Deringan Lonceng jam membuatkan Hannan membuka matanya. Melihat jam dia sisi katil, menunjukkan pukul 5 pagi.
Dia bangun dari pembaringannya lalu turun melangkah dm kekamar mandi untuk membersihkan diri.
Hari ni adalah waktunya bekerja shift pagi, kerja seorang jururawat kanak-kanak yang menghidap penyakit Kanser memerlukan tenaga yang banyak.
Selesai mandi, dia menyiapkan dirinya. Menghadap Illahi dan barulah dia memakai pakaian kerjanya.
Baju biru muda tersarung ditubuhnya. Rambut diikat dan disanggul kemas. Melihat penampilan dicermin, dan berpuas hati, dia memakai wangian kesukaannya D Sunset.
Semerbak bau wangian di seluruh ruang biliknya.
" Ok. Bismillah. " Hannan mula melangkah keluar dari biliknya disisi bilik Bibik didalam rumah keluarganya.
" Eh Non Hannan, udah mau berangkat Non? " Tanya Bibik Lani.
" Haah Bik. Hannan dah nak gerak. Takut jalan sesak. " Kata Hannan.
" Mau bibik bikinin bekal Non? " Tanya Bik Lani.
" Tak payah Bik. Hannan beli kat kantin Hospital je. " Kata Hannan sambil menyalami tangan tua Bik Lani.
Rutinnya menyalami tangan Bik Lani bila nak pergi kemana-mana, kerana Ibu dan Papanya tak sudi menerima huluran tangannya.
" Hati-hati Non. " Pesan Bik Lani.
" Ye Bik. Assalamualaikum. " Kata Hannan dan melangkah meninggalkan rumah keluarganya dengan menaiki kereta Axia miliknya.
Bibik yang melihat Kereta milik Hannan menjauh, menutup semula pintu utama rumah.
Hannan memandu dengan kelajuan sederhana menuju ke Hospital dia dia bekerja. Sambil-sambil mendengar lagu dari YouTube.
Jalan raya terlihat kosong. Hanya ada beberapa buah kereta yang berada di atas jalan raya.
Sampai diluar Hospital, Hannan menuju ke arah mesin Thumb print.
" Morning Hannan. " Sapa Shukri.
" Assalamualaikum. Morning Shuk. Shift pagi jugak ke? " Tanya Hannan.
" Haah. " Balas Shukri.
" Kau bertugas kat mana? " Tanya Hannan.
" Wad Bunga Teratai. " Balas Shukri.
Hannan menanti Shukri dan bersama menapak menuju ke arah lif.
" Hannan masih dekat wad Kanser kanak-kanak? " Tanya Shukri.
" Haah. Takpelah, lagipun saya suka bertugas kat sana. Dari situ kita tahu akan perasaan budak-budak kat sana. " Kata Hannan.
" Eh awak dengar tak, Ada seorang doktor baru kena pindah kat Hospital kita ni? " Tanya Shukri.
" Really? Biarlah. Saya tak kisah. Yang penting dia tak kacau tugas perawat macam kita ni. " Kata Hannan.
" Aku dengar dia sombong. Biasalah anak TanSri. " Kata Shukri. Mereka bersama keluar dari lif dan menuju ke tempat masing-masing.
" Aku call kau nanti. Breakfast sama-sama. " Kata Shukri.
" Aku janji tau. " Kata Hannan.
Shukri hanya senyum tawar mendengar jawapan Hannan. Dia tahu, susah nak mendekati seorang Dhia Hannan yang berhati lembut namun berjiwa keras seperti batu.
" Assalamualaikum. " Sapa Hannan apabila sampai di kaunter depan Ruangan Bunga Dahlia.
" Waalaikumsalam. Eh Hannan. Kerja pagi hari ni? " Tanya Diana.
" Haah Kak. " Balas Hannan.
" Hannan? " Sapa Fajar.
" Yup. " Balas Hannan.
" Aku ingat kau off day hari ni. " Kata Fajar.
" Tak aku shift pagi Seminggu. Lepastu off day 2 hari baru aku kerja petang 3 minggu berturut-turut bulan ni. " Kata Hannan.
" Aik. 3 minggu kau kena Shift petang? " Tanya Diana.
" Ye kak. Takpelah. Kita biarkan dulu kawan kita ni honeymoon puas-puas. " Kata Hannan menyentuh bahu Fajar.
" Thanks tau Hannan, kau sanggup gantikan kerja aku dua minggu. " Kata Fajar.
" Takpelah. Buatkan kitorang anak buah comel-comel tau. Secomel aku. " Kata Hannan.
" Amboii kalau macam tu kau yang patut Kahwin Hannan. " Kata Fajar bercekak pinggang.
Hannan hanya mampu ketawa. Mereka tak tahu kisah kehidupannya yang tak pernah dianggap wujud dalam rumah besar itu.
" Assalamualaikum, Akak Hannan. " Sapa budak lelaki yang memeluk tubuh Hannan.
" Aikk awalnya Muhammad bangun? " Tanya Hannan.
" Nak dengar Akak Hannan bacakan buku cerita. " Kata Muhammad.
Muhammad seorang budak lelaki yang menghidap kanser di kepalanya sejak dia berusia 3 bulan.
" Laa. Ye ke, ok tak pe. Kejap lagi Kak Hannan pergi bed Muhammad. Kak Hannan nak buat laporan pagi kejap. " Kata Hannan.
" Janji tau. " Kata Muhammad.
" Janji. " Balas Hannan.
Muhammad kembali ke katilnya dan mula baring semula.
" Semua budak kat sini sukakan kau Hannan. " Kata Diana.
" Pandai-pandai je Kak Diana ni. Mana ada. Hannan hanya buat macam jururawat lain buat. " Kata Hannan.
" Tapi kau jarang nak tengking budak-budak kat sini Hannan. " Kata Fajar.
" Tak guna nak marah mereka. Mereka sendiri tak mintak nak menghidap penyakit membunuh ni. Jadi apa yang patut kita buat, buatlah mereka happy disaat nyawa mereka masih ada. " Kata Hannan.
" Kau seorang jururawat yang sangat disukai kat sini. Aku tak tahu andai kata kau ditransfer ke hospital lain. Apa akan jadi pada budak-budak ni. " Kata Diana.
" Doakan je saya tak ditukarkan bertugas kat tempat lain. " Kata Hannan dengan senyuman.
Hannan duduk disisi Fajar sambil membuka setiap fail budak-budak yang ada didalam ruangan itu.
" Aik, Malaika semalam kenapa? " Tanya Hannan apabila melihat laporan dari doktor pakar semalam.
" Dia taknak makan langsung. Asal makan dia akan muntahkan balik. " Kata Fajar.
" Laa ye ke? " Kata Hannan.
" Haah. Sebab tu hari ni dia akan dibawak menemui pakar yang datang dari Pusat Kanser Kebangsaan. " Kata Fajar.
" Ooo. " Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya.
" Hari ni kau, Mala dan Linda kan kat sini? " Tanya Diana.
" Ye. " Balas Hannan.
" Ok lah. Akak gerak dulu ye. Husband akak dah tunggu kat bawah. " Kata Diana.
" Ok kak. Hati-hati. Kirim salam dekat Abang Bomba Akak tu. " Balas Fajar.
" Ok. Boleh. Bye, Assalamualaikum. " Kata Diana berlalu keluar dari kaunter Wad Bunga Dahlia.
" Sorry-sorry, kitorang lambat. " Kata Linda tergesa-gesa menyimpan begnya didalam Locker.
" Jangan kelam kabut. Aku okey lah. Masih ada Fajar yang bantu aku. " Kata Hannan.
" Thanks Fajar. Motor aku buat hal pulak. Nasib Ada Mala tadi ambik aku kat stesen minyak tadi. " Kata Linda.
" Husband kau? " Tanya Fajar pelik.
" Husband aku, kau tahu lah. Dah namanya abang celoreng ni, susah kau nak lihat dia lama kat rumah. Tadi pagi subuh dia dah gerak. " Kata Linda.
" Kesian kau Linda. Takpelah. Yang penting setahun sorang. " Kata Mala.
Mereka berempat ketawa geli hati dengan kata-kata Mala.
Mereka tahu, Linda yang baru 6 bulan mendirikan rumah tangga hanya beberapa kali bertemu dengan suaminya. Perkahwinan mereka dianggap sebagai PJJ.
" Takpelah. Yang penting dia takde tapi aku ada korang kat sini. " Kata Linda ceria.
Share this novel
jessecarobin
minyak wangi