Hani melangkah masuk kedalam dorm. Sambil mencapai pengering rambut, mata mengerling kearah jam didinding.
6.45 Am. Awal lagi!
Tenang betul jadi fasilitator khalifah ni. Cuba kalau minggu lepas, turun kedewan jam 5:00 pagipun orang tengok macam hendak dipukul. Kalau jam segini baru hendak munculkan diri. Agaknya dah dipukul sehingga minta ampun.
Hani mencapai tudung bawal bidang 60 yang baru digosok di atas papan sterika lalu diacukan ke atas kepalanya. Pin atas, pin tengah, pin bawah, siap! Tak kuasa nak lilit lilit.
Untuk hari pertama, seperti biasa mengambil pendaftaran dan kehadiran peserta. Semoga harinya baik baik saja. Memandangkan dia sudah melalui detik begini minggu leps, sedikit sebanyak persediaan mentalnya sudah terbina.
Dia melangkah mengambil tempat kosong yang sudah dikelompokkan. Setiap satu bahagian dua meja. Supaya tidak bersesak sesak disatu bahagian saja.
masih tiada sesiapa yang sedia di kaunter pendaftaran. makna kata, baru dia seorang saja yang berada ditengah tengah dunia ini sambil termenung menunggu ketibaan fasilitator lain. farisa juga masih bersiap. Tidak mahu Hani menunggu maka diarahkan saja supaya Hani turun dahulu tanpanya.
Jam di pergelangan tangan dikerling.
7.30 pagi. Masih awalkah?
Tanpa membuang masa Hani melabuhkan punggungnya di muka kerusi. Sambil menunggu, tangannya menulis sesuatu di atas buku tulis.
"dik, boleh ketepi sikit?" soal satu suara di belakangnya. Pantas Hani menoleh, dia mengerutkan dahinya. Kenapa nak kena ketepi? Sebelahkan masih kosong.
Tu, dekat meja dah tampal siap siap nama. Tak baca ke?" Dingin suaranya langsung tak padan dengan muka. Muka manis bukan main, mulut macam minta penanpar jepun!
Hani yang masih tercengang, langsung tidak berkutik. Dengan renungan tidak puas hati, wajah Itu dia pandang lama. Sikitpun tidak berlapik.
Dia dengan Ikram seperti dua mausia yang tertukar watak. Sepatutnya raut ini sesuai untuk Ikram. Baru kena dengan karekternya. Untuk Amirul sesuai dapat raut Ikram, baru pada dengan kedinginannya.
Haih, rasa nak jotos saja si Amirul ni!
"Tepilah. Tengok apa lagi?" Hani menghela nafas. Hati yang panas disabarkan. Kalau ikutlan hati, mahu saja dia tempepak Amirul septah dua kata. Mujurlah dia pengecut.
"Kan boleh cakap elok elok. Bukan kena bayar pun." Omel Hani perlahan. Kedudukannya ditukae ke kerusi sebelah. Masalahnya sebelah je. Apa salah kalau dia duduk saja mana mana? Sama kut. Tak ada pula kalau dia duduk di meja yang ditpal dengan pangilan Ibu, automati bertukr jadi shemale.
Terkumat kumit mulut menyumpah seranah Amirul dalam hati.
"Hah, mengumpat!" Sergahan Amirul menyentakkan Hani yang masih tidak puas hati. Bibir yang terkumat kait tadi serta merta diketap rapat. Tahu saja lelaki ni!
Dalam pada tidak puas hati, mata mengerling kearah tagnama yang sudah diedarkan dengan meletakkan ke meja yang sudah dirampas Amirul.
'AYAH.'
Betullah, itu memang mejanya. Hani gigit lidah. Tag nama dimejanya pula dilihat. Namanya dan juga gelaran yang akan diginakam sepanjang seminggu ini berada dimejanya.
Terasa kebas pula kulit mukanya. Sudahlah dia sempt mengomel. Dia perasan akan tagnama yang sudah berada diats meja, tetapi tidak pula dia terfikir untuk membaca perkataan yang tertera disitu.
Mujur dia tidak berkeras untuk mempertahan kerusi yang sudah dia dapat awal awal. Paling bernasib baik, dia tidak malu dengan orang lain kerana duduk dimeja yang salah. Sekursng kurangnya Amirul dia perlu tikar ke sebelah saja, cuba bayang kalau dia duduk dimeja walidkah? Daddykan? Ah, malu hesar dia!
Amirul Menarik sedikit kerusinya sebelum dia melabuhkan punggungnya. Tidaklah sikit sangatpun, sehingga ke hujung meja juga ditarik kerusinya. Spontan bibir Hani menjungkit tinggi. Acah sangat!
Sebaik sahaja Amirul melabuhkan punggungnya kepermukaan kerusi, baru lah nampak batang hidung fasilitator lain.
Ustaz Ikram yang juga tergolong dalam kalangan ustaz yang pernah membahan fasilitator kem tahfiz beberapa hari yang lalu juga baru memunculkan diri juga.
"awalnya uztazah Hani." tegur Ikram yang duduk bermeter meter darinya. Sudahlah lambat berani pula tu tegur orang. memang nak kena lah.
"Ustaz lambat kenapa? Takkan la sebab bangun lewat pulak kan? ni mesti solat dhuha 12 rakaat. tak pun solat subuh sambung dalam mimpi!"
Puas hati !
Asyik dia saja nak mengenakan orang. sekali sekali biar dia juga rasa pijar disindir. Ikram bantai gelak.
Hati hati ye dengan kaum hawa, dendam tahun lepas pun dia masih ingat, apalah sangat kalau baru minggu lepas. Lagi pulak minggu ni baru masuk sehari.
"kurang ajar kau ni! Ha ha ha" Hani baru mahu sambung sakit hati juga turut tergelak. Amirul disebelah Hani turut ikut tergelak. Tapi gelak style beriman. Mati terus tawa Hani. Rasa macam mahu tolong gelakkan saja.
"Eh, partner kau dah sampai rupanya." Ikram kembali bersuara, berpura pura baru perasan kehadiran Amirul. Padahal tadi, dia dah bergalak dengan Abang dia sebelum menegur Hani. Sambil mengorak langkah menuju ke arah Hani, senyuman sini terukir jelas diwajah Ikram.
Ah, sudah!
Kali ni pasti Hani kalah lagi. jika diusik tentang lelaki disebelahnya oleh lelaki yang sedang menghampirinya itu memang dia angkat bendera putih awal. Dia mengurut perlahan dahinya menahan malu. Hani buat tak layan, dia memalingkan wajahnya kearah lain.
"borang ade dekat kau tak?" soal Ikram sebaik sahaja tiba dihadapan mejanya. Hani jeling sekilas ke wajah lelaki itu. Senyum sinis masih tersungging di wajah lelaki itu. Nampak sangat memang sengaja, dia bukan mahu sangat pun borang itu, malah dia tahu dimana borong itu disimpan.
'Oh, kau memang suka mainkan aku Ikram!' Getus hati Hani.
"yang pada aku, aku dengan Hani punya. Yang kau punya pergi la ambil sendiri dekat atas." jawab Amirul malas melayan. Dokusnya masiu pada telefon bimbit. Entah apa masalah si Ikram ni, selalu elok je boleh ambil sendiri.
"wahhh, adik sendiri ditirikan ye! Untungnya dapat partner macam Am."
Dia punya perli, kelangitt ye rasa dia. Macam nak tendang pun ada!
"lagi untung kalau dapat suami macam aku." Masuk bakul angkat sendiri. Yakin dia berkata kata. Hani mencapai botol air. Diteguk air itu bagi menghilang rasa gugup.
"ustazah Hani, sila sila la masuk minang, dia dah minta kahwin dengan umi. Takut melepas pulak nanti."
Shoot!
'Peffff...'
air yang baru sahaja diteguk tersembur kembali. Basah! Purdahnya basah kuyup!!
Hani mengangkat sedikit sehelai kain yang menutupi wajahnya, mencari nafas dengan batuk yang masih bersisa. Amirul tercengang.
Ikram?
Ikram bantai gelak, memang itu yang dia mahu lihat. Andai kata Hani mati tersedak pun bukan dia kisah. yang penting hatinya puas dapat mengenakan Hani.
"dah, kau pergi tempr kau sana. Pergi ambil sekali borang untuk partner kau. Ada dekat dalam laci biru, belakang pentas." marah Amirul. Badan adiknya yang masih Berdekah ditolak kasar. Ikram terus berlalu meninggalkan dengan sisa tawa yang sungguh menjengkelkan pendengaran Hani.
"kau kenapa sampai tersembur? Dah makan belum?" soal Amirul sebaik sahaja kelibat Ikram menjauh dari mereka. Hani di sebelahnya sedikit pun tidak dijeling.
Terlepas tawa kecil dari ulas bibir Amirul. Rasa senak pula dada menahan tawa. Mahu bantai gelak, rasa serba salah pula. Ini kalau adik dia, habis secukup rasa dia gelakkan siap berguling guling. Hani menggeleng.
"kau pergi lah tukar purdah dulu. Aku pergi ambil makanan kejap." arah Amirul. Dia bangun dari duduknya. Telefon bimbitnya dimasukan kedalam poket seluar track.
"nak gelak tu, gelak je la." marah Hani geram. Serta merta tawa besar terlepas dari bibir Amirul membuat Hani menganga. Digelaknya betul betul. Seketika kemudian tawa besar tadi mati.
"ingat nak gelak lebih lagi, tapi nanti kang nangis bawah meja pulak!" jawab Amirul bersahaja dan terus berlalu pergi.
Weh!!
Hani melopong. Dia terkena lagi. Mulut mereka adik beradik ni memang tak boleh diajak bergurau. Ada sahaja benda yang mahu diusik.
Dengan langkah longlai, kaki diatur menuju ke arah dorm. baru hari pertama, sudah teruk dia dibuli dengan dua beradik ni. Ada lagi enam hari mahu tempuh. Semoga hatinya tabah.
Pagi pagi dah buat swing mood!
Share this novel