Rate

BAB 2

Romance Series 9196

PAGI itu Lyan tiba di sekolah agak lewat.
Walaupun sudah tahu dirinya lewat, dengan
berlagak Lyan melangkah angkuh.

"Hei kamu! kenapa lewat?"sergah seorang
pegawai keselamatan.Lyan menoleh sekilas
sebelum kembali melangkah.Pegawai
keselamatan itu tenang sebelum memanggil lagi.

"Kamu datang sini dan tulis nama kamu!mari!"
Langkah Lyan terhenti sebelum dia menoleh
merenung pegawai keselamatan itu dengan
tajam.

"Kalau saya tak mahu macam mana?"

Pegawai keselamatan itu menahan hati.'Budak ni
aku lempang juga karang kan...'Namun pegawai
keselamatan itu memaniskan wajah.Dengan
lembut dia bersuara.

"Kalau kamu tidak mahu,saya terpaksa bawa
kamu jumpa dengan guru disiplin.Kamu kenalkan
perangai guru disiplin kamu tu macam mana?"
ugut pegawai keselamatan.Dia melihat wajah
Lyan biasa saja tanpa ada perasaan takut.

"Eleh kalau setakat ada tahi lalat berbulu atas
hidung,peduli apa aku."Komen Lyan selamba.Dia
buat derk saja sebelum melangkah untuk
ke kelas.

"Saya tidak kira,kamu harus tulis nama di sini dan
akan didenda! ini peraturan yang wajib kamu
ikut."Tegas suara pegawai itu Sekali lagi Lyan menoleh.Wajahnya macam udang dibakar.Merah!
menahan marah.

"Hei!yang kau menyibuk sangat ni asal?!suka hati
akulah nak tulis ke taknak!kerja kau disini hanya
pegawai keselamatan.Sedar la diri tu!Buat
menyemak aje."Sindir Lyan sebelum melangkah
meninggalkan pondok jaga.Pegawai keselamatan
tadi terdiam.'Kurang ajar punya budak!'

LYAN tiba di kelas.Namun dia bernasib baik
kerana gurunya belum masuk ke dalam kelas.
Sibuk ke lupa ya? fikir Lyan sebentar.Argh!
lantaklah bukan urusan aku pun.

"Hai! Lyan.Awal kau datang."Perli Mya rakan
sekelas dia.Lyan menjeling sebelum duduk.
Suasana pagi kelas tingkatan lima Sains Biologi
agak gamat dengan suara pelajar di dalamnya.
Ada ketawa gembira,ada juga yang berkeliaran
sana sini dan tak kurang ada yang leka menyalin
jawapan kerja sekolah dari rakan.Adat hidup
sebagai pelajar.Macam-macam karenahnya.

"Hoi!Kau ni.Aku bercakap buat derk aje."Rungut
Mya apabila melihat Lyan membisu.Dengan
malas,Lyan membuka mulut.

"Aku nak cakap apa? huh!"

"Kenapa kau ni? masuk kelas terus takde mood ."
Lyan mendengus apabila mengingatkan pegawai
keselamatan tadi.Mahu tak mahu dia mencerita
apa yang terjadi Lagipun dia percaya si Mya akan
menyimpan rahsianya dengan baik.

"Eleh kau ni Lyan Perkara kecik pun nak marah.
Buat releks je."Cadang Mya mudah.Lyan
mencebik.

"Perkara kecik kau kata?hei,mamat tak sedar diri
tu berani ugut aku.Dia ingat aku takut kali.Silap
besar!"Kata Lyan angkuh.Mya menjongket bahu.

"Suka hati kau la.Malas kau layan."Mya bangun
lalu kembali ke tempatnya.Lyan geram melihat
gelagat sahabat baiknya.'Sahabat baik?'hiss... tak
kot.Dia tak sesuai jadi bff aku.Dahlah comot!
jerawat bertampal-tampat sana sini.Werk...geli
aku'Kutuk Lyan saat melihat Mya berbual dengan
pelajar lain.

KRING!!!!
Loceng yang menandakan waktu pulang sekolah
berbunyi.Ramai pelajar dalam kelas itu mula
mengemas barang masing-masing dengan
keadaan yang tergesa-gesa kecuali Lyan.Dia
sengaja mengemas dengan sambil lewa.

"Woi! cepatlah kemas Lembab betul!"Kutuk Mya
yang sedang menunggu Lyan di hadapan kelas.
Lyan menjeling sekilas sebelum mendengus.

"Kau pergi la dulu.Menyibuk aje."Jawap Lyan lalu
memasukkan buku-buku latihan di dalam beg
sandang.

"Hish,kau ni...kang aku pergi dulu kata lupa
kawan.Kau tu yang..."Melihat Lyan sudah
memandang dia semacam,Mya menutup mulut.

"Kau ni tak reti bahasa ke?aku suruh pergi tu
pergi aje la!"Tengking Lyan marah.Pelajar yang
masih ada dalam kelas itu memandang dia.Tapi
Lyan peduli apa.
Mya terkedu.Dia ingin membuka mulut namun
suara tersekat di kerongkong.

"Kau tunggu apa lagi.Blah lah!"Halau Lyan baran.
Nak tak nak terpaksalah Mya mengalah.Malas
mahu berdebat dengan Lyan a.k.a diva kekwat.
Melihat kelibat Mya yang menghilang,Lyan
senyum sinis.

'Menyusahkan orang betul minah ni.'Rungutnya
dalam hati.Sebenarnya dia ada misi mahu
dilakukan Sebab itu dia keluar lewat.Lyan
berjalan ke arah koridor.Nampaknya semua
pelajar sudah pulang.Matanya beralih ke pondok
jaga.'Siaplah kau 'Satu senyuman terpantul di
bibir.

ANAK mata memandang kiri dan kanan Sesekali
kakinya terjengket-jengket.Apabila telah
dipastikan bahawa tiada sesiapa yang ada di
situ,pantas dia duduk mencangkung.Bimbang
pula nanti perbuatan tidak bermoral nya itu
dapat dikesan oleh pegawai keselamatan yang
bertugas di bangunan tersebut.

Setelah berpuas hati dengan segala usahanya,dia
kembali berdiri tegak. Seperti tiada apa-apa pun
yang berlaku sebentar tadi, sekuntum senyuman
manis bak gula dilemparkan, berpuas hati dengan
apa yang telah dilakukan seketika tadi.
Kakinya melangkah menuju ke pagar.Pemandu
papanya sudah lama menunggu di luar sekolah.
Dengan berlagak dia melolong masuk ke dalam
perut kereta mewah tersebut.Dalam hati sangat
puas dapat sabotaj motosikal pegawai
keselamatan yang mencari masalah dengan dia
pagi tadi.'Hahaha, tolak lah motosikal buruk tu
dalam lombong!lelaki berlagak!'Lyan tergelak
kecil.Tanpa disedari,pemandunya memandang
Lyan dengan pelik dari pantulan cermin hadapan.
'Gila ke apa budak ni gelak sorang.'Kutuknya
dalam hati.Tidak berani luah secara
terang-terangan.Macamlah dia tidak kenal
perangai anak majikan dia ini,pantang diejek,
melenting tahap melampau.Baik diam aje kalau
tak nak dengar perkataan kesat dari Lyan.

"Pak Mad,singgah 7Eleven jap pasni."Suara Lyan
menyentakkan Pak Mad.Pak Mad mengangguk.
Turuti saja kemahuan Lyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience