PUNGGUNG dilabuh ditengah dewan dimana tempat mereka akan berkumpul. Sementara menuggu sekalian fasilitator dan mudir berkumpul untuk mesyuarat sebentar lagi, sempatlah dia melepas lelah seketika. Pandangan kosong dihala jauh ke arah luar dewan yang sudah gelap. Hanya terang Bulan mengambang yang menyokong cahaya kelam pada malam ini. Jam dipergelangan tangannya dikerling sekilas.
12.45am
Malam apanya. Ini sudah pagi!
Baru empat hari suara sudah tiada. Hari ini merupakan hari yang paling penat dalam sejarah sepaniang empt hari dia disini. Diam tak diam lagi dua hari saja program kem tahfiz akan tamat.
Untuk minggu hadapan akan bertukar rakan kerja, bertukar peserta, dan sepatutnya dia jugak sudah boleh pulang... Tetapi Hani terpaksa sambung lagi untuk satu minggu.
Jika dia tahu tahu punya penat dan terkejar kejar sana sini teruk begini sekali, memang tidak lah Hani bersetuju dengan Aishah untuk berkhidmat selama dua minggu.
Minggu pertama kem tahfiz, minggu kedua kem jati diri, sedangkan kem tahfiz pun dah penat tahap nak sawan dengan suara hilang lagi, kalau kem jati? Jadi lempng dia. Tidak mula lagi, dia sudah terbayang nasib dirinya nanti.
Nampaknya program tu untuk mengentalkan hati fasilitator sepertinya bukan untuk peserta. Fikir sahaja sudah membuatnya menghela nafas beribu kali.
Menyesal? Tiada guna!
Mujurlah elaun tinggi. Sehari RM 90 Tujuh hari? Tambah lagi tujuh hari? Wah, jadi orang kaya baru dia. Kerja dua minggu saja, tapi gaji sudah macam berkerja sebulan.
"hai, ustazah Hani! " sapa satu suara dari jauh. Tidak perlu Hani menoleh beriya atau berpura pura terkejut dengan sergahan yang hampir sebati dengan halwa telingannya. Satu nafas berat dilepaskan.
Empat hari empat malam di gangu oleh orang yang sama membuat Hani naik meluat dengan manusia itu. Tujuan mahu mengurat orang lain, tapi yang di ganggunys orang lain.
Dasar!
Kelihatan lelaki itu melabuh punggung dihadapannya Walaupun jarak bermeter jauhnya. Tapi sudah cukup menambah rasa jengkel dalam hatinya.
"dah tak ada suara ke Ustazah?" tegur suara itu lagi. Saja mahu memancing Hani supaya melawan dengannya. Fasilitator lain yang turut berada disitu sudah bantai gelak.
'Kau ni, tak padan dengan kecik. Bukan main lain mengacau perempuan!'
Mujur sudah tiada suara. Jika tidak mahu juga dia lepaskan suara hatinya supaya menyapa pendengaran Ikram. Nampaknya beberapa hari ini dia tak boleh hendak memekik mekik macam tarzan untuk menyimpan dan mengembalikan suaranya memandangkan ada lagi satu minggu dia disini.
"Ustaz Ikram, tolong diam!" Dengan suara ysng masih bersisa Hani memberi Amaran. Jari dibuat isyarat supaya lelaki itu zip mulutnya sambil menjegil mata kegeraman.
"Dah tak ada suara! HAHAHAHAH." sengaja Ikram menyimbah minyak supaya api semakin marak. Dia melepas tawa besar yang sengaja dibuat buat. Hani mengetap bibir. Tawa pasrah dilepaskan. Ikram ni dia kelakar. Tapi masalahnya dia punya lawak, punyalah Annoying!
Berpunca dari tawa yang sengaja dibuat buat oleh Ikram, gamat seketika suasana dewan itu dengan tawa menreka menyambut lawak usikan Ikram tadi.
Maria di sisi yang sudah bergegar badan menahan tawa Hani jeling sekilas. "Hai budak kecik ni, Sabar jelah aku!" Omel Hani perlahan.
“ustazah Hani, " panggil Ikram lagi.
"Diam. Kan aku suruh diam tadi. Kau tak faham bahasa melayu? Nak cakap bahasa arah. Aku pula yang tak reti. Heiii, kau ni!" Gumam Hani geram.
"Aku boleh.. kau nak cakap apa? Meh aku translate kan." lagi orang marah, lagi dia buat tak faham bahasa si Ikram ni. Hani berdesir kegeraman. Tajam mata menikam ke arah Ikram membuatkan lelaki itu akhirnya berhenti juga. Tapi masih saja mahu menyakitkan hati dengan sengaja buat isyarat menarik zip mulut lalu mengangkat tangan menunjuk isyarat OK.
Melihat Ikram yang sudah mula serius Hani menopang dagu ke atas telapak tangannya.
Lapar, ngantuk, penat, rimas, panas, berlengas. Semuanya bersatu membuatkan dia henar benar tidak selesa.
"nah, amik ni. Kau tak makan lagi kan?" soal Ikram sambil meluncurkan dua bungkus roti gardenia krim jagung tepat kehadapan mata Hani.
Tidak perlu bertanya lanjut. Memang dia hulur dua bungkus,, Tetapi bukan dua dua untuk dirinya. Satu memang untuk dia, tetapi satu lagi untuk Maria si gadis ayu, lemah lembut. Indah paras rupa lagi jelita di sisinya ini.
Bukan main lagi mengurat siap dijadikan Hani sebagai kambing hitam. Kalau tak kahwin juga ni tak tahulah!
Hani mengangguk sebagai ganti terima kasih.
"itu....." belum sempat Ikram menghabiskan ayatnya kedengaran suara ustaz malik memberi salam.
spontan Hani angkat ibu jari memberi isyarat kemenangam berpihak padanya. Ikram jungkit bibir. Mujurlah Lelaki itu tidak nampak wajah mengejeknya. Jika tidak pasti Ikram lebih koyak. Giliran Hani mentertawakan Ikram didalam hati.
"Menarik!" Pantas Hani menoleh. Wajah terkejut beruk dia pamerkan buat diri sendiri. Budak jendul yang muda tiga tahun dari dia ni dikatanya menarik?
Seriuslah Maria ni?
"Kau boleh kata menarik? Budak baru akil baligh kut." Kutuk Hani kaw kaw. Walaupun dengannya Ikram hanya muda setahun darinya . Dia tetap merasa Ikram budak baru mahu besar.
Mana dia tau umur walaupun umur diantara mereka peru dirahsiakan? Aishahkan ada. Wanita itu mana boleh simpan rahsia.
Maria sekadar melepas tawa kecil. Hani tercengang. Fikirnya Maria akan menolak Ikram mati matian. Rupanya empat hari saja sudah cukup buat cinta mereka berputik.
Haish, budak budak betullah!
" LAMPU yang mana nak kena tukar ni mi?" soal satu suara saat mesyuarat masih berjalan lagi. Semua kepala menoleh kearah suara itu.
Seorang lelaki sedang memegang metol dengan mata kuyunya. Jelas wajah letih langsung tidak disorok.
Dari tepi, air mukanya tidak jauh beza dengan Ikram. Bezanya Ikram sedikit cerah berbanding lelaki yang sedang berdiri di kaki lima tepi dewan itu. Yang ini berkulit sawo matang, tinggi. Tidak sado seperti kebanyakan lelaki. dengan rambut yang hampir mencecah bahu diikat seperti pokok kelapa.
"Dekat belakang pentas sana." Jawab Puan Halizah.
"Apa?" Lelaki itu berpaling sepenuhnya ke arah mereka membuat Hani sedkit terkedu. Pantas matanya kembali memandang Ikram kemudian kembali memandang ke arah lelaki itu.
Lelaki itu seperti Ikram 2.0!
Yang membezakan mereka hanya kulit, raut wajah dan cara mereka berpakaian. Ikram sedikit cerah. Raut wajah Ikram pula lebih serius. Hanya jelas kemesraannya jika dia mula melepar seyum. Tetapi yang ini, muka layu tidak bermaya masih terlihat seakan tersenyum. Manis. Tidak jemu dipandang. Ada aura. Ketenangan pada wajahnya walaupun rambut serabai serupa orang belum mandi.
Cara pemakaiannya lebih santai berbanding Ikram yang setiap masa berjubah atau kurta. Kopiah tidak pernah terlepas dari kepalanya. Mungkin juga kerana kem ini melarang sama sekali untuk para Ustaz Untuk mengenalan tshirt dan berseluar jeans.
Ikram di pandang lagi sekali.. lama dia pandang sehingga renungannya itu disedari Ikram yang duduk dihadapannya. Ikram angkat kening membuat isyarat apa.
Tanpa menghiraukan Ikram, dia kembali memandang ke arah lelaki itu yang masih berdiri. Masih sama. Makna kata dia tidak tersalah melihat.
"belakang sana tu." Puan Halizah mengulang kembali jawapannya sambil menunjuk kearah belakang dewan yang lampunya sudah malap. Tunggu masa mahu gelap.
Lelaki itu berlalu pergi sambil diiringi oleh ekor mata Hani yang sejak dari tadi tidak melepaskan pandangannya.
"uatazah Hani." panggik Ustaz malik. Hani tersentak. Lambat lambat dia menoleh ke arah Ustaz Malik. Bahang wajahnya apabila tersedar dirinya kini menjadi tumpua setiap mata di dewan ini.
"ada masalah apa apa ke?" soal Ustaz Malik sebaik saja Hani menyahut. Hani gigit bibir. Maria di sisi dia jeling sekilas.
"Masalah apa ek?" Soal Hani sangat perlahan. Hanya di dengari oleh Maria. Maria tergelak. Sopannya gelak anak dara seorang ini.
"masalah sepanjang hari ini. ataupun ada apa apa syor yang kita boleh tingkat untuk masa hadapan?" Ustaz Malik menyambung apabila melihat Hani masih terkebil-kebil. Itulah, sibuk sangat tengok perkara tidak berkaitan. Kan dah malu sendiri!
"ohh. Tak ada. Insya Allah tiada." Jawab Hani. Sebaik mungkin dia mengawal suaranya. Mujurlah suara memang tiada membuatkan jika dia memaksa juga suara untuk keluar akan terdengar sedikit getaran pada suaranya.
"penat sangat dah ustazah Hani ni, suara pun sampai dah tak ada. awak ada lagi seminggu kan? " soal puan Halizah pulak. Di sambut oleh gelak tawa mereka. Hani sungging senyum menahan malu.
"ni bukan penat Umi, ni usya anak teruna orang sampai tak lepas pandang, tu yang blur blur tu." pangkah Ikram. Hani menganga.
Memanglah Si Ikram ni suka mencari silapnya untuk menyerang dia. Nampak je orang buat apa?
Memang dia sajalah satu satu mahkluk yang tidak boleh nampak Hani senang.
"kenapa tak buka lampunya?" soal ustaz malik apabila kelibat lelaki yang menukar lampu tadi lalu melepasi mereka.
"Am dah tukar tadi, tapi dia kelip kelip pulak, esok la tengok balik, Am dah tak boleh fikir. Kena tidur dulu." jawab lelaki tadi yang menggelarkan dirinya dengan nama Am.
Sebelum dia berlalu pergi sempat lelaki tadi tunduk sedikit dan membuang senyum kearah barisan Ustaz.
Manisnya senyuman dia. Itulah.. tadi mengata Maria mudah terpedaya dengan Ikram. Kan dah terkena balik. Itu baru senyum!
"Aduh." Spontan tangan naik menekap dahi.
Sebji pemadam tepat mendarat mengena dahinya. Tak payah tanya siapa yang buat. Ikram pandang Hani dengan muka tidak bersalah. Mencerlung mata Hani menikam wajah Bersahaja Ikram.
Ustaz Ikram, kau tengok ye apa aku nak buat dengan pemadan 20 sen kau ni!
Tanpa berlengah Hani mencapai pemadam milik Ikram lalu mencampakkan kebelakang. Ikram membuntangkan matanya. Gilira Hani pula tayang wajah tidak bersalah. Pandai pandai mahu cari balik pemadam dia tu. Kalau pemadam tu sudah ditelan rumput ataupun ditelan bumi, pergi sajalah cari dekat eco RM 2.40. Enam biji kau boleh dapat!
Masa yang ditunggu tunggu sudah pun tiba. Habis saja mesyuarat, kakinya terus melangkah menuju ke dorm.. Tanpa berlengah Hani terus mencapai tuala dan masuk kedalam bilik air. “Membersih diri setelah seharian didalam pakaian yang sama dari pagi.
Dia merebahkan badannya sebaik sahaja selesai membersihkan diri, jam ditangan dikerling sekilas. 1:30 am.
Lapar,ntetapi sudah malam. niat hendak makan roti yang diluncurkan Ikram tadi dilupakan sahaja. Ketika ini tidur lebih penting dari makan.
Esok sebelum jam 4:30 pagi mesti dah keluar dari dorm. Azamnya sebelum dibuai lena.
TERPISAT-PISAT Hani membuka matanya apabila penggera yang sambung menyambung itu tidak diusik sama sekali. Matanya meliar sekeliling. Masih gelap.
Belum bangun ke? Ke sudah bangun tetapi ia telah ditinggal rakan rakan lain. Tetapi tidak mungkin mereka tidak bawa telefon bersama. Rakan sebelah dipandang. Masih lena diulit mimpi. Telefon bimbit disebelah bantal Hani capai.
5:45 AM
Hahh!
"Kak, bangun kak. Dah pukul enam!” bahu rakan sebelah digoyang kuat. Hani terus melopat dari katil dan terus berlari masuk ke bilik air.
Tanpa sempat mahu mengeliat, semua terkocoh-kocoh turun katil. Barangkali ada yang tidak sempat mahu buka mata pun.
Hari terakhir tapi rekod paling tercorot sekali.
Hani terus bersiap tanpa menuggu rakan rakan yang lain. Sebaik sahaja pintu dorm dibuka. Terasa ada satu objek yang benar benar hampir saja menghentak mukanya. Mujur Hani sempat mengelak.
"allahukbar!" jerit Hani terkejut. Rakan rakan yang sedang bersiap terhenti sebentar. Menoleh ke arah Hani yang tiba tiba menjerit.
Dadanya dipegang kejap. Bagai mahu terbang nyawanya. Objek yang mahu menghentak mukanya tadi pun turut terkejut dengar Hani menjerit.
"sorry, sorry. Saya baru nak ketuk pintu dorm Ustazah. jemaah dah nak solat subuh." terang objek itu dari samar gelap subuh. Pantas tangan Hani menolak kuat pintu dorm supaya tertutup.
"dah dah. semua dah bangun." jawab Hani, masih rasa terkejut. Sebaik sahaja objek itu menghilang dari pandangan mata Hani menghela nafas.
Nasib baik dia duduk tepi pintu. Rasanya dia tidak nampak kot benda benda pelik didalam.
Hani terus melangkah masuk ke dalam dewan. Sejadah terus dibentang. Suara bilal sudah melaungkan iqamat tapi baru dua orang ustazah yang turut serta untuk berjemaah subuh..
Peserta kem sudah jeling jeling belakang. Tengok para ustazah baru dua orang. Habis surah Al-Fatihah baru masing masing terkocoh kocoh bentang sejadah.
Nasib baik sempat ikut rakaat pertama. Kalau tidak, silalah berdiri beramai ramai tayang muka tidak malu.
ustazah masbuk, Manalah mahu letak muka?
Hani berjalan menuju ke tempat air minum untuk memenuhi cawan supaya senang untuk para peserta ambil air tanpa perlu bersesak disitu. Cuma perlu beratur, ambil dan pergi.
Sepanjang hari juga dia dengar desiran desiran halus dari para Ustaz memerli mereka yang terlambat bangun kiamulail.
"Lambat gila kau orang bagun pagi tadi." Tanpa menoleh pun sudah tahu siapakah pemilik suara itu.
"tak sedar langsung. Aku sedar pun sebab dengan telefon awek kau berkokok sebelah telinga aku." Jawapan Hani mengundang tawa Ikram.
"Belum awek lagi." Hani memutar bola mata.
Seperti ada aura yang memanggil manggil, dia menoleh ke arah kanan. Tepat bisikan nalurinya. Apabila melihat Am lalu bersama tangga tidak jauh dari tenpat dia mengisi air.
"Weh Ikram, sebiji gila nika dia dengan kau.” Ujar Hani teruja. Pertama kai berjumpa dengan pelanduk dua serupa dalam satu tempat yang sama. langsung tidak melepaskan pandangannya. Seperti malam tadi, reaksi masih terkejut.
"Muka siapa?" Soal Ikram tidak faham. Dia turut memandang ke arah pandangan Mata Hani sebelum dia menjungkit bibir.
"Langsung tak sama." Nafi Ikram. Naik meluat pula dia. Bukan baru sekali dia mendapat komen begini. Setiap kali ada dia dan Am di dalam satu program pastu ada yang menegur.
"Entah entah tu kambar kau yang terpisah sejak kecil.” Ikram menjuih bibir.
“Celah mana entah kembarnya? Kau ingat ni sinetron bawang merah bawang putih? Berdendam beratus episod rupanya ending dia semua mimpi.” Dengan muka tak ada perasaan, donat yang tinggal separuh dia masukkan semua ke dalam mulut. Hodoh betul perangai!
Depan Maria pandai pula berlagak sopan. Depan Hani, bukan main lagi. Jika menguap tu seluas-luas tidak mulut dibuka. Kalau ada gajah, silap hari bulan, gajah pun masuk. macam tak padan langsung dengan Maria. Mana tidaknya, yang di usya itu punya lemah lembut, sopan santun orangnya.
Yang ini? hmmm..
“Itu Amirul. Abang aku. Nama panjang dia Amirul Hakim. Nama pendek dia Banyak. Masa kecil kecil. Orang panggil Mirul. Dah besar sikit orang panggil Akim. Entah macam mana dah tua-tua ni jadi Am pula. Agaknya orang tua malas kut pangil nama panjang-panjang.” Sambil memperkenalkan Abangnya sempat pula dia membebel. Memang jenis mulut suka membebel.
Hani melepas tawa. “Apa kejadahnya sampai ke orang tua kau salahkan?”
Ikram turut tertawa.
“Kalau dia Abang kau, maknanya kau…” Sesaat kemudian, Hani seakan tercengang. matanya membuntang sempurna melihat Ikram yang masih bersahaja dengan kuih popia pula. Dasar budak kuat makan!
“Ye.. aku Muhammad Ikram bin Malik. Am.. Amirul Hakim Bin Malik. Satu mak satu bapak. Dia anak ketiga aku anak bongsu. Jelas?” Tiada sebaris senyuman pada bibir itu. M wajahnya juga tiada riak. Memang itulah wajah sebenar Ikram. Jika pada orang yang tidak mengenalinya. pada pandangan pertama pasti perkataan sombong dan garang adalah yang pertama sekali terlintas pada hati mereka.
Bila sudah kenal… rasa mahu jahit saja mulut itu supaya tidak lagi berkata kata. Langsung tidak pandai berhenti bercakap. Belum lagi cerita bab membahan, menyindir dan mngusik.
Share this novel