Chapter 4

Fanfiction - KPOP Completed 1282

"Ok,first awak pegang stereng kereta ni ,relax relax je pegang ,then tolak benda ni ,baru tekan gear". Eunwoo mengajar Alice satu per satu.Alice buat seperti yang ditunjuk oleh Eunwoo.Kereta itu kejap laju,kejap perlahan.Nasib la hanya pusing di hadapan rumah Eunwoo sahaja,kalau dibawa ke jalan raya ni mau sudah lama kemalangan .

"Awak.. takut la". Tangan Alice sudah menggeletar memegang stereng kereta.

"Gwenchana,perlahan-lahan bawa .Jangan takut,saya dekat sebelah awak je". Eunwoo memegang sebelah tangan Alice yang memegang stereng kereta.

//dupdapdupdap// Tiba-tiba jantung Alice berdetak laju.Alice menarik nafas dalam ."Fokus Alice!". Jerit Alice dalam hatinya.

"Awak ok?". Tanya Eunwoo mematikan lamunan Alice.

"Ok je". Kata Alice sambil tersenyum memandang Eunwoo.
. .
. .
Tiba sahaja di rumah Alice terus terbongkang baring atas katilnya. "Yess!!". Alice tersenyum keriangan setelah beberapa lama belajar membawa kereta akhirnya berjaya juga."Nasib kakak tinggal lesen dan kereta dia di rumah,boleh aku guna pergi mana saja".Alice tersenyum sendirian.
. .
. Eunwoo duduk di meja belajarnya sambil tersenyum.Teringat akan kejadian petang tadi di mana dia dapat meluangkan masa dengan Alice.Walaupun dia sukakan Aris,Namun perasaannya terasa sangat lain apabila dia bersama Alice .

"Omma, omma tak rasa oppa dah gile ke asyik senyum sorang-sorang dari tadi?dah la minta baju Eunnie petang tadi.Buat apa entah la". Bisik Eunnie pada ommanya di pintu bilik Eunwoo.

"Shh .Oppa kamu tengah dilamun cinta tu,biarlah dia".Kata Puan Cha lalu menutup perlahan pintu bilik Eunwoo.

"Kim Alice...". Eunwoo menatap screen telefonnya gambar Alice yang diambil secara diam-diam petang tadi semasa sibuk fokus membawa kereta.
. .
. .
Tiba di kelas,seperti biasa Alice akan membaca buku di tempatnya.Tabiat yang dia boleh sawan kalau tak buat seharian ialah membaca.

"Yeorobun,harini kita ada pelajar baru". Kata Jihyo seonsaengnim sambil mengiringi pelajar baru itu.

"Kenalkan,ni Park Minyoung ".Jihyo seonsaengnim memperkenalkan nama pelajar itu.

Dengar sahaja Park Minyoung Alice terus menangangkat muka melihat pelajar itu."Mi-minyoung...". Alice terkejut memandang Minyoung.

"Annyeonghaseyo,nae ireum Park Minyoung imnida,senang berjumpa dengan awak semua". Minyoung memperkenalkan dirinya.Dia melihat wajah setiap pelajar dalam kelasnya namun pandangannya terhenti pada wajah Alice ."Alice?".

"Waeyo Aris?". Tanya Sana yang melihat Alice tiba-tiba sahaja seperti menggigil sedikit .

Eunwoo dan SCoups juga memandang pelik air muka Alice yang tiba-tiba sahaja berubah apabila lihat pelajar baru itu.

"Aniyo.Takda apa pun".Alice menggeleng kepalanya sambil tersenyum.
. .
. .
Tiba waktu rehat,Alice seperti biasa akan lepak di perpustakaan kalau dia tidak pergi ke kafeteria.

"Yahh Kim Alice". Park Minyoung terus menepis buku di tangan Alice .

Alice terkejut memandang Minyoung di hadapannya."Kenapa? terkejut aku datang sini?". Minyoung menyilang tangannya berdiri di hadapan Alice.

"Aku bukan Alice". Kata Alice lalu mengangkat semula bukunya yang jatuh.

"Yahh kau ingat aku bodoh ke tak boleh beza ni kau?kalau ni bukan kau,kau siapa? kembar Alice ?Alice mana ada kembar ! ". Minyoung menunding kepala Alice .

Alice sudah bergenang air mata.Tidak mampu melawan Minyoung yang selalu membulinya di tusyen .Selepas Alice berhenti dari tusyen dan ganti tempat Aris,dia tidak lagi bertemu dengan Minyoung .

"Majayo!! ni kau! berani kau belakon depan aku ye". Baru sahaja Minyoung mengangkat tangan untuk menampar muka Alice,tangannya ditahan oleh seseorang.

"Kau siapa?". Tanya SCoups yang menggenggam kuat tangan Minyoung.

"Aduh lepas la!". Minyoung cuba menarik tangannya dari genggaman SCoups.

"Awak,lepas la". Alice memegang tangan SCoups.

"Yahh Kim Aris,gwenchana?". Tanya Sana lalu berdiri di sebelah Alice.

"Aris?". Minyoung terkejut dengar nama itu lalu memandang nametag Alice yang tertera nama Kim Aris.

"Ya,Ni Aris.Kau baru masuk sekolah ni,so kau tak kenal lagi siapa Aris.Jangan cuba lawan dia kalau kau taknak sakit". Kata Sana lalu berlalu pergi melaga bahu Minyoung.

"M-Mianhae ..aku silap orang". Kata Minyoung sambil menunduk.

Tanpa bercakap sepatah kata Alice terus pergi dari situ.

"Aku nak warning kau,jangan sentuh Kim Aris". SCoups pula berlalu pergi .
. .
. "Awak,nah". Eunwoo meletakkan satu bekas berisi coklat yang dibuat oleh Omma nya semalam.

"Apa ni?". Alice memegang bekas itu .

"Omma saya kasi". Kata Eunwoo lalu pergi ke tempatnya.

Alice terus membuka bekas itu . "Omo.Coklat?". Makanan favourite Alice ialah gula-gula.Lagi-lagi gula-gula bulat besar yang warna-warni tu .Alice tersenyum melihat coklat dalam bekas itu.

"Weh Aris.Siapa kasi tu?Kau bukan tak suka bende manis macam tu ke?". Tanya Sana di sebelah Alice. Dengar sahaja pertanyaan itu Minyoung sekali lagi terasa curiga dengan Alice .

"Memang aku tak suka,tapi kadang-kadang aku makan je". Alice menjamah seketul coklat berbentuk hati.

"Ohh haah kan" Sana mengangguk perlahan.

"Aigoo..apa lagi aku tak tahu pasal kau ni Lice". SCoups menongkat dagu memandang bukunya.

"Psss". SCoups memanggil Alice di sebelahnya.

"Wae?". Alice mengangkat kening memandang SCoups.

"Jumpa dekat tempat biasa balik ni.Kau datang naik kereta kan?". Tanya SCoups.

"Ye,ok". Alice hanya mengangguk.

"Asal weh?". Tanya Eunwoo di sebelah .

"Ada masalah baru".Bisik SCoups.

"Pulak!!!".

"Diamlah!!". SCoups menutup mulut Eunwoo yang kepoh.
. .
. Mereka bertiga memberhentikan kereta di sebuah kafe .

"Ada apa awak nak jumpa saya?".Tanya Alice memandang SCoups.

"Siapa Minyoung tu pada kau?".SCoups terus masuk topik.

"Kawan saya masa dekat tusyen dulu".

"Cuba kau jujur,kenapa dia nak tampar muka kau tadi?".

"Uhukk uhukk". Tersedak Eunwoo apabila terdengar Alice hampir ditampar.

"Nuguya?! siapa berani nak tampar Alice tu?!". Tanya Eunwoo melihat Alice.

"Minyoung tu..nak cakap pembuli bukan buli,tapi dia selalu minta tolong saya siapkan kerja sekolah dia".

"Buli la tu sengal!". Marah SCoups.

"Ishh apa kau ni cakap Alice macam tu!". Marah Eunwoo pada SCoups.

"Dia selalu buli kau kan?jujur je,aku nak tahu". Tanya SCoups lagi.

"Ye..dia selalu tarik rambut saya,koyak buku saya,buang buku sa-".

"Cukup! saya tak sanggup dengar lagi". Eunwoo menahan Alice dari berkata-kata lgi.

"Kau nak aku belasah dia tak?". Tanya SCoups.

"Aniyo! jangan buat macam tu!". Alice menggeleng kepalanya.

"Saya nak awak berdua bantu saya kekalkan character Aris je.Sebab saya rasa Minyoung tahu dah saya bukan Aris". Alice tunduk sambil bermain jarinya.

"Tu takde masalah .Memang aku kena tolong pun .Sekarang ni masalahnye kau ni lembut sangat, Aris tu kasar,garang,sombong, beza sangat dengan kau sekarang ni .Pantang nampak siapa kau senyum je .Susah macam tu ".Kata SCoups lagi.

"Whutttt! senyum? jangan cakap awak senyum dekat lelaki lain". Eunwoo menggeleng kepalanya.

"Hahaha waeyo". Alice tergelak kecil tengok reaksi Eunwoo.

"Saya jeles". Katanya perlahan namun sempat didengar oleh Alice .

"Shhh ni bukan masa tepat lagi kau nak confess dekat dia bodoh". Bisik SCoups perlahan pada Eunwoo.

"Awak bisik apa dekat Eunwoo?". Alice memandang SCoups dengan heran.

"Takde apa". Jawab SCoups.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience