Rate

BAB 1

Romance Series 9196

"CAMIERA ARLYANNA!!!"
Bergema rumah banglo itu dengan suara jeritan.Seorang gadis yang baru hendak
membuka pintu rumah terhenti. Pantas dia berpaling dengan wajah merah padam, gara-gara terkejut diherdik begitu sekali.
Bulat matanya menentang sepasang mata yang
tidak berkelip memandangnya.
"Apa yang Camiera dah buat?"
"Lyan pa..Arlyanna!"pintasnya.
"Tak kesah lah Camiera ke, Arlyanna ke, papa
sedang bercakap dengan orang yang
sama!"bentak lelaki separuh umur itu.
"Beza pa..."Bergetar suaranya.
Belum sempat papanya bersuara Lyan memintas
dulu."Camiera dah pergi bersama arwah mama.
Yang ada depan papa sekarang,hanya Arlyanna.
Papa dah bunuh Camiera macam mana papa
bunuh mama!"
Lyan menekankan suara bersama api kebencian
yang jelas di mata.Berubah wajah Dato' Malik
Firdaus.Nafasnya ditarik dalam-dalam bagi
menenangkan diri.
"Macam mana papa nak terangkan lagi kepada
kamu,Lyan.Papa dah cuba sehabis daya untuk
ubatkan arwah mama.Tapi mama yang tak nak.
Mama tak nak buat rawatan susulan untuk
penyakitnya.Dah puas papa pujuk.Lyan sendiri
dah pujuk mama kan?Dan Lyan tahu keputusan
mama tetap sama.Papa sayang kan mama,Lyan.
Terlalu sayangkan mama.37 tahun kami hidup
bersama.Bukan senang untuk teruskan hidup
ini tanpa mama.Tapi kita orang Islam,kita harus
akur pada qada'dan qadar Allah.Segalanya telah
pun ditetapkan.Kita harus reda Lyan."Sayu nada
Dato'Malik Firdaus meluahkan rasa.Bergenang
air jernih di pelupuk matanya.
Lyan mencebik.Kata-kata papa tidak langsung
menyentuh hatinya.
"Sayang? Sayang apa kalau papa lebih
pentingkan kerja daripada ubatkan mama.Siang
malam papa hanya fikirkan kerja aje.Sekarang
puaslah hati papa!Papa tak nak balik rumah pun
tak apa,hadap ajelah kerja tu "Sindir Lyan
selamba lalu melangkah keluar.
"Lyan jangan bercakap kurang ajar dengan papa!"Tinggi suara Dato'Malik Firdaus.Lyan terus
membuka pintu tanpa mempedulikan papanya.
"Nanti! Papa masih ada perkara yang belum
selesai dengan Lyan,"tegasnya.
Lyan terhenti.Wajah papanya tidak dipandang.
Giginya diketap tanda geram.
"Guru kelas Lyan ada telefon papa.Kenapa Lyan pukul rakan kelas Lyan?Lyan tahu tak tindakan
Lyan tu memalukan papa!kerja mengarut apa
yang Lyan dah buat ni?"marah Dato' Malik
Firdaus.
"Mengarut apanya pa?"Lyan menoleh pada
papanya dengan muka bosan.
"Papa sendiri cakap tadi,kita orang Islam kena
percaya qada'dan qadar Allah.Dah Lyan nak
pukul dia,jadi dia kena pukullah.Kalau papa cakap
papa malu dengan tindakan Lyan, jadi papa kena
terima lah apa yang Lyan buat.Yang papa nak
marah sangat ni kenapa?"Mudah jawapannya.
Dato'Malik Firdaus menggeleng.
"Papa boleh terima lagi kalau kesalahan Lyan
satu,dua kali.Tapi sekarang ni... Lyan dah
lakukan berpuluh-puluh kali.Rekod sekolah Lyan dah mencatat sejarah Berapa buah sekolah
lagi kamu dipindahkan,tetap tak ubah-ubah
perangai.Kamu nak papa buat apa lagi supaya
kamu berubah hah!"marah Dato'Malik Firdaus
lagi.
"Dah perangai budak sekolah tu menyakitkan.
Memang padan pun kena pukul.Cari pasal lagi
dengan aku..."gumam Lyan selamba.
Naik angin betul Dato'Malik Firdaus mendengar.
Anaknya dipandang tak berkelip.
"Kalau ya pun perangai mereka menyakitkan tak
kan lah pukul sampai nak mati.Tu anak orang
yang Lyan pukul,bukan anak ayam.Mereka masih
ada mak bapak! jangan jadi pailang sangat kat
sekolah Lyan!"marah betul Dato'Malik Firdaus.
"Lyan dapat bezalah anak orang dengan anak
ayam.Kalau Lyan tak dapat bezakan,barangkali
dah arwah budak tu."Lyan buat muka bosan.
Papanya dijeling.
"Okey la pa,Lyan keluar dulu.Duduk la sorang-
sorang dalam rumah ni."Ejek Lyan.

DUM!!!pintu rumah dihempas dengan kuat.
Dato'Malik Firdaus terus memegang dada.
Menyabarkan hati dengan perangai biadap anak
tunggalnya.

KEHADIRAN pengunjung yang ramai membuat
suasana di restoran segera KFC menjadi
riuh-rendah. Tempat itu menjadi pilihan Lyan
untuk makan tengah hari pada hari itu.Biarpun
telah dia ketahui hujung minggu begini restoran
ini memang akan dipenuhi dengan pengunjung
yang ramai disebabkan cuti sekolah dan
kebanyakan ibubapa akan membawa anaknya ke
restoran tersebut untuk menjamu selera,tapi oleh
kerana KFC mempunyai nostalgia tersendiri bagi
Lyan,dia rela meredah kesibukan di restoran
tersebut.

Lyan sering menghabiskan masa di restoran ini
apabila bergaduh dengan papanya.Dia mengambil posisi paling hujung sekali.Lebih
privasi.
Mulut gadis itu mengumam-gumam marahkan
papanya.

'Papa ni suka sangat sibuk hal aku!aku punya
masalah aku punya settle lah.Eeee bencinya!'
Sambil-sambil itu jari runcing menekan-nekan
dada telefon bimbit.Entah apa yang ditekan.
Beberapa minit dia mencampak telefon bimbit di
atas meja.Bosan!

Lyan mula bangun lalu keluar daripada restoran
itu apabila makanan yang dipesan sudah habis.

Buk!

Dia melanggar seseorang.Awalnya dia mahu
mengamuk,namun apabila memikirkan itu
kesalahan dia,Lyan diam.Dia hanya memandang
kosong pemuda di hadapannya mengutip buku.
Mukanya tidak dapat dilihat kerana pemuda itu
menunduk.Lyan mencebik bibir.'Eleh,nak makan
pun bawa buku.Poyo lebih.'Kutuk Lyan dalam
hati.Sambil tu sempat lagi dia menilik
penampilan pemuda tersebut.

'Hmm...kulit hitam manis.Rambut ada ke
disisirnya semua dekat belakang.Baju t-shirt
pulak buntang sampai habis.Skemanya mamat
ni.Hei,not my taste!'mencebik-cebik bibir Lyan
mengata.

"Saya minta maaf sebab langgar cik "Pinta pemuda itu sopan.Dia menghadiahi Lyan
senyuman manis namun Lyan buat muka dingin.
Malas berlama-lama,Lyan mengorak langkah
tanpa pamitan. Sombong betullah minah ni.Dah
salah tak reti minta maaf,orang jadi mangsa pula
yang kena minta maaf.Ketegak betul!

"CAMIERA ARLYANNA!!!" Bergema rumah banglo itu dengan suara jeritan.Seorang gadis yang baru hendak membuka pintu rumah terhenti. Pantas dia berpaling dengan wajah merah padam, gara-gara terkejut diherdik begitu sekali. Bulat matanya menentang sepasang mata yang tidak berkelip memandangnya. "Apa yang Camiera dah buat?" "Lyan pa..Arlyanna!"pintasnya. "Tak kesah lah Camiera ke, Arlyanna ke, papa sedang bercakap dengan orang yang sama!"bentak lelaki separuh umur itu. "Beza pa..."Bergetar suaranya. Belum sempat papanya bersuara Lyan memintas dulu."Camiera dah pergi bersama arwah mama. Yang ada depan papa sekarang,hanya Arlyanna. Papa dah bunuh Camiera macam mana papa bunuh mama!" Lyan menekankan suara bersama api kebencian yang jelas di mata.Berubah wajah Dato' Malik Firdaus.Nafasnya ditarik dalam-dalam bagi menenangkan diri. "Macam mana papa nak terangkan lagi kepada kamu,Lyan.Papa dah cuba sehabis daya untuk ubatkan arwah mama.Tapi mama yang tak nak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience