorang sedang berdiri sambil mencekak pinggang memandang ke arahnya. Dia terus mengeluh pendek.

"Apa ni ma..." rungutnya lalu melangkah menuju ke ruang tamu. Dia menepuk tangan sebanyak dua kali. Automatik lampu di ruang tamu bernyala menerangi ruang itu.

Syarifah Farida terus mengetap bibir melihat anak teruna terlajak tuanya itu dengan selamba meneguk air sambil melangkah kembali menuju ke ruang dapur.

"Ni, ha. Redza pergi mana lepas event tadi? Pukul 1 pagi baru balik. Pergi berjoli dengan perempuan tak cukup kain dekat kelab malam ke?" tempelak Sharifah Farida naik geram.

"I just hang out with my friends," jawab Syed Redza.

"Kawan? Siapa kawan Redza tu?" soal Sharifah Farida, mula curiga. Setahunya, anaknya ini tiada kawan rapat di sini.

"Ada lah. Kawan-kawan saya zaman kolej dulu," jawab Syedza Redza acuh tak acuh. Botol air mineral tadi dicampak ke dalam tong sampah. Dia melangkah ke ruang tamu lalu melabuh punggung dengan malas di atas sofa.

"Jangan nak menipu mama. Setahu mama, Redza cuma rapat dengan seorang tu je. Itu pun butler kamu sendiri, si Arif,” ujar Sharifah Farida lalu melabuh punggung di atas sofa di arah bertentangan.

Syed Redza terus tersenyum nipis mendengar kata-kata ibunya itu. "Apa pula Arif. Takkan lah saya nak hang out sampai lewat malam dengan Arif yang dah berkeluarga tu. Kesian dekat anak bini dia dekat rumah."

"Ha, tahu pun. Yang Redza bila lagi nak berkeluarga? Umur dah tua. Dah nak masuk separuh abad dah.”

“Serious lah ma. Pukul 1 pagi, mama nak bercakap pasal kahwin?” soal Syed Redza.

“Kenapa? Salah ke? Mama nak Redza kahwin cepat-cepat sebelum mama menutup mata. Mama bagi masa sampai hujung bulan ni, kalau Redza tak bawa bakal menantu mama, mama sendiri akan cari," tegas Sharifah Farida. Dia sudah naik malas mahu berlembut dengan anak lelakinya itu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Syed Redza terus mengeluh panjang.

"Ma, bagi saya masa. Cari calon isteri ni bukan macam pilih ikan di pasar. Kena kenal hati budi masing-masing dulu. Serasi ke tak. Nanti tersalah pilih, mama juga yang menyesal. Bukan setakat mama je yang menyesal tapi saya pun akan menyesal juga. Sebab yang kahwin tu saya. Bukan mama," balas Syed Redza cuba meraih pengertian si ibu.

Sharifah Farida terus menghela nafas panjang. "Mama faham. Tapi terlalu banyak masa mama dah bagi. Dan terlalu banyak juga masa yang terbuang, Redza. Umur Redza dah 44 tahun sekarang ni. Semakin lama semakin tua. Takut nanti anak-anak dara dah tak nak pandang Redza kalau Redza mencecah usia 50. Redza kena ingat, tentang syarat-syarat tu. Syarat tu bukan mama yang buat. Tapi atuk Redza sendiri. Kalau tak nak putih mata, lebih baik Redza kahwin cepat-cepat. Kedudukan Redza sekarang dah tergugat sebab sepupu Redza dah berkahwin dulu," jelas Sharifah Farida kembali lembut.

"Tengok lah nanti, ma. Saya masuk bilik dulu. Goodnight,” ujar Syed Redza mengangkat punggung lalu mengatur langkah pergi meninggalkan Sharifah Farida terpinga-pinga di ruang tamu itu.

"Mama belum habis cakap lagi ni!" Marah Sharifah Farida kembali geram. Namun Syed Redza terus masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.

"Hish! Budak ni!" Sharifah Farida bingkas bangun sambil mengetap bibir.

"Budak apanya. Dah tua bangka! Nasib aku lah dapat anak teruna terlajak tua,” gerutunya lagi.

****

UMAIRA terjengket-jengket berjalan menuju ke meja makan. Puan Kartina yang sedang menghirup teh panas terus menoleh. Pantas cawan diletakkan kembali di atas meja.

"Morning, ibu..." sapa Umaira.

"Kenapa turun? Nanti, ibu boleh suruh bibik hantarkan sarapan ke bilik,” ujar Puan Kartina.

Umaira tersenyum lalu melabuh punggung di atas kerusi. "Tak apa lah, ibu. Bukan patah pun. Terseliuh sikit je. Esok lusa baik lah tu,” ujarnya. Tidak mahu menunggu orang gaji, teko di ambil lalu menuang teh panas ke dalam cawan.

"Macam mana boleh sampai terpelicuk ni? Risau ibu semalam. Balik je, bibik beritahu kaki Maira terseliuh. Ibu tak sampai hati nak kejutkan Maira semalam," ujar Puan Kartina dengan wajah risaunya.

"Maira salah step masa masuk dalam lif.”

Puan Kartina terus mengeluh panjang. "Itu lah. Ibu dah banyak kali pesan. Jangan pakai high heel yang terlalu tinggi. Tengok apa dah jadi."

Umaira hanya mampu tersengih lalu menyisip teh panasnya dengan perlahan.

"Ibu dengar semalam Zakuan ada attend event tu juga. Maira ada jumpa dia ke?" soal Puan Kartina tiba-tiba.

Umaira yang masih menyisip teh panas itu, hampir tersedak. Cepat-cepat dia menelan meskipun kerongkong terasa perit menahan panas. Cawan perlahan di letakkan di atas meja. Riak wajah tetap cuba dikawal tenang.

"Ibu bukan apa. Ibu tak benarkan Maira jumpa Zakuan untuk beberapa bulan ni sebab perceraian kamu masih baru lagi walaupun iddah Maira dah habis. Ibu masih lagi ada dengar gosip-gosip tentang kamu berdua. Ibu tak larang Maira untuk jumpa sesiapa sebab Maira dah besar panjang tetapi bukan Zakuan. Bukan ibu tak suka Zakuan. Cuma kalau orang tengok kamu berduaan di tempat awam, orang akan mula mengata. Nanti, kalau Maira bertemu jodoh lain, orang akan kata Maira kahwin cina buta sebab nak kahwin dengan Zakuan semula. Cukup sekali ibu malu." Nasihat Puan Kartina panjang lebar.

Maira hanya mampu diam mendengar kata-kata ibunya itu. Sehingga ke hari ini, Puan Kartina tidak tahu jika dirinya tidak menjalani iddah kerana dia belum sempat digauli oleh Zakuan. Tetapi, disebabkan dia tidak mahu orang terhidu tentang rancangannya ingin mencari calon cina buta, dia terpaksa berpura-pura berkurung di rumah selama tempoh 3 bulan tersebut.

Melihat kebisuan Umaira, Puan Kartina terus menghela nafas panjang. Bukan dia tidak tahu anaknya itu masih berjumpa dengan Zakuan beberapa kali di luar.

"By the way, Maira dah jumpa dengan Tuan Syed semalam?" soal Puan Kartina cuba mengubah topik.

"Err... ada. Tapi, kami cuma sempat greet each other je. Tuan Syed busy layan tetamu yang lain,” ujar Umaira.

"La, ye ke? Tak apa. Mungkin bukan rezeki Maira dapat berbual panjang dengan dia semalam. Tapi lepas ni, Maira dah boleh jumpa dia. Kongsi pendapat dan belajar sesuatu dengan dia,” ujar Puan Kartina sambil tersenyum.

“Maksud ibu?” Kening Umaira terus berkerus nipis.

“Ibu dah register nama Maira untuk mengikuti seminar Financial planning and management yang dianjurkan oleh Tuan Syed sendiri tak lama lagi," ujar Puan Kartina sambil menepuk lengan Umaira dengan lembut.

Terbuntang mata Umaira dengan mulut ternganga luas.

"Ibu!!" jeritnya tanpa sedar. Puan Kartina sedikit terkejut.

"Kenapa ibu daftar nama Maira ikut program tu? Itu kan untuk student atau orang yang nak buka business kecil-kecilan. Maira kan COO. Malu lah pergi program macam tu,” rungut Umaira dengan wajah cemberutnya.

"Maira... Maira kena ingat. Maira dapat kedudukan tu sebab Maira satu-satunya anak ibu dan arwah ayah. Kalau tak disebabkan tu, Maira belum tentu dapat position tu dalam sekelip mata. Maira tak ada pengalaman langsung dalam bidang perniagaan. Lepas graduate terus di lantik jadi COO. Walaupun Maira dapat BBA, tapi Maira perlu mendalami lagi bidang ni dari orang-orang berpengalaman macam Tuan Syed tu. Kalau orang lain untuk mendapat position tu perlu ada pengalaman 10 ke 15 tahun,” jelas Puan Kartina. Namun, Umaira masih dengan wajah tak puas hati.

"Tapi ibu..."

"Tak ada tapi-tapi,” cantas Puan Kartina sedikit tegas. “Ibu dah daftar nama Maira. Seminar tu start lusa selama dua hari berturut-turut. Ni, schedule dia,” ujarnya lalu menghulur sekeping brochure.

Mahu tidak mahu, Umaira menyambut brochure itu. Terpampang wajah tampan dan segak Syed Redza menghiasi brochure itu. Dengan senyuman nipis membuat mata Umaira melekat buat sesaat.

‘Handsome pula orang tua ni!’ Sempat lagi Umaira memuji di dalam hati tanpa sedar.

"Dah, ibu nak pergi kerja dulu. Dah lewat dah ni. Jangan banyak gerak. Nanti makin teruk bengkak kaki tu.” Puan Kartina terus bangkit dari duduknya.

Umaira terpinga-pinga apabila Puan Kartina mencium dahinya. "Ibu..." rengeknya dengan manja, cuba menghalang Puan Kartina dari berpamitan.

Namun Puan Kartina hanya tersenyum nipis, mengelus pipi halus Umaira lalu mengatur langkah menuju ke pintu utama di iringi oleh Mak Som yang membawa blazer dan juga briefcase.

"Aduuuhhh… Macam mana ni?" rungut Umaira sendiri. Sekali lagi dia menatap brochure template itu. Sudah lah malunya semalam belum habis. Sekarang, dia harus menghadiri seminar yang dianjur oleh lelaki itu pula. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan lelaki itu nanti?

"Kenapa ibu buat Maira macam ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience