3

Romance Completed 122300

Melihat tingkah si gadis dengan cepat menyambut muntah budak lelaki itu membuatkan Khalif merasakan sesuatu didalam ruang hatinya yang paling dalam.

Takde yang sanggup menyambut muntah tanpa bekas ataupun alas tangan. Baginya gadis itu lain dari semua gadis yang pernah ditemuinya di beberapa buah Hospital temoatnya bertugas..

Semua Budak-budak disana terlihat menyukai gadis itu.

' Aku akan cari tahu siapa dia. Dan aku akan pastikan dia pilihan terbaik buat aku. ' Bisik hatinya.

Senyum terukir diwajahnya, apabila melihat si gadis kembali masuk dan menemui dan memujuk kanak-kanak bernama Mohammad itu.

" Mohammad kena kuat tau. Lawan sakit tu. Mohammad dah janji dengan Akak Hannan kan. Jika Mohammad dah dewasa nanti, Mohammad nak jaga Kak Hannan. " Kata Hannan kepada Mohammad sambil menggantikan pakaian budak lelaki itu.

Sejuk mata memandang tingkah laku dan tutur bicara si gadis.

Berjalan keluar dari Wad Dahlia, dia ditunjukkan bilik rawatannya. Beberapa jam didalam Hospital, akhirnya tepat jam 3, dia berada didalam keretanya.

Menghidupkan enjin kereta. Namun masih tetap berada disana. Terbayang wajah gadis yang sedang mengusap memujuk budak-budak didalam wad Dahlia tadi.

" Budak-budak ni memang manja pada Hannan. Sebab tu, Hannan selalu bertugas sebelah malam. Sebab senang dia handle isu budak-budak yang taknak tidur. " Kata Awal.

" Tapi kenapa sekarang dia shift pagi? " Tanya Khalif.

" Jururawat bahagian mereka tak mencukupi. " Kata Awal.

" Oo. Macam tu. " Kata Khalif.

Jelas di pandangannya gadis itu seperti tidak mempedulikan kehadirannya disana.

Dia mengambil telefonnya dan meminta kepada Zayyad merangkap P.A ayahnya untukencari tahu siapa gadis itu.

- Aku nak kau cari tahu tentang seorang gadis bernama Hannan. - Khalif.

Dia menghantar pesanan pada Zayyad agar dia tahu siapa gadis itu.

Ting!!

Pesanan balas dari Zayyad dibaca.

- Kau cari tahu sendiri. Aku dah pening dengan tugas dari Ayah kau, kau nak aku handle dan cari tahu siapa perempuan tu? Agak-agak Bro. - Zayyad.

Khalif tidak marahelainka tersenyum senget selepas mbaca pesanan dari Zayyad. Dia sudah tahu dan pasti akan menerima jawapa ni dari Zayyad.

Tok!! Tok!! Tok!!

Cermin keretanya diketuk perlahan. Dia melihat wajah gadis itu berada di luar keretanya sedang berdiri dibawah terik mentari.

Terkejut Khalif dengan kehadiran gadis itu. Dia menurunkan cermin keretanya.

" Maaf Encik, saya nak keluar. " Kata Hannan menunjuk Axia yang dihalang oleh kereta milik Khalif.

" Maaf. " Kata Khalif dalam raut bersalah.

" Takpe. Biasalah susah nak dapat parking kat sini. " Kata Hannan dan berlalu meninggalkan Khalif didalam kereta Civic miliknya.

Khalif berlalu meninggalkan Hospital dan terus balik kerumah milik Ayahnya.

Dalam waktu yang sama, sebuah kereta Honda HR-V masuk ke perkarangan rumah mereka.

Khalif turut masuk dan parking disisi kereta HR-V.

Afhan keluar dari kereta HR-V bersama pemandunya seorang gadis.

Deg!!!

Wajah gadis didepannya kini sama dengan gadis jururawat di hospital tempatnya bertugas.

" Hanna, kenalkan anak Uncle. Aiman Khalif. " Kata Afhan.

" Hai. " Sapa Hanna malu-malu.

" Hai. " Balas Khalif.

Khalif melihat cara pakaian gadis itu jauh berbeza dengan gadis jururawat tadi. Namun iras wajah sangat mirip.

" Okeylah Uncle. Hanna gerak dulu. Lama pulak nanti teman Hanna tunggu. " Kata Hanna sambil masuk kedalam kereta miliknya.

" Baiklah. Terima kasih hantar Uncle. Kirim salam dekat semua ye. " Kata Afhan.

" Ok Uncle. " Balas Hanna lalu pergi meninggalkan perkarangan rumah Afhan.

" Siapa tu Yah? " Tanya Khalif ingin tahu.

" Anak Uncle Haras. " Balas Afhan.

" Cantik. Tapi sayang terlalu seksi. Khalif tak suka, Ayah tahu kan? " Tanya Khalif.

" Ye ayah tahu. Tapi Ayah nak Kha cuba dulu. Sebab Ayah dah janji dengan Arwah Mama akan jodohkan Kha dengan anak Haras dan Hannani. " Kata Afhan.

" Tapi Yah. " Kata Khalif.

" Cuba dulu. " Kata Afhan.

Khalif hanya mampu mengeluh. Taknak melawan cakap ayahnya. Namun tidak juga hatinya ingin membantah atau pun menerima.

Lama Hannan menanti Hanna di tempat selalu mereka bertemu. Melihat jam di pergelangan tangan, Hanna lewat setengah jam.

" Dia ni nak datang ke tak? " Tanya Hannan.

Baru hendak berdiri dan membayar air yang di oder nya, Hanna datang dengan berlari-lari anak ke arahnya.

" Sorry Hannan. " Kata Hanna.

" Assalamualaikum. " Balas Hannan.

Hanna tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Lambat. Nasib Hannan belum balik. " Kata Hannan.

" Sorry lah Hannan. Aku hantar kawan Papa tadi balik. " Kata Hanna.

" Ooo. " Balas Hannan sepatah.

" Hannan, aku ada belikan kau baju. Nanti kau pakai ek. " Kata Hanna.

" Taknak lah. Nanti Papa mengamuk. Cukuplah aku kena libas tali pinggang minggu lepas. Aku dah taknak lagi. Taubat aku Hanna. " Kata Hannan.

Mendengar kata-kata Hannan membuatkan Hanna merasa bersalah. Jika bukan sebabkan dia yang merosakkan baju kesayangan Ibunya Hannani, Hannan takkan kena libas oleh Papanya.

" Maafkan Aku Hannan. Aku yang bersalah masa tu. Aku yang terkoyak kan baju Ibu. " Kata Hanna.

" Takpe. Hannan tak kisahlah Hanna. Hannan dah biasa dah. Pilat kat badan Hannan ni dah seperti tattoo. " Kata Hannan.

Sejak kecil dia memang sudah merasa libasan hos getah, tali pinggang, tanggerang dan macam-macam lagi. sebab itulah dia rela dilibas minggu lepas daripada melihat tubuh Hanna lebam oleh Papanya.

" Aku belikan kau baju tu untuk sambutan ulang tahun perkahwinan Papa dan Ibu. " Kata Hanna.

" Tak. Hannan takkan ada dalam majlis tu. " Kata Hannan.

" Kenapa? " Tanya Hanna.

" Hannan bukan siapa-siapa pada Ibu dan Papa. " Kata Hannan.

" Hannan takkan porak perandakan majlis anniversary mereka. " Kata Hannan lagi.

" Sampai bila Hannan, sampai bila Hannan nak sorokkan siapa Hannan dalam family ni. " Kata Hanna.

" No Hanna. Hannan takkan pernah dianggap anak sampai bila-bila. Hanna sendiri dengar kan. " Kata Hannan.

" Tapi kau tetap darah daging mereka. Adik kembar aku. " Balas Hanna.

" Kalau kau anggap aku kakak kau Hannan, Aku nak kau ada dalam majlis tu. " Kata Hanna.

" Please Hanna. Jangan paksa untuk Hannan lakukan benda yang Hannan tak mampu lakukan. Kalau Hanna suruh Hannan terjun bangunan mungkin Hannan sanggup. Tapi untuk berdepan dengan Papa dan Ibu, Hannan minta maaf sangat-sangat. " Kata Hannan.

Hannan mulai bangun dari duduknya. Dia mulai mengatur langkah kakinya meninggalkan Hanna.

" Sampai bila Hannan. Sampai bila kau nak mengelak dari semua ni? " Tanya Hanna.

" Sampai aku mati Hanna. " Kata Hannan dan terus melangkah meninggalkan Hanna disana sendirian.

" Hannan!! Kau lari jauh macam mana pun, kau mengelak macam mana sekalipun, darah dalam badan kau mengalir darah Ibu dan Papa. Kau harus ingat itu. " Kata Hanna.

Terhenti langkah Hannan. Dia menoleh melihat Hanna lekat.

" Takde guna jika hanya aku yang menganggap mereka Ibu dan Papa aku Hanna. Sedangkan mereka tak pernah pun anggap aku ada dikalangan orang di sekeliling mereka. " Kata Hannan.

" Jadi kau kena berusaha untuk mendekati mereka. " Kata Hanna.

" Aku dah mengalah Hanna. Sejak Papa mengheret tubuhku keluar dari rumah tu. Hanya aku yang tak tahu malu masih menebalkan wajah untuk tinggal disana. " Kata Hannan.

" Habis kalau kau tak tinggal disana, kau nak kemana? " Tanya Hanna.

" Aku dah start mencari bilik sewa. " Kata Hannan.

" Kau nak tinggalkan aku? " Tanya Hanna.

" Aku tak sanggup menjadi tempat pelampiasan kemarahan Papa dan Ibu Hanna. Sampai bila aku kena tadah badan aku untuk dibelasah macam ni? " Kata Hannan menunjukkan lebam diseluruh lengannya.

" Astaghfirullah. Hannan. Aku tak tahu Hannan, sumpah aku tak tahu. " Kata Hanna melihat lengan kembarnya lebam kesan hanger.

" Aku tak kisah Hanna. Tapi aku dah tak sanggup. Sebab tu aku rela berkurung dalam bilik jika mereka ada dirumah. " Kata Hannan.

" Hannan maafkan aku. Aku tak mampu nak lindungi kau. " Tangisnya pecah lalu memeluk tubuh Hannan.

" Awww. " Hannan kesakitan apabila Hanna tersentuh lebam dibelakang badannya.

" Ya Allah Hannan. " Hanna menangis mengingatkan nasib kembarnya.

Perlahan Hannan melepaskan lengannya dari genggaman Hanna dan berlaku pergi meninggalkan Hanna sendirian disana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience