BAB 1

Romance Series 117849

HANI menyelak selimut yang membaluti tubuhnya. sepit rambut dikepala katil dia capai lalu menyepit sanggulan rambut yang sudah dia gulung kemas. Kemudian tangannya pantas meraba keserata katil mencari telefon bimbit miliknya.

Dapat!

cahaya di skrin telefon bimbitnya terpancar.

7.30am.

Baru sahaja dia mahu meletakkan kembali kepala diatas bantal, namanya dilaung dari tungkat bawah. Dia membuang keluhan.

Ya, suara ibu! Sudah lama dia tidak mendengar suara ibu memetir pagi-pagi .

Kali terakhir dengar beberapa tahun dahulu,. semasa dia masih bersekolah rendah. sejak dia dimasukkan ke sekolah tahfiz, jarang jarang sekali mahu dengar suara ibu memetir.

mana tidaknya. Dia hanya ada dirumah ketika sekolah tahfiz cuti. selebihnya beberapa ratus hari lagi dihabiskan di tahfiz.

setelah 8 tahun duduk di pusat tahfiz menghafal 30 juzuk Al-Quran kini di dapat mengkhatamkan mushaf itu pada bulan lepas dan pulang ke pangkuan keluarga.

Ibu kata kalau nak sambung syahadah, cari madrasah yang dekat dekat je. hendak ke melaka tu sangat jauh memandangkan Hani bukan lah dari keluarga yang senang. Sekali pergi mesti kena ada paling kurang RM 300 dalam tangan.

Ayah hanya kerja kontrak yang bergaji RM 1200, tolak api air, tolak itu tolak ini. Hanya tinggal berapa sahaja dalam tangan untuk menyara tiga orang adiknya yang jugak masih bersekolah. Mujur, rumah dan kereta sudah habis bayar sewaktu ayah masih kerja kilang dahulu sebelum ayah diberhentikan kerana kilang tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Jawapanya... memang tidak sambunglah. Menempuh dugaan disaat saat akhir habis juz saja dia sudah mahu meraung. Ini pula mahu menempuh ujian syahadah.

Nangis!

" Hani!" Laung Puan Marlia lagi dari tingkat bawah buat kali kedua apabila masih tiada sahutan.

" ye ye, dah bangun dah ni. " sahut Hani sambil membuka sedikit pintu biliknya supaya Puan Markia dapat mendengar suaranya.

"cepat sikit, kata hari ni nak pergi kem!"

Hani mengecilkan matanya, cuba mengingatkan tarikh hari ini. hari apa ye? dia mencapai kembali telefon bimbit miliknya yang dilepaskan tadi untuk membuka pintu bilik. Kalender dia buka sebelum mata di ikuti mulutnya ternganga tidak percaya.

Rasanya baru sahaja di mendaftar nama, rupanya sudah dua minggu dari tarikh hari tu.

Esok cuti sekolah, hari ini sudah sepatutnya dia berada di tapak kem yang dianjurkan oleh sebuah madrasah milik bapa mentua sahabatnya yang belajar bersamanya dahulu. Cuma sahabatnya itu keluar terlebih dahulu kerana sudah dapat menyelesaikan 3o juz beberapa tahun lepas.

Sempat dia membuka aplikasi whatsApp, Mencari perbualan kumpulan fasilitator. KempulanNyang hanya disertai oleh fasilitator wanita sahaja.

125 perbualan yang tidak dibuka!

Okey 125 perbualan hanya dari satu group. Dan tiada dari mana mana mesej persendirian.Jika bukan group whatsapp yang memeriahkan notifikasinya, memang sunyi sepilah whatsapp'nya.

Sesunyi hati, sedar diri. Tiada siapa mahu. Ceh!

Tangannya menyentuh perbualan group itu. kebanyakan dari mereka sudah pun bertolak dari rumah. sementara dia, bukan kata mandi, baju pun belum betul betul siap berkemas.

Mereka perlu berkumpul ditapak kem pada hari ini untuk bersama mesyuaratkan agenda pada hari esok dan sehingga tujuh hari akan datang.

Pantas tangannya melipat selimut dan menepuk sedikit bantal yang sudah disusun rapi. Selesai merapikan bantal Terus sahaja dia mencapai tuala untuk menyegarkan diri.

Cadar?

Cadar tak payah tegang, alang alang tiada dua minggu. Ditarik saja terus dari tilam. Basuh!

Siap Mandi dia mencapai bagasi yang sudah diisi beberapa helai pakaian untuk dua minggu disana. dia mencapai telekung sejadah. Senarai di sebelah di jeling mencari barang apa yang masih belum diletakkan di dalam beg.

Lama dia menatap senarai harang itu. Sepertinya ada sesuatu yang dia terlupa tetapi tidak tahu apa perkara itu.

Al-Quran!

Ye Al-Quran.

Kitab suci ni tidak boleh ditinggal sepi. Dia perlu membawanya bersama. kerana kem yang dia sertai ini adalah kem mengajar anak anak yang tidak pandai baca atau tidak pernah menghafal untuk menghafal Al-Quran. Jadi mushaf wasiat peninggalan rasulullah S.A.W sangat penting.

Hani menjeling lagi kearah senarai setelah mendapatkan barang yang diterlupakan tadi. Kembali meneliti jika ada barang yang belum dia masukkan. Setelah yakin tiada apa yang tertinggal, zip ditarik lalu didirikan beg itu.

Dia pergi ke meja solek miliknya yang hanya dipenuhi dengan beberapa biji kerongsang. dia mencapai tudung bawal bidang 60 lalu di letakkan diatas kepala. Tidak kuasa hendak lilit. Hanya pinkan tudung nya dibahagian hadapan sahaja. Senang. Nak cantik cantik sangat buat apa. Nanti kena berlari lari jugak!

Setelah berpuas hati dengan penampilanya di cermin Hani mengambil beg sandangnya yang disangkut di sebelah meja. Beg bagasi yang berisi baju dan barang penting jugak dicapai. Tidak dilupakan Al-Quran yang berada diatas meja juga diambil dan dipeluk.

Dia tidak meletakkan Al-Quran di dalam beg untuk menjaga salah satu adab adabnya. Tidak meletak kan Al-Quran lebih rendah dari punggung dan tidak meletak Al-Quran dibelakang.

Hati hati dia menuruni anak tangga sambil menjinjit beg. Jam didinding sudah menunjukkan pukul 9.30. Untuk ke tapak kem mengambil masa dua jam setengah.

Papan tanda demi papan tanda dilepasi. Lagi beberapa kilometer hendak sampai ke destinasi, jantungnya makin berdegup laju. Untuk pertama kalinya dia menyertai program sebegini. Itu pun atas desakan sahabatny merangkap menantu kepada penganjur kem yang bakal disertai itu.

Setiba disana, kaki nya menghala ke bonet kereta, telefon bimbit ditangan diangkat. Mendail nombor telefon rakanya sebelum beg dibonet diturunkan.

'kak, dah sampai ni. Nak kemana dulu?'

'masuk je kat dalam, nanti nampak dewan duduk situ dulu. Kat dewan tu pun dah ramai'

Dia matikan panggilan lalu masukkan telefonnya kedalam poket jubah. Satu bagasi saiz sederhana besar di keluarkan. Selesai menyalami Puan Marlia dan Encik Muhammad Noor. dia berjalan menuju ke dewan yang dimaksudkan oleh rakannya sebentar tadi melalui panggilan.

Dari jauh nampak beberapa kumpulan sedang duduk borak di satu kawasan terbuka yang dia kira itu lah dewan. kaki nya perlahan berjalan menuju kearah tempat berkumpul.

Beberapa langkah lagi hendak pijak lantai dewan terasa bahunya ditepuk dari belakang. Bahunya terhenjut sedikit kemudian menoleh.

Rakanya satu madrasah sambil menggendong seorang bayi. Tanpa bertanya sudah di ketahui anak siapa bayi yang sedang dikendongnya. Comel. Pertama kali bertentangan dengan anak kecil ini. Selama ini hanya lihat di status dan juga beberapa suapan dia media sosial saja.

"Kurang kurang bagilah salam.” Sindir Hani. Tajam matanya menjeling kearah Aishah yang sudah terkekeh disisinya.

"Dah besar dah kau ni. Duduklah dulu. Aku nak pergi dapur." Hani tercengang.

“Dah tu, kau datang sini untuk apa?”

“Saja. Nak tengok kau versi besar.” Bersahaja Aishah menjawab. Lagi lagi Hani terngadah. Tahulah kali terakhir berjumpa ketika itu Hani baru berumur 16 tahun. Tapi, tak perlu rasanya bersemuka semata mata perkara ini.

“Dah Bai. Aku nak masak.”

"kau masak? Untuk siapa?" soal Hani tanpa niat.

"masaklah, laki aku nak makan. yang tak masak tu kau!"

Auchhh, pedih!

"Tak ada sesiapa lagi yang aku nak masakkan. Tunggu nanti aku masakkan untuk anak mak mentua kau yang lain. Kau sabar jap!” Seloroh Hani bersahaja. Mujur saja wajahnya tidak terlihat oleh wanita beranak satu itu.

"Adik ipar aku yang mana satulah yang malang sangat tu..” serentak dengan itu tawa besar dilepas oleh kedua wanita yang sedang berborak di tengah pintu masuk.

“Malang tak malanglah. Siapa suruh tak doa betul-betul dapat jodoh solehah lagi rajin dan bertamadun.”

“Mehlah. Nak tengok jugak siapa yang terjerat.”

"Tak nak aku jadi keluarga kau. Kbai.” Tanpa berpaling lagi Hani kembali mengorak langkah masuk ke tengah dewan. Sempat dia mengelak dari tangan Aishah yang mahu menepuk bahunya.

“Tadi macam gatal sangat. Kau tunggulah nanti. Aku buka syarikat mencari jodoh. Kau orsng pertama aku jadikan pelanggan.” Tidak menghiraukan ugutan itu Hani terkekeh suka. Puas hatinya melihat Aishah seakan tidak puas hati dengannya.

BADAN disandar ke salah satu tiang melepaskan lelah setelah seharian sibuk. Kaki dilipat rapat ke dada sebelum tangan memeluk erat lututnya. Ingin merehatkan diri sebentar sebelum pengumuman untuk mesyuarat sebentar nanti.

Jam ditelefon bimbitnya sudah menunjukkan angka 9:00 malam. mesyuarat yang sepatutnya diadakan pagi tadi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa orang lagi fasilitator lelaki yang masih belum hadir.

Mereka berkumpul pada dua bahagian. Fasilitator perempuan duduk dikiri dan faslitator lelaki duduk dikanan sambil berhadapan. Mudir duduk ditengah diantara lelaki dan perempuan.

Sebelum masuk ke agenda sebenar. Mereka lakukan sesi taaruf iaitu sesi perkenalan diri dan diterangkan tentang peraturan serta etika pemakaian sepanjang mereka berada ditapak kem.

"tolong ye, jangan dedah kan umur ustaz dan ustazah pada peserta, kalau boleh sesama kamu sendiri pun tak perlu dedahkan. Pada pelajar pelajar saya pun nanti, tak perlu dedahkan umur dan tak perlu bertanya Umur mereka." Pesanan tegas dari Mudir Atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Malik membuat para fasilitator wanita berpandangna sesama sendiri.

Mana mungkin mereka boleh diam tanpa tahu umur. Sebelum mesyuarat besar diadakan, mereka para waita sudah mengadakan mesyaurat kecil.

Mereka mengulum senyum saat arahan itu dikeluarkan. Mujur saja semua memakai niqab dan purdah. Tiada siapa yang tahu.

"tapi mustahil lah, kalau sesama ustazah tak tahu kan?"

Sindir seorang ustaz yang duduk benar benar dihadapan Hani. Tidak silap semasa taaruf tadi di memperkenal kan namanya dengan Ikram. Pecah tawa mereka serentak.

ye benar mustahil, tapi Ustaz ni. Tahu tahu je kan?

"Bagi yang tidak berpurdah diluar Kem. kem ni diwajibkan memakai purdah ye.. Yang dah memang pakai teruskan pakai." seorang wanita awal 50 an sebelah ustaz malik yang sedari tadi tidak bersuara mula bersura.

Dia hanya mahu dikenali dengan panggilan umi. perwatakannya sangat
Keibuan. lembut. tenang memandangnya walau separuh wajahnya ditutupi oleh sehelai kain hitam.

"baik umi!" jawab mereka serentak.

"ustazah belom taaruf lagi kan?"
Soal ustaz malik.. Mereka menggeleng serentak.

"ok, kita sambung pulak dengan ustazah. Tapi tak perlu nama panjang. Cukup sekadar nama panggilan saja." sambung ustaz malik lagi.

Mereka mengangguk faham.

“Maria.” Maria yang duduk dihadapan sekali memulakan perkenalan diri. Hani meramas tangannya yang semakin sejuk, sesekali dia menjeling kanannya mengira gilirannya yang semakin hampir.

Hani." Hani bersuara mengenalkan dirinya.

Selesai mesyuarat buat agenda pada hari esok, sebelum bersurai mereka bersama membaca tasbih kifarah, mudah mudahan perbincangan mereka bukan perancangan yang sia sia.

"esok pakai jubah maroon ye ustaz ustazah." pesan Ustaz Malik sebelum semuanya bersurai.

"baik ustaz." jawab mereka serentak kemudian terus melangkah kaki menuju ke dorm yang telah ditempatkan buat mereka.

"korang, kunci jam pukul empat tau." pesan Hulya salah seorang fasilitator yang turut serta sebelum masing masing merebahkan diri ke atas tilam yang disediakan.

BUNYI penggera dari telefon bimbit mereka bergema ke serata dorm. Sambung menyambung bunyi tanpa henti. SuDah berhenti satu, bunyi lagi satu. Bayangkan ada lapan orang di dalam dorm, semua kunci jam pada masa yang sama. Mahu tak mahu terpaksa juga mereka semua bangun. Dikerling jam di dinding, 4:45 pagi.

"Weh, dah pukul lima oi!" jerit Atiqah. kelam kabut semua bangun menuju ke bilik air.

Hani orang pertama yang kebilik air dan orang pertama yang keluar dari bilik air, hanya sepuluh minit sahaja semua sudah siap keluar pergi ke dewan untuk memulakan jadual hari pertama.

Kiamulail tanpa para peserta kem.

Sejadah terus dibentang sebaik sahaja kaki mereka melangkah ke dalam dewan. Semua tercungap-cungap mengambil nafas. Untuk pertama kali dalam sejarah wanita boleh siap dalam masa 10 minit.

Dahsyat ya!

Hani mengangkat kepalanya. Dilihat saf bahagian ustaz-ustaz masih belum lengkap. Bermakna ada lagi beberapa orang ustaz yang masih belum keluar dari dorm..

Tepat jam 5:00, imam memberi arahan untuk merapat kan saf, menandakan mereka akan memulakan solat hajat, taubat dan tahajjud.

Selesai solat mereka membaca surah yasin sementara menunggu waktu solat subuh yang akan masuk beberapa minit lagi. Amalan subuh selesai ustazah bangun dan melangkah menuju dorm menyimpan kembali telekung dan sejadah yang digunakan tadi.

Selesai melipat telekung Hani mencapai tudung hitam dua lapis yang dijahit tengah lalu disarungkan dikepalanya. Niqab yang tergantung dihanger juga dia capai kemudian diacu ke mukanya sebelum diikat dibelakang kepala. Stoking dan sarung lengan jugak tidak dia lupakan.

Settle!

Maka bermula cabaran hari pertamanya sebagai fasilitator buat pertama kali. Moga semuanya berjalan dengan lancar

Assalamualaikum.. atas permintaan beberapa orang pembaca.. jd sy publish balik mahar cinta versi baru.. buat yang mengulang baca lagi..jika anda rasa versi asal lebih menarik.. beritahu sy ye.. Buat pembaca baru.. selamat berkenalan dengan hero heroin sulung sy. Moga kena dengan citarasa anda semua.. terima kasih sudi follow sy..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience