NA - 3

Romance Completed 77474

“Tuan...” Hakim masuk ke bilik pejabat Hayyat tanpa mengetuk pintu. “Maafkan saya, Tuan Hayyat. Saya akan datang balik nanti.” Berpaling Hakim ke tempat lain bila terlihat akan aksi tidak sedap mata memandang Hayyat bersama seorang pekerja perempuan. Nasib baik baru mukadimah. Kalau tak, percuma sahaja nampak aksi tak senonoh itu pagi-pagi macam ni.

“Tak perlu, Hakim. Teruskan. Zana, you boleh keluar.” Arah Hayyat kepada perempuan bernama Zana itu. Zana mencemik bibir. Potong mood betul. Dengan perasaan sebal, dia melangkah untuk keluar dari bilik itu. Sempat dia memberi jelingan maut ke arah Hakim.

Hilang sahaja kelibat Zana, Hakim menghampiri meja Hayyat. Fail bersaiz A4 diletakkan dihadapan Hayyat. “Ini maklumat yang tuan minta saya selidik tentang Cik Aileen.”

Hayyat mengangguk. Dia capai fail tersebut lalu diteliti isi didalamnya. Gambar Aileen yang tersenyum manis dibelek dengan tatapan membunuh.

“Pihak penjara bagitahu yang Aileen mohon parol, tuan.”

Hayyat mengangkat wajahnya memandang Hakim sekilas. “Parol?” Hayyat tersenyum sinis. Sia-sia je, Aileen. Macam mana sekali pon, kau takkan lepas dari genggaman aku. Bisiknya di dalam hati. “Kau percaya pada cinta, Hakim?”

“Percaya, tuan. Sesuatu yang indah tentang cinta, semakin kita menyangkalnya, semakin ianya datang kepada kita. Kenapa tuan tanya?” Tanya Hakim sekadar basa basi.

Hayyat mengukir senyuman sinis. “Mari kita saksikan, Hakim. Adakah cinta itu benar-benar wujud?”

Hakim diam mendengarkan bicara seterusnya.

“Aku ada kerja untuk kau, Hakim.”

“Apa dia, tuan?”

.

Hayyat tersenyum kemenangan apabila segala apa yang dirancang berjalan sesuai kehendak. Hakim disebelah menggelengkan kepala tanpa diketahui oleh majikannya itu. Inikah yang dimaksudkan Hayyat?

Lelaki itu berpaling ke arahnya. Dengan sisa tawa yang masih tidak lekang dari bibirnya, dia menepuk bahu Hakim. “Inikah cinta yang kau maksudkan, Hakim? Lihatlah betapa tamaknya manusia sanggup menolak cinta demi mengejar harta dunia. Kau nampak muka mamat tu tadi? Kau nampak muka kecewa perempuan tu tadi? Inikah cinta, Hakim?” Hayyat menatap dalam wajah Hakim bersama senyuman sinisnya.

Dia meninggalkan Hakim yang masih lagi diam ditempat dia berdiri. Hayyat menuju ke suatu tempat. Dia mahu bertemu mata dengan orang itu.

Hayyat berpeluk tubuh bila terlihat Aileen di ruangan membuat batik itu. Tidak lepas pandangannya dari melihat Aileen. Wanita itu dari luaran nampak ceria, tetapi dalamnya banyak derita. Dia nampak semua itu pada diri Aileen. Memikirkan itu, teringat dia akan permohonan parol yang dipohon Aileen tidak disokong peguam bernama Amer itu. Walaupun dialah orang yang membuat perjanjian dengan Amer untuk menaikkan nama lelaki itu sekiranya Amer tidak mempersetujui permohonan parol Aileen, namun tak disangka sebenarnya Amer memang akan berbuat sedemikian walaupun tiada perjanjian itu. Walaubagaimana pun, dia tetap merasakan kemenangannya.

“Tuan Hayyat…”

Hayyat laju berpaling ke arah gerangan yang menyapa. Salam dihulur bersama senyuman nipis.

“Tuan nak jumpa Aileen?” Tanya warden wanita itu mengarahkan pandangannya pada Aileen yang sedang tekun mencanting batik.

“Taklah. Saya saje jalan-jalan. Ambik angin. Dia macam mana? Okey ke?”

“Siapa? Aileen?”

Warden wanita yang bernama Ronita itu mengangguk. “Aileen okey. Dulu tu memang nampak muram. Tapi lama-lama nampaklah senyuman dia bila dah mula berkawan dengan orang lain dekat sini.”

Hayyat terangguk-angguk. Jangan terlalu bahagia, Aileen. Tunggulah apa yang aku akan buat pada kau. Derita kau akan sampai kejap lagi.

.

Malam itu, usai membuang air kecil, dia tiba-tiba ditarik oleh beberapa orang tahanan dan dibawa ke ruangan gosok baju. Aileen cuba menjerit meminta tolong tetapi mulutnya dengan cepat disumbatkan dengan kain oleh salah seorang dari mereka. Kepala Aileen ditolak sehingga pipinya menyembam ke meja gosok. Kedua belah tangannya dikunci sehingga tidak boleh langsung dia melawan.

"Kau Aileen yang bunuh kakak kau tu kan?" Tanya seorang wanita berbadan tegap.

Aileen hanya diam. Pantas wanita itu mencabut tudung yang dipakai Aileen lalu menarik rambut gadis itu kuat. "Aku tanya tu, jawab. Kau yang bunuh kakak kau tu kan?"

Dengan terpaksa bersama lelehan air mata menahan sakit, dia mengangguk mengiyakan.

Wanita itu mendekatkan kepalanya pada telinga Aileen tanpa melepaskan cengkaman pada rambut Aileen. "Kau nak tahu tak? Sejahat-jahat aku, aku tak pernah langsung terdetik untuk bunuh darah daging aku sendiri."

Aileen yang tidak langsung diberi peluang untuk melawan, hanya menangisi nasibnya dan berharap agar ada seseorang yang akan lalu di situ menghentikan perbuatan para wanita ini.

"Kau nak tahu kenapa kitorang bawak kau ke sini?" Dia mengisyaratkan sesuatu pada seorang wanita bertubuh sedikit kecil darinya. Seterika dihidupkan dan dipusingkan pada tahap paling maksimum.

"Sebabkan kau bunuh darah daging kau sendiri, biar aku bakar daging kau sampai hancur."

Aileen menggeleng-gelengkan kepala. Dia merintih minta dilepaskan. Ya Allah, selamatkan aku ya Allah. Hanya kepadaMu aku meminta perlindungan.

Seterika itu didekatkan pada wajah Aileen. Makin lama makin dekat sehingga seterika itu melekap betul-betul di belakang bahu kanannya. Dia menjerit kesakitan. "Sakit! Sakit ya Allah! Tolong!"

30 puluh detik kemudian, kedengaran suara warden menjerit dari kejauhan. "Woi!"

Cepat-cepat mereka keluar dari ruangan itu meninggalkan Aileen merintih sakit keseorangan. "Sakit..."

Warden wanita itu masuk ke ruangan itu. "Ya Allah Aileen." Cepat dia mendapatkan Aileen.

"Sakit, puan..." Rintihnya dengan suara lemah.

.

"Umi saya ada datang, puan?" Soalan itulah yang sering keluar dari dua ulas bibir Aileen sejak tiga hari dia dimasukkan ke hospital itu.

Tiada angguk juga tiada geleng. Tahulah Aileen apa jawapannya.

"Boleh tak puan mintak umi datang? Saya rindu umi." Pinta Aileen seakan merayu.

"Maafkan saya, Aileen. Saya tak tahu kemana keluarga awak pergi."

"Puan bagitahulah yang saya tengah sakit. Mesti umi akan datang. Umi paling risau kalau anak-anak dia sakit."

"Maaf. Saya tak tahu macam mana lagi nak cari keluarga awak, Aileen." Tertunduk Puan Ronita kesian dengan nasib Aileen.

"Umi... Kak dik sakit..." Adunya seolah-olah Puan Noraini ada dihadapannya ketika ini. Dia berbaring mengiring kesebelah kiri membelakangi Puan Ronita. Tidak mahu Puan Ronita lihat, perlahan-lahan air matanya jatuh ke permukaan bantal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience