Rate

BAB 4

Romance Series 9196

3 Tahun kemudian...
Tengku Aqif Wildan berjalan kearah parkin kereta.Gayanya yang berkarisma menjadikan dia tumpuan gadis-gadis yang lalu lalang.Mereka ketawa gedik untuk menarik perhatian pemuda tersebut.Namun Tengku Aqif Wildan melangkah dengan selamba tanpa menghiraukan pandangan sekeliling walhal dalam hati sudah tersenyum bangga.'Hahaha ni aku baru lalu aje,belum sapa lagi.Kalau aku sapa alamat tak dapat tidur malam la jawapannya.'Desis Tengku Aqif Wildan perasan.
Tur! Tur!
Tiba-tiba telefon bimbit miliknya berbunyi tanda mesej masuk.Dia menyeluk poket jeans mengambil telefon bimbit.Sebelum baca mesej itu, Tengku Aqif Wildan bersandar di tepi sebuah kereta berwarna hitam.Sebelum bersandar sempat menilik jenama kereta tersebut.BMW M3.
Okey!cun! tak adalah rosak imej aku kalau bersandar kat kereta ni Ceh...sempat lagi.Control macho la kononnya...
Jari mula bermain di dada telefon bimbit.Mesej yang masuk tadi dibuka.Dari Encik Zamil.
*Encik Zamil: Salam.Hari ini meeting cancel.Saya

ada urusan penting Hrp maaf.
Pesanan itu membuatkan darah muda Tengku Aqif Wildan menyirap.'Bodoh!aku punyalah datang sini semata-mata nak hadir dalam meeting.Kau boleh cancel? Errr..geramnya!' Tempik dia dalam hati.Gila tak tertekan, banyak kali dah Encik Zamil batalkan mesyuarat.Ada urusan penting konon...dah mesyuarat ni tak penting ke? Argh! sakitnya hati! Tengku Aqif Wildan menendang tayar kereta yang disandar tadi bagi melempar rasa bangang yang terbuku dalam hati.Kenapalah daddy sanggup berkerjasama dengan orang macam Encik Zamil ni.Huh!

"Hehehe,makin handsome la muka dia bila marah."Tengku Aqif Wildan menjeling tajam ke arah sekumpulan gadis yang berada tidak jauh daripada dia.Pasti tengah usha dia.Meluat pula Tengku Aqif Wildan dibuatnya.

"Korang ni dah kenapa hah?! pergi main jauh-jauh lah."Jerkah Tengku Aqif Wildan garang.Gadis-gadis itu segera beredar dengan mulut terkumat-kamit mengata Tengku Aqif Wildan."Harap muka aje handsome,tapi perangai garang mengalahkan ibu singa."
Tengku Aqif Wildan sempat mendengar kata-kata itu ingin balas,namun mereka sudah jauh darinya.

"Suka hati aku la garang macam ibu singa sekalipun.Menyibuk saja!"Gumam Tengku Aqif Wildan geram.Kenapalah hari ini sangat malang?
Buat kali kedua dia menendang tayar kereta tadi.Ouch! Sakit! Dia memegang kaki.Dah tak adanya control macho.Sakit tetap sakit.

"Woi,kau buat apa tu!"Suara yang agak lantang mengejutkan Tengku Aqif Wildan.Dia segera menoleh.Seorang gadis berambut perang menghampiri.Wajah gadis itu sudah memandang Tengku Aqif Wildan macam nak ditelan.Merah padam aje wajahnya.Tapi cantik! Tengku Aqif Wildan berdiri tegak.

"Kau ni siapa?"Soal pemuda itu hairan.Siapa pula minah ni.Tiber aje panggil woi-woi.Ingat dia ni tak ada nama ke.

"Lantaklah siapa aku sekalipun.Yang kau tendang kereta aku ni dah kenapa?"Marah si gadis garang.Tengku Aqif Wildan mencebik.Emo betul minah ni,tendang tayar kereta aje pun.Bukannya aku tendang kepala dia.Getus pemuda tersebut.Dengan selamba dia menjawab.

"Saja aku nak tendang.Lagipun kereta kau ni ha yang buruk jadi aku tertukar lah dengan kereta prebet.Tu yang aku tendang ingatkan nak jual dekat kilang besi.Esh...rupa-rupanya masih ada orang guna." Ha! Ambik kau.Tanya lagi.
Mata si gadis membulat.Kecik besar je dia tengok mamat di depannya.

"Buruk? Wah...sedapnya mulut kau kan.Kalau aku lunyai cili padi kat mulut kau ni memang padan sangat.Tak dapat beza ke kereta prebet dengan kereta baru."Si gadis mengetap gigi geram.Ada ke patut kata kereta aku ni kereta prebet? Baru je aku beli tahu lepas. Kurang asam betul mamat ni.
Tengku Aqif Wildan menjuih bibir lalu mengangkat bahu kanan. Buat-buat tak tahu.Dia memandang ke arah lain.Tengku Aqif Wildan mendengar gadis itu mendengus.

"Orang yang tak ada akal memang akan buat macam ni..hmm... kesian..."omel si gadis perlahan namun masih didengari oleh Tengku Aqif Wildan.Dengan senyuman sinis si gadis melolong masuk ke dalam kereta.Beberapa saat,kereta BMW M3 itu meluncur laju meninggalkan Tengku Aqif Wildan yang menggenggam penumbuk.Wajahnya merah.'Celaka punya pompuan'

LYAN menapak masuk ke dalam bilik asrama.Dilihat Mya sedang menyusun buku di atas meja belajar.3 tahun lepas,Mya macam nak menari zumba di depan Lyan sebab dapat masuk universiti serupa dengan dia.Kebetulan pula apabila menjejak kaki di universiti mereka ditakdirkan tinggal sebilik.Mya kata dah jodoh memang tak boleh nak elak.Tapi Lyan buat bodoh saja Dah muak dengan perangai suka bodek Mya itu.

"Ha! Balik kau pun.Aku ingat kan dah lupa jalan balik dah."Sapa Mya apabila menyedari kehadiran teman sebiliknya.Lya. menjeling sambil mencebik.Nak perli aku la tu mentang-mentang la aku selalu sesat jalan.Eh,cop.Bukan sesat jalan okey, mata ni aje yang rabun sikit sebab tu tak nampak arah papan tanda tapi jalan.Ayat klise nak sedapkan hati.
Lyan tak jawab sebaliknya merebahkan badan di atas katil.Baru mata ingin dipejam,Mya bersuara.

"Oh ya, Lyan.Ni Kak Ina ada bagi kuih dekat aku.Dia suruh aku bagi kau.Kau makanlah.Sedap tau..."Mya menghulurkan sebuah bekas berwarna kuning. Lyan tidak menyambut.Benci pula dia dengan nama yang disebut Mya tadi.

"Tak hingin la aku makan kuih yang perempuan busuk hati tu buat.Buang je dalam tong sampah tu.Tak pasal-pasal dia bubuh racun."Balas Lyan menyampah.Mya menggeleng kan kepala mendengar jawapan Lyan.Perempuan busuk hati konon...Kak Ina ke kau sebenarnya...cakap tak pernah toleh-toleh,tau cakap pakai main lepas aje.Belum sempat Mya bersuara, satu suara menyapa mereka.

"Assalamualaikum..."Lembut kedengaran orang yang memberi salam.
"Waalaikummussalam."Segera Mya menjawab.
Lyan yang sedang berbaring membuat wajah meluat.Perempuan yang masuk ke dalam bilik ini dijeling,benci.

"Maaflah kak Nur Elina,Mya duduk atas katil akak."Mya segera bangun lalu terkocoh-kocoh mengemas cadar lalu beralih ke katilnya.

"Eh..tak apalah.Macamlah tak biasa.Siap panggil nama penuh lagi.Macam tak biasa pula."Ramah orangnya.
Melebar senyuman Mya.

"Mya memang suka panggil nama penuh ajak.Nama akak seayu orangnya."
Sakit telinga Lyan mendengarnya.Elina yang bertudung litup dikerling sambil mencebik.

"Ayulah sangat."Desisnya.
"Kau cakap apa Lyan?"Mya bertanya.
Lyan buat muka menyampah.Dalam masa yang sama dia menjeling lagi Elina yang sedang leka mencari buku di atas meja belajar.

"Aku cakap kau tak nak buang ke kuih tu.Bukannya sedap pun.Buat semak mata aku je menengok."Sindir Lyan dengan muka bangang.Mya melirik Elina.Riak wajah itu tenang sahaja.Walhal Elina tahu Lyan menyindir dia.Biasalah Lyan.Bukan boleh orang tegur.
Tak salah sebenarnya Kak Ina tegur.Perkara yang betul.Pasal pakaian yang menjolok mata.Tapi Lyan yang berlagak tak bertempat.Mentang-mentang la bapak dia banyak menaja di universiti ni.
Tergongket-jongket bibir Mya memandang Lyan.Wajah Lyan makin kelat.

"Mengata aku la tu.Hei! jangan ingat sebab aku pakai pakaian yang menjolok mata aku jahil tau."Tempelak Lyan.
'Memang jahil pun!'kutuk Mya dalam hati.
Lyan terus bangun menuju ke pintu.Tak hingin dia duduk dalam bilik kalau ada Elina.Pintu bilik dihempas kuat.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-21 09:49:00 

hi dear. i bari baca citer ni. best


NovelPlus Premium

The best ads free experience