Chapter 1

Fanfiction - KPOP Completed 1282

Alice duduk di meja belajar sambil menulis essey english yang diberi oleh guru tuition nya .Alice tidak suka bersekolah seperti harian biasa ,dia lebih suka belajar di tusyen dan belajar secara tersendiri. Dia juga tidak suka keluar rumah .Hidupnya hanya keluar untuk pergi tusyen,dan duduk di rumah dalam biliknya setelah mendiang omma nya meninggal dulu .

"Yahh Alice! keluar jap.Akak dengan appa tunggu dekat ruang tamu". Aris menjenguk ke dalam bilik Alice .

"Arraso". Alice terus menutup bukunya lalu keluar dari bilik .

"Waeyo?". Tanya Alice lalu duduk di sebelah Aris.

"Appa nak cakap sikit dengan kamu berdua ni .Sebenarnya syarikat appa dekat Spain tak ada orang jaga,nak harapkan anak lelaki Uncle Choi kamu tu memang la tak boleh harap,jadi appa nak minta bantuan salah sorang dari kamu berdua untuk pergi Spain selama setahun?Syarikat tu kalau tak dijaga boleh muflis.Appa dah beli rumah dekat sana ,kamu hanya tolong tengokkan syarikat saja.Dan tolong uruskan apa yang perlu ". Terang Encik Kim berpanjangan.

"Uncle Choi ada anak lelaki ke appa?". Tanya Aris.

"Ada, kamu berdua je tak pernah nampak dia sebab setiap kali kita pergi rumah Uncle Choi,anak dia selalu terperap dalam bilik je,tak pun keluar lepak dengan kawan-kawan dia".

"Biadab! tetamu datang rumah bukan nak datang jenguk-jenguk,terperap dalam bilik pula". Aris terus melepas cakap.

"Unnie apa cakap macam tu depan appa". Alice menyiku lengan Aris di sebelahnya.

"Gwenchana,setiap orang ada sikap masing-masing,mungkin dia tidak suka bergaul dengan orang ramai ke .Fikir positive dah".Kata Encik Kim ambil tersenyum.

"Baiknye appa dengan adik ni". Aris mencebik .

"Dah-dah,siapa yang pergi ni?".Tanya Encik Kim lagi.

"Biar Aris je pergi.Alice kan takut tinggi.Dia tak boleh naik kapal terbang,kang terkencing dia dalam kapal terbang tu nanti .Tapi sekolah Aris macam mana?". Aris memandang Alice.

"Ishhh akak ni! ". Alice menampar perlahan paha Aris .

"Boleh Lice tolong kakak Alice sorang ni ?". Tanya Encik Kim sambil mengangkat kening memandang Alice.

"Bo?Wae?". Alice tidak tahu apa yang dibicarakan.

"Kau ganti tempat akak kejap ,akak nak pergi Spain setahun je ,balik nanti akak ambil la balik tempat akak dalam kelas ". Aris memaut bahu Alice .

"Bbwo?mana boleh macam tu .Takkan akak nak Alice menyamar jadi akak pula". Alice menggeleng kepalanya.

"Ish setahun je,tak kantoi punya". Aris bersungguh.

"Shireo.Alice mana pandai nak ikut cara akak.Silap-silap Alice kena buli nanti". Alice masih lagi tidak mahu.

"Kau kasi senarai nama je siapa buli kau.Akak balik dari Spain nanti akak bantai orang tu cukup-cukup".

"Tapi kak,setahun tu .Bukannya sehari".

"Gwenchana, akak ada kawan nama s.coups .Dia sombong sikit,tapi dia baik .Kau kena pandai suai diri dengan dia la .Dia duduk tengah antara akak dengan kawan baik dia je nama Eunwoo".

"Bwo?akak nak suruh adik rapat dengan budak laki pula ni ?Shireo!".

//Pakk// "Kau nak ke taknak?".

"Sakit la!! appa tengok akak ni!!". Alice memegang kepalanya yang ditampar oleh Aris.

"Appa tak tau apa-apa". Encik Kim mengangkat bahu .

"Arraso! tapi setahun je tau!".Alice membuat muka sedih.

"Haa macam ni la adik akak,dengar cakap". Aris memeluk adiknya .

"Jap,s apa tadi nama kawan akak? ".

"S.Coups .Nama panjang dia Choi Seung Cheol ".

"Ehh?macam pernah dengar je nama tu..". Encik Kim berfikir sebentar .

"Nuguya?".Aris memandang appa nya.

"Hah! Choi Seung Cheol tu la nama anak lelaki Uncle Choi kamu tu".Terang Encik Kim.

"Cehhh!! bertahun-tahun Aris kawan rapat dengan dia ,baru sekarang Aris tau dia anak Uncle Choi?budak betuah tu?ermm memang tak boleh harap pun appa.Dia gred last dalam kelas". Kata Aris slamber.

"Akak,akak nak bagitau S.Coups tu yang Alice adik akak ea?".

"Kalau aku tak bagitau dia pun dia senang detect aku nanti.Dia je kawan paling rapat aku dalam kelas.Yang lain tak berani nak kawan dengan aku". Aris bermain kukunya.

"Siapa je berani nak kawan dengan akak kalau orang tegur pun akak buat dono je".Alice mencebik.

"Bagus la diorang taknak kawan.Aku tak suka kawan ramai-ramai,semak". Aris terus bersandar di sofa.

"Bila Alice boleh start sekolah ni?".Tanya Alice.

"Esok.Appa,malam ni booking tiket siap-siap! Aris tak sabar nak pergi Spain.

"E-esok?!!!". Alice terkejut.

"Haa bagus la macam tu,as soon as posible". Encik Kim tergelak kecil.

"EEotteohkeeee". Alice menutup matanya menggunakan tapak tangannya.

"Ishh tak payah buat teruk la!Tiap bulan kang akak balik la lawat kau".Aris mengusap kepala Alice.

"Arraso...". Alice hanya mengangguk lemah .
. .
Skip!!!!!!!!!
. .
Siap berpakaian uniform sekolah buat pertama kalinya Alice terus memakai tag nama 'Kim Aris' di sebelah kiri dadanya.

"You can do it Alice!!". Alice mengangguk memandang cermin.
. .
. "Wehh Sekup, aku rasa aku nak confess dekat Aris la harini". Eunwoo menepuk mejanya.

"Confess jela.Gitau aku asal.Woii sekali lagi kau panggil aku Sekup,aku sepak kau lekat dekat whiteboard tu nanti". SCoups menunjuk tangannya depan muka Eunwoo.

"Eyyy rilex bro rilex". Eunwoo tersenyum ,namun dalam hatinya dia gentar dengan sahabatnya sorang ni .

Alice tercegat berdiri di hadapan pintu kelas .Kakinya terasa lemah untuk melangkah masuk ke dalam kelas .

"Oit Aris! kau buat apa diri dekat situ?sini la duduk". Sana menarik kerusi Aris .

"Oo situ ke tempat kakak aku ?". Alice terus mengorak langkah lalu duduk di sebelah Sana.

//Tingg// Satu sms masuk dalam telefon SCoups.

'Sebelah kau nanti tu kembar aku,jaga dia baik-baik ea' [Aris]

'Apa kau merepek weh?sejak bila kau ada kembar ni' [SCoups] S.Coups terus memandang Alice di sebelahnya .

'Tu adik kembar aku la! nanti lama-lama kau kenal la dia,aku on the way pergi Spain ni .Please protect dia,dia tu lembut sikit! satu lagi ,jangan gitau sesiapa pun yang tu kembar aku kalau kau taknak mati dengan aku.jangan reply mesej ni .Aku nk off fon,bai' [Aris]

"Kembar?!". SCoups hanya memandang Alice tanpa berkelip mata.

Alice melihat nametag sorang per sorang kawan yang duduk di mejanya .

"Wehh Aris! kau siap tak kerja sekolah Miss K kasi kemarin?". Tanya Momo lalu menarik kerusi duduk di hadapan Alice.

"Kita ada kerja sekolah ke?".Tanya Alice.

"Oi.Kau hilang ingatan ea? aku tengok kau pelik gila harini .Tak pernah-pernah ikat rambut harini ikat pula ,kiri kanan pula tu.Comel je.Hahaha". Sana bermain rambut Alice .

"Aa..haah la! saya lupa siapkan!". Alice terus membuka beg galas Aris .

"Saya?apesal kau ni ". Momo menggaru kepala melihat Alice .

"Oii ! dari korang ganggu dia baik korang siapkan kerja sekolah korang sebelum Miss K masuk kelas". Sampuk SCoups di sebelahnya.

Alice terus memandang nametag SCoups."Oo dia ni ke SCoups tu .Kawan Unnie". Bisik Alice dalam hati.

"Sejibik ar!! takde lain langsung rupa diorang .Memang tak boleh nak beza mana Aris,mana adik dia". Bisik SCoups .

"Oi kau asal pandang crush aku macam tu ?". Eunwoo menyiku SCoups.

"Tu bukan crush kau la!". SCoups terlepas cakap.

"Bwo?". Eunwoo terkejut .

"Eh! maksud aku ,kau tak boleh suka dia ". Sambung SCoups.

"Waeyoooo". Eunwoo mencebik.

"Aku suka dia,so kau patut suka orang lain ". Kata SCoups lagi ."Maaf, ni adik Aris.Kalau kau suka Aris kau patut confess pada orang yang betul". Kata Scoups dalam hati .

"Sampainye hatimu buatku begini sekuppp". Eunwoo pura-pura menangis.

//Pakk//"Diam la". SCoups menampar kepala Eunwoo.

"Sakit la bodoh!". Eunwoo mengusap kepalanya.

"Kan aku kasi amaran tadi jangan panggil aku sekup. Padan muka kau". SCoups tergelak kecil lihat muka Eunwoo seperti nak nangis tu .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Normah Che Dollah
2020-10-22 20:15:00 

wowwww bestnya.

Normah Che Dollah
2020-10-22 20:14:52 

wowwww bestnya.

Normah Che Dollah
2020-10-22 20:14:44 

wowwww bestnya.


NovelPlus Premium

The best ads free experience