BAB 55

Romance Completed 120665

Hani mengikuti langkah Amirul memasuki rumah kedai yang telah diubah suai menjadi sebuah studio, sejak dari tadi Hani bertanya,  tetapi sepatah jawapan pun tidak keluar dari mulut Amirul. takkan nak bawa keluar single pula di sini kalau iya pun nak bawak keluar single. bukan main jauh sampai ke johor bahru, di kluang tiada studio ke?

Amirul menyapa ramah pasangan yang mrnyambut mereka yang Hani kira sepasang suami isteri memandangkan bersama mereka turut terdapat seorang kanak kanak lebih kurang sebaya Aslam dan seorang bayi yang sangat baru.

"eh, kau dah ada anak kan? " soal lelaki itu meminta kepastian. berkerut dahinya apabila melihat Hanya Hani sahaja yang bersama Amirul.

"haah, aku tinggal kejap dekat kakak aku.." jawab Amirul bersahaja.

"ha Am. takkan lah dah bawa sampai ke sini nak sorok isteri lagi?  tak nak kenal kan dekat saya ke? " tegur wanita yang sedang mendodoi bayi dipelukannya. Amirul gelak kecil.

"Hani, kenalkan ni miss Aireen. and miss,  kenalkan wife saya Hani, yang penat saya sorok tiga tahun ni. tiba tiba terbawa jumpa dengan miss pula." seloroh Amirul.Hani menyambut huluran salam wanita yang dikenalkan sebagai miss Aireen, berkerut dahinya

miss? tapi dah ada anak.

"ni sebenarnya lecturer Abang, masa dekat IKM, yang lelaki coursesmate Abang. Anuar.. yang dua orang ni anak anak mereka. jangan tanya abang macam mana dua orang ni boleh lekat, tapi yang Abang tahu,  mamat ni yang beria ria tulis surat cinta. dia punya selamber badak tak ada orang boleh lawan. sebab tu dia boleh dapat lecturer. " cerita Amirul,  sempat dia mengutuk sahabatnya yang masih berdiri dihadapannya.

"tak habis lagi rupanya perangai Am yang satu ni. perangai kanak kanak ribena dia ada lagi juga ke Hani? " soal Miss Aireen.. pecah tawa dua lelaki dihadapanya.

nampaknya Miss Aireen sudah sangat lali dengan perangai tak berapa nak betul Amirul yang satu ini. ini mesti zamannya mengajar Amirul dan rakan rakan penuh dengan usikan menyakitkan Hati.

"so, dah berapa lama kau tak jamming ni  yang menyanggupkan kau datang sini?  gian betul gaya kau ni. sampai hilang terus perangai malas pandu kereta." sindir Anuar..

"tiga tahun ada kut,  dari lepas kahwin bro.. biasa aku lepas gian dekat mic. tapi pegang mic mana sama dengan petik gitar doh.. " balas Amirul. bertukar terus rentak perbualan mereka.. serentak mereka meledakkan tawa. Miss Aireen turut ketawa. Hani  juga yang terpinga pinga di sisi Amirul. mujur saja wajahnya ditutup. jika tidak,  barangkali sudah di jadi bahan tawa..

semakin lama hidup dengan Amirul semakin dia tidak mengenali lelaki ini. setiap hari ada saja perkara yang baru dapat pada pengetahuannya bagai baru semalam mereka mengenali antara satu sama lain.  mujur lah perkara  dia dapat tahu itu perkara perkara yang baik. kalau perkara yang tidak senonoh, nangis air mata mutiara hijau sekalipun tidak berguna.

"waiz tahu tak kau dekat sini? " soal Anuar lagi. nama itu seperti Hani pernah dengar tapi dimana dia tidak pasti.

"buat apa aku nak beritahu,  aku turun jb sebab nak dating dengan bini aku,  bukan nak jumpa kau orang." balas Amirul selamber.

"oh,  nasib baik ada bini kau,  kalau tak aku dah bagi setepek carutan tahap shiruken aku. " 

oh,  patut lah Amirul begini. tengok saja lah bahasa gurauan sahabatnya,  ini baru satu belum lagi yang lain. memang seorang Amirul Hakim di kelilingi oleh umat manusia yang suka berloyar buruk. nak mencarut pun sempat berloyar buruk.

"ok dah,  kata nak pergi sarapan?  Am,  kamu buat la studio ni macam selalu kamu buat dulu ye, gitar dekat hujung sana tu, piano ada sebelah kiri,  drum kalau dah pandai main ada dekat tengah tengah nuh. saja bagitahu,  dah lama tak datang,  kut kut la lupa kan." lincah tangan Miss Aireen menunjuk ke arah alatan alatan muzik yang terletak elok di tempatnya.

"anak nuar dah dua yang, Hani tak rindu ke baby kecil? " soal Amirul sebaik sahaja keluarga itu hilang dari pandangan mata. laju Hani menggeleng. Amirul ketawa lepas, dia menghampiri alat muzik yang elok tersusun di suatu sudut.

"Hani tak nak baby lagi ke?  nanti karang orang tanya bila nak tambah, baik kita tambah siap siap. " ujar Amirul. tidak habis lagi mood mengusiknya. giliran Hani pula gelak..

"nanti lah fikir. kita buat apa dekat sini?" soal Hani untuk ke sekian kalinya. Amirul sekadar tersenyum.

"teman abang jap, sekejap je.. sampai dia orang balik sini semula. then kita pergi tempat lain. " jawah Amirul kerusi beroda ditarik. sebuah gitar diambil lalu diletakkan diriba. Hani mengangguk. tak kan lah mahu cakap tak nak pula. dah tentu tentu Amirul yang memandu.

"Hani nak lagu apa? " soal Amirul. wajah Amirul Hani pandang dengan wajah tidak percaya.

"pandai ke main? " matanya mengecil memandang Amirul, lincah tagan lelaki melaraskan tali gitar, sekali punat dipusing,  tali gitar dipetik sedikit.apabila dia berpuas hati dengan bunyi yang telah ditetapkan Amirul mengangkat kepala. anak matanya Hani dipandang tepat..

"come on lah sayang, setakat petik gitar ni,  hujung jari jee lah." balas Amirul,  keningnya di jungkit beberapa kali.

"orang petik gitar memang lah kat hujung jari, mana ada orang petik gitar guna lutut."

"tak sampai lah sayang,  meh duduk sini. " sebuah kerusi beroda di sebelah Amirul tepuk beberapa kali,  menyuruh Hani duduk disitu. Hani mencebik. sebaik sahaja Hani melabuhkan punggungnya Amirul mula memetik gitar..

dengar rentak masih layan lagi,  sekali dengar lirik rasa macam nak tendang pun ada. lagu all about that bass nyanyian maghen trainor versi melayu,

"oh, sayang
walaupun kau gemuk,
kau gemuk,
kau comel,
walaupun kau gemuk
kau gemuk,
kau comel"

dengar lirik english tak ada lah panas sangat,  ini dia bantai buat versi melayu, tak ada koner koner, terus dibaginya gemuk setepek. kurang asam punya laki! 

minta kena lelong si Amirul ni!

"Abang dah lama sangat hidup ke?  dah bosan duduk dekat muka bumi ni? " soal Hani sinis. wajah Amirul dipandang menggunakan hujung mata. Amirul bantai gelak.

"test test, " balas Amirul dengan sisa tawa. tajam jelingan Hani. gitar di petik semula,  tetapi kali ini rentak lagu lain pula yang keluar.

"senyumanmu buat ku tersenyum malu
lirikanmu
memberi panahan kalbu
oh sayangku,
dengarlah bahawa diriku
ku perlukan mu. "

baru serangkap lagu hey kamu nyanyian hez hazmi,  Amirul berhenti, lalu dia menggeleng perlahan.

"lagu ni macam Hani yang tuju kat abang. " ujar Amirul bersahaja. Hani menjungkit bibir kegeraman.wajah Hani dikerling sekilas sebelum dia melepaskan tawa. sempat lagi di memerli.

"buat mash up je lah bang. " sindir Hani geram.

"okay  ni serius tapi jangan nangis bawah meja pula dengar abang nyanyi," usik Amirul. dagu Hani dicuit sedikit.kini dia beralih ke arah piano, gitar yang sejak tadi berada di pangkuan sudah diletakkan kembali ke tempat asal.

"Abang tak berapa sangat main piano ni,  tapi boleh la, sebab lagu ni lagi best main piano tapi kejap,  nak tengok cord."  ujar Amirul tanpa dipinta. telefon bimbit dikeluarkan, dapat apa yang di cari  dia menyandarkan telefon bimbit itu.

hanya Amirul satu satunya suami yang nak menyanyi, kononya nak romantik, tapi baru nak cari cord. mana nak jumpa suami macam ni. suami Hani Humaira' Saja yang begini.

Hani memerhati jari Amirul yang lincah menari diatas keyboard, belum dengar lirik lagu lagi Hani sudah tahu,  lagu apa yang bakal dinyanyikan oleh Amirul. wajah Amirul ditenung dalam.

"Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin 'ku sampaikan

Kau cahaya hati
Dulu 'ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya, Oh
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku
Berdoa kau dan aku di Jannah

'Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh, Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku bersamamu 'ku sadari inilah cinta (inilah cinta)
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku"

habis sahaja lagu for the rest of my life versi melayu nyanyian maher zain,  yang dinyanyikan oleh Amirul, dia berpaling dari piano, anak mata Hani di cari.

"nangis? " ejek Amirul..

"tak yee! " bidas Hani,  memang betul pun dia tak nangis. pandai pandai je Amirul ni. Amirul gelak..

"Abang mungkin berhak sepenuhnya atas Hani, tapi Hani milik Allah. abang milik Allah, yang kekal Abadi. antara kita bila bila masa saja Allah nak ambil Allah akan ambil.. tak kira masa, sama ada kita sedia atau tidak, andai kata suatu hari nanti Hani yang Allah panggil dulu, Abang nak Hani antara makhluk paling aman di alam kubur, Abang tak nak Hani terseksa kerana abang yang tersalah didik, tapi andai kata Abang yang di panggil dulu,  Abang tak nak ada sangkut sikit pun hak Hani yang abang Tak tunaikan, Hak Hanni yang abang kena tunaikan bukan sikit, tapi banyak, terlampau banyak sampaikan otak pun tak mampu nak tampung betapa banyaknya hak isteri,

sebelum kahwin, abang tak nampak pun perkahwinan ni suatu ikatan yang berat, Abang sama juga macam manusia dekat luar sana yang nampak cinta akan kuatkan sesebuah ikatan, tapi bila mana akad terlafaz, jujur abang takut, sebab cinta ni bukan satu perkataan yang biasa, yang Hanya terlafaz saat hati suka pada seseorang, tapi makna cinta ni jauh lebih berat.

Jika cinta itu boleh dijadikan mahar, itu lah mahar yang paling berat sekali dalam dunia untuk setiap para suami. Sebab cinta yang macam mana kita nak persembahkan?  Cinta yang bagaimana untuk kita pamerkan?  Cukup ke cinta sekadar dimulut? Hanya cinta untuk didunia? Jadi di syurga?

tak kan lah kita nak hidup bersama Hanya di dunia, di syurga nanti bagaimana?  dekat sana kita dah nafsi nafsi, kita tak fikir pasal orang lain, even seorang ibu pun tak akan fikirkan tentang anak dia, lantak lahh anak dia nak kemana,  janji dia lepas. jadi dekat dunia ni abang nak sediakan kelengkapan,  supaya keluarga kita dapat berkumpul kembali di syurga seperti yang dijanjikan Allah.
        
Abang nak bawa cinta kita sampai syurga, Abang nak sama sama dengan Hani sampai syurga, Abang nak jadikan rumah tangga kita penuh dengan cinta, bukan cinta sesama kita sahaja, tapi cinta kepada Allah juga, Abang nak serapkan kisah cinta rasulullah dalam kehidupan rumah tangga kita, sebab itu lah maksud cinta sebenar. Rumah tangga bukan satu alam yang mudah, tapi jika kita amalkan cara rasulullah, insya Allah urusan kita akan jadi mudah.

Abang sangat perlukan Hani untuk lengkapkan misi Abang, misi keluarga kita, Abang nak minta tolong Hani didik Aslam selayaknya seorang Abang, supaya bila dia ada adik adik, adik adik akan ikut dia, pengaruh seorang abang jauh lebih besar dari ibu dan ayah dia sendiri..

terima kasih untuk tiga tahun di sisi abang, dan untuk tahun tahun yang akan datang." tanpa sedar air mata Hani laju mengalir, Amirul tersenyum. lembut senyumannya menyapa mata Hani.

"Hani minta maaf untuk semua Hak Abang yang Hani tak tunaikan, " belakang tapak tangan Amirul dikucup lama.

sebagai wanita, kita hanya fikir hak kita yang suami tidak tunaikan, tapi sedarkah kita,  berapa banyak hak suami yang kita tidak tunaikan. kerana suami tidak bertanggungjawab bukan alasan untuk kita tidak tunaikan hak mereka.

tanggungjawab suami yang tidak mereka tunaikan, tidak akan ditanya oleh Allah kepada kita.. tetapi hak suami yang kita tidak tunaikan yang akan ditanya. diakhirat kelak. jika ditanya tegarkah kita untuk menjawab, kerana suami tidak tunaikan tanggungjawab dia sepenuhnya kepada kita? 

perkahwinan bukan sebuah trend, perkahwinan bukan sebuah permainan, ia adalah sebuah ikatan yang berat di dunia malah bertambah berat di akhirat. bersyukur adalah kunci segalanya.

cinta bukan hanya di dunia, tetapi hingga ke syurga.

-tamat-

20/4/2021

hai guys, alhamdulillah, tamat sudah mahar cinta, terima kasih atas sokongan anda semua. tanpa anda semua yang sudi membaca maka tiada ending mahar cinta. kita jumpa lagi di karya aien akan datang,, terima kasih kerana tidak jemu jemu dengan watak Amirul dan Hani. jemput lah follow ig aiennoorhisam. segala pertanyaan berkenaan mahar cinta atau pun apa apa boleh dm saja aien. sama ada cepat atau lambat insya Allah aien akan balas.. jgn tanya pasal hukum pula ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience