NA - 1

Romance Completed 77474

Aileen mengeluarkan kepalanya ke muka pintu biliknya untuk melihat-lihat orang di luar. Keadaan ruang tamu agak hening ketika itu. Agaknya orang didalam rumah ini sudah masuk tidur. Tahu sahajalah bahawa penghuni rumah ini semuanya 'alim-alim' belaka. Terhincut-hincut kakinya bergerak menghampiri pintu masuk rumah. Perlahan-lahan dia membuka daun pintu kemudian meloloskan diri ke luar rumah.

Bergerak ke halaman belakang rumah. Ada sebuah kereta myvi baru bewarna hitam sedang terparkir disitu. Dia melambai-lambaikan tangan ke arah orang di dalam kereta. Pagar kecil belakang rumah dibuka perlahan supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Aileen buka pintu kereta sebelah pemandu lalu memboloskan diri ke perut kereta. Tali pinggang keledar dipakai. "Awak dapat kerja tu?"

"Alhamdulillah. Atas sokongan awak jugak. Ha lagi satu, terima kasih pinjamkan saya kereta ni. Kalau takde awak, tak tahulah saya macam mana nak pergi interview tu tadi."

"Sama-sama. Okeyy sekarang ni awak nak bawak saya pergi mana ni?" Tanya Aileen ceria.

"Saya nak bawak awak pergi tempat makan special sempena penerimaan saya bekerja dan untuk anniversarry kita yang ketiga." Lelaki itu memandang Aileen tak lepas dengan senyuman manisnya. Hidung mancung Aileen dicuit lembut.

Aileen ketawa manja. "Jangan mengadalah, Amer." Ditolak wajah itu pandang ke hadapan. "Dah bawak kereta tu. Nanti umi nampak, susah saya nanti."

.

"You tahu tak I gaduh dengan adik I lagi hari ni." Adu Areena. Steak yang dipotong kecil dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Again?" Soal Hayyat tanpa melihat ke arah Areena. Mata hanya fokus pada skrin telefon.

"Yeah. I pon tak tahulah apa yang buatkan adik I tu berubah. Tiba-tiba kuat melawan. Suka cakap kasar dengan umi, dengan I. Sebelum ni dia tak macam ni pon. Pelik I."

Hayyat tidak menjawab. Lebih tepat lagi dia tak dengar pon apa yang dirungutkan Areena kepadanya.

Areena mengangkat wajahnya. Barulah dia sedar bahawa dia sedang bercakap dengan pinggan sebenarnya dari tadi. " You ni dengar ke tak apa yang I cakap dengan you ni, Hayyat?" Areena menyoal dengan nada sedikit kecewa apabila melihat Hayyat yang dari tadi hanya menatal telefon.

Hayyat meletakkan telefonnya di tepi meja. "I'm sorry, sayang. I tak senga.." Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Cepat-cepat dia mengambil kembali telefonnya. "Kejap eh, sayang." Terus dia seret skrin ke tepi menjawab panggilan tersebut. "Teruskan.."

Beberapa ketika dia menjawab panggilan itu, dia memandang Areena serba salah. "Er sayang.. I'm sorry but I have to go..." Mendengarkan itu, berubah riak wajah Areena. "...Hakim call I bagitahu yang ada masalah dekat pejabat. I hantar you balik eh sayang. Lain kita dinner sama-sama." Kata Hayyat berhati-hati.

Areena meneruskan sahaja suapannya. Hati yang terlajak kecewa ditutup dengan wajah biasa. "Takpelah. You pergi je. I okey."

"I hantar you balik, sayang."

"No. It's okay. I boleh balik sendiri. Nanti you lambat pulak nak sampai office."

"I'm sorry, sayang. I janji lepas ni I akan teman you. I pergi dulu. Nanti you dah sampai rumah, you whatsapp I." Hayyat menyentuh ubun-ubun Areena yang ditutupi tudung itu.

Hilang bayangan Hayyat, Areena melepaskan keluhannya perlahan. "You takkan tepati janji you, Hayyat."

.

Bersama senyuman bahagia, Aileen melihat cincin permata yang menghiasi jari manisnya itu berkali-kali. Cincin lamaran Amer kepada Aileen untuk dijadikan isteri.

Amer memandang sekilas Aileen yang sedang leka dalam dunianya itu. "Sudah-sudahlah tengok cincin tu. Naik tembus dah jari tu awak duk tenung je. Dari awak tenung je cincin tu, baik awak tenung saya ni."

"Saya tengok cincin ni sebab saya bahagialah. Tak sangka awak akan lamar saya untuk jadi isteri awak."

"Kalau bukan awak, siapa lagi? Takkan mak nyah kat lorong tu pulak."

Aileen melepaskan tawa. Dia melihat ke luar tingkap. Hujan turun dengan lebatnya ketika itu. Aileen termenung jauh memikirkan sesuatu.

Tiba-tiba terasa ada yang menyentuh kekura tangannya yang berada diatas pehanya. Dia menoleh kearah Amer. Lelaki itu menarik tangan Aileen lalu dibawa ke bibirnya. Dikucup kekura itu lembut. Dengan senyuman, Amer bersuara. "Kenapa? Awak ada masalah ke?" Tak lepas matanya melihat ke sebelah.

"Takde apa-apa." Dalihnya.

"Saya tahu awak ada masalah. Cerita dengan saya."

"Saya…" Terhenti kata-katanya bila merasakan cahaya lampu terang menyinari ke arah mereka. "Amer!" Jeritnya bila sedar Amer sedang memandu di berlawanan arus. Dengan pantas Amer membelok secara kecemasan ke arah yang betul. Amer tekan brek kecemasan.

"Apa tu?" Tanya Aileen setelah merasakan Amer telah melanggar sesuatu. Terketar-ketar tubuhnya akibat masih terkejut kerana baru sahaja dia hampir kehilangan nyawanya sebentar tadi.

Amer juga merasakan hal yang sama. Dia membuka tali pinggang keledar untuk keluar melihat. Aileen yang berniat untuk keluar dari kereta lantas dihalang oleh Amer. "Awak tak payah ikut. Biar saya yang pergi tengok. Hujan lebat ni. Nanti awak sakit."

Tanpa banyak bunyi, Aileen ikutkan sahaja. Dia duduk didalam kereta sementara menunggu Amer keluar melihat apa yang dilanggar sebentar tadi. Cermin sisi pandang belakang diperhati. Dia lihat langkah Amer ke suatu sudut. Tak lama, dia nampak kelibat Amer yang tergesa-gesa berlari menuju ke arah kereta. Masuk sahaja Amer ke perut kereta, terus Aileen menyoal. "Ada apa-apa ke?"

"Takde." Terketar-ketar tubuh itu. Sejuk mungkin akibat terkena hujan.

"Habistu, apa yang bunyi kuat tadi?"

"Saya langgar tong biru tu tadi." Balas Amer. Pandangan dihala ke tong besar bewarna biru terlentang tidak beberapa jauh dari kereta mereka itu.

Cepat-cepat Aileen mahu keluar dari kereta.

"Awak nak pergi mana?" Tahan Amer.

"Saya nak alihkan tong tu la. Nanti kena dekat orang lain pulak."

Amer melepaskan pegangannya. Dia turut ikut membontoti Aileen. Sedaya upaya Aileen menolak tong besar itu ke tepi jalan. Usai itu, mereka kembali pergi ke kereta. Amer menghantar Aileen sehingga sampai ke rumah.

.

Pagi itu, Aileen dikejut oleh adiknya dalam keadaan kelam kabut. Aileen yang pada mulanya mamai, terkedu apabila diberitahu bahawa kakaknya sudah tiada. Pada mulanya dirasakan seperti mimpi sahaja. Tapi apabila Puan Noraini sudah bersuara tinggi kepadanya, terus dia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital.

Di hospital, masing-masing menangis pilu. Puan Norainilah orang yang paling sedih ketika itu. Ibu mana yang tidak sedih? Anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari dan dibesarkan selama 25 tahun telah pergi buat selama-lamanya. Tidak percaya anak perempuannya itu akan pergi secepat ini.

Shikin orang yang selalu ada disamping uminya. Shikin melihat sekilas kearah kakaknya itu. Hanya pandangan datar sahaja terhias diwajah Aileen. Tiada langsung sekelumut perasaan sedih pada pandangan matanya. Dia alh semula mata ke arah laim.

Datang beberapa orang pegawai polis menghampiri mereka sekeluarga. "Maaf ganggu. Boleh saya bertanya?"

Seluruh keluarga memberikan perhatian kepada pegawai polis tersebut. Aileen yang tadi menunduk mengangkat wajahnya.

"Ada apa yang boleh saya bantu?" Tanya Shikin mewakilkan diri untuk bertanya memandangkan Puan Noraini sedang bersedih.

"Saya nakkan kepastian. Kereta myvi warna hitam plat WTU2313 milik siapa?"

"Oh, tu kereta saya. Kenapa ya dengan kereta tu?" Aileen bersuara.

"Maafkan kami cik, tapi boleh cik ikut kami ke balai untuk lakukan siasat lanjutan atas kes langgar lari Nurin Areena?"

"Saya?" Aileen tergamam tidak percaya.

Belum sempat pegawai polis itu bersuara, satu tamparan kuat hinggap diwajah Aileen. Terteleng kepala Aileen ke arah kanan. Cepat-cepat dia melihat gerangan orang yang menampar wajahnya. "Umi?" Tak percaya.

"Kau bunuh anak aku, Aileen?"

"Umi... tak umi... Umi salah faham. Aileen tak buat semua tu. Percayalah umi." Cepat Aileen berlutut menghadap Puan Noraini.

"Kau memang tak guna, Aileen. Aku besarkan kau bukan untuk kau jadi pembunuh. Lagi pulak yang kau langgar tu kakak kau, Aileen." Jergah Puan Noraini.

Kaki Puan Noraini cuba diraih. "Umi... Percayalah. Bukan Aileen yang buat."

"Maaf cik. Sila ikut kami ke balai." Dua orang pegawai terus menarik lengan Aileen untuk bangkit berdiri. Cepat mereka membawa tubuh itu menjauh dari keluarga itu.

Sedaya upaya Aileen merayu kepada uminya. Hanya pandangan kosong sahaja yang diberikan Puan Noraini sehinggalah hilang bayangan Aileen dan beberapa orang pegawai polis itu.

Share this novel

Ayatini
2024-04-22 13:31:41 

updateee plsss


NovelPlus Premium

The best ads free experience