Rate

BAB 3

Romance Series 9196

KOMPUTER yang terpasang tidak mampu
menarik minatnya saat ini.Sedari tadi, Dato'
Malik Firdaus hanya termenung.Fikirannya
terawang jauh sehingga sahabat baiknya masuk
pun dia tidak perasan.

"Jauh termenung Lik.Fikirkan apa?"suara Dato'
Iskandar menyentakkan lamunan Dato'Malik
Firdaus.Dia menoleh sebelum mengeluh berat.

"Entahlah Iskandar.Kadang-kadang aku fikir pasal
anak aku."Dia berdiri dan menghadap tingkap
menikmati suasana bandar yang maju dengan
teknologi.

"Kau sendiri pun tahu kan macam mana perangai
Lyan.Tak habis-habis salahkan aku atas kematian
Suraya.Sejak dulu lagi dia dingin dengan aku.Aku
buntu Iskandar."Keluh Dato' Malik Firdaus kepada
sahabat yang sudah dianggap sebagai
adik-beradik kandung.Dato'Iskandar menepuk
perlahan bahu Dato'Malik Firdaus.Sememangnya
dia sudah tahu mengenai latarbelakang
sahabatnya.Lyan seorang gadis yang panas
baran dan suka memberontak.Namun di sebalik
itu,terselit juga sifat manjanya.

"Sabarlah Lik.Aku percaya suatu hari nanti Lyan
akan berubah juga.Jangan putus berdoa.Ingat
Allah maha mendengar doa setiap hambanya."
Pesan Dato' Iskandar sempati.Dato'Malik Firdaus
mengangguk kepala perlahan.

"Hmm...aku pun harap macam tu jugak lah."
Keluhnya.

"Dah jangan fikirkan lagi.Jom lunch.Dah nak
dekat pukul satu dah ni."Ajak Dato' Iskandar.Dato'
Malik Firdaus hanya menurut.Perutnya sudah
lama berkeroncong minta diisi.Namun
disebabkan terlampau fikirkan tentang Lyan dia
terlupa yang dia belum menjamah apa-apa
makanan lagi.

SUASANA restoren itu agak bising dengan para
pelanggan yang berbeza karenah.Namun
restoran itu yang menjadi tempat menjamu
selera Dato' Iskandar dan Dato' Malik Firdaus.
Kedua sahabat itu mengambil tempat duduk di
hujung sekali.Seorang pelayan lelaki
menghampiri mereka.Buat seketika mereka
memesan makanan.

"So macam mana perancangan kau Lik?"Dato'
Iskandar bersuara apabila pelayan tadi sudah
beredar.Dia memandang wajah sahabatnya
dengan pandangan lembut.

"Perancangan apa pula?"tanya Dato'Malik Firdaus
pelik.'Perancangan apa pula yang Iskandar tanya
ni?'hairan pula dia dibuatnya.Dato'Iskandar
menghela nafas.

"Pasal Lyan lah. Takkan kau nak dia salahkan kau
atas kematian Suraya sampai bila-bila.Kau kena
terangkan perkara yang benar Lik.Sekurang-
kurangkannya biar dia tahu yang kau tak salah."

Nasihat Dato'Iskandar dengan panjang lebar.
Baginya masalah Dato'Malik Firdaus adalah
masalah dia juga.Dato'Malik Firdaus tersenyum
sumbing sambil menggelengkan kepala.

"Aku tak nak dia tahu kebenaran ni.Kau tahu kan
Lyan tu nampak aje kuat tapi kalau dia tahu
tentang perkara ni dia akan lemah.Aku tak nak
dia tertekan."Kata Dato'Malik Firdaus sebak.

Dia sangat sayang akan Lyan walaupun gadis itu
tidak pernah peduli kan perasaannya selaku
bapa.Dato'Iskandar mengeluh.Baginya Dato'
Malik Firdaus sangat degil orangnya.Tahu jaga
hati orang saja tanpa peduli hati sendiri.Namun
dia sangat faham sahabatnya berbuat demikian
untuk kebahagiaan anaknya sendiri.

"Hmm...Suka hati kau la Lik.Aku hanya mampu
menyokong saja.Tapi seandainya suatu hari nanti
kau perlukan bantuan aku,kau cakap aje.Aku
sedia menolong."

Dato'Malik Firdaus mengangguk kepala perlahan.
Dia sangat bersyukur memiliki seorang sahabat
seperti Dato'Iskandar yang sentiasa ada
menyokong dia di kala sedih.

"Terima kasih Iskandar. Kau dah banyak tolong
aku.Aku pula yang malu."Ucap Dato'Malik Firdaus
berterima kasih.Dato'Iskandar senyum.

"Sama-sama.Dah tanggungjawab aku sebagai
sahabat."Balasnya tenang.Perbualan mereka
terhenti apabila pelayan datang dengan
hidangan yang dipesan seketika tadi.Dalam hati,
Dato'Iskandar sangat berharap kelak nanti
Dato'Malik Firdaus akan mendapat kebahagiaan.
Itu doanya.

SUASANA sekolah menengah itu agak bising
pada waktu rehat.Maklumlah sekolah terbesar
di Malaysia.Dengan bilangan pelajar yang hampir
mencecah lima ribu orang,manakan mungkin
dapat dikawal sepenuhnya oleh guru-guru walau
turut dibantu oleh golongan pengawas yang
cukup terkenal dengan ketegasannya.

"Feiwit...Ehem...Boleh berkenalan?"

Lyan dan Mya diusik oleh sekumpulan lelaki yang
sedang lepak di tepi blok sewaktu dalam
perjalanan hendak ke kelas.Tali leher biru tua
yang dipakai mereka menunjukkan bahawa
mereka adalah pelajar tingkatan enam sekolah
itu.Lyan dan Mya buat tidak peduli dan terus
mengorak langkah menaiki tangga menuju ke
kelas.

"Amboi cik adik.Jual mahal nampak.Tak sudi ke
nak berkenalan dengan abang."
Mereka semakin galak mengusik setelah melihat
Lyan dan Mya tidak memberi respon.

"Hei,cik adik manis..."Mereka memanggil dengan
nada berlagu.Langkah Lyan terhenti sebelum
memandang pelajar-pelajar lelaki itu.Mya
menggigit bibir dan menelan liur apabila perasan
perubahan wajah Lyan Sudahlah...singa akan
mengamuk sekejap lagi...One ...two...

"Kau orang ingat suara korang ni best sangat ke?
suara macam cicak terkepit ada hati nak nyanyi.
Dasar orang tak tau malu.Senior sekolah tapi
perangai mengalahkan budak tadika."Three!Sindir
Lyan geram.Wajah para lelaki tadi berubah merah
apabila disindir begitu.Marah,geram dan malu
bercampur baur.Salah seorang daripada mereka
mencelah.

"Amboi cik adik.Mulut laser bukan main.Tapi cik
adik pun apa kurangnya dengan kami.Sama saja.
Harapkan muak aje cantik tapi adab entah ke
mana."Sindir lelaki itu tidak mahu mengalah.

Kawan-kawan dia hanya diam tidak berputik.Mya
sudah seram sejuk dengan perbalahan itu cuba
menarik lengan Lyan namun Lyan merentap kasar
lengan dari dipegang Mya.Mata Lyan menikam
tajam ke wajah lelaki tadi.Matanya menjeling
sekilas tag nama yang melekat pada baju pelajar
lelaki itu.Danish.

"A'ah kan.Aku memang cantik.Tapi pasal adat tu
aku tak berapa nak setuju lah.Kau kata adab aku
entah ke mana.So,aku nak tanya kau balik.Kau ni
ada adab sangat ke? Sedap-sedap mulut aje
mengata orang.Sekurang-kurangnya aku tak ada
adab pun tak adalah nak menggedik macam you
all tadi.Eiii...aku tengoh pun gelilah. Macam
kucing kurap nak menggatal dengan kucing parsi
lagaknya.Iyu..."Lyan buat muka geli.Danish
kehilangan kata.Hatinya agak menggelegak
mendengar sindiran Lyan.Lyan tersenyum
sumbing.

"Sorry ya gais kalau kata-kata aku tadi agak
hmm... faham-faham lah sendiri.Cuma aku nak
ingatkan aje kalau nak menggedik tu biar kena
dengan tempatnya.Kalau tak tahan sangat apa
kata you all menggedik aje dengan Puan Siti yang
ada tahi lalat berbulu atas hidung tu.Comfirm dia
suka,lebih-lebih lagi kalau yang menggatal tu kau
kan."Perli Lyan lagi dengan menunjuk ke arah
Danish.Puan Siti yang dimaksudkan Lyan adalah guru disiplin yang sangat tegas di sekolah itu. Belum sempat Danish membalas Lyan sudah beredar bersama Mya.

"Power giler ayat minah tu Seram aku dibuatnya."Bahar bersuara ketika melihat kalibat Lyan dah Mya menghilang daripada pandangan mata.

"Hahaha!Aku ingatkan aku sorang aje yang rasa macam tu.Nampaknya kita kena jauh dari minah tu.Bahaya wei!"Sampuk Zain sambil tergelak.Sungguh dia tidak menyangka hari ini mereka dapat sedas tembakan yang mampu menembak jantung mereka. Iaitu sindiran Lyan!

"Geram betul lah aku dengan minah tu.Jumpa nanti siaplah aku kerjakan."Gerutu Danish geram.
Bahar dan Zain saling berpandangan.

"Sudahlah.Jom masuk kelas.Nanti lewat pulak."Ajak Bahar Mereka bangun lalu melangkah ke kelas.

LYAN memintal-mintal rambutnya.Bosan dengan ajaran guru sains itu.Puan Hafizah asyik berceloteh dari tadi.
'Apa benda yang cikgu bersuara petir ni bebelkan?Bosan betul Nak buat penerangan tu biarlah straight forward.Ini asyik meleret-leret aje.Banyak cakap tapi isi sikit.'Lyan merungut-rungut sendiri dalam hati.Seminggu lagi SPM akan bermula untuk calon SPM tahun ini.Jadi dia harus belajar bersungguh-sungguh.
Bila teringat kan SPM semakin hampir,nak tak nak terpaksa la dia dengar apa ajaran dari Puan Hafizah walhal hati tidak setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience