Chapter 2

Fanfiction - KPOP Completed 1282

//Kringg// Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Semua pelajar berpusu-pusu keluar kelas untuk mengisi perut yang lapar.

"Weh Aris! jom keluar makan". Ajak Sana yang duduk di sebelahnya.

"Eh takpe la.Aku tak lapar,pergi la makan". Kata Alice lalu mengeluarkan buku untuk mengulangkaji.

"Weh?kau demam apa ni tak nak makan?selalunya kau yang paling semangat nak melantak dekat kafeteria sampai kenyang .Ni siap ulangkaji bagai.Kau ok tak ni?". Sana memegang dahi Alice.

"Aduhaii akak. Nape la tak gitau macam mana character akak dekat sekolah ni ,apa akak buat apa semua tu sebelum pergi Spain mengejut macam tu ". Bisik Alice lalu menunduk .

"Takpe, dia makan dengan aku harini". SCoups terus menarik tangan Alice .

"B-bwoya". Alice terkejut namun tetap mengikuti SCoups dari belakang .

"Arrghhh oppa!!!". Jerit peminat SCoups.SCoups dan Eunwoo merupakan kingka sekolah yang sangat terkenal dengan kekacakan mereka .

"Hurm..jangan ckap tu girlfriend dia .Jelesnya aku". Yoona membuat muka sedih.

Eunwoo yang sedang mengemas buku ke dalam begnya terkejut lihat sahabatnya menarik tangan Aris keluar dari kelas.

"Huarggghh dah la kau suka dekat crush aku,pastu pegang tangan dia pula". Eunwoo membuat muka sedih .
. .
. Tiba di belakang sekolah Scoups lepaskan tangan Alice .

"W-waeyo?ke-enapa awak pandang saya macam tu?". Alice hanya memandang SCoups sekilas lalu menundukkan pandangan semula.

"Kau siapa sebenarnya?". Walaupun tahu perempuan itu ialah adik Aris namun dia seperti tidak percaya yang Aris mempunyai kembar .

"S-saya ..adik Aris ". Jujur Alice.

"Aku tahu .Macam ni lah .Untuk harini je,aku lepaskan kau .Kau stay la dengan character kau .Tapi esok , nak tak nak kau kena jadi Aris yang sebenar .Kau nak bongkarkan identiti kakak kau ke apa?nak suruh dia kena buang sekolah?". SCoups mengunci kedudukan Alice .Dia meletakkan kedua belah tangannya di kiri dan kanan bahu Alice.

"A-aniyo .Kakak saya pergi Spain secara mengejut sangat,saya tak tahu apa yang kakak saya selalu buat dekat sekolah". Alice masih lagi menunduk.

"Pandang aku". SCoups mengangkat wajah Alice .

"Aku dengan Eunwoo akan tolong kau jadi Aris yang sebenar.Kau kena bagi kerjasama". Kata SCoups sambil memandang ke dalam anak mata Alice.

"A-araso". Alice mengangguk perlahan .

"Nama kau apa?". Tanya SCoups lagi.

"Alice.Kim Alice ".

"Ok.Dah jom makan.Ikut aku ". SCoups mendahului Alice .Alice hanya mengikutnya dari belakang.
. .
. "Duduk la". Scoups menarik tangan Alice duduk di sebelahnya manakala Eunwoo di hadapannya.

"Apa yang...".//Plup// Seketul ayam terkeluar dari mulut Eunwoo kerana terkejut memandang Aris duduk di hadapannya.

"Asal pengotor sangat doo". SCoups menunding kepala Eunwoo .Alice hanya tersenyum memandang Eunwoo.Lagi berbunga la hati Eunwoo apabila Aris senyum padanya.

"Ahh bwoya..kenapa Aris dalam ramai-ramai perempuan dekat sekolah ni ". Kata Yuju sambil memasukkan seketul naget ke dalam mulutnya.

"Biarlah.Alice kan kawan dia". Kata Jina di sebelah Yuju.

"Ishh tapi macam tak adil je.Kalau Scoups je takpe,ni Eunwoo sekali dia rapat ..". Kata Nana pula.

//Takkk// Sana mengetuk kuat meja Yuju dan kawan-kawannya.

"Yahh". Marah Yuju.

"Jaga tepi kain kau dah.Tak payah sebok hal orang lain". Sana terus mengorak langkah setelah kasi ayat pedas.

"Bwo!!". Yuju memegang kuat garfu di tangannya .
. .
.

"Kau makan dulu .Balik sekolah ni korang dua ikut aku pergi restoran". Kata S.Coups.

Alice melihat di hadapannya seketul ayam goreng ,kentang,bebola daging dan air cocacola.

"Awak makan la". Alice menolak dulang makannya pada Eunwoo di hadapannya .Makin mekar bunga di hati Eunwoo dibuatnya.

"Asal kau tak makan?". Tanya SCoups di sebelahnya.

"Maaf,saya bukan belagak.Tapi saya tak makan makanan yang macam tu .Saya suka makan bij-".

"Bijirin?". Tanya Eunwoo yang memotong percakapan Alice.

"Ya". Alice mengangguk.

"Ehh awak bukan tak suka sayur ke?". Eunwoo memandang Alice dengan pelik.

"Aa kadang-kadang saya makan sayur ". Kata Alice lagi.

"Yeke?tadi awak cak- . Yah!!". Eunwoo terus marah apabila SCoups memasukkan meetball Alice ke dalam mulut Eunwoo.

"Makan lah! kau banyak cakap sangat .Aku rimas". SCoups menyuap kentang ke dalam mulutnya .Alice tergelak kecil lihat telatah Eunwoo yang comel .

"Nah.Makan ni!". SCoups meletakkan sandwich nya depan Alice .

"Wowww!! first time saya nampak awak gelak ". Kata Eunwoo sambil asyik memandang Alice .SCoups hanya menggeleng kepalanya.
. .
. .
//Kringggg// Loceng bunyi tibanya tamat waktu persekolahan .

"Kau datang dengan sapa". Tanya Scoups sambil memandang Alice .

"Driver saya hantar tadi .Saya mana pandai bawa kereta". Alice menggaru kepalanya sambil tersenyum.

"Aduhh susah macam ni ". SCoups mengeluh.

"Kenapa?"Tanya Alice .

"Yo! kau cakap nak pergi mana tadi?". Tanya Eunwoo yang berdiri di sebelah Alice .

"Jom pergi Restoran LiLy dekat tengah bandar Seoul.Alice naik kereta dengan aku,Eunwoo kau drive sendiri kereta kau ". Arah SCoups.

"Orite!". Eunwoo menabik lalu tersenyum memandang Alice di seblahnya.
. .
. Tiba di Restoran Lily SCoups dan Alice keluar dari perut kereta sport lalu menuju ke dalam restoran itu.

"Haii". Eunwoo tersengih macam kerang busuk.

"Cepatnya awak sampai". Alice terkejut lihat Eunwoo yang tersengih duduk di meja no 5 .

"Tengok la dia naik kereta apa .Lamborghini". Kata SCoups lalu duduk di hadapan Eunwoo.

"Woww". Alice teruja .

"Ok-ok ,back to the topic.Aku ada benda nak gitau kau ni.Memandangkan kau sahabat aku dari kecik,aku taknak la berahsia apa-apa dengan kau ".Kata SCoups lalu memandang Eunwoo.

"Ishh macam suspens je kau ni". Eunwoo menghirup air mocha di hadapannya.

"Ni Alice.Dia kembar Aris ".

//Bufff// Tersembur air mocha Eunwoo tepat kena muka SCoups."Kk-kembar?". Eunwoo terus memandang wajah SCoups.

"Yahhh!!". SCoups lap mukanya menggunakan tisu di atas meja.

"Ye,kakak saya kena pergi Spain atas urusan syarikat appa yang bermasalah sikit.Jadi saya kena ganti tempat kakak saya untuk setahun.

"Ohh Patut la pagi tadi Sekup tak kasi saya conf- Yah!!!". SCoups memercik jus orennya di muka Eunwoo .

"Aigoo korang berdua memang macam ni ea". Alice memandang Eunwoo sambil tergelak kecil.

"Dia memang patut kena pun.Dia ni dengan kakak kau ,sama je.Cakap main lepas tak fikir situasi". Kata Scoups lalu menghirup jus orennya.

"Pape je la .Ok kau faham dah sekarng kenapa kau nampak dia pelik harini?ni bukan Aris tau ,Alice ". Terang SCoups lagi.

"Ishh aku tahu la .So kau nak buat apa ni ?". Eunwoo memandang SCoups.

"Kita kena tolong Alice jadi Aris sebenar dalam masa terdekat ni ". Kata SCoups .

"Gila kau nak ubah dua character berlainan jadi satu character! kau ingat senang ke!". Eunwoo terkejut .

"Tolong la awak, nanti kalau terkantoi dekat semua orang ,dan sampai tahu di tangan pengarah ,kakak saya boleh dibuang sekolah terus.Tahun depan dia kembali la ". Alice merapat tangan meminta bantuan.

"Ehh jangan la buat macam tu .Awak buat saya rasa bersalah pula ". Eunwoo meleraikan tangan Alice .

"Kau ada alah apa-apa tak?fobia ke ?".Tanya SCoups.

"Alah tu saya takda,tapi macam awak tengok tadi la,saya tak biasa makan makanan macam tu .Saya lagi suka bijirin.Kalau Fobia,ye saya ada.Saya takut ketinggian .Kalau tak saya boleh pengsan .

"Makk ai fobia dia ..". Eunwoo terkejut dengar fobia Alice .

"Sokay.So far kau ikut rapat aku dengan Eunwoo,kitorang boleh tolong kau ". Scoups menepuk bahu Alice .

"Nae.Saya cuba ". Alice mengangguk.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience