SEBUNGKUS biskut lexus berkrim keju yang meluncur laju tepat dihadapan membuatkan Hani sedikit tersentak. Pantas dia mengangkat kepala. Seperti biasa, wajah Ikram yang menghiasi pandangan matanya.
Beginilah setiap hari. Pembukaan pagi harinya dengan wajah Ikram, penutup malam hari juga dengan wajah Ikram. Murung hari harinya.
Mujur kacak!
"Apa hal?" Biskut ysng diluncur tadi dia angkat tiggi lalu digoyang sedikit memberi ucapan terima kasih melalui isyarat saja. Ini kalau tiba tiba ada saja makanan yang muncul dari tangan lelaki itu, pasti ada agendanya. Masalahnya, Suka benar dia ni bagi makanan. ingat semua orang kuat makan macam dia agaknya!
"Maria balik ke?" Kan betul. Tak
Lain tak bukan, memang ada lah tu yang dicarinya. Hani jungkit kening seakan mengejek.
"Kata awek.. takkan tak tahu." Ikram tayang muka menyampah.
"Kau ni, boleh tahan juga ek menyindir?" Sebal sungguh Ikram. Hani bantai gelak.
"Kau ada nampak dia dekat sini? Tak ada kan? Maksudnya dia balik lah tu! Benda senang macam tu pun nak kena ajar!" Jawab Hani sinis membuatkan Ikram bertambah jengkel.
"Ingatkan dia sambung." Terbit nada kecewa dihujung suara lelaki itu.
"Cari orang lainlah Ikram." Cadang Hani sekaligus mengusir angan angan mat jenin Ikram. Melihat cara Maria yang sekadar hala balai terbit juga rasa kasihan disudut hatinya apabila Ikram terlihat seakan bersungguh.
Candangan itu disambut oleh tawa Ikram. "Orang lain tu siapa? Kau?"
"Cait, tak ingin aku!" Habis bertebaran simpati yang sudah terbina.
"Carilah perempuan lain yang sekufu keturunannya. Kau dengan dia serius, tak padan langsung. Dia tu mak bapak arab. Kau muka jawa kut." Jawab Hani sarkastik bersama tawa yang tidak mampu ditahan. Ikram berdekah.
"Eleh, kaupun yang muka jawa tu juga yang kau tenung tiga empat kali bila naik pentas.” Balas Ikram tidak mahu kalah. Dia tak tahu ke arab dengan jawa kalau bergabung, anak boleh jadi miss universe?
"Eh, tolong sikit, Aku ni sikit masa lagi nak naik ketumbit! siang malam pagi petang hadap muka kau." Hani menahan rasa mual. Perasan betul!
Mujurlah pakai purdah. Kalau tak habis segala muka buruk dia tayangkan buat tatapan mata lelaki terlebih masuk bakul itu. Usahkan mahu tenung tiga, empat kaili. Sekalipun dia tak sudi. Kacak memang kacak. Tapi jambu!
Sudahlah jambu, kuat meraban pula tu!
"Aku bukan cakap kau tengok aku."
"Habis tu?" Mencerlung matanya merenung wajah Bersahaja Ikram.
"Am. Kau kata muka aku dengan Am samakan? Kalau aku jawa, dia pun sama jawa.” Kali ini balasan ikram membuat Hani terkedu buat entah yang keberapa kali.” Aku kau kutuk kutuk je. Am elok pulak kau pandang tak lepas.” Sambung Ikram lagi.
Tiada balasan yang mampu otaknya cerna, sudahnya dia berpura pura tidak mendengar dan terus menala mata ke arah skrin telefon meskipun telefon itu bebas dari sebarang perbualan.
Bukan dia tidak mendengar tawa halus berbaur ejekan yang datang dari Ikram, tetapi sengaja dia pekakkan telinga. Keraskan mata supaya tidak memberi apa apa respon kepada lelaki itu.
"Tak apa Hani. Kau jangan risau. Teruskan merenung. Am punya benak jenis tak campur air. Dia bukan tahupun orang suka dia." Dihujung bicaranya Ikram terkekeh suka apabila Hani tetap memberi respon dengan menjeling tajam kearahnya.
"Aku tengok pun kau cakap suka. Kalau aku tengok bapak kau macam tu pun kira suka juga ke?" Bercakap dengan Ikram memang memancing barannya walaupun perbualan itu bermula dengan perbualan mesra.
"Bapak bapak jangan main kakak. Umi tu, kau nampak je lemah lembut ayu jelita. Sekali dia angkat periuk dia, berderai otak kau." Tengok tu, masih lagi sempat dia berloyar buruk. Mana tak sakit hati?
Hani mengetap bibir menahan tawa. Tidak mahu jika tawa terhambur, kemudian Ikram akan terus membahannya seenak rasa tanpa rasa bersalah.
"Ikram, kat sini pengurusan memang sediakan kertas transparent je eh?" Soal satu suara menarik perhatian semua fasilitator yang sudah berkumpul menoleh kearahnya. Farisa yang baru sahaja memunculkan diri juga turut menoleh kearah yang sama meski tidak tahu dimana pucuk pangkalnya.
Amirul yang sudah berdiri dihadapan mesin printer berpura pura menarik kertas yang konon kononnya lut sinar itu Dengan muka bersahaja selepas memerli pihak pengurusan.
Ikram jungkit bibir, sebal dengan sindiran Abangnya. Dah tahu tiada kertas apa salahanya jika dia pergi saja ambil dipejabat sana.
"Pejabat banyak. Pergilah ambil." Balas Ikram langsung tidak terhibur dengan sindiran itu mesipun sindiran Amirul tadi disambut oleh tawa beberapa fasitator lain termasuk Hani.
"Malaslah. Ada kertas tak?" Soal Amirul meminta kepada adiknya saja. Mahu kepejabat hanya untuk sehelai kertas. Tak berbaloi rasa. Sudahlah jauh!
"Aku buat lawak sampai nak putus urat kentut kau tak gelak pun. Yang ini punya hambar kau holeh terhibur. Pelik aku dengan kau ni." Sempat dia mengutuk Hani sebelum dia bangun menghampiri Amirul membuatkan Hani hampir saja tersedak air liur sendiri.
Belakang badan Ikram dipandang sayu sambil otak cuba memikir apa salahnya? Dia hanya tertawa kecil, bukan ketawa berdekah sampai pukul pukul orang sebelah.
Salah ke?
"untuk kem khalifah ni tak sama macam kem tahfiz yang lepas." pesan Ustaz Malik Memandangkan ada beberapa orang fasilitator yang terlibat dalam kem tahfiz yang lepas turut sambung ke kem khalifah. maka sedikit pesanan dititipkan buat para Ustaz dan Hani yang turut tersesat dikelompok itu.
Fasilitator lelaki, kebanyakan datang dari kem lepas, tetapi untuk wanita hanya Hani seorang saja sambung. Yang lain semua balik rumah. Tak sanggup hadap penat lima kali ganda!
"aktiviti untuk minggu ni lebih kepada aktiviti outdoor. rentas desa, memanah, paintball, dan beberapa lagi yang saya sendiripun tak berapa ingat ." sambung Ustaz Malik lagi. Para fasilitator sekadar mengangguk tanda faham.
"untuk kem ni, gelaran pun tak sama macam kem tahfiz. sebab kem tahfiz kita sedia maklum, Fasi fasi yang terlibat semua terdiri dalam golongan ustaz ustazahkan? Tapi program minggu ni kita gunakan ganti nama ibubapa. Sebab ada beberapa dari kalangan orang awam walaupun masih ramai lagi yang datang dari golongan Ustaz Ustaz." terang umi pula. "sebab kita nak anak anak ni tak anggap kita macam kakak dan Abang. Waalupun umi tahu umur kamu dengan peserta hampir sebaya." sambung umi lagi. Lembut saja tutur katanya, tetapi jelas ketegasan pada nadanya.
"Am dah siapkan kertas undi?" Soal Umi mengalihkan perhatianya kepada Amirul yang terlihat sibuk dibelakangnya.
Amirul mengangguk sekali. Sebuah kotak kecik yang berisi kertas undian disodorkan pada Ikram yang berada dibarisan paling hadapan. Satu kertas dicabut sebelum dipasskan pada orang sebelah sehingga kertas itu habis.
"Nanti Am buat nametag. Tak payah tulis sendiri." Satu lagi arahan dikeluarkan buat Amirul. Lagi dan lagi lelaki itu mengangguk akur.
"Ustaz Ustaz cepat, apa gelaran nama kamu?" Soal Umi menggesa. Tidak mahu masa dibuang memandangkan banyak lagi agenda yang perlu diketengahkan dengan masa yang agak suntuk.
Anirul tampak bersedia menaip apabila matanya kini menghala tepat kearah barisan fasilitator lelaki menunggu mereka menyebut satu persatu penggilan yang bakal digunakan oleh mereka bersama nama penuh mereka.
"lady first" jawab satu suara. Entah apa entah nama dia, tidak pula Hani ambil tahu. Si Ikram tu pun, jika bukan kerana asyik menganggu ketenteraman kehidupan sehariannya, dengan dia dia sekali Hanitidak kenal!
Maka bersahut sahutan lah mereka dengan 'lady first' membuatkan Hani naik menyampah. Merenyam pula mereka minggu ni.
Memandangkan para wanita hanya ada tiga orang sahaja maka kami para wanita mengalah sajalah walaupun ringan saja mulutnya mahu keluarkan hadis tentang saidina Umar sanggup berjalan dibelakang seekor singa dari berjalan dibelakang seorang wanita.
Tapi apa kena mengena pulakkan?
Lagi pula, Memang patut pun kalau mengalah. fasilitator lelaki sampai sepuluh orang. Mahu tunggu mereka dengan loya buruk lagi, dengan membahan lagi, pukul berapa pula mahu siap?
Silap silap sempat tidur!
Setiap gelaran yang disebut pihak perempuan semua disorak oleh mereka. Paling kuat bila, panggilan 'bonda' meluncur keluar dari ulas bibir Farisa. fahamlah, kerana Farisa itu cantik orangnnya. Tapi perlu ke bersorak macam malaysia baru masukkan satu gol setelah di bedal empat gol oleh pihak lawan?
Macam terkena kejutan budaya pun ada juga. Masa kem tahfiz bukan main soleh lagi masing masing. Tunduk pandangan, sopan. Diam. Tak banyk main. Malam ini jadi terejal. Adakah kerana serban sudah terbang dari kepala dan jubah sudah gantung di hanger membuatkan masing masing jadi hyper. Macam terlebih pengambilan gula saja lagaknya.
Lain macam sangat ni perangai masing masing.
"galakk masing masing. Pantang nampak perempuan!" ejekan Amirul disambut gelak tawa mereka.
"Papa"
"Daddy"
"Abi"
"Abah"
"Walid"
"Babah"
" Bak "
"nanti print out Am, buat nametag" Arah ustaz Malik buat kesekian kalinya.
" jap. " semua mata terarah ke wajah bingung Amirul. seperti ada sesuatu yang tak kena apabila mata Amirul menala tepat ke arah skrin tanpa beralih sedikitpun. Kotak undi yang duduk berhampirannya dia capai lalu dilihat Isi dalam. Kosong.
"kenapa?" soal Ikram yang sudah melabuhkan punggungnya disebelah Amirul.
"jap jap." mulutnya terkumat kamit seperti memabaca sesuatu. matannya masih tidak lepas dari terus menarap skrin. Ikram yang baru saja melabuh punggung turut memandang ke arah yang sama.
"lelaki berapa orang?" Suspen sunguh wajahnya membuat berisan fasilitator lelaki berpandangan sesama sendiri.
"Lapan." Jawab Ikram sepatah. Dia mengira kembali jumlah barisan lelaki.
"Ada tujuh je ni, lagi sorang siapa?" Soal Amirul. Dia mengangkat kepala bagi mengira kembali bilangan kaum lelaki. Ikram juga ikut mengira. Hening seketika dewan itu.
"Kau kira berapa?" Soal Amirul. Wajah Ikram dipandang dengan wajah kabur.
"Lapan. Kau?"
"Sembilan."
"Ah, sudah! Baru lepas hisap gam ke kau ni?" Kutuk Ikram kembali mengira. Tegak bulu romanya apabila mengenangkan bilangan nama diskrin kurang. Bila dikira kepala, malah bertambah.
Serentak mereka melepas tawa. Mesipun mereka tertawa, jelas tawa mereka kedengaran canggung. Mana tidaknya, jam sudah menunjuk ke angka satu pagi, Amirul boleh pula buat cerita seram asrama!
"kepala siapa yang kau kira tu Am?" Soalan dari salah seorang dari mereka membuatkan bulu roma Hani makin tegak. Farisa dan dia berpandangan sesama sendiri.
"Weh, yang kurang satu ni kau lah." Ujar Ikram apabila menyedarinya. Sedari tadi mata langsung tidak lepas dari menatap skrin mencari punca kekurangan. Rupanya...
Lupa diri sendiri.
Amirul yang masih kabur, kembali menatap Skrin. Sesaat kemudian wajah Ikram dia pandang dengan dahi berkerut. Tidak faham.
"ni ni, nama kau mana?" Skrin laptop di ketuk ketuk perlahan.
"oh, haahaha. Dah kau pergi sana!" balas Amirul apabila menyedari kebodohan dirinya. Badan Ikram ditolak kuat. Serentak satu keluhan panjang seakan membahan Amirul keluar dari bibir para lelaki.
Ni lah makhluk yang paling suka membahan orang, hari ini depan orang dia bahan dirinya sendiri.
Meskipun dia begitu, dia bahan kaum dia sahaja. dengan perempuan, sebelah mata pun dia tak pandang. Sopan aja. Tak ada nak gurau gurau.
Usahkan gurau, lalu sebelah pun tak jeling.
"geng, kasi gelak satu kali!" Arahan suara yang baru sahaja gelarkan dirinya walid membuat tawa mereka terburai spontan.
Yang tak tahan semua ikut arahan. Betul betul digelakkannya Amirul. Dengan Ustaz Malik dan Umipun turut tergelak.
"Am apa?" Soal lelaki yang baru kenalkan dirinya sebagai papa. Lipatan kertas yang masih belum dibuka Amirul Hulurkan kedepan muka Ikram. Matanya masih tidak lepas dari skrin. Bersahaja mukanya walaupun baru lepas dibahan.
Sibuk benar gamaknya!
"papi." jawab Ikram sebaik sahaja lipatan kertas ditangannya dibuka. Laju dia menoleh ke arah Ikram dengan wajah terkejut langsung tidak dibuat buat.
"Wei, mana adalah gila!" Nafi Amirul membela diri. Kertas kecil pada Ikram dirampas. Orang lain dah bantai gelak.
"nak bagi orang lain, kan dah kena ke diri sendiri!" Marah Umi dengan suara tertahan. Mujur saja depan orang. Kalau tidak, sudah disekeh kepala anak bujang seorang ini.
"Tak ada mi. Am tak ada tulis. Ni ha, ayah. Papi tu dia!" jawab Amirul mempertahankan diri sambil menunjukkan kertas kecil tadi kepada umi.
Pembahagian tugas untuk hari pendaftaran juga diberi. Supaya esok depan ibu bapa penjaga peserta, para fasilitator yang menjaga bahagian kaunter pendaftaran tidak gelabah biawak.
"mak mak ada tiga orang je ni, Aishah pagi tak boleh join pendaftaran. Tinggal dua orang je. Rasanya tak menang tangan kot kalau nak urus bahagian perempuan berdua je." Aishah bersuara sebaik sahaja tiba ke tajuk agenda terakhir untuk mesyuarat pada malam ini.
Untuk kem kali ini dia terpaksa menyertai kerana sudah tiada fasilitator perempuan yang mahu ikut menyertai mereka. Yang mahu jadi fasilitator pun seorang je. Itu pun kerana dia sedang bercuti semester. Ada juga dia tawarkan pada fasilitator lepas, tetapi mereka memilih untuk pulang.
Hani menyertai mereka juga kerana kasihan dengan kata kata yang Aishah lemparkan tempoh hari.
'Kesian peserta perempuan nanti tak ada fasi perempuan. Kalau yang kecil kecil tak apalah duduk dalam group fasi lelaki, kalau yang besar besar?'
Terpaksa juga dia relakan.
"Pendaftaran pukul berapa?" soal Amirul yang baru sudah mengemas laptop. Tugasnya selesai sebaik saja Nama yang sudah dia cetak dia serahkan pada Ikram. Giliran Ikram pula yang selesaikan urusan tag nama dan agihan.
"dalam pukul 8 macam tu dah ada yang datang." Amirul mengangguk perlahan setelah mendapat jawapan dari Uminya.
"Ermm, Am boleh kot." Jawab Amirul menawar diri.
"ehhhhhhhhh." bersorak Ikram dan rakan rakannya. Ikram kenyit mata buat tatapan Hani tanpa menghiraukan jelingan tajam gadis itu. Masalahnya yang lain macam faham je.
Tak kelakar Ikram, tak kelakar!
"Kenapanya?" Soal Amirul pelik. Tidak faham, celah mana yang perlu mereka sorakkan. Budak budak sungguh perangai!
"jadi partner Hani la." Cadangan yang keluar spontan dari mulut Ikram seakan menjerut kuat leher Hani. Lagi lagi Amirul mengerut dahi.
“Sejak bila jaga pendaftaran ada partner?” Soal Amirul lurus.
“Sebab meja susun dua dua. Bukan sebaris.” Jawab Ikram bersahaja.
“Kalau macam tu, biarlah dia dengan Farisa. Apa hal dengan aku pulak?” Jelas tidak setuju terzahir tidak dari nada suaranya, malah dari riak wajahnya juga.
Terasa macam betul betul ditolak tanpa berunding. Depan muka dia reject!
“Kan dah cakap tadi, Farisa sambut peserta perempuan. Jadi tempat pendaftaran perempuan tinggal Hani sorang je.” Hani yang sedang merenung dengan tatapan tidak puas hati dijeling sekilas lewat ekor mata.
Nampak seperti mahu menyelesaikan masalah, hakikatnya sedang mengenakan Hani yang pasti sekarang ini sedang berdoa bersungguh sungguh supaya Amirul tidak bersetuju.
“Okay.”setelah mengambil kita jawapan Ikram dan kedengaran seakan logik, Mahu tidak mahu mestilah dia terpaksa relakan. Dia juga yang gatal mulut tadi sukarela mahu menjaga pendaftaran wanita.
Serentak dengan keputusan Amirul, Hani mengeluh nipis.
“Cantik!” Ibu jari diangkat tinggi bersama senyum sinis terhias dibibir. Wajah Ikram yang sedang merai kemenangan dia tenung tajam. Bertambah tambah Sakit hatinya. Siaplah esok. Akan dia lanyak lelaki itu dengan busur panah!
Kurang asam betul!
Share this novel