Chapter 6

Fanfiction - KPOP Completed 1282

Alice duduk di birai katil sambil melihat plaster kartun angry bird yang dilekatkan oleh Eunwoo di tepi dagunya.

"Kenapa dia cium dahi aku?". Alice memegang dahinya .

"Bah!!!!". Tiba-tiba Aris jenguk di pintu .

"Unnie!!!!!". Alice terus memeluk Aris .

"Kau apa khabar dik?". Aris mengusap kepala Alice perlahan sambil memeluk Alice.

"Lice sihat je kak ,akak tu haa lama sangat tak contact Lice.Nak dekat sebulan dah menghilang".Alice mencebik.

"Hahaha sorry la.Akak busy sikit dekat sana,ni akak balik pun nak jenguk adik dengan appa je.Dua hari lagi akak kena bertolak pergi Spain pula.Ishh nak je akak ajak si Sekup tu ikut sekali". Aris mengepal penumbuknya.

"Gwenchana,Lice faham". Alice memeluk erat tubuh Aris.Rindunya dengan kakaknya.

"Yahh.Asal kaki kau ni dik?jatuh ke?". Aris melihat kaki Alice yang berbalut.

"Haah jatuh,luka sikit je ni". Alice menggoyang-goyang kakinya.

//Pakk// "Kau ni tak boleh harap langsung nak jaga diri tu baik-baik". Aris meluku kepala Alice.

"Haa bwoya! sakit la akak". Alice mengusap kepalanya.

"Alolo budak lembik ni". Aris memeluk Alice semula.

"Macam mana Spain?best tak akak?".

"Best giler dik,kalau akak boleh bawa kau dah lama akak bawa.Nasib kau takut tinggi je tu akak tk boleh bawa". Kata Aris dengan bersungguh-sungguh.

"Gwenchana.Alice bukan suka sangat jalan-jalan ni".

"Adik ,caner sekolah?ok?kantoi tak?".

"Tak kantoi pun kak,jangan risau la.Tapi agak susah sikit la Lice nak tiru cara akak".

"Mianhae susahkan kau dik". Aris memeluk Alice.

"Takpe lah .Tak susah pun". Alice hanya tersenyum.

"Oh esok kau rehat la dekat rumah ,akak nak pergi sekolah kejap.Nak tengok kawan-kawan akak".

"Boleh,tapi akak kena pura-pura balut kaki akak la". Kata Alice pula.

"Haah ek..takpe nanti kau tolong balutkan kaki akak". Aris tersenyum memandang Alice.

"Baikkk". Alice menabik memandang Aris.

//Tingg// Satu mesej masuk ke dalam telefon Alice.

'Jom keluar?' [Eunwoo]

'Pergi mana?' [Lice]

'Jalan-jalan dekat mall je' [Eunwoo]

'Ok' [Lice]

"Siapa tu?". Tanya Aris sambil mengendap screen telefon Alice.

"Eunwoo.Dia ajak keluar".

"Haaaa dik..kau ada pape ea dengan Eunwoo~~". Aris menyakat Alice.

"Mana ada kak,kitorang kawan je la.Tak mungkin la Eunwoo suka dekat Alice yang lembab ni".

"Kau bukan lembab dik,kau pandai sangat,bab pelajaran takde sape bole lawan kau kecuali orang tu beeeetul-beeetul pandai dari kau.Cuma kau tak guna kepandaian tu untuk diri kau sama dik,kau biar orang pijak kepala kau,sebab tu kau jadi macam ni". Aris menepuk perlahan bahu Alice.

"Alice lembut sangat ke kak?".

"Yes! totally! biar lembut,jangan lembab .Nak lembut kena ada had juga,jangan kasi orang pijak kepala kita.Dah,pergi la siap.Eunwoo nak jumpa tu".

"Arraso".

"Ehh kejap! akak ada bawa balik barang mekap baru dari Spain.Akak nak solek kau boleh?".

"Bwo?! taknak la! Lice mana suka mekap!". Alice menggeleng kepalanya.

"Ishh! jangan bantah!! tunggu sini". Aris terus membuka almari bajunya .Pelbagai jenis dress ada."Ermm kau suka warna biru kan dik?". Aris mencapai dress bewarna biru muda.

"Nah,gi tukar baju ni ". Aris mencampak dress bewarna biru muda di tangan Alice.

"Ishh taknak la.Sexynye". Alice menolak dress itu ketepi.

"Tukar la.Kalau tak aku merajuk". Ugut Aris.

"Arraso! orang nak tukar la ni ". Alice terus mencapai dress biru itu dan pergi menukarnya.

Beberapa Minit kemudian Alice kembali dengan memakai dress bewarna biru muda.

"Hah! perfect! sini-sini". Aris menarik tangan Alice duduk di meja soleknya.

"Hehe misi operasi muka kau!!". Aris memutar-mutar bulu pipi merah di tangannya.
. .
. Eunwoo membuka almari bajunya .Satu per satu baju yang dicubanya namun tiada satu pun yang dia suka.

"Oppa?asal bersepah sangat ni bilik?". Eunnie terkejut lihat bilik Eunwoo yang macam tokang pecah dah.

"Oppa nak keluar dengan kawan oppa,tapi takda baju yang sesuai la nak pakai". Eunwoo menggaru kepalanya.

"Pergi mana?".Eunnie duduk di atas katil Eunwoo.

"Mall". Kata Eunwoo sepatah.

"Nahh,pakai baju ni .Kemeja lengan pendek warna biru gelap dengan seluar jeans hitam.Sesuai". Eunnie mengangguk.

"Arraso". Eunwoo malas lagi nak fikir baju apa dia perlu pakai untuk keluar jalan-jalan dengan Alice.
. .
. "Done! buka mata kau".

Alice membuka perlahan matanya . "Wahh". Alice tersenyum melihat penampilannya di cermin.

"Perfect kan? Tengok la siapa mekap.Kau kena belajar mekap dengan akak.Baru lawa".

"Taknak! tak minat.Alice pergi dulu".

"Yahh tunggu la!!".

"Waey- akak!!!".Belum sempat Alice habis cakap Aris terus sembur minyak wangi perisa anggur di seluruh badan Alice .

"Haa baru ok! dah go". Aris menolak Alice.

//Pon pon// Eunwoo memberhentikan kereta di hadapan rumah Alice.

"Kejapp". Alice menyarungkan slipper di kakinya.

"Yahh!! kau ni suka burukkan fashion akak .Pakai ni!". Aris mencampak heels setinggi 5 inci di hadapan kaki Alice.

"Akak saya mana pandai pakai kasut tinggi-tinggi ni!!".

"Pakai je la ish!". Aris mengetap gigi.

"Arraso!!". Alice terus menyarungkan heels bewarna biru gelap di kakinya.

"Bila lagi kau nak jadi macam akak, Lice". Bisik Aris dalam hati sambil tersenyum memandang kembarnya keluar dari pintu pagar rumah .
. .
"Mian saya lambat". Alice terus masuk ke dalam kereta Poshe Eunwoo bewarna merah .

"Gg-gwenchana Aris?". Eunwoo memandang Alice dengan terkejut.

"Aniyo,saya Alice la". Alice tergelak kecil lihat reaksi Eunwoo.

"Wahh! awak sejibik macam Aris la! saya memang tak boleh beza awak dengan Aris sekarang".

"Hahaha Aris yang dandan saya tadi".

"Bwo?Aris dah balik ke?".

"Haah,tapi kejap je,pasni dia kena pergi ke Spain semula".

"Ohh arraso". Eunwoo terus menekan pedal minyak menuju ke mall.
. .
. Tiba di mall Alice perlahan-lahan turun dari kereta.Takut juga dia berjalan memakai heels yang tinggi ni.

"Waeyo?. Tanya Eunwoo apabila Alice berjalan perlahan saja.Siput babi pun laju lagi bergerak.

"S-saya...tak biasa pakai kasut ni". Alice melihat kakinya.

"Hahaha comel la awak ni .Sini pegang lengan saya".Eunwoo menyua lengannya pada Alice.

"Takpe ke?". Alice teragak-agak je nak pegang lengan tu.Kang tak pasal kepalanya kena baling heels 7 inci dengan fans Eunwoo.

"Takpe,takde sape nak tengok kita sangat pun". Eunwoo berdiri di sebelah Alice.

"Arraso". Alice terus memaut lengan Eunwoo.

Tiba di dalam mall Alice hanya melihat satu per satu barangan di situ.Tidak ada satu pun yang menarik perhatiannya.

"Awak suka apa?". Tanya Eunwoo.

"Saya pun tak tahu saya suka apa". Alice tersengih.

"Kasut?baju?beg ke?".

"Aniyo.Tu citarasa Aris.Saya tak berminat barang macam tu". Alice menggeleng kepalanya.

"Saya suka tu". Tiba di hadapan kedai 'Candy Castle' Alice terus berhenti lalu menunjukkan ke arah coklat lolipop yang besar.

"Awak suka lolipop?". Eunwoo terkejut memandang Alice.

"Haah,suka sangat". Alice tersenyum memandang lolipop itu.

"Jom masuk".Eunwoo menarik Alice masuk ke kedai coklat itu.

"Sis.Tlong bungkus semua lolipop dekat depan tu ". Minta Eunwoo pada pekerja di situ.

"Bwoya! awak nak buat apa lolipop tu banyak-banyak?".Alice terkejut memandang Eunwoo.

"Ingat awak je ke suka lolipop?saya pun suka". Eunwoo tersengih memandang Alice.

"Macam-macam la awak ni". Alice tergelak kecil lihat Eunwoo.
. .
skip
. .
Usai membeli belah,Eunwoo menghantar Alice di hadapan rumah Alice.

"Nah". Eunwoo memberi semua coklat yang dibelinya tadi pada Alice.

"Awak bagi saya ke?". Alice terkejut tengok bungkusan plastik yang penuh dengan lolipop saja.

"Haah,untuk awak la.Dekat rumah saya dah banyak gula-gula ni,tak larat nak makan dah". Eunwoo tersenyum memandang Alice.

"Gomawo". Alice mengambil bungkuan itu sambil senyuman tak lekang di bibir..

"Cheonma,jangan lupa cakap hi dari saya dekat kakak awak".Pesan Eunwoo.

"Arraso". Alice terus keluar dari perut kereta Eunwoo.
. .
. Setibanya dalam rumah Alice duduk di sofa ruang tamu .

"Wow! pergi shopping sampai malam beli tu je dik?Kau tak bawa wallet ke?ke kad bank kau appa tak isi duit?". Tanya Aris lalu duduk di sebelah Alice sambil memakan ais krim koneto.

"Ada je.Lice tak tau nak beli apa la kak,ni pun Eunwoo yang belikan tadi".

"Dia gile ke apa beli lolipop banyak macam ni?nak suruh gigi kau reput?". Aris mengangkat lolipop itu.

"Ishh Alice selalu gosok gigi la tiap kali lepas makan coklat". Alice mencebik.

"Gurau je la.Haihh pantang je orang kata dekat boyfriend dia". Aris tersenyum lalu bingkas bangun ke dapur.

"Kawan je la!". Kata Alice .

"Kawan la sangat". Jerit Aris dari dapur.

"Akak! Eunwoo cakap haii".

"Haii too". Jerit Aris dari dapur.

"Dah,orang nak tidur,penat!". Alice terus menaiki tangga menuju ke biliknya.
. .
. .
Hari ini,Aris akan menggantikan tempat Alice untuk dua hari.Aris melihat kakinya yang sudah dibalut,dan tepi dagunya yang sudah diletakkan plaster.

"Ok cun!". Aris mengambil beg galasnya lalu menuju ke sekolah .
. .
. Tiba di sekolah Aris terus duduk di tempatnya sambil lentokkan kepala di atas meja.

"Weh Aris! kau ok dah ke?". Tanya Sana di sebelahnya.

"Ok?asal kau tanya aku macam tu?".Aris tiba-tiba pelik lihat Sana .

"Kes semalam tu! Minyoung sekat kaki kau.Kau tak serang dia ke?kau bukan pantang ke orang sentuh kau?".Tanya Sana lagi.

"Minyoung?sekat kaki aku?". Aris terdiam seketika.

"Aduhai.Kau hilang ingatan ke Ris sebab jatuh bergolek kemarin?". Sana menepuk dahinya.

"Lice cakap dia terjatuh je.Takde pula cakap orang sekat kaki dia". Bisik Aris dalam hati.

"Guyss i ada benda sikit nak gitau korang". Minyoung berdiri di hadapan meja guru.

"Apa benda?".Tanya Minhyuk yang duduk di hadapan sekali .

"Perempuan dekat belakang tu nama dia Alice,bukan Aris.Aku ada buku rekod dia masa dekat tusyen dulu". Minyong menunjukkan buku di tangannya.

"Apa yang perempuan gila ni cakapkan!". SCoups baru sahaja bangun dari kerusi nak serang Minyoung di hadapan Aris terus menahan SCoups di tempatnya.

"Oo ni ke Minyoung".Bisik Aris dalam hati. Aris berjalan perlahan menuju ke arah Minyoung.

"Apa bukti kau yang aku bukan Aris?". Aris menyilang tangan memandang Minyoung.

"Ni.Buku rekod ni appa aku sendiri yang ambil dekat tempat tusyen kita.Kau tak rasa bersalah ke tipu orang ramai yang kau bukan Aris?". Minyoung memegang buku rekod Alice di tangannya.

"Sini aku nak tengok". Aris terus merampas buku itu dari tangan Minyoung lalu membelek muka suratnya.

//Tapp// Aris mencampak buku rekod itu di atas meja Minhyuk.

"Guyss korang percaya ke apa perempuan tak guna ni cakap?".Aris smirk memandang Minyoung.

"Entah la Ris nak caya ke tak.Tapi kitorang tengok kau memang la lain sikit kebelangan ni.Tapi kitorang tak syak pape pun dengan kau .Takkan kau ada kembar kan". Kata BoA yang duduk di meja hadapan sekali sebelah kiri.

"See.Orang tak percaya kau pun .Satu lagi". //Ppangg// Aris terus menampar muka Minyoung tanpa belas kasihan.

"Ni untuk dagu aku ". //Ppang// Aris menampar muka Minyoung lagi ."Ni untuk lutut aku ". //Dushh// "Sekali lagi kau sentuh aku ,mati kau aku kerjakan". Aris menolak kuat Minyoung hingga lekat di whiteboard dan terus balik ke tempatnya.

"Daebakk!!". Sana dan Momo menepuk tangan.

"Hamekk koo cari pasal sangat dengan Aris! kau tak kenal lagi Aris macam mana!!". Kata Sana di belakang.

"Asal macam Aris betul je tu?Takkan Alice practice semalaman nak ikut character Aris?". SCoups memandang Aris di sebelahnya.

"Pahal kau pandang-pandang?". Aris menjeling SCoups di sebelahnya.

"Bwoya! ".Terkejut beruk SCoups dibuatnya.

"Yah Aris!?". SCoups mencuit bahu Aris.

"Diam ah kau". Aris endahkan Scoups di sebelahnya.

Eunwoo mulanya terkejut kerana ingat tu Alice.Baru dia teringat semalam Alice cakap Aris balik Korea untuk 2 hari,So maknanya esok dengan harini Aris stay sini la.

Minyoung masih terkaku di tempatnya .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience